Showing posts with label Fitrah. Show all posts
Showing posts with label Fitrah. Show all posts

Tuesday, 22 March 2011

Kertas-kertas bertaburan di jalan..


Ada PERKARA inginkan penjelasan serta pandangan ANDA semua..
Sila lontar KOMENTAR anda disini.. ya..

Kita sedia maklum akan makna Bismillahirrahmanirrahim..
Kita sedia maklum apakah makna disebalik Assalamualaikum W.B.T..
Namun apakah kita peka dengan SATU perkara..

Masa kini..
Risalah yang di EDAR.. 
Dari pintu ke pintu..
Dari peti surat ke peti surat..
Dari wiper kereta ke wiper kereta..
Ada yang mengandungi DUA perkataan di atas..

Persoalannya..
Apakah WAJAR kita hanya melihat kertas-kertas risalah itu terbang dibawa angin..
Kertas-kertas risalah yang sama bertaburan di jalan..
Yang digunakan untuk meletakkan sisa-sisa makanan..
 
Apakah perkataan-perkataan di atas..
Tiada MAKNA sehingga sewenangnya di jijak tanpa kita sedari..
Ya..
| Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang |
dan
| Salam sejahtera ke atas kamu |
Mungkin hanya BIASA bagi sesetengah kamu..
Mungkin tidak seteruk Al-Quran dipijak, dibakar..
Terdetik tak di hati..
Bahawa DUA kalimah itu selalu disebut..
Selalu digunakan dalam perbuatan seharian..

SO..
Apakah WAJAR kertas-kertas risalah itu menggunakan DUA kalimah itu..
Sedangkan yang membuatnya sedia maklum bahawa ia akan bergelimpangan di jalan-jalan..
Dari dibukukan..
Apakah tindakan ANDA..?

1) Ianya perkara BIASA.. Tak perlu dititikberatkan..
2) Ianya tak perlu diperbesarkan.. 
3) Ianya tak sepatutnya dicetak..
4) Ianya tak seteruk Al-Quran dipijak..
5) Ianya bukan masalah saya dan anda..

p/s: Entah lah.. Saya BENGANG dengan pembuat risalah berkenaan..
Memanglah possibility untuk dibuat hamparan sisa makanan dan dibuang di jalan itu kecil..
Namun adakah DUA perkataan itu tidak bermakna langsung..?
Atau anda ada pandangan lain..?

Mari kongsi bersama saya..
Wink!
Kertas PUTIH ini menanti anda untuk mencorakkannya.. Kongsi KOMENTAR di sini ya..!

Monday, 7 March 2011

Kalau MATA KIRI berkenyit..

Bismillahirrahmanirrahim..



Semoga KALIAN sehat sejahtera..!

Apakah MAKSUD jika mata KIRI terkenyit-kenyit..?

Fahaman PERTAMA:

Anda akan MENANGIS..
Kerana perkara yang menyedihkan bakal berlaku..
CEPAT atau lambat..

Fahaman KEDUA:

Anda akan MELONCAT SAKAN
Kerana menerima khabar GEMBIRA..
Berupa imbuhan ataupun berita BAIK..

Fahaman KETIGA:

Dari sumber KESIHATAN..
Kerana BESAR kemungkinan keletihan mata..
Ada BENARnya juga..

Namun KITA sebagai manusia..
SELALU mengaitkan semua perkara, kejadian dan mimpi..
Dengan kehidupan SEHARIAN..
Apakah peratus kebolehpercayaan yang dibawanya..?
Lontarkan KOMENTAR anda..

p/s: Setiap SATU kejadian ALAM..
Ada perkaitan dengan FITRAH kejadian manusia..
Ada SATU perhubungan yang tak dapat diungkapkan..
Misalnya Tarikh Kelahiran..
Biasanya mempengaruhi PERWATAKAN manusia..
Selain daripada NAMA dan anak ke berapa..
Mungkinkah WUJUDnya petanda yang kita tidak sedari..
Tidak tercapai oleh minda SEDAR..
Bagaikan mempunyai KOD rahsia yang perlu dinyahkodan..
Yang hanya menanti anda, ANDA dan anda..
Untuk merungkaikannya..
Misalnya yang dikaitkan dengan peristiwa yang menimpa World Trade Centre (WTC)..
Yang dikatakan terdapat di dalam Al-Quran..

