Jaguh Kaliber : Saga Dewata
Lagenda Guruh Petir
Pekan Ijas
Sang Jauhari, Abdi Guruh dan juga Jelita Mekar terkejut dengan pertarungan yang berlaku di hadapan mereka. Jaguh yang terlibat ialah Rimba Gila iaitu ayah kepada Jelita Mekar selaku ketua Kumpulan Pengemis. Dia telah di cabar oleh seorang jaguh dari Sekolah Ortodoks iaitu Raja Singa.
Pertarungan itu adalah kerana Raja Singa mahukan kitab-kitab Kumpulan Pengemis yang di kehendaki oleh Penaung Sekolah Ortodoks. Dia tahu Kumpulan Pengemis mempunyai lima naskah kitab tersebut. Ianya amat berharga.
Entah dari mana Penaung Sekolah Ortodoks mengetahui akan wujudnya kitab itu, tugasan itu merupakan alasan Raja Singa untuk terus menjadi panglima utama Sekolah Ortodoks.
Rimba Gila terpaksa mempertahankan dirinya. Dia yang hanya menguasai tiga dari empat kitab yang di milikinya pun mempraktikkan gaya kebal yang di pelajarinya.
Raja Singa memperlihatkan kehandalannya. Dia menggunakan Hikmat Ngauman Singa dan juga Hikmat Raja Rimba. Nampaknya pertarungan tidak dapat di elakkan.
Rimba Gila menyuruh kedua-dua pengikutnya untuk menjaga keselamatan anak gadisnya. Dia tidak akan berlembut hati dengan Raja Singa yang tiada di undang itu.
Jelita Mekar tidak mahu berganjak. Dia mahu bersama dengan ayahnya. Rimba Gila sedar kedegilan anaknya itu akan memberi peluang kepada Raja Singa menangguk di air yang keruh. Dia melemparkan senashkah kitab ke ruang udara. Dia mengambil peluang itu untuk melarikan diri bersama dengan anaknya. Di kesempatan yang ada Rimba Gila menyerahkan empat nashkah kitab yang di milikinya.
Dia menoktok mata urat Jelita Mekar dan menyuruh Sang Jauhari dan Abdi Guruh membawa lari anaknya itu. Dia akan kembali untuk mencari mereka bertiga.
Raja Singa menjadi berang dengan apa yang terjadi. Dia segera menjejaki Rimba Gila. Mereka bertemu di sebuah lorong yang agak sempit dan jarang di gunakan. Rimba Gila akan memastikan pertarungan itu memihak kepadanya.
Sang Jauhari membelek empat kitab itu. Dia memilih kitab yang akan memberikannya kelebihan. Dia memilih kitab Belantan dan Mabuk. Dia menyerahkan Kitab Kebal dan Tidur kepada Abdi Guruh. Dia yakin dengan dua kitab itu, dia akan menjadi terkenal nanti dengannya.
Jelita Mekar tidak mempedulikan semua itu. Dia terus hiba dengan pertarungan yang di hadapi oleh ayahnya. Dia takut kehilangan ayahnya itu.
Raja Singa tidak dapat menjatuhkan lawannya. Kehebatan hikmat yang di gunakan oleh Rimba Gila sukar untuk di tafsir. Dia terpaksa menggunakan jurus terakhirnya iaitu Ngauman Singa yang dipadukan dengan serangan cakar waja ke arah Rimba Gila yang mempraktikkan hikmat kebal dan belantan yang di ayunkannya.
Satu dentuman kedengaran. Entah apakah yang terjadi. Jauh dari tempat itu kelihatan Sang Jauhari melarikan Jelita Mekar ke arah wilayah Timur. Sang Jauhari dan Abdi Guruh telah berpisah arah kerana takut keempat-empat nashkah itu akan jatuh ke tangan Raja Singa.
Sang Jauhari berdepan dengan seorang jaguh yang tiba-tiba menyekatnya. Jaguh itu bernama Serigala Putih. Dia ialah pengikut kembar Raja Singa. Dia telah di arahkan oleh ketuanya untuk menjaga di sempadan.
Serigala Putih tahu akan identiti Jelita Mekar kerana telah lama menyiasat akan latar belakang Ketua Kumpulan Pengemis. Dia tahu Jelita Mekar ialah anak gadis Rimba Gila.
Sang Jauhari terpaksa mengelak serangan pantas Serigala Putih. Dia tahu kekuatannya tidak menandingi Serigala Putih kerana dia hanya bergantung kepada kekuatan diri semata-mata. Dia berganjak dengan kepantasan yang luarbiasa.
Di kawasan yang lain, Abdi Guruh berdepan dengan seorang jaguh lain. Dia ialah Musang Licik. Musang Licik juga merupakan pengikut Raja Singa. Dia menyerang Abdi Guruh dengan kelincahan yang menakjubkan.
Abdi Guruh terpaksa berganjak dengan gaya yang sungguh luarbiasa. Musang Licik terpaksa bermain tipu helah untuk menumpaskan lawannya.
Sang Jauhari dan Abdi Guruh mempelajari gaya itu dari Tok Guru mereka iaitu Pengemis Buta. Pengemis Buta ialah Ketua Kumpulan Pengemis yang asal namun dia telah menghilangkan dirinya beberapa tahun yang lalu. Tiada jejak yang di tinggalkannya.
Gaya Peralihan Super itu sungguh luarbiasa. Sang Jauhari terpaksa melarikan diri dari serangan Serigala Putih. Dia terpaksa mementingkan keselamatan Jelita Mekar.
Abdi Guruh mengelak semua serangan dari Musang Licik namun dia kini terjerat dalam perangkap racun Musang Licik. Kabus yang di serakkan oleh Musang Licik telah di sedut oleh Abdi Guruh.
Sang Jauhari terus mengelak. Dia tidak kisah akan serangan yang hampir mengenainya itu. Dia yakin berani mati tidak mati.
Dia mengambil kesempatan untuk terjun ke dalam sebuah sungai yang mengalir deras. Dia terpaksa berbuat sedemikian.
Musang Licik yakin Abdi Guruh akan jatuh ke tangannya. Dia hanya menunggu racun itu memberikan kesannya.
Pandangan mata Abdi Guruh semakin kabur. Dia tidak akan terlepas dari maut. Dia terdengar akan raungan yang kuat dari depannya. Dia rebah tidak bermaya.
Serigala Putih yakin akan menjejaki Sang Jauhari nanti. Dia akan membantu ketuanya menewaskan musuh mereka dan merampas kitab-kitab tersebut.
Pertarungan antara Rimba Gila dan Raja Singa telah pun berakhir. Raja Singa mencakar kepala Rimba Gila manakala Rimba Gila pula menusuk Belantannya ke bawah dagu Raja Singa.
Raja Singa rebah ke permukaan bumi manakala Rimba Gila pula mengambil kesempatan itu untuk melarikan dirinya. Dia meninggalkan medan pertarungan itu dengan segera.
p/s: Saya ni pembaca komik tegar.. Dari Dewataraya ke Raja Rimba ke Pedang Setiawan ke Senjata Misteri karya hebat dari Hong Kong.. Oleh sebab tak pandai melukis.. Maka saya telah tampil dengan bentuk penulisan.. Semoga yang minat KOMIK dapat menilai sejauh mana pembawaan cerita ini ya.. (Copyright Reserved Tahun 2001)
0 Komentar:
Post a Comment