Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Tuesday, 6 December 2011

Aku sudah tua..?!! Makin | Matang |..!

Assalamualaikum..
Bismillah..

Aku sudah tua..?!!
Saja cipta ini | status | 
Layaan..!

Sudah mengembara 365 hari..
Sudah menemui | Belahan Jiwa |..
Sudah bertemu | Ramadhan |..
Berganti Syawal, Zulhijjah dan kini Muharram..

Alhamdulillah sudah 10 Muharram..
Sudah berpuasa selama DUA hari.. Thanks to Ainina Jelani..
ESOK..
07.12.12011
Tanggal bersejarah..
Tanggal dimana aku telah berjanji dihadapanNya..
Untuk menjadi | Khalifah | di muka bumi..
'Selamat Hari Lahir..'
Saya semakin matang..
HOPE makin matang untuk menghadapi segala dugaan, cabaran dan rintangan..

P/S: Aku benar berharap diberikan PELUANG untuk berubah..
Ya ALLAH.. Kau Maha Agung Maha Berkuasa menentukan segalanya..
Ya RABBAL ALAMIN..
Aku bersyukur diberikan kesempatan HIDUP di dalam RAHMATMu..
Amin..!

wink!

Saturday, 26 November 2011

Rencana sebuah perkahwinan..!

Assalamualaikum..
Bismillah..

Atas permintaan ramai..
Maka aku telah mendapatkan beberapa keping foto..
Hari bersejarah buat seorang BCRians..
Yang kini sudah bergelar | suami |..

Tanggal 18 November 2011..
Upacara Ijab & Kabul berlangsung..
Selepas waktu Asar..
Pengantin lelaki mengenakan Baju Melayu Putih | Off White |..
Mendirikan solat sunat Tahiyatul Masjid..
Mendirikan solat Fardhu Asar..
Bergerak mengadap Tok Kadi yang merupakan Imam Besar Masjid Parit Panjang..
Dengan sekali lafaz sahaja..
Masyitah Binti Sallehuddin telah diangkat menjadi | Isteri | yang sah..
Alhamdulillah..
Tima kasih | Cameraman | yang Chomel..
Ada orang kasik TIPS tengok jer muka Tok Kadi tu.. Kurang sikit neves..!

Dari perkarangan masjid..
Kini menuju ke rumah pengantin perempuan..
Untuk upacara menyarungkan cincin dan | membatalkan air sembahyang |..
Inilah saatnya kedua mempelai dipertemukan sedekat ini..
Mata bertentang mata..
Berdobar eden ni ha..
Tima kasih | Cameraman | yang chomel..
Jambangan bunga | Sireh Junjung | hasil gubahan Mama Fera.. Cantik..!

Tanggal 19 November 2011..
Majlis kahwin dimulakan disebelah pihak pengantin perempuan..
Pengantin lelaki yang tiba selepas Zohor..
Digandingkan bersama pengantin perempuan..
Merah putih menjadi pilihan mertua..
Di hari bersejarah ini..
Tima kasih | Cameraman | yang chomel..
1st time lengan dipeluk oleh isteri tercinta.. Ngee..!

Tanggal 20 November 2011..
Majlis dibawa ke Kuala Muda, Penaga..
Ke rumah | nenda | pengantin lelaki..
Upacara berlangsung dengan penuh kesederhanaan..
Rona coklat keemasan menjadi pilihan..
Tima kasih | Cameraman | yang chomel..
Terhibur dengan sajian | Formasi Kompang | dan | Silat |..

P/S: Semoga yang BAIK dirahmati olehNya..
Yang BURUK dijauhi akanNya..
Semoga rumahtangga yang baru aku dirikan ini..
Diberkati selalu.. 
Amin..

Lain-lain FOTO menarik..!
Pengapit a.k.a Cameraman..!
Dia terbaek..! 

Bersanding untuk tatapan keluarga sahaja..
Barisan sepupu-sepupu yang masih lagi single dihadapan..
Ada sesiapa nak nombor telefon.. Sila.. Jangan segan..!
INFO: Pelamin ni Pak Su a.k.a | ayah | saya yang | buat |.. Cantik tak..?