Dalam KES saya..
Apa maksudnya JIKA mata KIRI ini terkenyit-kenyit sejak beberapa hari ni..?

Friday, 4 March 2011

Perkara yang SAYA ingin sangat lakukan..

Perkara yang SAYA ingin sangat lakukan..
1) Baca 'Bismillah' 100 kali sebelum keluar rumah
2) Zikir 'La Ilaha Illallah' 100 kali selepas Solat
3) Baca Al-Quran sekali sehari (Kalau boleh satu Juzuk sehari)
4) Menghadiri ceramah-ceramah Agama
5) Membeli lebih banyak buku-buku Agama
6) Dirikan Solat sunat (Misalnya Solat Tahajud atau Dhuha)
7) Memuhasabahkan diri (Setiap kali leka)

Setiap hari SAYA menghitung kesalahan diri..
Makin TAKUT jadinya..
SAYA benar-benar JAHIL..
SAYA benar-benar ALPA..
Namun kasih sayangMu sentiasa kembalikan SAYA ke jalan yang TERANG..
Dan SAYA kembali leka..
Hanyut dalam pementasan dunia..
Engkau pimpin SAYA kembali ke landasan yang BENAR semula..
Ya Rabbi.. Kasih sayangMu meruntun SAYA kembali setiap kali SAYA tersasar jauh..



Edcoustic: Berubah

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah

Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap

Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku

p/s:  Ya Rabbi.. Jadikan kembalinya kami ke sisiMu..
Sebagai hamba-hambaMu yang beriman dan bertaqwa..
Amin Ya Rabbal Alamin!!!

  • Berubah


    Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
    Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
    Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
    Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

    Reff :
    Tuhan aku hanya manusia
    Mudah berubah lagi dalam sekejap
    Tuhan aku ingin berubah
    Dan kubertahan dalam perubahanku
Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Reff :
Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku

Wednesday, 2 March 2011

Duduk antara DUA sujud..

Dalam tidak sedar..
Setiap hari kita memohon di dalam solat kita..
Sayangnya..
Kita hanya memohon tanpa memahami..
Sekadar terlafaz di bibir..
Tak pula tersentuh dihati..

Doa ketika duduk antara DUA sujud..
Apakah intipati di dalamnya..?

Rabbighfirli - Tuhan, ampuni aku
Warhamni - Sayangi aku
Wajburnii - Tutuplah aib-aibku
Warfa'nii - Angkatlah darjatku
Warzuqnii - Berilah aku rezeki
Wahdinii - Berilah aku petunjuk
Wa'Aafinii - Sihatkan aku
Wa'fuannii - Maafkan aku

Diam sejenak..
Sampaikan rasa syukur..
Lapangkan dada..

Dalam tidak sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura..
Memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu..
Antara sedar dan tidak..
Bagaimana Allah akan menerima DOA kita..
Ikhlaskan diri..
Sucikan hati..
Mari sama-sama praktikkan ini ya..
Wink!

Tuesday, 1 March 2011

Anak SEGERA..!

Anak itu WARISAN..
 Penyambung keturunan..
Ikatan kasih sayang antara IBU dan BAPA..
NAMUN..
Apa dah jadi sekarang..?
Apa dah jadi dengan bangsa MELAYU..?
Kurang didikan agama..?
Kurang kasih sayang..?
Kurang ikatan kekeluargaan..?
Kurang ilmu pengetahuan..?
Semakin hari semakin banyak..
Semakin hari semakin menjadi-jadi..
Kalian sedar atau tidak..
Kadar kelahiran anak SEGERA ni semakin meningkat..
Bahkan tidak dapat dikawal lagi..
Lagi memburukkan keadaan..
Kes pembuangan bayi..
Bayi baru lahir meninggal gara-gara IBU dan BAPA tidak mahu kehadiran mereka..
Ini tak termasuk dengan kes pengguguran..
Dimana salah kita..?
Dimana silap kita..?

Bayi-bayi SEGERA ni akan ketara nampak..
Dalam bulan SEMBILAN (September)..
Dalam bulan SEBELAS (November)..
Dalam bulan LIMA (Mei)..
Kenapa ya?

Sembilan bulan sebelum September ialah Disember..
Kes 'Happy New Year' punyer projek..
Sembilan bulan sebelum November ialah Februari..
Kes 'Valentine Day' punyer projek..
Sembilan bulan sebelum Mei ialah Ogos..
Kes 'Merdeka Day' punyer projek..

