Showing posts with label Odisi Infiniti. Show all posts
Showing posts with label Odisi Infiniti. Show all posts

Friday, 8 April 2011

Odisi Infiniti (Part 2)

Vivian mengemukakan cadangan agar mereka berlima bergegas ke pasaran gelap di Amethyst Ville. Pasar malam di desa berkenaan di kuasai sepenuhnya oleh pontianak.

                   Oleh kerana Prof. Mark, Dr. Avril dan Derick adalah manusia biasa, Vivian menasihatkan agar mereka berempat tinggal di sebuah perkampungan yang di kenali sebagai Paz Regionale.

                   Kehadiran Henrei juga hanya akan mendatangkan masalah kerana dia ialah serigala jadian. Oleh itu hanya Vivian sahaja yang akan dapat keluar masuk dengan sesuka hati.

                   Vivian menyatakan bahawa di dalam pasaran gelap itu, terdapat seorang pontianak yang dapat membantunya. Dia bukan sahaja penggemar bahan ilmiah sebaliknya mempunyai salinan sebuah kitab lama kepercayaan masyarakat pontianak yang di kenali sebagai Kitab Hellmouth.

                   Amethyst Ville adalah di bawah pengaruh ahli kumpulan Dark Goddess iaitu sebuah kumpulan pontianak yang telah di bubarkan oleh kerana kematian penaungnya. Kumpulan ini juga telah di buru oleh sebuah kumpulan yang di kenali sebagai Pheonix Clan iaitu pemburu upahan bagi menghapuskan pontianak yang banyak mengganggu kesejahteraan penduduk kampung.

                   Vivian mengenali Dr. Quebec semasa mereka bersama-sama terlibat di dalam projek Mutantic di mana ujian tersebut telah menyebabkan darah mereka berasimilasi dengan darah pontianak. Tujuan utama projek tersebut ialah untuk menggunakan separa pontianak bagi memusnahkan komuniti pontianak.

                   Vivian berserta dengan tiga orang yang lain berjaya melarikan diri apabila projek berkenaan tidak membuahkan hasil. Pihak pentadbiran sendiri yang berusaha untuk menghapuskan spesimen yang mereka hasilkan.

                   Vivian pernah bertemu dengan Dr. Quebec beberapa bulan yang lalu di mana salah seorang daripada rakan mereka iaitu Rupert Imara tertangkap oleh unit baru yang di tubuhkan di bawah unit yang sama. Malangnya Rupert akhirnya menjadi bahan ujikaji unit baru itu.

                   Dr. Quebec agak terkejut dengan kunjungan sahabat lamanya itu. Dia sebenarnya menunggu ketibaan sahabatnya itu kerana pada hematnya unit baru yang di kenali sebagai Sky Dealers itu mahu memburu saki baki separa pontianak yang tertinggal. Oleh itu adalah besar kemungkinannya mereka bertiga akan menjadi sasaran Sky Dealers.

                   Vivian menyatakan tujuan kedatangannya. Dia berharap sahabatnya itu dapat membantunya merungkai misteri Sahifah Infiniti itu.

                   Mendengar akan Sahifah infiniti itu, Dr. Quebec bagaikan di sambar kilat. Dia membawa Vivian ke dalam pondoknya. Dia tidak mahu pontianak yang lain mengetahui akan kewujudan sahifah berkenaan.

                   Malangnya salah seorang daripada pontianak di situ telah mendengarnya. Dia yakin maklumat berkenaan amat berguna kepada pihak atasan.

                   Vivian menatap salinan kitab Hellmouth itu. Dia yakin ada sesuatu yang terkandung di dalam kitab tersebut yang akan membantunya. Dia berharap simbol berkenaan akan dapat di kenal pasti.

                   Dia meneliti satu persatu simbol yang terkandung di dalam kitab itu. Akhirnya satu simbol yang hampir menyamai simbol yang terdapat pada lembaran sahifah berkenaan. Vivian bertanyakan akan makna dan kegunaan simbol berkenaan. 

