Showing posts with label Jenaka. Show all posts
Showing posts with label Jenaka. Show all posts

Sunday, 24 April 2011

Hikayat Belang dan Bintang (Part 1)

Alkisah..

Dalam sebuah padang rumput..
Terdapat tiga sahabat yang ditugaskan oleh Raja Rimba (Singa) untuk menjaga keselamatan padang ragut yang lebih dikenali sebagai Lembah Ragut. Tiga sahabat itu dikenali sebagai Perikatan Belang dan Bintang. Ini adalah kerana tanda lahir yang terdapat pada tubuh badan mereka. Meskipun lain spesis, mereka bertiga dapat bersama-sama berganding bahu menjalankan tugas dan tanggungjawab bersama. Pada dunia manusia, mereka dikenali sebagai Kuda Belang, Harimau Belang dan Harimau Bintang. Oleh kerana mereka sekampung, maka rantaian makanan yang selalunya kuda menjadi mangsa kepada harimau tidak diamalkan dikampung ini. Keselamatan adalah tanggungjawab mereka bertiga. Malah mereka telah menandatangani ikrar di permukaan dinding istana Raja Rimba yang menyatakan jika mereka engkar, mereka akan dikenakan hukuman.

Oleh kerana Kuda dan Harimau itu mempunyai tanda belang yang hampir sama, mereka sering mengenepikan Harimau Bintang. Pokok kata, belang sama belang, bintang taruh tepi. Sedih hati Harimau Bintang dengan segala yang berlaku. Mahu tak mahu, telan tak telan, luah tak luah, dia terpaksa akur dengan hakikat tersebut. Dia tak punya belang yang sama malah bintik-bintik yang dikenali sebagai bintang sahaja yang dipunyainya sejak lahir.

Kuda Belang dan Harimau Belang tidak dapat dipisahkan. Mereka menjalankan aktivit menjaga keselamatan kampung berkenaan berdua sahaja. bagi mereka, mudah untuk mereka berbual dan bercerita bersama-sama. Memandang akan hal itu, Harimau Bintang selalu berkawal seorang diri. Jika melihat akan Harimau Bintang, Kuda Belang dan Harimau Belang lantas mengubah laluan mereka. Jika Harimau Bintang di Utara, mereka akan ke Selatan. Jika bertembung, mereka akan mendiamkan diri. Harimau Bintang rasa tersinggung namun dia diamkan sahaja. Jika keadaan berterusan sebegitu, dia terpaksa menerima. Dalam kampung ini tak ada yang mempunyai bintik-bintik sama dengannya. Dia sedar akan hakikat itu.

Hal sedemikian dipendamkannya. Biarpun resah, dia akur. Itulah suratannya. Dia tidak boleh ke saloon untuk membelangkan dirinya. Dia tidak boleh ke istana Raja Rimba untuk melepaskan ketidakpuasan hatinya. Siapalah dia untuk didengari oleh Raja Rimba, Sepengetahuannya, Raja Rimba sebenarnya menyukai sikap Kuda Belang dan Harimau Belang yang dikatakannya rajin. Harimau Bintang pun meneruskan hari-harinya dengan harapan keadaan akan berubah.

Suatu hari, ketika harimau Bintang melepasi sempadan kampung, dia terlihat akan sekumpulan pemburu yang merupakan penduduk kampung sebelah. Mata Harimau Bintang terarah kepada seorang pemburu. Dia mempunyai bintik yang hampir sama dengannya. Adakah dia harus berkawan dengan pemburu itu yang dikenali sebagai Dalmation. Perlukah Harimau Bintang pindah ke kampung sebelah kerana besar kemungkinannya dia akan mempunyai kawan yang sama bintik dengannya? Wajarkah begitu? Atau dia harus terus berada di situ dan berharap ada keajaiban yang bakal berlaku?

p/s: Dalam hidup ini ada timbal balasnya.. Tiap-tiap satu ada imbangannya. Jika kita bersabar.. Akan ada jalan keluarnya.. Jika kita yakin bahawa jalannya hanya dengan melintas ke seberang.. Teruskanlah.. Mungkin itulah rentetan ketentuan yang tidak kita ketahui dan tersirat.. Hidup hanya sementara.. Jangan biar diri terbeban dengan masalah.. jangan terus memerah otak memikirkan masalah yang ada.. sebaliknya biarkanlah apa yang nak berlaku itu berlaku.. layan salah.. tak layan pun salah.. tapi jangan mengampu.. atau membiarkan diri di jijak.. wink!