Hairan bin Ajaib..
Kes-kes begini bercambah..
Bak cendawan tumbuh selepas hujan..
Apakah usaha kita sebagai saudara seagama..?
Apakah usaha negara sebagai Negara Islam..?
Bukan eden nak kata tak ada usaha langsung..
Ada.. Bahkan berlambak-lambak..
Macam mana nak ubah persepsi manusia..
Macam mana nak ubah Mindset manusia..
Yang tidak hanya mengejar Nikmat sementara..
Yang tak tahu halal haram..

p/s: satu Sumber yang eden dapat..
Eden nak kongsikan di sini..
Kadar kelahiran anak SEGERA ini bertambah..
Menurut hukum.. 
Anak yang lahir diluar nikah ni..
Tetap akan ber BIN kan Abdullah..
Ya.. Itu hukum..
Tak boleh kita persoalkan..
Namun kes kelahiran lewat yang majoritinya melibatkan anak melayu..
Di mana kedua ibu bapanya beragama Islam..
Makin bertambah..
Ekoran ibu bapa malu kerana melahirkan anak luar nikah..
Sedangkan bangsa lain..
berlumba-lumba mahukan hak kerakyatan..
Untuk menjadi warganegara Malaysia..
Rugi tak..?
Amat-amat rugi..

'Demi MASA sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..'

'Dunia sudah boleh di ibaratkan seorang perempuan tua yang sudah kian uzur..'

'Doa anak yang soleh itu akan terus sampai ke arwah orang tuanya..'

Friday, 25 February 2011

Qharin..


Qharin..
Apakah apekah Qharin itu..?
Jin..?
Syaitan..?
Manusia..?
Malaikat..?
Haiwan..?
Sudah semestinya Qharin itu ialah makhluk Allah S.W.T..

Qharin..
Dalam pengertian Eden ialah..
Makhluk Allah yuang dijadikan |Sebijik| macam Manusia..
Malah..
Setiap Manusia memiliki Qharin..
Qharin bukannya Khadam..
Qharin bukannya Saka..
Qharin ialah |Photostat| Manusia..

Begini..
Allah menciptakan Manusia dalam tiga bentuk..
Kira |Komputer| cuma ada DUA copy..
Iaitu HardCopy dan SoftCopy..
Tapi Manusia punya TIGA..
Softcopy ialah ROH..
HardCopy ialah Jasad..
Ditambah SATU lagik yang dikira cam |Photostat|
Iaitu Qharin..

Rupa paras Qharin ialah sebijik rupa paras Manusia..
Contohnya : AdamZico yang kalian sudah sedia maklum akan rupa parasnya..
Qharin AdamZico pun sebijik cam AdamZico jugak..
Kira cam |Photostat Kaler| bukan |Photostat HitamPutih|

Baginda Rasulullah S.A.W yang bersifat Maksum juga punyai Qharin..
Malah Baginda Junjungan Besar telah mengISLAMkan Qharinnya..
Makanya..
Kita sebagai Manusia Biasa yang tiada Maksumnya..
Juga boleh mengISLAMkan Qharin kita..
Namun apakah terdaya untuk kita melihatnya..?
Melihat wajah sendirik bagai melihat ke dalam cermin..
Apakah terdaya untuk berkata-kata selepas menatap wajahnya..?

Qharin ialah spesis Jin..
Malah sesetengah orang-orang LAMA menyatakan..
Qharin itu ialah teman sewaktu kita masih BAYI..
Masih belum bersuara..
Masih belum nampak DUNIA sepertimana hari ini..
Pernah tak kalian terfikir..
Kenapa IBU kalian pernah mengatakan kepada anda..
"Tengok adik (refer kepada bayi) sedang bermain dengan KAKAKnya.."
Siapakah KAKAKnya itu..?
Ada juga mengatakan bahawa Qharin itu kembar Manusia..
Namun semasa lahir.. Qharin memang tak dapat dilihat dengan mata kasar..
KAKAK yang dimaksudkan ialah Qharin tersebut..

p/s: Adakah adekah kalian sedikit sebanyak faham akan Qharin..?
Jika YA.. 
Alhamdulillah..