Potong jangan tak potong..
Cam sambutan Hari lahir plak rasanya..
Budak-budak yang merupakan sepupu & anak buah memang ramai menunggu uoacara | Memotong Kek |..

Tiga hari yang memenatkan..
Tiga hari yang sudah ditentukan untuk kedua pasangan ini disatukan..
Tiga hari yang penuh dengan kesederhanaan..
Alhamdulillah..!

wink!

Thursday, 24 November 2011

Aku Bernazar (Part 2)

Assalamualaikum..
Bismillah..

Aku bernazar (Part 2)

Kali ini..
Setelah godek-godek gadget yang aku ada..
Dapatlah juga aku meng |upload| picture yang tak seberapa ini..

Gambo Ayah Ngah Zico yang botak lagi chomel..
Pengsan jap (Puji diri sendiri..)

P/S: Aku telah berjaya membotakkan kepala..
Semoga NAZAR yang aku lakukan ini..
Membuahkan kebahagiaan dalam kerukunan rumahtangga..
Permulaan yang baik.. Hendaknya..
Amin..
Susah woo nak tunaikan NAZAR ni..
Puas keliling satu peta untuk mencari kedai gunting rambut..
Milikan melayu beragama ISLAM..
Taknak tukang gunting beragama lain pegang kepala.. Tak suka..
Akhirnya bertemu seorang tukang gunting rambut yang mahu dikenali sebagai |ATUK|
Dengan melafazkan |Bismillah|..
Maka gugurlah rambut-rambutku digerodek dek mesin..
Alhamdulillah..

wink!

Wednesday, 23 November 2011

Bercinta.. Tunjuk ajarku SIFU..!

Assalamualaikum..
Bismillah..

Bercinta..
Satu perkara yang subjektif untuk dihuraikan..
Pengertian tentang CINTA ini terlalu besar skopnya..
Cinta kepada Allah..
Cinta kepada Nabi..
Cinta kepada Negara..
Cinta kepada Ibu & Bapa..
Cinta kepada Isteri..

Bercinta sesama manusia..
Dalam konteks bercinta bagi yang HALAL untuk mencintai & dicintai..
Bab cinta ni adalah bab paling aku tak suka..
Bukannya apa..
Tak pernah bercinta..
Pegang-pegang tangan..
Berlari-lari anak keliling taman bunga..
Makan 'Candle Light Dinner'..
Window shopping sambil hayun tangan..
Pendek kata..
Tak pernah 'Dating'..

Meskipun dalam hati ada taman..
Meskipun dalam hati ada mesin nyiok..
Aku memang 'kandas' dalam hal-hal bercinta ni..
Apatah lagi nak berdating..
Huhu..
Ayat sadis plak..
Tapi ada benarnya..
Maybe cara didikan..
Maybe tak ada keyakinan..
Maybe saya ni pemalu orangnya..

Kini..
Saya belajar untuk bercinta..
Saya belajar untuk jatuh cinta..
Bukan dengan mana-manan awek..
Tapi belajar untuk mencintai 'isteri'..
Thrill jugak nie..
Suspend pown ada..
Mana taknya.. 
Kami tak pernah bersua muka..
Tak pernah kenal-mengenali sebelum di ijab kabulkan..
Rasanya..
Ini yang terbaik..
Cinta selepas berkahwin..
Bak kata tukang gunting rambut..
Yang telah berjaya menunaikan NAZAR saya..
Untuk membotakkan kepala..
Bukan botak licin bak cermin tu..
Botak ala-ala abang ASKAR..

"Cinta lepas kahwin ini indah.. Kita banyak belajar.. 
Salah satunya.. Belajar untuk mengenali pasangan..
Yang bestnya.. Banyak benda untuk dibualkan..
Tak sama dengan yang bercinta sebelum kahwin..
Lepas kahwin dah tak tahu nak berbual apa..
Pendek kata.. Dah kenal sebelum kahwin..
Saya berdoa agar perkahwinan awak dirahmati..
Berkahwin atas pilihan keluarga.. Ada baiknya.."