                   Dr. Quebec menjelaskan bahawa simbol itu menerangkan akan Raja kejahatan yang di kenali sebagai Aeon Baltazar. Aeon Baltazar itu terkurung di dalam sebuah pusara kerana ingin menghalang kejahatan yang bakal di bawanya. Malangnya tiada siapa yang tahu akan letaknya pusara berkenaan.

                   Dr. Quebec dan Vivian menerima tetamu. Pontianak-pontianak yang tiba secara mendadak itu menyerang mereka berdua. Vivian yang berjaya mengelak serangan itu pun berjaya menyelamatkan kitab berkenaan.

                   Dr. Quebec tidak berdaya menahan serangan dari dua pontianak yang mengepungnya. Dia mengarahkan Vivian agar melarikan diri. Dia yakin sasaran utama mereka ialah Vivian bukannya dirinya. Dia akan berdepan dengan ketua pontianak di situ iaitu Samara Silvette, pengganti Duchess Barbara Southernia, ketua kumpulan Dark Goddess.

                   Vivian melarikan diri dengan segera malangnya beberapa orang pontianak terus mengejarnya. Dari jauh, Henrei telah mengesan akan bau yang tidak menyenangkan hatinya. Dia yakin ada sesuatu yang menarik menantinya kelak. Dia keluar dari persembunyian untuk menggerakkan empat tulang keringatnya.

                   Prof. Mark, Dr. Avril dan Derick menunggu di dalam sebuah trak pick-up seperti yang di arahkan oleh Vivian. Mereka yakin Henrei akan mengawasi mereka kerana Henrei gemar melakukan tugasan mengikut gerak hatinya.

                   Apa yang di duganya itu tepat sekali. Vivian akhirnya telah di sekat oleh seorang pontianak yang paling kanan iaitu Nicholette. Dia ialah pemegang kuasa di Amethyst Ville dan juga antara lima pahlawan Dark Goddess.

                   Dua lagi pontianak berada di belakang Vivian. Vivian terpaksa bergelut dengan Nicholette yang berkeras mahukan Vivian hidup-hidup. Di saat yang mencemaskan itu, Henrei menghampiri dan menyerang dua pontianak yang hanya akan menghalang usaha Vivian menentang Nicholette. 

p/s: Aeon Balthazar? Raja Kejahatan? Apakah perhubungannya dengan Sahifah Infiniti? (sila teruskan membaca.. ya.. Layaan!)

Odisi Infiniti (Part 1)


Odisi Darah Infiniti




                   Darah Infiniti ialah darah yang sungguh luarbiasa. Padanya terkandung kehidupan abadi. Darah Infiniti ialah sasaran semua makhluk di muka bumi malangnya tiada sesiapapun yang dapat mengesan lokasi darah itu walaupun melalui bahan ilmiah tinggalan lama.

                   Baik manusia ataupun makhluk yang lain, darah infiniti bagaikan jalan keluar bagi setiap permasalahan yang sering di takuti oleh mereka semua iaitu kematian.

                   Penemuan sebuah piramid purba yang berukuran tujuh kaki persegi di sebuah pulau yang di kenali sebagai New Easter Island itu membuka mata dunia apabila di dalamnya terkandung satu artifak lama yang di kenali sebagai Sahifah Infiniti yang terukir di atas sebuah batu yang di percayai seketul meteorite yang jatuh ke bumi dalam lingkungan seribu tahun dahulu.

                   Makmal Penyelidikan Duke Galileo di Marsaile, para saintis dan professor cuba merungkai apakah makna di sebalik setiap catatan pada permukaan batu meteorite itu malangnya tiada apa-apa data yang mampu di terjemahkan.

                   Para saintis di bawah kawalan selia Professor Mark Ibrahimovic terpaksa mengkaji risalah-risalah lama untuk memahami jenis penulisan yang di gunakan.