SATU yang ingin Eden tekankan di SINI..
Perkongsian Ilmiah ini bukan untuk menakut-nakutkan kalian..
Kalian seharusnya SEDAR akan kewujudan Qharin yang sentiasa berdampingan dengan kita..
Kadangkala Qharin akan membantu kita saat kita berdepan dengan bahaya..
Melalui bisikan halus yang kita sentiasa dengar..
kadangkala Qharin akan menguji sejauh mana kekuatan kita..
Dengan menyuruh |makhluk lain| untuk menakut-nakutkan kita..
Walau siapapun Qharin..
Walau apapun dugaan..
Walau apapun makhluk yang datang dengan perutusan |Kesesatan|
Ingatlah..
Allah jadikan kita sebagai KhalifahNya dimuka bumi.. Kedudukan kita adalah paling Tinggi..
Maka.. Jika merasa takut.. Ingatlah pada Allah..
Kembalilah kepada Allah..
Ingat..!
Kita punya senjata yang HEBAT iaitu DOA..
Gunakan seBAIK mungkin..
InsyaAllah..
Akan terlindung dari segala mara bahaya..
Amin!

Yang BAIK datang dari Allah..
Yang BURUK itu kelemahan Eden sendirik..
Semoga faham apa yang cuba eden sampaikan iaitu berkaitan Qharin..!
Wink!

Thursday, 24 February 2011

Mari berpuasa SUNAT..!

Puasa SUNAT..
Seperti yang kita sedia maklum..
Puasa yang diSUNATkan ialah pada hari ISNIN dan KHAMIS..
Namun Puasa pada hari JUMAAT juga adalah sesuatu yang digalakkan..
Namun..
Ada sesetengah menyatakan bahawa berpuasa pada hari JUMAAT..
Perlu dikembarkan..
Maksudnya..
Anda boleh berpuasa pada hari KHAMIS dan JUMAAT..
Anda boleh berpuasa pada hari JUMAAT dan SABTU..
Ianya perlukan peneman untuk hari JUMAAT..

p/s: PUASA tu memanglah bagus untuk kesihatan..
Tambah pula untuk mengekang NAFSU..
Namun anda tidak dibenarkan berpuasa pada hari Tasyrik..
 Iaitu hari-hari yang diharamkan anda berpuasa..

Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:
  1. Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). 
  2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. 
  3. Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. 
  4. Hari Haid dan Nifas.
  5. Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban
  6. Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut
         (Sumber Soal Jawab JAIS)

Harap kalian faham..
Selamat beramal..
wink!

Amalan SUNAT sebelum NIAT solat..


Selamat PAGI semua..
Perkongsian ILMU hari ini adalah berkaitan dengan SATU amalan EDEN..
EDEN dapat ni dari NENDA eden tersayang..
Nenda Minah.. I love You.. Sayang sangat-sangat..!

Back to Amalan SUNAT berkenaan..
Sebelum anda berniat..
Adalah diSUNATkan untuk membaca Surah An-Nas..
Anda sedia maklumkan akan HUKUM sunat nie..
Kalau BUAT dapat pahala..
Kalau tak BUAT tak berdosa..

Surah An-Nas dibaca SEKALI..
Sebelum anda Niat untuk solat..
Anda sedia maklum akan Surah An-Nas kan..!
Tak tahu.. |Backhand| kang!
Surah selepas Al-Fatihah tu lah!

p/s: Baru-baru ni.. Eden terdengar seorang Imam..
Membacakan Surah An-Nas sebelum melafazkan NIAT solat..
Eden tersenyum..
Kerana Eden dah praktikkan perkara ni sudah lama..
Alhamdulillah..
Eden dah COBA dan amalkan..
Kalian bolehlah mencubanya pula ya..?

Yang BAIK datang dariNya..
Yang BURUK itu kelemahan eden sendiri..
Selamat mencapai Keberkatan Dunia dan Akhirat..
wink!

Wednesday, 23 February 2011

Mimpi.. Hanya mainan Tidur..

Mimpi hanya mainan tidur..?
Mungkin bagi yang TIDUR tak basuh kaki..
(Ayat klise sangat!)

Mimpi datang dalam TIGA kategori..
1) Mainan Tidur Akibat Keletihan Melampau..
2) Alamat atau Petanda..
3) Gambaran Masa Hadapan..

