Friday 8 April 2011

Odisi Infiniti (Part 2)

Vivian mengemukakan cadangan agar mereka berlima bergegas ke pasaran gelap di Amethyst Ville. Pasar malam di desa berkenaan di kuasai sepenuhnya oleh pontianak.

                   Oleh kerana Prof. Mark, Dr. Avril dan Derick adalah manusia biasa, Vivian menasihatkan agar mereka berempat tinggal di sebuah perkampungan yang di kenali sebagai Paz Regionale.

                   Kehadiran Henrei juga hanya akan mendatangkan masalah kerana dia ialah serigala jadian. Oleh itu hanya Vivian sahaja yang akan dapat keluar masuk dengan sesuka hati.

                   Vivian menyatakan bahawa di dalam pasaran gelap itu, terdapat seorang pontianak yang dapat membantunya. Dia bukan sahaja penggemar bahan ilmiah sebaliknya mempunyai salinan sebuah kitab lama kepercayaan masyarakat pontianak yang di kenali sebagai Kitab Hellmouth.

                   Amethyst Ville adalah di bawah pengaruh ahli kumpulan Dark Goddess iaitu sebuah kumpulan pontianak yang telah di bubarkan oleh kerana kematian penaungnya. Kumpulan ini juga telah di buru oleh sebuah kumpulan yang di kenali sebagai Pheonix Clan iaitu pemburu upahan bagi menghapuskan pontianak yang banyak mengganggu kesejahteraan penduduk kampung.

                   Vivian mengenali Dr. Quebec semasa mereka bersama-sama terlibat di dalam projek Mutantic di mana ujian tersebut telah menyebabkan darah mereka berasimilasi dengan darah pontianak. Tujuan utama projek tersebut ialah untuk menggunakan separa pontianak bagi memusnahkan komuniti pontianak.

                   Vivian berserta dengan tiga orang yang lain berjaya melarikan diri apabila projek berkenaan tidak membuahkan hasil. Pihak pentadbiran sendiri yang berusaha untuk menghapuskan spesimen yang mereka hasilkan.

                   Vivian pernah bertemu dengan Dr. Quebec beberapa bulan yang lalu di mana salah seorang daripada rakan mereka iaitu Rupert Imara tertangkap oleh unit baru yang di tubuhkan di bawah unit yang sama. Malangnya Rupert akhirnya menjadi bahan ujikaji unit baru itu.

                   Dr. Quebec agak terkejut dengan kunjungan sahabat lamanya itu. Dia sebenarnya menunggu ketibaan sahabatnya itu kerana pada hematnya unit baru yang di kenali sebagai Sky Dealers itu mahu memburu saki baki separa pontianak yang tertinggal. Oleh itu adalah besar kemungkinannya mereka bertiga akan menjadi sasaran Sky Dealers.

                   Vivian menyatakan tujuan kedatangannya. Dia berharap sahabatnya itu dapat membantunya merungkai misteri Sahifah Infiniti itu.

                   Mendengar akan Sahifah infiniti itu, Dr. Quebec bagaikan di sambar kilat. Dia membawa Vivian ke dalam pondoknya. Dia tidak mahu pontianak yang lain mengetahui akan kewujudan sahifah berkenaan.

                   Malangnya salah seorang daripada pontianak di situ telah mendengarnya. Dia yakin maklumat berkenaan amat berguna kepada pihak atasan.

                   Vivian menatap salinan kitab Hellmouth itu. Dia yakin ada sesuatu yang terkandung di dalam kitab tersebut yang akan membantunya. Dia berharap simbol berkenaan akan dapat di kenal pasti.

                   Dia meneliti satu persatu simbol yang terkandung di dalam kitab itu. Akhirnya satu simbol yang hampir menyamai simbol yang terdapat pada lembaran sahifah berkenaan. Vivian bertanyakan akan makna dan kegunaan simbol berkenaan. 

                   Dr. Quebec menjelaskan bahawa simbol itu menerangkan akan Raja kejahatan yang di kenali sebagai Aeon Baltazar. Aeon Baltazar itu terkurung di dalam sebuah pusara kerana ingin menghalang kejahatan yang bakal di bawanya. Malangnya tiada siapa yang tahu akan letaknya pusara berkenaan.

                   Dr. Quebec dan Vivian menerima tetamu. Pontianak-pontianak yang tiba secara mendadak itu menyerang mereka berdua. Vivian yang berjaya mengelak serangan itu pun berjaya menyelamatkan kitab berkenaan.

                   Dr. Quebec tidak berdaya menahan serangan dari dua pontianak yang mengepungnya. Dia mengarahkan Vivian agar melarikan diri. Dia yakin sasaran utama mereka ialah Vivian bukannya dirinya. Dia akan berdepan dengan ketua pontianak di situ iaitu Samara Silvette, pengganti Duchess Barbara Southernia, ketua kumpulan Dark Goddess.

                   Vivian melarikan diri dengan segera malangnya beberapa orang pontianak terus mengejarnya. Dari jauh, Henrei telah mengesan akan bau yang tidak menyenangkan hatinya. Dia yakin ada sesuatu yang menarik menantinya kelak. Dia keluar dari persembunyian untuk menggerakkan empat tulang keringatnya.

                   Prof. Mark, Dr. Avril dan Derick menunggu di dalam sebuah trak pick-up seperti yang di arahkan oleh Vivian. Mereka yakin Henrei akan mengawasi mereka kerana Henrei gemar melakukan tugasan mengikut gerak hatinya.

                   Apa yang di duganya itu tepat sekali. Vivian akhirnya telah di sekat oleh seorang pontianak yang paling kanan iaitu Nicholette. Dia ialah pemegang kuasa di Amethyst Ville dan juga antara lima pahlawan Dark Goddess.

                   Dua lagi pontianak berada di belakang Vivian. Vivian terpaksa bergelut dengan Nicholette yang berkeras mahukan Vivian hidup-hidup. Di saat yang mencemaskan itu, Henrei menghampiri dan menyerang dua pontianak yang hanya akan menghalang usaha Vivian menentang Nicholette. 

p/s: Aeon Balthazar? Raja Kejahatan? Apakah perhubungannya dengan Sahifah Infiniti? (sila teruskan membaca.. ya.. Layaan!)

0 Komentar:

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!