                   Setelah hampir tiga bulan membuat kajian, satu perubahan mendadak telah berlaku di dalam pentadbiran penyeliaan artifak oleh Jabatan Arkeologi Antarabangsa iaitu pengambil alihan kuasa pentadbiran oleh seorang lelaki yang di kenali sebagai Sergey Yules.

                   Sergey Yules adalah sebenarnya seorang ahli sindiket Grey Wolvers. Dia adalah seorang yang mempunyai pengaruh yang besar di dalam bidang pengkajian purba. Sergey Yules ialah seorang pendokong kepada pencarian Darah Infiniti sindiket berkenaan. Dia telah di utuskan untuk mengesan Darah Infiniti itu untuk Tuan Ketuanya yang bernama Andrei Rudolf.

                   Sebenarnya Sindiket Grey Wolvers ini ialah sindiket yang luarbiasa. Mereka sebenarnya ialah manusia jadian serigala atau lebih di kenali sebagai serigala jadian. Sindiket ini bergerak secara rahsia kerana mereka sebenarnya takut akan ancaman Sindiket Death Sapiens iaitu sebuah kumpulan pontianak.

                   Darah Infiniti adalah sasaran semua. Malangnya hanya Sahifah Infiniti yang dapat memberikan gambaran di mana letaknya Darah Infiniti tersebut.

                   Professor Mark Ibrahimovic tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran baru. Dia akhirnya telah menarik diri dengan alasan Sahifah berkenaan sukar untuk di rungkaikan.

                   Sergey Yules membenarkan perberhentian Mark Ibrahimovic namun dia telah mengarahkan seorang daripada orang kanannya iaitu Doug Audrey untuk memantau pergerakan professor tersebut.

                   Sememangnya Prof. Mark telah membuat satu salinan sahifah berkenaan di dalam komputer ribanya. Dia yakin ada cara untuk merungkai teka-teki silam itu.

                   Prof. Mark cuba mendapatkan bantuan dari isterinya yang bekerja sebagai seorang pengkaji simbol dan peradaban dunia iaitu Dr. Avril McDermot yang bertugas di bawah pengurusan Universiti Harvard. Melalui pengkajian mereka berdua, Nampaknya sahifah berkenaan hanyalah merungkai akan sesuatu dua simbol utama. Malangnya apakah makna di sebalik simbol-simbol itu?

                   Dr Avril sendiri tidak pernah melihat dua simbol itu. Oleh yang demikian, mereka harus mendapatkan bantuan dari beberapa kenalan mereka.

                   Derick Ventura adalah seorang pakar perisian komputer dan penggodam yang agak professional. Dia pernah membantu dalam menggodam beberapa maklumat sulit kerajaan.

                   Vivian Slautern adalah ahli metafizik yang juga separa pontianak. Dia seorang pontianak yang tidak menggemari darah manusia. Dia berkhidmat sebagai pengantara antara manusia dan pontianak.

                   Henrei Yokas pula adalah pesara tentera. Dia pernah berkhidmat di sempadan selama beberapa tahun malangnya dia terlibat di dalam satu peperangan saudara yang mengakibatkan kecederaan parah di bahagian dadanya. Henrei bukan sahaja bertukar menjadi separa serigala sebaliknya dia kini sudah di kuasai oleh bakatnya yang baru itu.

                   Dengan bantuan ketiga-tiga mereka, Prof. Mark Dan Dr. Avril yakin dapat memecahkan kod rahsia yang terkandung di dalam sahifah berkenaan. 

p/s: Cerita Odisi Infiniti ni telah saya hasilkan dalam tahun 2003 (JUST nak share dgn kalian semua.. selamat membacanya..) Ianya berbentuk sains fiksyen. Hope ada yang dapat melemparkan KOMENTAR yang berupa cadangan atau kritikan sebagai langkah penambahbaikan untuk penulisan saya dimasa akan datang dlm cereka-cereka seperti ni.. InsyaAllah.. wink!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!