Sunday, 30 January 2011

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Lima ~ Plot Tiga


                   Aku tersentak apabila di kejutkan dengan pelukan di sebelahku. Bunyi kicau beburung juga menyedarkanku dari lenaku. Rizmi? Farish? Dua nama itu bermain di pemikiranku.

                   Aku menarik selimut yang menyelimuti muka lelaki yang berada di sebelahku. Rizmi. Aku melonjak bahagia. Kenapa di saat aku menderita, Rizmi hadir menolak rawan di sanubariku?

                   ‘Awal bangun?’ Rizmi mengajukan soalan itu kepadaku. ‘Kenapa Rizmi datang ke sini? Ingatkan dah lupakan Kasih.’ Aku segera memintas kata-katanya itu.

                   ‘Kasih mahu Rizmi pulang ke?’ Balasnya mematikan amarah yang mula membara di hatiku. Aku merebahkan kembali tubuh badanku di atas tilam empuk itu. Aku membelai tangan Rizmi.

                   ‘Ada apa ni?’ Rizmi mengajukannya kepadaku. ‘Tak ada apa-apa. Kasih rindukan Rizmi.’ Balasku. Aku membelai mukanya itu. ‘Jangan Kasih. Jangan buat begini.’ Rizmi bingkas bangun dan mengalihkan tubuhnya ke arah bilik air.

                   ‘Maafkan Kasih.’ Aku segera bangun dan bergerak ke meja study. ‘Tak. Rizmi tak marahkan Kasih sebaliknya Rizmi tak nak kita terlanjur nanti.’ Kata-katanya itu ada benarnya juga. Aku mengangguk lemah.

                   Dia mendekatiku. Dia mencium dahiku. ‘Rizmi mandi dulu k?’ Rizmi mencapai tuala dan melangkah menuju ke bilik air. Dia membuka bajunya di depanku.

                   Aku bangun dan mengemas katil. Hari ini aku bahagia. Terubat kerinduanku kepadanya. Aku mahu mengisi minit-minit yang ada dengan memori indah untukku kenang. ‘Rizmi. Kau tidak sedar betapa besarnya cintaku kepadamu.’ Bisik hatiku apabila teringatkan Rizmi.

                   Rizmi keluar dari kamar mandi. Tubuh badannya yang kebasahan itu aku tatap. Rizmi mengenakan seluar pendek dengan baju jersey Chelsea. Dia mencampakkan tuala ke arahku.

                   Aku bergerak ke arah kamar mandi. Aku berselisih dengannya. Aku mengambil kesempatan itu untuk mencium pipinya. Aku beredar setelah mengejutkan Rizmi dengan apa yang aku lakukan kepadanya.

                   Aku menyirami tubuh badanku dengan air yang dingin. Kesejukan itu telah memadamkan amarahku kepadanya. Tiada guna aku marahkan orang yang amat aku cintai. Ya.

                    Aku keluar dan mendapati Rizmi tiada di dalam bilik. Aku pasti Rizmi sudah keluar membeli sarapan untuk kami berdua. Aku mengenakan t-shirt kelabu dan seluar jeans hitam. Aku keluar untuk menyediakan air teh.

                   ‘Kasih.’ Panggilan mesra itu mematikan langkahku. ‘Rizmi?’ Aku memakukan mataku kepadanya. ‘Tak keluar beli sarapan?’ Tanyaku ringkas. ‘Tak. Rizmi nak ajak Kasih makan di luar. Ok tak?’ Ajakan Rizmi itu benar-benar tidak aku sangkakan. ‘Ok.’ Balasku ringkas.

                   ‘Jom.’ Rizmi segera bangun menuju ke pintu apartment. ‘Tunggu sekejap ya?’ Pintaku kepadanya sambil berjalan menuju ke bilik.

                   Aku mengambil jaket pendek yang berwarna hitam dan mengenakannya. Aku keluar dan mengekorinya.

                   ‘Kita nak makan di mana?’ Tanyaku untuk menghangatkan perhubungan kami. ‘Ikut saja k?’ Rizmi mahu berahsia denganku. Aku sememangnya tahu akan sikapnya. Dia gemar bergurau senda dan suka memberikan kejutan. Ketara benar perwatakannya itu.

                   Kami singgah di sebuah restoren nasi kandar. Kami duduk menjamu selera. ‘Rizmi suka nasi kandar.’ Katanya sambil menjamah makanan. ‘Rizmi nak dengar tak pasal kerja Kasih.’ Aku mematikan perbualannya dengan soalanku itu.