Tuesday, 22 March 2011

Hikayat Cupak Bunting Sulung

Alkisah..!

Sepasang suami isteri yang dikenali sebagai Pak Cupak dan Mak Tahil tinggal disebuah desa..
Desa bernama Desa Tembelang Pecah..
Adalah dinyatakan bahawa pasangan tersebut sudah lama mendirikan masjid..
Namun belum juga dikurniakan cahayamata..
Cenderamata banyak lah..
Pak Cupak aktif bersukan..
Sukan kegemarannya ialah lari dalam guni..
Sudah sepuluh tahun berturut-turut dia menjuarai acara tersebut..
Mak Tahil pun apa kurangnya..
Tiada siapa yang dapat mengalahkannya dalam jengket kapal terobang..
Pasangan tersebut terpaksa bersosial untuk mengelakkan diri daripada dihurung kesepian..
Bagi mereka cahayamata sahajalah jalan keluar bagi permasalahan mereka itu..

Arakian telah dicuba pelbagai petua..
Malah pantang larang pun sudah puas dielakkan..
Mak Tahil belum juga berbadan dua..
Pak Cupak mula merasakan kekurangan dirinya..
Di ajaknya Mak Tahil untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik berdekatan..
Setelah analisis dari pemeriksaan tersebut keluar..
Pak Cupak tahu bahawa dialah penyebab Mak Tahil belum berbadan dua..
Sedih hatinya tidak terhingga sehingga dia mengambil keputusan untuk berpuasa selama sebulan..
Bukan untuk memenuhi hajat tunggalnya itu..
Namun adalah kerana pada masa itu bulan Ramadhan..

Pada suatu malam..
Pak Cupak sedang bermunajat..
Berzikir tanpa henti..
Dia didatangi seorang lelaki berjubah putih..
'Nak.. Surau ni dah nak tutup.. Nak pulanglah ke rumah ya?' Ujar lelaki berjubah putih itu.
'Baiklah!' Dengan berat kaki Pak Cupak menapak pulang ke rumahnya.

Tengah malam itu pula..
Mak Tahil didatangi seorang lelaki berjubah hijau..
'Sayang.. Malam ni malam jumaat kan?' Pak Cupak segera masuk ke dalam selimut.

Keesokan harinya..
Mak Tahil pun muntah tanpa henti-henti..
Melihat akan keadaan isterinya itu, Pak Cupak melonjak kegembiraan..
Menurut hematnya, isterinya itu mungkin berbadan dua..
Mak Tahil sebenarnya terhidu akan sesuatu..
Bau yang cukup membuatkannya meloya itu datangnya dari tapai ubi kayu yang dimasaknya tiga hari lepas..
Yang terlupa dihidangkannya..
Mak Tahil segera membuang tapai ubi kayu tersebut..

'Mak Bidan.. Oh Mak Bidan.. jemput ke rumah kejap!' Pak Cupak tersengih cam kerang busuk..
'Apehal Cupak.. Ce cite Ce cite.. Nak pinjam gantang ke?' Seloroh orang tua tersebut.
'Bukan.. Saya nak Mak Bidan tengokkan si Tahil tu.. Muntah jer awal pagi ni..' Pinta Pak Cupak.
'Salah makan kot!' Balas Mak Bidan sambil membetulkan sanggulnya.
'Tak salah makan pun..' Cepat Pak Cupak menyangkalkannya.
'Moh kita ke sana..' Mak Bidan melompat turun ke bawah.
'Bersemangat orang tua ni..' Pak Cupak membontoti wanita separuh umur itu.