Kategori PERTAMA tu kita SKIP lah ya..
Kategori KEDUA menerangkan bahawa terdapat petanda atau alamat..
Yang bakal terjadi sama ada baik atau buruk..
Ia boleh ditafsir berdasarkan Objek, Binatang & Keadaan dalam mimpi tersebut..

Contoh: Mimpi di patuk ULAR..
Keadaan: Dipatuk
Binatang: ULAR
Orang lama menyatakan bahawa AKAN ada orang datang merisik..
Atau akan dipinang orang..
More to JODOH..
wink!

Kategori KETIGA pula melibatkan pengembaraan roh keluar dari jasad..
Di saat mata terpejam lena..
Pernah tak kalian merasakan bahawa kalian pernah berdepan dengan sesuatu SUASANA..
Dan kalian dapat mengagak apa yang bakal berlaku..
Ini adalah disebabkan oleh pengembaraan ROH saat kita dibuai mimpi..
Ada HADIS yang menerangkan akan hal ini dengan lebih terperinci..
Pernahkah anda berada dalam keadaan begini..
Ada yang memanggilnya |DEJA VU|

p/s: Tips kalau berada di tempat yang BARU..
Sebelum TIDUR sila sapu tilam dengan sehelai kain..
Kerana pernah dinyatakan bahawa..
Katil yang terbiar (Kebiasaan di hotel-hotel)..
Ada yang akan menumpang tidur..
Dengan menyapu sehelai kain itu keseluruh katil..
Secara lembut..
Akan menghalaunya pergi..
Sebelum tidur bacalah TIGA |Khul|
Berzikirlah sehingga terlelap..
InsyaAllah akan terhindar dari segala bentuk gangguan..

Tuesday, 22 February 2011

Lintasan pada HATI..

Ilham selepas SOLAT asar..
Eden rasa Eden perlu kongsi sama kalian..

Apakah kedudukan kedua kaki kalian semasa berdiri..
Ketika bersolat..
Kalau kalian jawab tentulah mengadap KIBLAT..
Eden akan |Backhand|..
Sebab memang kita mengadap KIBLAT waktu menunaikan SOLAT.. kan!

Maksud eden jarak antara kedua kaki kalian..
Tanpa membuatkan otak kalian KUSUT..
Dan otak eden pun cam sarang tempua..
Eden khabarkan lah.. Senang sikit..
Jarak kedua kaki yang sepatutnya ialah sebesar penumbuk..
Ianya paling praktikal..
Eden dapat input ni..
Dari salah seorang rakan eden..
Rakan Surau..

Mungkin jarak berkenaan dapat menjimatkan ruang..
Dan dapat merapatkan SAF (jika berjemaah)..
Bila SAF lurus dan rapat..
Maka SYAITAN tak dapat nak ganggu..
Ada rasionalnya.. kan!

Bercerita mengenai lintasan pada HATI..
Sewaktu mengangkat TAKBIR yang pertama..
Kita disuruh agar selarikan niat dengan lintasan pada HATI..
Ianya adalah di antara Allahu Akbar..
Iaitu antara perkataan 'hu' dengan 'ak' pada Allahu Akbar..
Itulah masa paling sesuai untuk melakukan lintasan pada HATI..
Ianya bagaikan niat..
Seringkasnya perlu ADA..
nama SOLAT dan berapa rakaatnya..
Contoh:  solat ASAR empat rakaat..
Ini juga INFO dari Rakan Surau eden..

p/s: Banyak sungguh ILMUnya..
Eden nak jadik seperti rakan eden itu..
Mari kita sama-sama mengenali FITRAH kejadian kita yuk!

Kanan.. Kanan lagi..!



Apakah SINONIMnya tajuk di atas..?
EDEN nak ajak kalian semua berkawad seawal pagi nie kah?
NO..
Speaking LONDON lak pagi-pagi buta nie..

Cuba kalian SET kan dalam minda..
KANAN..
KANAN..
KANAN..
Mulakan dengan KANAN..
Ambil benda tangan KANAN..
Angkat gelas minuman pun biasakan dengan tangan KANAN..
Mulakan langkah dengan langkah KANAN..
Sarung BAJU pun mulakan dengan tangan KANAN..
Sarung STOKIN di kaki KANAN dulu..
Sarung kasut, sandal, selipar atau high heel pun di kaki KANAN dulu..

