Showing posts with label Memorabilia Kasih Safiyya. Show all posts
Showing posts with label Memorabilia Kasih Safiyya. Show all posts

Thursday, 17 March 2011

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Enam ~ Plot Tujuh


                  Tasnim sudah sembuh. Dia mahu menyertai pertunjukan yang bakal di jalankan minggu hadapan. Dia mahu mengejar masa yang di tinggalkannya. Bagiku Tasnim masih perlu berehat.

                   Awal pagi sabtu. Rizmi berada di sisiku. Seperti biasa, dia tidur di sebelahku. Aku tersedar akan kehadirannya melalui bau perfume yang di pakainya. Aku bangun dan beredar ke arah kamar mandi. Meloya. Itulah perasaan yang aku rasai. Aroma apakah yang di pilihnya?

                   Aku keluar dan bergerak menuju ke ruang tamu. Aku duduk di ruang tamu. Aku tertidur di atas sofa panjang kerana keletihan.

                   Farish datang dan memaksaku. Dia mahukan tubuh badanku. Aku cuba meronta namun dalam kelelahan sebegini mana mampu aku menolaknya.

                   Rizmi keluar dan melihat akan perlakuan Farish itu. Dia menyerang Farish. Mereka berdua saling bertumbukan. Aku berlari ke arah pintu. Tasnim keluar dan melihat semua yang berlaku. ‘Apa yang terjadi?’ Jeritnya.

                   ‘ Ini mesti kerja kau kan? Kau cuba memerangkap Farish ya?’Tasnim menampar aku kerana menjerat Farish. ‘Memerangkap Farish?’ Bisik hatiku. ‘Perempuan murahan, keluar kau dari sini.’ Tasnim meninggikan suaranya.

                   Aku terkejut. Rupa-rupanya aku bermimpi. Mimpi ngeri itu telah membuatkan aku berpeluh dingin. Aku di kejutkan lagi dengan kehadiran Farish di sebelahku. Entah bila Farish berada di ruang tamu itu.

                   ‘Kasih? Kenapa ni?’ Farish terkejut melihat aku yang masih di hantui mimpi ngeri yang berkaitan dengannya. ‘Tak ada apa-apa.’ Aku bangun dan melangkah ke bilik.

                   Rizmi tersedar dari lenanya. ‘Dah bangun?’ Rizmi mengemukakan soalannya. Aku memeluknya. Ketakutan itu seakan nyata. Apakah semua ini gambaran di masa akan datang?

                   Rizmi memelukku. Aku menjauhkan diriku dari Rizmi. Tiada gunanya aku berbuat begitu. Aku tidak mahu memaksa lelaki itu mencintaiku. Rizmi tidak sukakan paksaan.

                   Aku mengambil tuala dan berjalan ke kamar mandi. Banyak yang bermain di pemikiranku. Aku membiarkan sahaja air yang sejuk itu menghilangkan noda-noda mimpi ngeri itu dari mindaku.

                   ‘Kasih. Kasih tak sihat?’ Rizmi mengetuk pintu dan bertanyakan keadaanku. Adakah aku menjadi sebegini kerana penolakan Rizmi? Mimpi-mimpi ini sering berulang-ulang. Kadangkala bahagia kadangkala derita.

                   Aku keluar. Aku mengenakan pakaianku. Rizmi masuk ke kamar mandi sebaik sahaja aku keluar dari tempat itu. Deruman air kedengaran memecahkan keheningan pagi.

                   Aku masih terpaku di atas katil. Aku hanyut di bawa mimpi yang mendatang. Apakah ini petanda buruk? Alamat apakah yang di bawanya?

                   Pintu bilik air terbuka. Di belakang pintu itu, Rizmi memerhatiku. ‘Kasih. berikan tuala itu kepada Rizmi.’ Aku terus memakukan perhatianku kepada permasalahan yang mengganggu mindaku ini. ‘Kasih?’ Suara Rizmi yang mula meninggi itu mengejutkan aku dari khayalku. ‘Apa?’ Tanyaku kepada Rizmi. Dia hanya menggelengkan kepalanya. ‘Rizmi minta tuala.’ Barulah aku sedar apa yang di nyatakan oleh Rizmi. Aku menyerahkannya tuala dan bergerak keluar dari bilik tersebut.

Tuesday, 15 March 2011

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Enam ~ Plot Enam


                   ‘Ok. Ni Amirzan. Pekerja baru di sini.’ Norkiah memperkenalkan lelaki itu kepada kami. Pak Sani bersalaman dengan pemuda yang bernama Amirzan itu. Aku hanya mengangguk kepalaku kepadanya.

                   Aku mengangkat kotak berisi barang milikku. Aku berlalu meninggalkan mereka berdua setelah Norkiah beredar mencari Aldo. Nampaknya bermulalah satu episod baru dalam hidupku. Bekerja dengan Richard Yen.

                   Aku bertemu dengan Richard. Dia mengarahkan aku untuk mengemas pejabatnya. Aku memulakan tugasanku yang pertama di studio grafik itu. Richard seorang yang tegas. Ini satu cabaran buatku untuk menimba ilmu di dalam dunia pekerjaan.

