Monday, 21 March 2011

Timbul Tanda Tanya..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T..

Ehsan dari Uncle Google

Mimpi..
Sepertimana pernah saya olah sebelum nie..
Mimpi mempunyai 3 agenda..
Pertama : Mainan Syaitan
Kedua : Alamat atau petanda
Ketiga : Kembara roh ke masa hadapan

Sejak akhir-akhir nie..
Saya berdepan dengan SATU mimpi yang sama..
Adakah kerana otak sedia mena'akul yakni memikirkan akan SATU hal sehingga terpacul keluar di dalam mimpi..?

Persoalannya..
Apakah cebisan mimpi-mimpi itu merupakan mainan Syaitan semata-mata..
Atau ianya memberikan gambaran tentang masa hadapan..?

Mimpi yang sama berulang-ulang..
Sehingga ada masanya rasa seakan mimpi itu sesuatu yang nyata..
Begini paparan mimpi tersebut..

Sepasang pengantin baru yang berganding tangan..
Seakan pertama kali bergandingan tangan..
Wajah mereka ceria..
Bibir mereka tak lekang dengan senyuman..
Mata saling berpandangan..
Sambil mengatur langkah di pesisiran pantai..
Gadis berjubah putih cream bersulam emas..
Lemah santun langkah diatur..
Memukau pandangan suami tercinta..
Si suami pula berbaju melayu cream..
Siap bersampin segala..
Di hatinya berbunga bahagia..
Seakan dunia itu milik mereka berdua..

Mimpi itu seakan nyata..
Ianya masih lagi terbayang di mata..
Apakah perkhabaran yang dibawanya..?

p/s: Lelaki berbaju melayu putih cream itu ialah SAYA..
Dan siapa pula gadis itu..?
Timbul tanda tanya..

Beberapa tahun yang lalu..
Saat SAYA muda remaja..
Saya pernah didatangi oleh seorang gadis..
Ketika mata antara lena dan terjaga..
Gadis yang turun menjejakkan kaki ke bumi itu..
Bak Bidadari cantiknya..
Di kendongnya seorang bayi lelaki..
Di dalam bungkusan kain cindai..
Saat kakinya menjejak ke lantai..
Suasana bilik bertukar menjadi putih..
Segala benda menjadi putih bersih..
Gadis berkenaan meletakkan bayi tersebut di atas dada saya..
Dan seraya berkata..
' Nama Hamba Narissa Hani.. Anak ini anak Hamba dengan Tuan Hamba..
Namanya Adam Syarkawi..' 
Saat itu saya dapat merasakan detak jantung anak kecil itu..
Sebaik sahaja saya sedar..
Keadaan menjadi normal semula..
Bilik saya tidak lagi putih bersih..
Tiada Narissa Hani ataupun Adam Syarkawi..
Saya tercari-cari akan bayi berkenaan..

Apakah alamat disebalik kejadian ini..?
Sila lontarkan KOMENTAR anda..

* Gadis bernama | Narissa Hani | bukan gadis yang berpakaian jubah putih cream itu..

8 Komentar:

apezs shah said...

adakah kerana novel yg sedang dikarang hehe.. mgkin juga terfikir kot.. entahlaa long..

adamzico said...

apezs: novel? Takde ngarang yg terbaru.. ntah la.. kurius nk selidik nie..

nsms said...

adam nk kawen tak? ekekeke...

adamzico said...

cik sarah : nak2 (pipi kemerah2an.. blushed)

Unknown said...

sungguh puitis la kamu...n sy ? membaca smbil tersenyum..haiyooo...ok la tuh...mimpi cm ni petanda.. haih!

adamzico said...

Za : Puitis? Tu my middle name.. hahaha.. Petanda?? Ya ka? wink!

Unknown said...

middle name??wah....haiyoo...petanda dr cinta lalala......kn adam dh nk kawen tuh...

adamzico said...

Za: Hahaha sapa taknak kawen.. Tengah teguhkan hati.. Semoga ketetapan hati ini dapat membawa kepada pilihan yang tepat.. Amin!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!