Prolog
Persoalan demi persoalan aku fikirkan. Entah mengapa aku terlalu sukakan seseorang yang tidak pernah melihat aku seadanya. Demi sebuah persahabatan, aku ketepikan perasaanku itu. Ianya terlalu pahit untukku namun itulah yang tersurat untukku.
Namaku Diashafiya. Aku tidak pernah mempedulikan kata-kata orang lain mengenai diriku. Apa yang aku lakukan ialah apa yang terlahir dari hatiku. Itulah diriku.
Bersahabat dengan Nur Adina ( Adina ) dan Zakrul Nizam ( Nizam ) adalah perkara yang membahagiakan aku. Banyak detik indah mekar ketika bersama mereka. Apa yang paling mekar dalam fikiranku ialah perwatakan Nizam yang berjaya menyentuh hatiku. Aku terlalu tertarik padanya.
Setahun bersama Adina dan Nizam telah banyak merubah diriku. Malah yang paling teruk ialah penafian perasaan yang mendalam kepada Nizam kerana lelaki itu sudah mempunyai pilihan hati. Gadis yang bertuah itu ialah Adina.
Rasanya terlalu pahit untukku luahkan rasa hatiku di saat kebahagiaan jelas tampak di raut wajah Adina dan Nizam. Aku telah pandai berdalih dan menipu semua orang kerana aku tidak mahu semua orang tahu akan hati dan perasaanku. Di sinilah bermulanya sejarah hitam hidupku.
P/s: Ni juga antara karya yang aku pendam taknak publish beberapa tahun dahulu.. ( Copyright reserved tahun 2003) Layaan..!
10 Komentar:
xtau kenapa sering x sebulu ngan mereka yang bernama adina... grrr!!
wow...penulisan yg baik...ni luahan prasaan ke nk buat novel?
mOoN: huh? ye ke? Dlm citer ni Adina OK je orgnya.. hehe.. layaan taw!
milo: tima kaceh.. masih jauh utk menghasilkan novel.. hehe.. mana de luahan perasaan.. kan watak tu watak pompuan.. saya ni laki2.. hehe..
x hairan pon kalau someone luahkan prasaan melalui penulisan dan watak dlm 2 b'lawanan dgn jantina sbnar si pnulis...
milo2610: x hairan? hehe.. wink! Saya sekadar menulis (mengarang)..
ok3...pape pon, penulisan anda bgus..keep it up...mcm apa nth komen..hahaha
wakaka.. ikhlas ke memuji nie? lalala..
ikhlas....sangat !!
milo2610: alhamdulillah.. anda ikhlas.. wakaka..
Post a Comment