P/S: Tu dia..
Tukang gunting rambut itu yang membahasakan dirinya 'Atuk'
Telah membukakan minda saya..
Dalam mencari cinta selepas berkahwin..
Semoga ALLAH membukakan minda, hati dan lisan..
Untuk saya lebih mendalami erti CINTA..
Dan melangkah ke gerbang bahagia beserta amal hanya kepadaNya..
Perkahwinan ini hanyalah kerana Allah..
Kita merancang & DIA menentukannya..
Amin..
*** Panjang pulak mencoret nie.. Layaaan...!***

wink!

Tuesday, 22 November 2011

Soalan: Bagaimana nak tingkatkan rasa RINDU..?

Assalamualaikum..
Bismillah..

Ada pulak yang tanya..
Bagaimana nak tingkatkan rasa RINDU..

Okeh..
Cam ni..
Nak tingkatkan rasa RINDU bukan payah..
Nak RINDU tu mula-mula kena berjauhan..
Kalau duduk dekat mana nak datang RINDU..
Betul tak..?

Bila jauh.. 
Baru la bunga RINDU tu menguntum..
Dan perlahan-lahan ianya mekar..
Kembang dan meranum..
Pergh..!
Bila tiba saat itu..
Barulah akan terasa RINDU secara TOTAL..

Menjawab tak soalan kalian tu..?
Hehe..

P/S: Sesungguhnya saya sedang meRINDU..
Baru ja nak manja-manja..
Kena berpisah selama sebulan..
Tu dia..
Jenuh ranum..
Wink!

Kau buat kau dapat..!

Assalamualaikum..
Bismillah..

Kau buat..
Kau dapat..

Apa kena mengena tajuk dengan apa yang cuba dikongsi disebalik simboliknya tajuk tersebut..?

"Aku terima nikah atas dirinya ke atas diriku dengan mas kahwinnya seperti tersebut.."
Goncang tangan sebagai salah satu kemestian dalam upacara AKAD NIKAH..
Lain kawasan lain lafaz akadnya..
Mudah tak..?

Alhamdulillah..
Semuanya berlangsung dengan baik..
Sebelum di akad.. 
Saya disuruh beristighfar TIGA kali..
Kemudian di turuti dengan mengucap DUA kalimah syahadah beserta maknanya..
Mudah tak..?

Tentu semua akan cakap mudah..
Ya la.. Mudah bebenor..!
Yang tak mudah ialah tanggungjawab yang datang bersekali dengan akad yang kita lafazkan..
Berat..!
Tak mudah..!
Yang dah lalui saat genting tapi istimewa ni tentunya akan tersenyum..
Sambil membaca post BLOG ni..
Kan kan kan...

P/S: Kau buat Kau dapat..!
Syiok woo..
Nerves..
Teruja..
Bersedia..
Pasrah..
Semua bersatu menjadi SATU..
Bila kau dan aku dijodohkan bersatu..
Wink!


Wednesday, 16 November 2011

Hari ini balik kampung..!

Assalamualaikum..
Bismillah..
On the move..

LUSA hari bersejarah..
Hari dimana aku akan bertanggungjawab sepenuhnya..
Ke atas kerukunan alam rumahtangga..

Akad Nikah akan berlangsung selepas waktu ASAR..
Tema pakaian OFF White + Hitam..

Ehsan: Uncle Google..!

P/S: Nerves la pulak.. Hari ini saya akan berangkat pulang ke kampung..
Doakan perjalanan pergi dan balik saya selamat & dirahmati selalu..
Amin..
Wink!

Monday, 14 November 2011

Gud LUCK..!

Assalamualaikum..
Bismillah..
Gud Luck 4 ur Exam..

Kepada semua yang menduduki peperiksaan SPM
Sijil Pelajaran Malaysia 2011
Termasuk my youngest brother Mohd Azmil..
Gud Luck..
Selamat bertarung..

Kat sini ada satu TIP bagi menduduki peperiksaan..
Kebiasaannya saya akan berbuat sebegini..

1. Melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan tenang.. Jangan nervous..!
2. Sebaik mendapat kertas soalan dan arahan untuk memulakan peperiksaan.. Baca Bismillah dan 'doa penerang hati'..
3.Apabila selesai..Saat hendak letak pen.. Baca 'Faiza Azamtu Tawakkal Alallah' yang bermaksud 'Inilah sahaja usahaku.. Ku berserah dengan penuh tawakal kepada Allah'.. <-- Petua ni member yang beri..
P/S: Ujian ka peperiksaan itu satu cabaran untuk menguji sejauh mana kita bersedia.. Bagi yang jujur dalam menuntut ilmu.. Usahanya itu akan diberkati.. Bagi yang berkongsi ilmu dan sentiasa 'study group'.. Kejayaan itu sudah semestinya.. Jika gagal sekalipun.. Kita sudah berusaha sehabis baik dengan penuh kejujuran.. Elakkan menipu dan meniru.. wink!

Friday, 11 November 2011

Kita merancang.. Tuhan menentukan..!

Assalamualaikum..
Bismillah..
Kita hanya merancang..
Tuhan yang menentukan..
Wallaa..
Baru ja lepas terima SMS dari my tunang..
Dia mention bahawa sehari selepas majlis pada 20.11.2011 tu..
Dia kena masuk maktab..
Sedih pun ada..
Tapi saya | redha |..
Ini namanya ketentuan..

Jenuh saya merancang untuk menziarahi sanak saudara..
Bermula 21 November hingga 28 November..
Malangnya semua itu hanya rencana..
Apabila Maktab memaklumkan kepada my tunang..
Bahawa takwim cuti telah berubah..
Cutinya hanya akan bermula pada 21 hingga 31 Disember 2011..

P/S: Aku terima semuanya dengan | REDHA |
Mungkin ada hikmahnya tersendiri..
Apapun nampak gayanya hanya aku saja yang CUTI 
Pada 21 hingga 28 November ni..
Nak wat apa ek sorang-sorang kat kampung..?

wink!

Wednesday, 9 November 2011

Goldish & Brown versus White & Maroon..!

Assalamualaikum..
Bismillah..
Apa kaitannya tajuk dengan isi aku hari nie..?


Meh citer sal | White & Maroon | tu dulu..
White & Maroon tu adalah tema sebelah pengantin perempuan..
Tema yang dipilih oleh bakal mak mertua aku..
Entah apakah inspirasi dari dua kaler ni..
Asalnya aku nak White & Green..
Simboliknya kaler yang aku nak nie ialah..
Ianya melambangkan satu permulaan..
Permulaan dalam menempuh gerbang perkahwinan..
Tapi dah kena cantas awal-awal oleh mak mertua aku yang minat kaler maroon..
Katanya kaler itu sesuai dengan warna kulit anak gadisnya..
Adakah warna itu sesuai dengan warna kulit aku..?
Aku terima dengan ikhlas sebab yang namanya ketentuan itu diluar batasan kudrat manusia..
Mungkin White & Maroon ini bisa menonjolkan kelainan untuk kami berdua..
Yakni pasangan mempelai..
Ngee..


Sekarang masuk pula kepada pilihan Goldish & Brown..
Sebenarnya dalam perancangan..
Aku mahukan warna pastel untuk brown..
Malangnya setelah perbincangan dengan kedua ibu bapa aku..
Kami yakin warna Goldish sedikit menaikkan seri pengantin..
Maybe..
Ngee..


Pernah jugak aku terfikir untuk memilih warna Ungu atau Biru sebagai tema..
Namun keduanya tidak berjaya menambat hati kedua mempelai..
Setelah dibawa berbincang..

P/S: Baru aku tahu..
Betapa susahnya nak menguruskan segala persiapan untuk perkahwinan..
Bila dah kena.. Bila dah rasa..
Baru tahu betapa perincinya segala serba serbi..

Bagi yang bakal mendirikan rumahtangga..
Persiapan awal adalah digalakkan..
~ Nasihat dari yang bakal mengakiri zaman bujang dalam masa beberapa hari sahaja lagi..
Wink..! 