'Mak Bidan..?' Mak Tahil terkesima.
'Si Cupak ni mintak aku datang tengokkan ekau..' Mak Bidan segera menjelaskan maksud kedatangannya.
'Abang..' Mak Tahil menjeling tajam ke arah suaminya itu.
'Tak salahkan mencuba..' Pak Cupak tersengeh nampak gigi.
'Ok lah.. Terlanjur Mak Bidan datang ni..' Mak Tahil segera bergerak ke kamar peraduannya.

'Cam mana Mak bidan?' Soal Mak Tahil.
'Perut kosong ja ni.. Angin..' Mak Bidan terus menggunakan khidmat jari jemarinya.
'Kalau kena gaya ni.. Kau akan berbadan dua..' Mak Bidan menyuarakan rasa hatinya.
'Kena gaya? Gaya apa Mak Bidan?' Soal Mak Tahil.
'Kau ni.. Ada pernah dengar pasal Dukun Bunting Tujuh?' Soal Mak Bidan.
'Dukun Bunting Tujuh? Tak pula.. Siapa dia tu?' Mak Tahil tertanya-tanya.
'Dukun Bunting Tujuh terkenal tau.. Dia pernah membantu membuntingkan Si Senah Baker..' Mak Bidan bercerita dengan asyek masyuknya.
'Membuntingkan Si Senah? Taknaklah saya.. Saya nak zuriat dengan Abang Cupak..' Mak Tahil menolak cadangan Mak Bidan.
'Kau ni.. Dukun tu pompuan lah.. Ce cuba kat dia.. Mana tau berhasil..' Mak Bidan menyusulkan cadangannya.
'Nah ni alamatnya..' Mak Tahil segera mencapainya.

Dicubanya ke Dukun Bunting Tujuh..
Setelah tujuh bulan masih belum ada hasilnya..
Mak Tahil merebahkan kepalanya di atas riba suaminya..
'Abang.. Kalau tak ada rezeki juga.. Kita hidup berdua sudahlah..' Mak Tahil menarik nafas panjang.
'Kita dah cuba.. Kalau Allah tak berkehendakkan begitu.. Tak guna juga kan?' Pak Cupak membelai rambut isterinya.
'Last-last abang yang bunting dulu..' Mak Tahil tersenyum melihat perut suaminya yang sedikit boroi.

p/s: Kita boleh merancang.. Tapi Allah yang menentukannya..
Kita boleh berusaha.. Tapi bukan ubat atau rawatan yang boleh memberikan kita SEHAT..
Sebaliknya rahmat Allah yang menyembuhkan.. 
Ingat tu..

Banyak yang tersirat disebalik cerita ni..
Cedok mana yang BAIK..
Hindar mana yang BURUK..
Ok?
Kita memuhasabah diri bersama-sama ya?
Ehsan dari Auntie Googlelina

Monday, 21 February 2011

Hikayat Ah Kau dan Ah Seng Bersaudara..

Alkisah..

Sebuah tongkang melewati perairan Melaka..
Tongkang pecah itu selamat parkir di pelabuhan entreport tersebut..
Maka turunlah dua orang anak muda berbangsa CINA..
Mereka adalah bersaudara..
Ah Kau paling tua..
Ah Seng paling muda..
Oleh kerana Ah Kau paling tua..
Ah Seng terpaksa bergantung hidup dengan abangnya itu..

Ah Kau pun berjalan-jalan..
Niat kedatangannya ke Melaka..
Hanyalah untuk bertemu dengan kekasih gelapnya..
Puteri Hang Lip Sinc..
Yang disangkanya telah dihantar ke Melaka..

Perut Ah Kau pun berkeroncong..
Dia singgah di sebuah teratak menjual laksa..
'Bak laksa satu!' 
Terkejut Ah Seng mendengar abangnya berbicara dalam dialek Melayu Melaka..
'Nape ko? Tak pernah dengar aku cakap melayu?'
Ah Seng bertambah tercengang.
'Tunggu apa lagi.. Makanlah laksa tu!'
Ah Seng bagai kerbau ditarik hidungnya menjamu selera..

