Tuesday, 8 November 2011

Persediaan ke Jinjang Perkahwinan..!

Assalamualaikum..
Bismillah..
Get READY.. Get SET.. GO..!
Alhamdulillah..
Persediaan sedang rancak diperlakukan..
Majlis yang bakal berlangsung 20.11.2011 secara sederhana..
Kini berjalan dengan lancar..
Kita mencari kesempurnaan..
Sedangkan kesempurnaan itu Hak Allah S.W.T..
Kita merancang..
Allah yang menentukannya..

Kini berbaki beberapa hari saja lagi..
Dengan harapan majlis berlangsung dengan lancar..
Bermula pada  18.11.2011 Akad nikah bakal berlangsung..
Di ikuti pada 19.11.2011 Majlis sebelah pengantin perempuan..
Dan di akhiri pada 20.11.2011 Majlis sebelah pengantin lelaki..

Dengan harapan..
Restu Ilahi mengiringi perjalanan Majlis ini..

P/S:  Ku menadah tangan..
Memohon dipermudahkan..
Urusan perkahwinan..
Semoga jodoh yang ditentukan untukku ini..
Akan menjadi seorang Isteri yang Solehah..
Seperti Saidatina Khadijah, Saidatina Aishah dan  Fatimah Az-Zahra.
Akan menjadi seorang wanita yang berpegang kuat pada agamaNya..
Seperti Masyitah, Mutiah dan Sumayyah..
Dimana nama-nama besar ini tercatat pada Al-Quran..
Sebagai wanita yang dijanjikan Syurga..

Semoga diriku..
Akan menjadi seorang suami yang Soleh..
Yang dapat mendidik diri sendiri, isteri dan anak-anak..
Yang terus menerus berjuang di JalanNya..
Amin..!

wink!

14 Komentar:

Anonymous said...

insyaALLAH...sy doakan agar semuanya berjalan lancar... amin...

Tahniah... Selamat pengantin baru... :)

ilyia syafira said...

amin . mudah2an . :)
taknak scan kad kahwin utk warga bcr ke ?? :apa

Padin said...

tahniah, harap2nya semua berjalan lancar, dan yang penting kamu melayari hidup berumahtangga bahagia ke akhir hayat :D

InGkLate said...

Semoga di permudahkan semuanya..
semoga berbahagia dan mendapat rahmat dr Allah s.w.t.. amin.. tahniah eh..hehe

Fauzzan Helmy Anuar said...

Tahniah Abah... Finally
Mie tumpang gembira sebab abah tak lama lagi akan menamatkan zaman bujang. Mie cuma doakan yang terbaik untuk abah dari kejauhan. Insya Allah kalau ada rezeki tak ada aral melintang, Mie akan sampai jugak dekat Penang... Kalau tak Mie pandang dan terus berdoa dari jauha agar abah dapat kejar apa yang abah impi dan cita-citakan. Mie mohon pada DIA semoga abah akan menjadi sorang suami yang berranggungjawab dan dapat mendidik anak-anak dan isteri dengan sempurana agar menjadi insan yang soleh lagi solehah. Insya Allah...

Pasal Kar, Mie tak tahu dah nak buat macm mana. Nak adjust raya, faham-fahgamlah raya macam mana. Nak adjust minggu ni abah busy katanya, minggu depan lagi lah. Mie dah putus idea dah. Tapi kalau abah rasa boleh diuruskan contohnya dengan serahan tangan melalui orang lain, mungkin ok jugak tu... Tapi tengok lah macam mana. Memang 12 hb ni ke area sana.

Dzu Aamal said...

Zico, kat mana? Nak pergi :(

Siti Safiyyah said...

kepak kepak gebung gebung..


hehe. jangan lupa nanti upload dekat blog atau facebook tau. nak jugak tengok gambar raja sehari di hari berbahagia. hehe.


eh cantiklah tarikh tu ;)

adamzico said...

Moon: Tima kasih.. Amin! Semoga dipermudahkan segala urusan..!

adamzico said...

!kura-kura! : ade laa.. kan saya dah letak kad jemputan saya kt BLOG.. Saya jemput untuk ke majlis saya

http://adamzico.blogspot.com/2011/09/assalamualaikum-knock-knock-anybody.html

adamzico said...

Padin: Tima kasih.. Amin.. Neves plak rasanya.. ngee..!

adamzico said...

InGkLate: Thanks.. Amin..!

adamzico said...

Fauzzan: Abah? Ngee.. Apapun sal Kar.. Apa kata minggu selepas awal muharram..???

adamzico said...

CL: Majlis akan berlangsung pada 20 November 2011 (Ahad) bertempat di No.4, Lorong 22, Taman kuala muda, Penaga, Butterworth, Pulau Pinang.. Jemput tau..

http://adamzico.blogspot.com/2011/09/assalamualaikum-knock-knock-anybody.html

adamzico said...

SS: Tima kasih.. Alhamdulillah.. bkn saya yg pick tarikh tu tp tarikh tu yg pick saya.. Namapun ketentuan itu ditanganNya.. Kan? Wink! Jemput ke majlis saya ya?

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!