Showing posts with label Tiada Aku Mengerti. Show all posts
Showing posts with label Tiada Aku Mengerti. Show all posts

Friday, 22 April 2011

Tiada Aku Mengerti (Part 4)


           Dua bulan lagi peperiksaan awal tahun akan menguji sejauh mana persediaan kami. Dalam kesibukan itu banyak perkara mengganggu mindaku. Antaranya perpisahan Airel dengan Anita yang heboh diperkatakan dan juga berkenaan Hijaz yang asyik mencuri pandang ke arahku.

            Aku dengar dari Mil bahawa Airel telah terserempak dengan Anita bersama-sama lelaki lain di sebuah pasaraya. Airel mengambil kata putus untuk berpisah. Aku berharap apa yang dikatakan oleh Mil dahulu akan menjadi kenyataan. Memang sah Airel adalah orangnya.

            Berkenaan Hijaz pula, aku memerlukan bantuan Mil jikalau Hijaz menunjukkan reaksinya yang mencurigakan padaku. Aku perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana Hijaz mempunyai rekod yang buruk. Hari ini sahaja mukanya lebam-lebam kerana kesan tumbukan. Aku perlukan sokongan dari Mil.

            Di rumah Mil, aku menyatakan bahawa ramalan Mil itu ada benarnya. Orang yang dikatakan Mil tempoh hari adalah Airel. Mil tumpang gembira kerana baginya kajiannya membuahkan hasil walaupun terlalu awal untuk membuat kesimpulan.

            Hari lahirku makin menghampiri. Tiga hari sahaja lagi aku akan memasuki 16 tahun. Aku berharap dapat lebih mematangkan diri dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan keajaiban.

            Airel masih single and available. Dia masih lagi menyayangi Anita. Anita berjaya menjampi Airel dengan pelbagai pembohongan. Apa yang menyedihkanku ialah Airel telan bulat-bulat kata-kata Anita. Aku sedar Airel memerlukan sedikit ruang untuk sedar akan semua ilusi yang diciptakan oleh Anita.

            Hari yang aku tunggu tiba. Aku menerima satu kejutan apabila terdapat satu lukisan yang merupakan ilustrasi dari gambarku yang hilang dahulu. Siapakah yang menghadiahkanku sebuah potret yang cukup indah padaku. Mil menggelengkan kepalanya. Dia menyerahkan sebuah kotak kecil, hadiah untukku sempena hari lahirku. Aku memeluk Mil dengan erat namun fikiranku melayang memikirkan tentang pelukis gambar aku ini. Siapakah dia?

            Airel mengucapkan selamat kepadaku. Dia kelihatan tenang dan lebih menumpukan kepada Anita yang mula menjeling ke arahnya. Adakah Airel yang menghadiahkanku lukisan itu? Aku keharuan. It's so confusing. Miracle came without a clue?

p/s: Lukisan potret hasil daripada foto yang hilang tempoh hari.. Sah orang yang menjumpainya itulah yang menemui foto tersebut.. Siapakah gerangannya? Airel..? Dia nampak bersahaja. Pelik benar reaksinya itu.

Tiada Aku Mengerti (Part 3)


           Hari ini aku lihat adik berehat di rumah. Aku sedar ada kelainan pada diri adik. Aku mendampinginya. Adik sememangnya memerlukan bantuanku.Kakinya terseliuh semasa bermain bola sepak. Aku menghubungi orang tuaku yang masih sibuk dengan seminar dan kursus. Mereka menyuruhku agar membawa adik ke Klinik sementara kedua orang tuaku tiba lewat malam ini. Mereka menyuruhku meminta bantuan dari Pakcik Yusman, jiran kami.

            Aku memapah adikku ke katilnya selepas pulang dari klinik. Aku sempat berterimakasih pada pakcik Yusman yang telah membantu kami. Aku memerhati wajah adik yang masih agak letih. Aku menyediakannya air dan menyuruhnya berehat. Kami saling berpandangan. Ini adalah kali pertama kami berbalas senyum setelah lama aku mengasingkan diri kerana menganggap aku anak angkat kerana terlalu banyak perbezaan perwatakan dengan isirumah yang lain.

            Aku terjaga dari tidur kerana mimpikan Hijaz. Degupan jantungku menjadi kencang apabila memikirkan tentang Hijaz. He's so weird. Aku melangkah ke dapur untuk menghilangkan gementar dengan seteguk air mati. Aku menjenguk ke bilik adik yang enak dibuai mimpi. Aku merapati ke arahnya dan mengusap rambutnya. Telah lama aku menjauhkan diriku darinya. Terasa amat asing bila berada di sisi adik yang suatu masa dahulu amat ku sayangi. Aku menyelimut adik yang masih tidak sedarkan diri. Aku beredar untuk merehatkan diriku.

            Jam di dinding menunjukkan pukul 2 pagi. Aku tersedar dari tidur apabila mendengar pintu rumahku dibuka. Ayah dan Ibu sudah pulang. Tanggungjawabku akan aku serahkan kepada mereka berdua. Aku menyambung tidurku.

