Friday, 8 April 2011

Bukan sekali aku terluka (1993)


1993

                        Tahun ini aku akan melangkah ke sekolah Menengah Sri Muda. Rasa tidak sabar untuk berkenalan dengan rakan baru. Pertemuan aku dengan Adina telah ditentukan. Kami cepat mesra dan serasi. Dialah rakan baru aku. Persahabatan terjalin dengan eratnya.

                        Pertembungan aku dengan Zakrul Nizam sedikit sebanyak merubah diriku. Sikapnya yang tenang ala macho itu membuatkan aku asyik merenungnya. Nizam seorang yang peramah. Dia mengemukakan cadangannya untuk bersahabat denganku dan Adina.

                        Terlalu banyak suka duka di dalam persahabatan. Aku selalunya menjadi orang tengah dalam segenap hal. Akulah yang selalu memujuk Nizam dan Adina agar meneruskan persahabatan kami. Tiada siapa yang tahu perasaanku. Pengorbanan sebeginilah sebenarnya menjarakkan aku dengan Nizam.

                        Aku akui perasaan ini. Nizam seakan menyentuh hatiku dengan gurau sendanya yang sebenarnya menyemarakkan lagi cintaku padanya. Cinta yang tiada aku luahkan. Cinta yang memerlukan masa yang sesuai untuk aku umumkan. Hati ini terlalu riang bila berada dengan sahabat-sahabat baik. Aku tertanya-tanya adakah semua ini akan berubah apabila aku menyatakan rasa cintaku kepada Nizam. Aku tidak mahu hilang kawan kerana cintaku ini.

                        Nampaknya aku tidak dapat meluahkan perasaanku ini. Hari-hari bersama dengan Nizam membuatkan aku semakin cemburu akan kewujudan Adina. Adina sahabat aku, aku tidak boleh mengabaikannya demi cintaku. Adina akan menjadi orang pertama yang bakal mengetahui akan perasaanku ini. Dia tentunya akan terkejut mendengarnya.

                        Percutian hujung tahun menjarakkan kami namun kami tetap berhubung antara satu sama lain. Ketiadaan Adina kerana mengikut keluarganya bercuti memberikan aku peluang untuk bersama dengan Nizam.  Inilah yang aku mahukan. Berduaan dengan Nizam untuk aku meluahkan rasa cintaku.

                        Persoalan yang Nizam timbulkan telah mematikan niatku untuk berterus terang dengannya. Dia berasa bosan tanpa Adina bersama-sama kami. Aku cuba memahaminya. Apa yang ada di hadapan matanya tidak pernah dia hargai. Dia masih menunggu seseorang yang berada beribu batu darinya.

                        Aku tidak akan mengalah. Aku tidak akan mencemburui Adina. Dia adalah sahabat baikku. Aku perlu menunjukkan siapa diri ini kepada Nizam. Dia perlu melihat aku yang selama ini tidak pernah di ambil peduli olehnya.

                        Persahabatan ini terlalu aku pertahankan. Aku tidak mahu kehilangan seorang sahabat demi perasaan cintaku. Namun apa yang berlaku mengecewakan aku. Aku benar-benar kecewa. Apakah kekurangannya aku?

                        Aku mahu berubah. Aku mahu Nizam menjadi milikku. Aku tidak mahu Nizam menjadi milik orang lain. Nizam milikku.

p/s: Perasaan. dalamnya sebuah perasaan tak dapat diungkapkan. Jika kita mencintai seseorang.. Sukar untuk mengikis wajah itu dari hati.. Kerna perasaan yang mendalam itu, kita sanggup terluka.. Sampai bila? 

6 Komentar:

NURUL NAJWA said...

ahar~ pegorbanan? (o.O)

adamzico said...

Nurul Najwa: Pengorbanan.. hehe.. salah eja ke?

Unknown said...

wahhh~ sepeti ku kenal skolah itu~~

adamzico said...

Nor a.k.a Ida: kenal lg leh menghayati kan kan kan.. wink!

Unknown said...

lg menghayati kalu kenal dgn watak tu skali~ =)

adamzico said...

wah melampau la tu kalau nk kenal dgn watak.. huhu..

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!