Tuesday, 8 November 2011

Persediaan ke Jinjang Perkahwinan..!

Assalamualaikum..
Bismillah..
Get READY.. Get SET.. GO..!
Alhamdulillah..
Persediaan sedang rancak diperlakukan..
Majlis yang bakal berlangsung 20.11.2011 secara sederhana..
Kini berjalan dengan lancar..
Kita mencari kesempurnaan..
Sedangkan kesempurnaan itu Hak Allah S.W.T..
Kita merancang..
Allah yang menentukannya..

Kini berbaki beberapa hari saja lagi..
Dengan harapan majlis berlangsung dengan lancar..
Bermula pada  18.11.2011 Akad nikah bakal berlangsung..
Di ikuti pada 19.11.2011 Majlis sebelah pengantin perempuan..
Dan di akhiri pada 20.11.2011 Majlis sebelah pengantin lelaki..

Dengan harapan..
Restu Ilahi mengiringi perjalanan Majlis ini..

P/S:  Ku menadah tangan..
Memohon dipermudahkan..
Urusan perkahwinan..
Semoga jodoh yang ditentukan untukku ini..
Akan menjadi seorang Isteri yang Solehah..
Seperti Saidatina Khadijah, Saidatina Aishah dan  Fatimah Az-Zahra.
Akan menjadi seorang wanita yang berpegang kuat pada agamaNya..
Seperti Masyitah, Mutiah dan Sumayyah..
Dimana nama-nama besar ini tercatat pada Al-Quran..
Sebagai wanita yang dijanjikan Syurga..

Semoga diriku..
Akan menjadi seorang suami yang Soleh..
Yang dapat mendidik diri sendiri, isteri dan anak-anak..
Yang terus menerus berjuang di JalanNya..
Amin..!

wink!

Aku bernazar..!

Assalamualaikum..
Bismillah..
Aku bernazar..

Mari botakkan kepala..!
Ihsan: Uncle Google..!

Tahukah kalian apa itu NAZAR..?
Dari kamus dewan:
Nazar membawa erti janji (janji pada diri) hendak berbuat sesuatu jika maksud tercapai..
Dari kamus alih bahasa:
Nazar adalah sama erti dengan | Vow |..
Lihat gambarajah di bawah..
 
P/S: Sesungguhnya aku berjanji (nazar) untuk membotakkan kepala SEHARI selepas majlis perkahwinan ku selesai..
Semoga dengan tertunainya nazar ini.. Perjalanan rumahtanggaku akan berjalan dengan baik dan dirahmati oleh Allah S.W.T..
Yang baik kita jadikan ikutan..
Yang buruk perlu kita jauhkan..
wink! 

Detik-detik terakhir seorang BUJANG..!

Assalamualaikum..
Bismillah..
Ihsan : Uncle Google

Neves ala2 Tevez isap puting susu..!
Kotak minda saban hari terisi dengan irama-irama yang mengasyekkan..
Menghitung hari..
Ku pinang dia dengan bismillah..

Wallaa..
Aku kini sedang meniti..
Detik-detik terakhir bergelar seorang BUJANG..
Ngee..
Yang penting KITA happy..!
P/S: Dijemput kepada sekelian warga BCR untuk memeriahkan hari paling sejarah..
Hari untuk aku menjadi RAJA tanpa takhta untuk sehari cuma..
Walimatul Urus..!
With LOVE & rindu tahap gaban..!
Adliy Zico

Thursday, 29 September 2011

Assalamualaikum.. Knock Knock.. Anybody home..???

Bismillahrirrahmanirrahim..

Salam SAYANG penuh kasih sayang..
Saya RINDU sama anda semua..
Oleh kerana SIBUK dengan urusan pekerjaan (Berkerjaya lah sangat!)
Saya tak sempat nak mengunjungi BCR khususnya Blog umumnya..
Kangen sama anda semua..
Muaaaah!!!

Sekembalinya saya ke arena BLOG ni bersebab..
Antaranya ialah untuk melepaskan rasa rindu yang membuak-buak kepada:
BCR member/s yang tersayang..