Kenapa..?
Baginda Rasulullah S.A.W selalu mulakan dengan KANAN..
Perbuatan / Perlakuan Baginda adalah ikutan..

My uncle pernah cakap..
Jika kita mulakan langkah KANAN sewaktu keluar rumah..
Pintu REZEKI kita akan terbuka LUAS..
Keberkatan tu..!

Jika Rasulullah S.A.W yang bersifat MAKSUM..
Begitu menjaga adab sopan..
Apatah lagi KITA.. kan!

p/s: JOM follow perkara baik..
Nak tak..?

Kuasa Bismillahirrahmanirrahim


Terpanggil untuk berkongsi..
Betapa BESARnya kuasa Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum menerangkan akan kuasa yang ADA padanya..
Kalian selalunya mengamalkan tak |Bismillah| dalam tiap perbuatam..
Memulakan sesuatu perkara dengan Bismillah..

Perkara BAIK yang perlu disertakan dengan |Bismillah|..
1) Melangkah KELUAR dari rumah.. Baca Bismillah dan melangkah dengan kaki KANAN..
2) Melangkah MASUK ke dalam kenderaan.. Baca Bismillah dan melangkah dengan kaki KANAN..
3) Mengangkat barang / objek..
4) Memulakan sesuatu perbualan (Presentation)..
dan lain-lain lagi..

AWAS..
Jangan pula membaca Bismillah ketika nak MASUK ke dalam tandas..
Baca DOA ke tandas.. ya?

|Bismillah| punya penangan..
Jika terluka (Bukan yang parah)
Gunakan air ludah..
Baca Bismillah 7 kali..
Dan sapukan kepada tempat yang luka..
InsyaAllah akan cepat berhenti darah pada luka tersebut..
Ini EDEN amalkan ketika terluka semasa SHAVE misai dan jambang pada muka..

p/s: Bacalah |Bismillah| ketika nak memulakan sesuatu perkara yang BAIK..
Insya'Allah keberkatan menjalankan sesuatu pekerjaan / ibadah itu milik ANDA..
Selamat beramal.. wink!

*Siti Safiyya : Ini adalah kelebihan Bismillahirrahmanirrahim..
Jika diamalkan dalam setiap perbuatan / perlakuan..
Insya'Allah akan terlindung dari musibah..

Monday, 21 February 2011

Fitrah Manusia



Terpanggil EDEN untuk berkongsi sedikit ILMU..
EDEN dapat ILMU ni pun melalui TOK IMAM kat kampung..

Fitrahnya manusia..
Di anugerahkan.. 
DUA mata..
DUA telinga..
SATU hidung..
SATU mulut..
DUA tangan..
DUA kaki..
SATU badan..
SATU otak..
SATU hati..
SATU lisan..
SATU lidah....
SATU kemaluan..
SATU dubur..

Semuanya 17 anggota..
Ianya bersamaan dengan SOLAT..
 DUA subuh..
EMPAT zohor..
EMPAT asar..
TIGA maghrib..
EMPAT isya'..

Ada terjemahan berkenaan dengan 17 Anggota tersebut dengan rakaat dalam SOLAT..
EDEN tak dapat nak sertakan..
Nak kena belajar lebih dalam lagi lepas nie..

17 anggota tersebut bila ditambah dengan..
SATU nyawa..
SATU akal..
SATU nafsu..
Maka lengkaplah FITRAH manusia..
Sejajar dengan SIFAT 20..
Allahu Akbar..!

Simboliknya 10 jari tangan + 10 jari kaki
Ialah ialah bersamaan dengan SIFAT 20 yang ada pada ALLAH..
 Pengajian tentang SIFAT 20 ni perlukan guru..
EDEN tak layak kerana kurang ILMU..

p/s: Tingginya ilmu ALLAH bak setitis air di tengah lautan.. kan!

Kata TOK IMAM kampung EDEN..
Dalam kalimah 'Bismillahirrahmanirrahim'
Terkandung 19 huruf jawi yang tampak..
Dan SATU huruf jawi yang tersembunyi..
Kesemuanya 20..
Sejajar dengan SIFAT 20..

|N3 ni serba kekurangan.. Kalian boleh menambah dengan KOMENTAR anda|
Yang BAIK datang dari ALLAH..
Yang BURUK itu kepincangan eden sendiri.. Ya?

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!