Setelah kenyang..
Mereka pun bertanyakan arah ke Istana..
Ah Kau mahu bertemu dengan Puteri Hang Lip Sinc
'Nak ke Istana perlu melalui tangga tu..'
Penjual laksa Penang tu menunjukkan arah untuk ke Istana..
'Tapi.. Nak ke Istana kena bawak hadiah..'
Jelas Penjual Laksa tersebut.
'Hadiah?' 
Ah Kau terdiam..
Dia terfikirkan akan SATU cara..
Dia yakin adiknya akan menolongnya..

'Tunggu! Korang nak kemana hah?' 
Pengawal Istana menjeling tajam ke arah mereka berdua..
'Kami nak bertemu dengan tuan puteri..'
Kata Ah Kau dengan penuh yakin.
'Untuk urusan apa?'
Soal Pengawal tersebut sambil menggaru buntutnya..
'Saya bawa hadiah dari China untuk tuan puteri..'
 Kata Ah Kau.
'Mana hadiahnya?'
Soal pengawal tersebut.
'Kami lah hadiah itu..' 
Kata Ah Kau.
'Kamu berdua? Apa istimewanya kamu?'
Pengawal itu terus bertanya..
'Kami ni Gigolo..'
Jawab Ah Kau.
'Gigolo? Gigolo tu apa?'
Soal Pengawal itu lagi. Kali ini penuh dengan perasaan ingin tahu.
'Gigolo tu cam penjual laksa..'
Ujar Ah Kau.
'Owh.. Kalau begitu masuklah..'
Pengawal itu memberikan kebenarannya.
Ah Kau dan Ah Seng senang hati kerana telah menipu pengawal tersebut.
Malangnya mereka tidak tahu bahawa..
Sekali melangkah masuk ke Istana sebagai Hadiah..
Seumur hidup akan kekal di Istana..
Tambah pula Puteri Lip Sinc tiada disitu..
Yang ada ialah Puteri Hang Li Po..
Maka Ah kau dan Ah Seng bersaudara pun menjadi hamba abdi di dalam Istana..
Sehinggalah kini.
Hikayat mereka bukan sahaja di tulis pada BLOG ni..
Malah turut menunggu untuk dibaca oleh generasi muda masa kini..
Iaitu ANDA..
cantik x picture nie..
Ni eden snap nie..
(Tentu kalian nak kata BUROK.. huhu!)

p/s: Ikan ni leh buat kuah laksa tak?

Moral of the story: Jangan sesekali menipu..
Bila dah start tipu.. Kita akan menipu lagik.. 
Ada faham..?
wink!

Wednesday, 19 January 2011

NEXT..!

Salam..



Eden tak peduli..
Eden nak nyanyi jugak..!
Eden memang suka menyanyi..
Eden nak jadik penghibur..

Namun..
Nasib je tak menyebelahi eden..
Hehe..
Eden ni pemalu la orangnya..
Malu nak nyanyi depan orang ramai..
Oleh kerana eden ni pemalu..
Eden selalu menghabiskan masa berkaraoke sendiri..
Di tempat yang tak perlu berbayar..
Bukan di Karaoke Jamban..
Bukan di Red/Orange Box..
Bukan di 'Noraebang'--> Pusat Karaoke bagi orang Korea..
Sebaliknya..
Di kamar mandi..

Lantaklah orang nak cakap apapun..
Sebaik melangkah masuk ke dalam kamar mandi..
Eden akan otomatik melalak..
Kebiasaannya lagu ROCK..
Rock Kapak la pulak..
Almaklumlah suara serak-serak basah..
(Angkut bakul..!)
Ayat My little Boss bila rasa eden ni dah mula 'hidung tinggi'..

Alkisahnya..
Peristiwa 1:
Oleh kerana eden ni suka sangat melalak dalam toilet..
Dengan majoriti lagu empat ke lima.. (Dalam mood biasa..!)
Boleh mencecah kepada 10 lagu (Satu album) dalam mood luarbiasa..
Hehe..
Sikit je berbanding korang kan..!
Back to the story..
Dalam asyik melalak sakan..
Eden terdengar sayup-sayup..
Bukan kesayup bintang nyanyian Ning Baizura..
Bukan 'yang bergema sayup-sayup mesranya memanggilku..!' dendangan Razis Ismail..
'Kepulangan' tajuk lagu tu..
Eden terdengar satu suara..