Seperti yang saya umumkan dahulu..
01 Mei 2011, saya telah melangsungkan upacara pertunangan.. Alhamdulillah..
Dan bagi melengkapkannya..
19 November 2011, saya akan di ijab kabulkan..
Dan secara sahnya..
Memikul tanggungjawab sebagai seorang suami..
Menguruskan alam rumahtangga..
Melangkah ke gerbang baru sebuah kehidupan..
Semoga mendapat rahmat dariNya..
Amin..

Disini saya ingin menjemput kalian semua..
Walimatul-urus..
Ke Majlis Raja  Sehari..
Pada 20 November 2011 (Ahad)
Keterangan lanjutnya adalah seperti pada paparan kad undangan (lakaran) dibawah:
 
P/S: Ini adalah lakaran kad undangan..
Makanya pelan lokasi masih belum dilakar dengan baik.. hehehe..

Dan ini pula paparan dari Google Map:
http://maps.google.com.my/maps?ll=5.550722,100.401478&spn=0.092262,0.154324&t=p&z=13&vpsrc=6&lci=com.panoramio.all&pw=2
Untuk lebih jelas, sila google : kampung kuala muda, penaga
Nota:  Pada paparan P101 - kampung Pasir Gebu menuju ke hujung seberang perai utara, Pulau Pinang..
Alamatnya : No. 4 Lorong 22, Taman Kuala Muda, 13110 Penaga, Butterworth.

Sekian..
Tetiba kaku tak tahu nak tulis apa-apa..

Salam MAAF..
Salam penuh kasih sayang..

Dari:
Adam Zico
Adam Nathaniel
Izad AZLI Zico
Mohd Azli Azizulrahman
Adliy Zico
0124601875

wink!

Tuesday, 12 July 2011

Salam.. Akhirnya saya ke udara..!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Lama sudah tak ke UDARA..
Wallaa.. 
Berangan jadi DJ lak ADAMzico nie..
Miss U all..

Antara sebab-sebabnya..:
1) Outstation banyak giler..
2) Masalah kewangan..
3) Tak boleh ON9 kat opis..

InsyaAllah..
Saya akan KEMBALI memeriahkan BCR kelak..

p/s: Miss me..?

Wink!

Tuesday, 31 May 2011

Penuh..!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum W.B.T

Masa untuk PUISI..
Puisi ini tercetus dari ILHAM yang beraspirasikan kepada seorang teman..
Semoga PUISI ini akan menemani sepanjang penantiannya..

Penuh..!

Entah mengapa bibirku kelu..
Inginku suarakan akan bisik hatiku..
Saat penuhnya ku rasa kekosongan..
Meski puas ku tenangkan semua debaran..
Riaknya masih kuat bergetaran..

Kau penuhkan hariku..
Kau penuhinya dengan bahagia..
Hingga aku bukan lagi aku..
Teman yang tergerak dek nawaitu..
Untuk cuba memilikimu..

Kini bila lancang ku atur..
Biar ku luah segala perasaan..
Tak mahu ku pendam..
Tak sanggup ku diamkan..
Agar kau tahu apa yang cuba ku maksudkan..

Kini aku penuh..
Meskipun tak lengkap tanpa kamu..
Kata putusmu..
Itulah yang ku tunggu..
Meski ku bersabar..
Ku tahu berat untukmu menyimpulkan..

Hatiku penuh dengan memikirkan kamu..
Hariku penuh dengan penantian nan satu..

Nukilan,
Izad AZLI Zico

p/s: Semoga yang BAIK dapat dicapai.. Manusia berusaha namuan Allah yang akan menentukannya..
Wink!

Friday, 20 May 2011

Tolong saya UPDATE bloglist.. Please!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum W.B.T..

I NEED your PARTICIPATE..!

Terfikir saya akan UPDATE bloglist..
Nak IKUT jejak Sy@f..
(Jangan marah ya..!)