                   ‘Cerita la. Rizmi dengar.’ Rizmi sedia mendengar ceritaku. Aku menceritakan tentang kerjaku di situ. Majikan dan ketua memuji kerja Kasih. Pertunjukan malam Jumaat yang lepas juga menjadi topik perbualanku.

                   ‘Kasih tak suka pada seorang model ni, namanya Amani.’ Aku menyatakan rasa benciku kepadanya. Rizmi tersedak mendengar nama itu. ‘Kenapa ni? Itulah makan gopoh sangat.’ Aku mengukir senyum melihat telatah Rizmi.

                   ‘Biarkanlah. Model zaman sekarang semuanya ego melangit.’ Kata-kata Rizmi itu membuatkan aku senang dengannya. ‘Rizmi. Kasih di tawarkan untuk menjadi model. Kasih tolak.’ Aku mahukan pendapat Rizmi tentang penolakanku itu.

                   ‘Erm. Kenapa?’ Rizmi mahukan penjelasanku. ‘Kasih tak nak di kenali. Kasih hanya nak bekerja di belakang tabir.’ Aku sebenarnya tidak mahu ayahku sedar di mana aku berada.

                   ‘Ketua Kasih bernama Aldo. Dia baik tapi Kasih tak nak dekat dengannya.’ Kataku dengan penuh bersemangat. ‘Kenapa pula?’ Tanyanya ringkas. ‘Aldo tu kacak. Dia seakan mahu mendekati Kasih.’ Aku sengaja mahu melihat reaksi Rizmi apabila ada orang lain yang cuba mendekatiku.

                   ‘Biasa la. Perhubungan ketua dengan orang bawahan. Rizmi kat tempat kerja pun cam tu gak. Selalu keluar makan bersama.’ Lain yang aku harapkan lain yang aku dapat. Api cemburu itu akhirnya membara di lubuk hatiku dengan penjelasan Rizmi itu.

                   Aku mendiamkan diriku. Tiada apa yang harus aku bualkan. Aku takut kami berdua akan mula meninggikan suara.

                   Rizmi berjalan ke arah kereta. Aku hanya membontotinya. Dia membuka pintu kepadaku. Aku segera melabuhkan punggung di atas kusyen keretanya itu.

                   Rizmi memecut laju. Kereta Evo VII itu berderum meninggalkan tempat itu. Aku hanya tertunduk. Adakah memang benar perangai Rizmi yang menyakitkan hati itu tidak akan berubah? Dia menyakiti hatiku dengan teruk sekali. Kemudian dia memujukku. Permainan sebegini membuatkan aku lelah.

                   Kami sudah tiba di apartment. Aku membuka pintu dan ingin keluar dengan segera. Tanganku telah di tarik oleh Rizmi. ‘Sayang. Rizmi..’ Dia mematikan kata-katanya. Apakah maksudnya itu?

Nota Kaki: Keakraban itu menjaminkan sebuah kebahagiaan. Keserasian bila bersama itulah kunci kepada sesebuah perhubungan.. Apakah perhubungan ini wujud di atas landasan yang betul..? Atau ada kisah disebalik perhubungan itu..? Pada rizmi? Pada Kasih?

2 Komentar:

Afzainizam said...

Hidup ini bagaikan teka teki
di mana kita harus menebak ......
semua tangga yg terlihat hitam ataupun putih
kadang di saat kita bahagia sekali pun

Bagaikan air yg terus mengalir
tanpa menghiraukan .......
bahwa esok akan ada yg menantikan kesedihan
di saat dan dengan keadaan apa pun

Aku bisa merasakan arti persahabatan
yang seutuhnya ya.......itulah kawanku , temanku...
sahabatku yg selalu membuat aku
melupakan kesedihan dan kembali melangkah dengan ceria ....

Ku angkat wajahku......
ku buang rasa sakitku.....
ku ringankan langkahku....
ku ayun tanganku......

Satu hal yg akan ku ingat selamanya
Satu sahabat lebih baik dari apa pun
Karena dia mampu memberikan pegangan
Di saat kita terhuyung dan terjatuh
Dia jg mampu membuat kita tersenyum kembali dalam canda tawanya ..

Yang pasti...

Persahabatan kuukir cinta didalam sanibari ku ...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

adamzico said...

afzainizam: wallaa.. terharu..!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!