Begini dialognya:

Next..!!!

Eden terus menukar lagu..
Maybe lagu tu tak sesuai dengan jiwa muda my jiran..
Baru je nyanyi.. 
Dengar lagik..

Next..!!!

Eden tukar lagu lagi..
Kali ni rancak pula..
My jiran ni suka lagu yang bagaimana ya..?
Bisik hati eden..

Kemudian dengar lagi..

Next..!!!

Eden pun berhenti..
Malas.. Cepat-cepat capai tuala dan keluar..
Malas nak kompromi dengan my jiran tu..
Siap la time ko nyanyi.. Aku nak kata NEXT..!!!

Peristiwa 2:
Eden terbaca satu artikel..
Artikel lawak jenaka..
Dalam tu ada mention..
Begini ceritanya..

Ada seorang pesakit mental..
Sedang menyanyi riang..
berbaring melihat keindahan langit..
melihat akan keadaan pesakitnya itu..
Doktor Pakar Jiwa segera mendekatinya..
Ditanya akan lagu dendangan pesakitnya itu..

Dialog:
Dr: Lagu apakah ini..?
Pesakit: Lagu 'Madah Berhelah'
(Dalam hati.. Doktor Pakar itu sedikit kagum.. betul itu lagu Ziana Zain)
Dr: Next!
Pesakit lantas menyanyi.. Kali ini lagu lain pula..
Dr: lagu apakah ini..?
Pesakit: Lagu 'Aku cinta padamu'
(Tepat sekali lagi.. fikir Doktor Pakar tersebut)
Dr: Next!
Pesakit itu tukar lagi lagu..
Satu demi satu lagu yang dinyanyikan olehnya itu membuatkan si doktor terpukau..
Malah lebih memeranjatkan lagi..
Doktor itu mendapati pesakit itu dalam keadaan normal..
Alasannya dapat meneka dengan baik.
sehinggalah lagu keenam..
Dr: Next!
Pesakit itu lantas bangun dan meniarap..
Doktor itu sedikit kehairanan..
Dr: Kenapa kamu meniarap..?
Pesakit: Kena tukar 'SIDE'.. Tadi side A.. Sekarang side B pulak..!
(Doktor lantas meninggalkan pesakit tersebut..
Rupanya pesakit itu tidak normal..
Kerana perbuatannya yang menukar posisi sepertimana menukar kedudukan side 'KASET'..
menunjukkan pesakit itu tidak normal..)

p/s: NEXT..!!!
wink!

Sedikit INFO pasal menyanyi ni..
Korang KENA baca tau..!!!
Sila KLIK disini -->


 http://www.tribunnews.com/2010/12/28/bernyanyilah-jika-ingin-badan-lebih-sehat

Tuesday, 11 January 2011

Lagenda Sang Pari-pari MIMPI..

Alkisah..!
Tersebar ke seantero dunia..
Hatta segenap ruang dimenasi..
Bila Raja Jin bersuara..
Maka Jin Notti menerima hukumannya..
Itu di Kerajaan Jin..
Ini di Bumi..
Guli berwarna BIRU itu..
Tak lekang-lekang berputar..

Kerajaan Pari pula ada ceritanya tersendiri..
Para-para semakin PUPUS..
Ekoran penghijrahan beramai-ramai..
Ke Galaksi SEPI..
Tiada siapa pernah bersuara disitu..
Tiada DJ..
Tiada VJ..
Yang ada cuma dinding KOSONG..
Yang tercatat ribuan kata..
AMANAT dari manusia..

Manusia tidak lagi menyapa..
Bermanis muka apatah lagi..
Hormat-menghormati hanya ada dalam buku..
Naskhah itu terus terbuka..
Tak siapa yang mahu menjeling ke arahnya..