'Kepada SESIAPA yang ingin berada di BLOGLIST saya..
Saya alu-alukan NIAT baik anda itu.. 
Kini tibalah masa untuk saya meng UPDATE Bloglist..
Sila DROP your URL here..!'

p/s: Untuk itu..
Saya akan melenguhkan jari saya untuk anda pula..
Dengan Blog Walking ke Blog anda..
Dan meng CLICK apa yang boleh menjanakan pendapatan anda..
Nak tak..?

wink!

Bila ADLIY mula berceloteh..!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum W.B.T.
 

Nak kongsi cerita ni..
Semalam ada group PRESENTATION..
As USUAL kami telah diberikan tajuk |1Malaysia|
Pensyarah meletakkan syarat UTAMA..
Iaitu menumpukan kepada isu-isu semasa..
Tanpa menyentuh hal POLITIK..
Apakah 1Malaysia ini adalah sebuah konsep yang berjaya..

Group terdiri daripada EMPAT orang..
TIGA lelaki dan seorang perempuan..
Empat orang STUDENT ni bukan calang-calang orang..
(Ni bukan KES nak angkat bakul berisi ASID Hidroklorik Pekat.. ye!)
Setiap seorang gemar untuk mengajukan SOALAN yang POWER..
Saat group lain sedang rancak mengadakan PRESENTATION masing-masing..
Oleh kerana kePOWERan tersebut..
Group lain menanti saat untuk giliran EMPAT orang ini pula..
Bagi mengajukan soalan demi soalan yang dapat mematahkan hujah EMPAT sekawan ni..

Pada biasanya..
Pensyarah menetapkan bahawa setiap kumpulan..
Boleh mewakilkan kepada seorang untuk mengemukakan hujah..
Yang lain akan tampil membantu..
Atau perlu menjawab soalan yang diajukan oleh audiences..

As usual..
Saiful Saat ialah Presenter yang dipilih..
Dia memang pakar goreng..
Samsiyah Hj. Sadeli ialah Back Up..
Dia memang pakar psikologi..
Azman Razali ialah Seeker..
Dia pakar pencari maklumat..
Manakala SAYA..
Malam semalam saket kepala..
Tak mahu participate sangat..

Hujah demi hujah Saiful Saat kupas satu persatu..
Dari INTRODUCTION hinggalah ke Pencapaian..
Bagaimanapun bagi mengukuhkan FAKTA..
Azman Razali dan Izad Azli Zico akan tampil membisikkan sesuatu ke telinga Presenter..
Isu SEMASA merupakan makanan ruji untuk Samsiyah Hj. Sadeli..
Dia mengupasnya dengan cara pemahaman yang baik..
Cara psikologinya telah membantu Audiences untuk lebih faham akan 1Malaysia..

Bagaimanapun, saat yang dinanti-nantikan tiba..
Saat dimana Audiences akan dibenarkan untuk menghujankan soalan demi soalan..
'Let KILL them..'
Cam tu la lagak Audiences yang penuh dengan kebencian yang meluap-luap..
Kebencian kerana mereka pernah diajukan soalan yang POWER sebelum ini..
Satu demi satu soalan dijawab dengan mudah oleh Saiful Saat..
Dia dibantu oleh Samsiyah Hj.Sadeli..
Azman Razali pula terus memainkan peranan dalam pencarian maklumat..
Hinggalah Saiful Saat dan Samsiyah Hj. Sadeli goyah..
Barulah Izad Azli Zico tampil untuk berceloteh..

Bila Izad Azli Zico mula bersuara..
Audiences terus terpaku..
Izad Azli Zico a.k.a Adliy ialah pakar Time Frame dan Kronologi..
Dengan MUDAH lah dia menerangkan perkaitan antara 1Malaysia..
Dengan konsep, dasar serta model yang lain..
Seperti Model Baru Ekonomi, Wawasan 2020, NKRA, Rancangan Malaysia..
(He;s SCORE that point.. Sebab semua dah tak berani nak kemukakan soalan..)

p/s: Pensyarah memainkan peranan yang PENTING..
Jika Pensyarah mengemukakan soalan semasa perbincangan dijalankan..
Ianya menunjukkan bahawa group terbabit punya masalah dari segi penyampaian dan pencarian maklumat berdasarkan isu semasa..
Mujurlah untuk group EMPAT sekawan ni..
Pensyarah tidak mengemukakan sebarang soalan..
Rasanya dia berpuas hati dengan kupasan hujah berdasarkan isu semasa yang melibatkan 1Malaysia..

wink!