            Cuaca redup di luar. Aku mendapatkan ibu yang berada di bilik adik. Aku memeluk ibu dan beredar untuk ke sekolah. Hari ini hari Jumaat so aku perlu merencanakan hari cuti sabtu dan ahad dengan Mil. Kami perlu mengulangkaji untuk persediaan awal menghadapi peperiksaan awal tahun yang bakal berlangsung dua bulan lagi.

            Melalui Mil, aku mendapati bahawa Hijaz adalah seorang pelajar yang bermasalah. Dia pernah digantung sekolah kerana satu kesalahan yang serius. Tiada yang tahu kesalahan apa yang dilakukannya. Dia seorang yang misteri dan kini dia tinggal bersama pakciknya yang merupakan seorang bekas askar.

            Aku perlu menjauhi diri dari orang yang mempunyai masalah displin. Aku takut apabila berada dekat dengan Hijaz. Dia seorang yang dingin dan serius.

            Aku hairan melihat gambar yang ku cari dua hari lepas berada di atas mejaku. Bagaimana gambar itu boleh berada di atas meja? Siapakah yang mengambilnya? Banyak persoalan hadir di mindaku. Semuanya tidak terjawab. Aku bertanyakan kepada Mil yang sedang membuat latihan matematik. Dia tidak tahu bagaimana gambar itu boleh berada di situ. Aku kebingungan.

p/s: Gambar a.k.a foto itu muncul kembali dan paling menghairankan Marhainis ialah foto itu diletakkan di atas mejanya.. Siapa gerangannya yang menemui foto berkenaan? 

Wednesday, 20 April 2011

Tiada Aku Mengerti (Part 2)



            Pagi hari ini redup dan hujan mulai turun membasahi bumi yang kekeringan sejak sebulan yang lalu. Aku melangkah laju ke arah kaki lima sekolah agar dapat berteduh dari hujan. Aku merapikan diri sebelum bergerak ke kelasku.

            Seminit kemudian, aku disimbah oleh air takungan hujan yang berpunca dari pecutan sebuah motorsikal yang entah dari mana datangnya. Basah kuyup aku jadinya. Dalam kemarahan aku cuba mencari penunggang motorsikal itu. Mujurlah aku bertembung dengan Mil yang kebetulan menanti kemunculanku.

            Dia menarik tanganku dan menyatakan bahawa dalam tempoh terdekat zodiakku, Aquarius akan bertembung dengan Sagitarius, iaitu jejaka yang akan merubah diriku. Aku masih lagi memikirkan tentang penunggang motorsikal itu. Siapakah gerangannya dia?

            Satu kelas memerhati diriku yang kebasahan. Paling sinis adalah dari jelingan tajam Anita padaku. Dia tentunya suka dengan keadaanku yang kebasahan. Airel juga memerhatiku.

            Masa pertama terbuang begitu sahaja kerana tiada latihan jasmani akan diadakan berikutan hujan lebat. Mil menarik tanganku untuk bertemu dengan cikgu kemahiran hidup meminta pertolongannya. Aku hanya mengikut arahan Mil yang sememangnya baik padaku.

            Atas bantuan cikgu Shamsinar, aku dapat menyerika baju sekolahku bersama-sama dengan Mil. Mil memerhati wajahku yang tekun menggosok kain. Aku bersyukur kerana ada teman yang baik seperti Mil. Dia tidak pernah menjatuhkan aku. Dia banyak berkorban demiku. Aku sayang Mil seperti saudaraku sendiri.

            Aku dan Mil pulang ke kelas kerana masa pendidikan jasmani telah berakhir. Kami berdua masuk ke dalam kelas dan mendapati ada seorang pelajar baru berpindah ke sekolah ini. Dia bernama Hijaz. Aku dan Mil hanya mengetahui namanya dari rakan kelas yang lain.

            Hijaz nampaknya seorang yang kasar. Wajahnya yang serius menakutkan aku. Adakah Hijaz orangnya? Bisik hati kecilku. Aku memandang ke arah Mil. Dia masih belum sedar akan ramalannya.

            Anita memulakan langkahnya. Dia mendekati Hijaz yang dari awal tadi tidak bersuara. Dia membatukan dirinya. Anita tidak dipedulikannya. Dia lebih rela melakar sesuatu yang dirahsiakannya.Aku sedar orang sebegitu bukanlah taste aku. Aku lebih senang orang seperti Airel yang lebih serasi denganku. Pada hematku Airel menepati ramalan Mil kerana dia adalah Sagitarius.

            Fikiranku mula memikirkan sesuatu. Jika Airel sedar Anita mempunyai calon yang lain maka dia akan meninggalkan Anita. Siapakah calon lain itu? Nampaknya aku harus menunggu lebih lama.

            Mil mengejutkan aku dari lamunan. Dia bertanyakan gambar terbaruku yang ingin dilampirkan dalam homepage ciptaannya. Baru aku teringat akan homepage kami berdua itu. Aku mencari gambar pada buku teks yang ku bawa. Gambar itu tiada di tempatnya. Nampaknya tentu tercicir di mana-mana.Ah! kenapa aku terlalu cuai.