Sang pari-pari terus menari..
Mengepak sayap bahagia..
Menabur intipati mimpi..
Yang INDAH akan dikenang..
Yang NGERI takut dibuai mimpi..
Yang BASAH senyum sendiri..
Namun bahagiakah Sang Pari-pari?
Hatinya tersarat dengan CINTA..
Menanti para-para pulang semula..

Bingkisan Ilahi..
Yang merancang harus sabar menanti..
Ketentuan bukan ditangan mereka..
Yang berupa TAKDIR..
Adalah milikNya..
Hanya DIA..

Sang Pari-pari berlagu sepi..
Hatinya berkocak..
Airmatanya terjurai..
Lelah mengepak sayap KENCANA..
Magisnya cinta cuma dalam mimpi..
Hanyut..
Khayalkan dia..
Sambil menghembus nafas DINGIN..
Sang Pari-pari berbisik..
'Selamat Malam sayangku..!'

Andainya ada SAKU Penyeluk Masa..
Andainya MAGIS menguasai dunia..
Andainya ada BEG si FELIX the cat..
Pasti akan segera aku ke sana..
Mematri CINTA..
Antara kita..


Wednesday, 3 November 2010

Hikayat PontiDuyung..!

Alkisah..
Ombak gulung gemulung menghempas pantai. Sayup jauh, terdapat kelibat sang sampan yang dibawa arus di tengah lautan. Malam kian melabuhkan tirainya. Noh sendirian meneruskan rutin hariannya. Jala yang dilepaskan ke laut dalam itu harus ditariknya semula. Nak bagi thrill, hujan pula turun dengan lebatnya. Noh basah kuyup. Baju singlet Pagoda yang sedikit lusuh itu lantas menampakkan susuk tubuh badannya. Dia tak kisah. Bukan ada sesiapa pun di tengah lautan yang luas itu.

Bak kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak di duga. Hujan yang begitu lebat itu tiba-tiba berhenti. Sampan yang dipenuhi air setinggi lima sentimeter itu tidak diendahkan oleh Noh yang terus memusatkan seluruh tenaganya ke tangan untuk menarik pukat hanyut tersebut. Kakinya berada dalam paksi yang simetri mengukuhklan lagi kedudukannya di tengah sampan yang beroleng-oleng itu. Angin sepoi-sepoi bahasa menambahkan kedinginan sehingga mencucuk-cucuk kulitnya sehingga menembusi ke tulang sum-sumnya. Semua itu tidak mematahkan semangatnya.

Sudah hampir kesemua pukat yang ditebarkannya ke laut itu di tarik ke dalam sampannya, satu tangkapan pun tidak diperolehinya. Dia tetap bersabar sehingga kesemua pukat itu ditariknya, maka barulah dia mendapat habuannya. Seekor ikan emas sebesar sepenumbuk berjaya ditangkapnya. Hatinya menjadi girang bercampur hairan kerana laut bukan habitat sebenar ikan emas tersebut. Air masin tidak sesuai buat ikan emas itu. Dia mulai terfikir akan sesuatu. Apakah ikan emas itu boleh di buat kari atau gulai?

'Lepaskan aku!' Kata ikan emas itu.
'Kamukah yang bercakap denganku?' Soal Noh.
'Ya. Siapa lagi?' Jawab si ikan.
'Kalau kamu lepaskan aku.. Aku akan tunaikan satu permintaan kamu..!' Sambung ikan emas itu.
'Really?' Tetiba Noh berbahasa Inggeris.
'Ehem.. Bulan ni kan bulan berbahasa Malaysia..!' Ujar si ikan.
Noh mengetap bibirnya. Salah dia juga. Dia yang hanya berlatarbelakangkan UPSR itu sendiri tidak faham bagaimana dia mampu berbahasa Inggeris sebegitu.
'Lepaskan aku!' Si ikan mula terbatuk-batuk.
Ikan emas itu mula nyawa-nyawa ikan.
'Cepat! Kau tunggu apa lagi?' Sambungnya dalam nafas tersekat-sekat.
'Baiklah.. Apa ganjaran yang bakal aku dapat?' Ujar Noh.
'Kau minta apa sahaja.. Akan aku tunaikan.. Kau fikirkan dalam minda.. Kemudian lafazkannya dengan kuat dan jelas!' Jawab si ikan.
'Owh.. Kalau cam itu aku nak kau menjadi seperti.. Maya Karin!' Ujar Noh.