Thursday, 19 May 2011

Zuriat..!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum W.B.T..

Terpanggil untuk berbicara tentang ZURIAT..
Wallaa..!
Bukan apa my lil sister kini sedang berbadan dua..
'Semoga kandungannya SIHAT dan didalam perlindungan Allah..'
Amin..!

My lil sister yang lebih dikenali sebagai Einda..
Ni pregnancy untuk kali ke DUA..
Yang pertama dahulu.. Baby Gurl..
Nurraisya Arsiyya..
Ni la Baby Gurl pertama my lil sister..
A.K.A anak buah perempuan yang pertama..

Untuk kali ni..
My lil sister mahukan Baby Boi pulak..
Tapikan..
Entah macam mana (magikal)..
Saya rasa baby kali ni Baby Gurl jugak..

Masa 1st time dulu pun..
Saya predict Baby Gurl..
And then yang kuar pun Baby Gurl..
Untuk kali ni..
Hope lah my lil sister akan dapat baby boi..
(Sedangkan my predict will be Gurl..)

Persoalannya..
Zuriat ini adalah cahayamata..
Pengikat kasih sayang antara suami dan isteri..
Kebiasaannya..
Suami akan berkehendakkan baby Boi..
Zuriat lelaki..
Atas alasan penyambung generasi (genetiknya)..
Namun kadangkala kita dapat lihat menerusi senario terkini..
Suami mahukan anak lelaki atas sebab mahu membuktikan kelakian mereka..
Jika mendapat anak perempuan dikatakan belum cukup 'lelaki'..
Betulkah begitu..?

Adakah anak perempuan akan sekali lagi direndahkan darjatnya..
Sepertimana zaman jahiliyyah..?
Ada pepatah mengatakan..
'Lebih baik membela sekandang lembu daripada memelihara seorang anak perempuan..'
Maksud pepatah ni lebih kepada susahnya membesarkan seorang anak perempuan..
Dimana susahnya membesarkan anak perempuan berbanding anak lelaki..?

Rasanyalah..
Jika SALAH perbetulkan saya..
Anak perempuan ni susah nak jaga kerana..
Auratnya.. Ayah perlu memastikan aurat anak perempuannya tidak terdedah..
kerana aurat anak lelaki mudah utnuk dijaga.. 
Contoh terbaik rambut..
Agamanya.. Ayah perlu memastikan anak perempuannya diasuh sebaiknya..
kerana apabila anaknya menjadi isteri orang..
Disitulah semua orang akan memandang..
Apakah ayah telah mendidik anaknya dengan baik..

Bagi kes my lil sister..
Dia terima dan redha apa sahaja jantina anak..
Asalkan anak yang bakal dilahirkannya sihat..
Walaupun suaminya berkehendakkan Baby Boi..
Dengan alasan suaminya anak lelaki tunggal..
Dan dengan adanya anak lelaki berkenaan..
Ianya dikatakan menjadi penyambung warisan..

Baby Boi..
Nama : Mohd Faidhi Yamin
Anak buah lelaki nombor tiga..
Anak my lil sister yang dikenali sebagai Dilo..
(My mum says that Faidhi mirip saya waktu kecil..)

p/s: Sekarang ni.. 
Saya sudah mempunyai tiga anak buah lelaki..
1) Mohd Danial Haizree
2) Mohd Aimar Ariff
3) Mohd Faidhi Yamin
4) Nurraisya Arsiyya
InsyaAllah hujung tahun ni tambah lagi seorang..

For me..
Saya dah cop..
Anak buah ke TUJUH..
Ialah my 1st baby..
InsyaAllah..

Wink!

Nak jadi cam ni.. hehe..

Lepas tu nak jadi cam ni.. hehe..
Mudah-mudahan..
wink!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!