            Sebenarnya Mil sedang menyiapkan Homepage yang memuatkan tentang kajiannya tentang bintang dan zodiak. Aku pula menjadi bahan ujiannya. Homepage itu bukan sekadar kajian tetapi lebih menyerupai diari dan album gambar kami berdua. Mil seorang yang pintar.

p/s: Apakah itu takdir? Adakah semua yang berlaku itu takdir? Apa pula ketentuan? Apakah ketentuan itu akan berlaku sepertimana pilihan yang kita ambil?

Friday, 8 April 2011

Tiada Aku Mengerti (Part 1)

Tiada Aku Mengerti

            Ini adalah kisahku. Namaku Marhainis. Aku lebih dikenali sebagai Mar di kalangan teman-temanku.Umurku ialah 15 tahun 11 bulan dan kini di tingkatan 4. Aku bukanlah pelajar yang paling menonjol di dalam kelas kerana aku ini gemar berdiam diri dan ada sedikit elergi pada lelaki kecuali terhadap ayah dan adik lelakiku yang muda 3 tahun dariku.

            Di dalam keluarga aku adalah anak sulung daripada dua adik beradik. Aku dan adik lelakiku membawa haluan masing-masing kerana dunia kami nyata berbeza. Dia amat disukai ramai kerana sifat terbukanya. Dia ramah dan pandai bergaul tetapi aku pula sebaliknya.

            Rasanya hidup ini seakan sama sahaja. It's goes on and on but i still the same person yang masih mengharap keajaiban. Bercakap mengenai keajaiban terlupa pula aku untuk memperkenalkan kawan baikku yang amat terpengaruh dengan keajaiban dan dunia fantasi. Namanya Emilda. Aku memanggilnya Mil.

            Mil seorang yang happy go lucky dan dialah satu-satunya yang memahamiku. Orangnya yang tegas kerana dia adalah pemegang talipinggang hijau Tae-Kwando. Anak tunggal yang gemar menonton filem fantasi dan sain fiksyen ini suka mengkaji dan mengumpul maklumat mengenai zodiak dan perkaitan hidup dengan perwatakan manusia.

            Kami berdua lebih banyak menghabiskan masa bersama. Awal sesi persekolahan, Mil telah menyatakan bahawa hidupku akan berubah dimana dia telah membawa keratan zodiak yang dikumpulnya. She's so fanatic dengan pengkajiannya. Dia menyatakan bahawa aku akan bertemu dengan cinta yang akan merubah diriku.

            Bercakap tentang cinta. Ianya perasaan yang tidak dapat ku ungkapkan. LOve is worth everything. Perasaan cinta. Aku penah ada perasaan terhadap seorang budak lelaki yang tidak pernah menyedari akan perasaanku. I'm not the perfect person. Tidak secantik seayu Anita yang cukup menawan.

            Anita adalah puteri dalam kelas. Dia selalu memandang rendah pada aku dan Mil. Mil tidak pernah sebulu dengan Anita. Dia tidak suka dengan sikap Anita yang suka menunjuk-nunjuk. She's not the only one pretty here. Kecantikan pada Mil adalah dari dalam. Hati nurani yang baik penentu kepada kebahagiaan.

            Aku cemburu dengan kecantikan yang ada pada Anita. Aku terima diriku dengan seadanya. Aku masih lagi memikirkan tentang apa yang Mil cakapkan padaku sebentar tadi. Adakah akan wujud lelaki yang dapat menerimaku seadanya? Aku tentu bermimpi. Adakah Airel, telah menyedari akan perasaanku padanya?

            Airel adalah orang suruhan kepada Anita. Dia sanggup menurut kata-kata Anita kerana dia telah jatuh hati kepada gadis yang tidak pernah meminatinya. Anita pandai memainkan peranannya. Airel tidak pernah sedar akan kesilapannya.

            Perlukah aku mempercayai kata-kata Mil yang pada hematku hanya memberikan pandangannya sahaja mengenai artikel yang dibawanya. Aku memandang ke arah Mil. Gadis itu masih khusyuk menulis karangannya. Aku memandang ke luar jendela. Hari ini nampaknya cerah secerah raut wajah Mil yang ceria.

            Ayah dan Ibu tiada di rumah. Melalui memo yang ditinggalkan, aku sedar bahawa kedua orang tuaku kini menghadiri kursus penting. Aku disuruh memerhati adikku Marhalim. Adik seorang yang padat dengan aktiviti. Dia adalah kebanggaan keluarga. Aku tak seperti ahli keluargaku yang lain. Kesemuanya sibuk dengan urusan masing-masing. Aku hanya ada Nik, kucing kesayangan kami sekeluarga. Nik memenuhi kekosongan hariku dengan telatahnya.

p/s: Tiada Aku Mengerti ialah salah sebuah lagi garapan saya pada tahun 2002.. Hope kalian sudi membacanya.. Layaan.. wink!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!