"Poof!!!" Si ikan lantas berubah.
'Ha.. Cam ni lah.. Dah lama aku hidup membujang.. Kau jadi isteri aku lah!' Ujar Noh dengan gembiranya.
Si ikan bukan lagi ikan emas. Wajahnya cantik bak Maya Karin malangnya bukan real Maya Karin sebaliknya Pontianak campur Ikan Duyung. Macam mana Noh boleh terfikir dalam mindanya akan movie DUYUNG dan Pontianak Harum Sundal Malam ek?

Noh tidak kisah akan hakikat tersebut. Baginya wajah yang iras-iras Maya Karin sudah cukup memuaskan hatinya.
Coba korank bayangkan.. Sebahagian atas dari pusat ke kepala menunjukkan Maya Karin dalam kostum Pontianak manakala sebahagian yang lainnya dalam kostum duyung.

Si ikan emas yang dahulunya mampu berkata-kata kini hanya mampu mengatakan 'Pulangkan!!!'

p/s: sambil terfikir persembahan MALAM itu.. wink!

Monday, 1 November 2010

Hikayat si Petani..!

alkisah..
ada seorang manusia. Katakan dia seorang petani.
petani tersebut seorang lelaki.
ramai la yang memuji dia ni rajin.
rajinkah dia?
kalau dia memegang cangkul ke hulu ke hilir.
adakah dia rajin?
adakah dia dianggap rajin?
itu bukan persoalannya.
rajin itu pada zahirnya.
niatnya?
ada siapa tahu niatnya?
katakan petani itu tidak riak.
katakan petani itu seorang yang jujur pada tugasnya.
itu bukan persoalan yang ingin saya bangkitkan.
masalahnya petani itu banyak kawan.
kawan petani tu selalu memuji.
ikhlaskah mereka memuji?
itu juga bukan persoalannya.
dalam ramai2 kawan petani itu ada yang suka mengecilkan hati petani tersebut.
kecil ke hati petani tersebut?
itu juga bukan persoalannya.
ada yang suka memburukkan keadaan.
menuduh petani itu tak cukup jantan.
jantankah petani itu?
jantan dan lelaki itu samakah?
petani itu jantankah atau lelakikah?
itu juga bukan persoalannya.
Petani itu merasa sedih kerana mulut2 kawan2nya..
mahu ditamparnya.
dia simpati dengan mereka pula.
semakin dia diam.
semakin byk yang mula memperkatakannya.
apakah jika dia tidak jantan menjadi satu bahana?
jantan itu haruskah diuji?
jantankah mereka yang lain?
mereka yang bertopengkan kawan.
mereka yang bertopengkan jantan yang mereka bangga2kan..
banggakah mereka?
atau kejantanan mereka teruji dengan adanya petani tersebut?
itu juga bukan persoalannya.
persoalannya di sini.. belajar untuk menjaga percakapan agar tidak menyinggung perasaan orang lain.
orang lain tak pernah menjatuhkan air muka kamu maka kenapa kamu beriya-iya mahu menjatuhkan mereka.
apakah erti kawan pada kamu?
kain buruk atau kain alas kaki semata-mata?
itu juga bukan persoalannya. bagi adam, tak kisahlah siapa dia,
jantan terlebih kah.. terkurang jantan kah.. xda jantan kah.. selagi dia kawan..
learn to RESPECT perasaan dia.. selagi dia tak mengganggu kehidupan kamu?
persoalannya suci sangatkah mereka yang mengatakan orang lain kurang jantan?
kalau mereka SUCI kenapa mereka berkawan?
aku perlu luahkan sebab aku semakin hilang akal dengan persoalan yang mereka lontarkan..
perlukah mereka memperlekehkan?
aku ialah aku. aku tak memilih untuk berkawan dan kenapa perlu KORUNK memilih serta meletakkan syarat?
itu juga bukan persoalannya.
Persoalannya kamu juga sama seperti aku. ngaku atau tidak.
korunk pun sama.
Jadi, hargai serta hormati orang lain.
terimakasih..!

Hikayat Terong Maha Angsa..!

Alkisah..
Diciptakan seorang insan ~ Ala2 Ferry!

'Sepurnama sudah hamba menunggu..' Rintih hati Sergey Bubka sambil memperbetulkan duduknya. Matanya sayup memandang ke arah Gunung Kirikusangkakanan yang berada betul2 di hadapan matanya. 'Janji harus dipegang' Sergey Bubka lantas memasukkan tangannya ke dalam kain pelikat sambil menggaru2 di sekitar bawah pusat yang sudah merah akibat alergik. "Ni kerang punya pasal la nie" Fikirnya sambil kembali menatap ke arah Gunung Kirikusangkakanan itu. 'Kata nak menuntut di puncak itu selama sebulan.. Inikan sudah masuk lima minggu.. Napa tak pulang2..?' Soal Sergey kepada dirinya sendiri. 'Apakah aku harus ke sana?' Sambungnya.

'Nah! Ni laksa johor! Makan tau!' Terkejut berok si Sergey apabila Lady BirdTongChai meletakkan semangkuk laksa di hadapannya. 'Ekau ni Lady.. Aku tengah kusut masai ni.. Mana pegi itu Mandy Morejutaria.. Kata nak berkhalwat.. Ops! Bertapa!' Hidung si Sergey terhidu petis. 'Ni bukan laksa johor la weii.. Ni laksa penang.. Ko mangkuk laa!' Sergey segera menatap laksa penang yang terhidang dihadapannya.

'Ko ni.. Aku kan budak baru belajar.. Ko masih tunggu itu mandi ka?' Lady mencelah. 'Hampir tersedak Sergey bila mendengarnya. 'Takdelah.. Aku tengah tunggu mak mandy nak masuk meminang aku.. Sah2 la aku tunggu bini aku yang sorunk tu.. isk!' Sergey terus menghirup kuah laksa yang masih suam2 kuku itu.  'Naseb baek laksa ko ni sedap!' Puji yang ikhlas itu berjaya menguntumkan senyum di bibir Lady. 'Tenkiu! Suka kalau bayar lima hengget.. Ingat FREE ke?!' Jeritnya di tepi telinga Sergey.

'Ko ingat aku tak leh bayar ke? Aku menabung sejak dari hari Mandy menuju puncak tau!' Kata Sergey sambil menuding jari ke arah tabung buluh tangplong yang berada tidak jauh dari sisinya. 'Bukan ke mandy tu dah bawak kad kredit sama buku bank ekau ke?' Balas lady dengan sinis. 'Kau takut bini ek?' Soalnya lagi. 'Baek ko diam.. Aku nak tanya ni.. Kenapa ko selalubawak makanan ke rumah aku.. ko nak ngayat aku ek?' Soal Sergey. 'Ape la ko.. Ko ingat ko ensem cam paresh rawal ka? Gi cermin muka la dulu weiii..!' Jerit Lady. 'Ko ni asyik menjerit je.. Ko ingat aku dah insuranskan telinga aku ke?' Sergey lantas menolak mangkuk laksa itu ke tepi sambil berlahak kuat.

'Alhamdulillah.. aku balik dulu lah' Sergey segera berlalu meninggalkan warung char koey teow milik Lady BirdTongChai tersebut dan menuju ke hutan semak samun yang berada di paling kanan tangan kirinya. 'Saket perot la plak!' Sambil melepaskan tigas das kentut sekaligus. 'Mana duit!!!' Lady lantas mengaum apabila pelanggannya itu sekali lagi tidak membayar wang kepadanya. 'Celako badak sumbu punyer Sergey.. Jaga ko!' Jeritnya lagi.

Maka, cerita sebegini hendaklah dijadikan iktibar. Tempat kentut lagikan dikenang.. inikan pula tempat berkubang..
Wassalam..!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!