                   Rehat. Aku terlihat kelibat Tasnim dari jauh. Apa yang dilakukannya di sini? Dia tidak mementingkan kesihatannya. Aku tidak dapat mendekatinya kerana dia sudah pun berangkat pulang dengan teksi. Apakah perancangan Tasnim? Adakah dia mahu menyertai pertunjukan terdekat?

                   Kerja. Richard mengemukakan apa yang perlu aku lakukan setiap hari. Dia akan menilai prestasi kerjaku. Dia mahu aku menumpukan perhatianku seratus peratus. Dia seorang yang penuh dengan ketelitian.

                   Hari ini merupakan satu hari yang begitu sukar untukku. Aku lelah dengan semua tugasanku. Richard benar-benar sukar di fahami. Dia terlalu tegas.

                   ‘Hai Kasih. Boleh Aldo hantar pulang?’ Aldo mendekatiku dengan motor besarnya. Aku menggelengkan kepalaku. ‘Tak apalah Aldo. Kasih naik bas jer lah.’ Jawapku untuk menolak ajakannya. Aku terkejut melihat akan Farish. Apa yang di buatnya di situ?

                   Aldo juga sedar akan kewujudan Farish. Dia tahu akan jawapanku. Dia memecut laju meninggalkanku. ‘Farish. Tadi Kasih nampak Tasnim di agensi. Kenapa dia keluar?’ Aku perlukan jawapan dari Farish. ‘Tasnim? Apa yang di lakukannya di sini?’ Farish juga tidak tahu akan kedatangan Tasnim ke sini. ‘Apa Farish buat di sini?’ Aku mahukan penjelasannya. ‘Tunggu Kasih. Jom.’ Farish memberikan helmet kepadaku. Aku mencapainya.

                   Farish melepasi Najwa. Gadis itu memerhati kami berdua. Aku melemparkan senyuman kepadanya. Jelingan matanya itu membuatkan aku resah.

                   Aku meninggalkan Farish. Aku masuk ke dalam bilik. Aku perlu berehat. Ya. Hari ini merupakan hari yang terlalu sukar untukku. Bekerja di bawah Richard bukan satu kerja mudah. Aku merebahkan tubuhku di dalam tab mandi. Air yang panas itu menyegarkan tubuh badanku. Aku kini kembali seperti dahulu. Tiada cinta kerana Rizmi benar begitu obses untuk mengambil alih syarikat ayahnya.

                   Dia seorang yang sempurna. Dia memiliki keluarga yang begitu akrab dan mesra. Ayahnya menyayanginya. Dia punya ayah dan ibu malah adik-adik yang dapat mengubat keletihannya.

                   Aku? Aku tidak lagi mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Ibu sudah tiada lagi. Ayah pula memutuskan perhubungannya denganku. Aku tiada adik beradik. Sendirian. Itulah kehidupanku.

                   Cinta ini tidak akan berbalas. Ya. Cinta yang hanya penuh dengan rahsia ini hanya memenatkan. Berdalih. Itulah yang perlu aku lakonkan. Berlakon? Aku tidak mampu mengawal perasaanku kepada Rizmi. Aku benar mencintainya.

                   Mata ini sudah hampir terlelap. Aku menulis diari hatiku.

                   Aku keluar untuk menghilangkan dahaga dengan air sejuk. Aku mengetuk bilik Tasnim. Aku membukanya. ‘Tasnim tiada?’ Bisikku. Tasnim benar tidak tahu menjaga kesihatannya. Aku kecewa kerana hanya aku yang mengambil berat tentangnya. Dia pula tidak mengendahkannya.

                   Aku masuk ke dalam bilikku. Aku menghempaskan tubuh badanku ke atas tilam yang empuk. Sunyi. Dimensi ini nyata kosong. Aku melelapkan mataku.

                   Hari bergerak pantas. Norkiah mahu aku mengajar Amirzan tentang tugasan yang di perlukan untuk perjalanan pertunjukan. Amirzan seorang yang tenang. Dia cepat belajar. Tidak sukar untukku mengajarnya.

                   Sepanjang minggu ini, aku begitu sibuk. Mana taknya, aku terpaksa menyelia kerja Amirzan dan juga mengikut arahan Richard. Kadang kala aku mahu sahaja mengalah namun apa gunanya. Aku harus memegang pepatah: alah bisa tegal biasa.

                   Letih. Aku lelah dengan kerja yang begitu berat. Tubuh badanku bagaikan lemah tidak bermaya. Aku mula berselera besar. Aku perlukan tenaga untuk bekerja kuat.

Friday, 11 March 2011

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Enam ~ Plot Lima


                   Aku duduk mengemas di dalam studio. Aku terlihat akan Aldo dan Pak Sani yang sedang berbual. Mereka mengalihkan perhatian kepadaku. Aku hanya mendiamkan diriku.

                   ‘Kasih. Aldo nak kasih menyediakan lakaran terbaru untuk pertunjukan yang bakal berlangsung minggu hadapan.’ Aldo memberikan arahannya.

                   ‘Tapi..’ Aku mahu menyatakan tentang perpindahanku ke studio pengambaran Richard namun Aldo telah berlalu. Pak Sani terus tercegat di sebelahku. Aku harus menunggu Norkiah berbual dengan Aldo sebelum aku memaklumkan kepadanya.

                   Aku terus mencapai kertas putih lalu melakar pentas yang bakal menarik perhatian tetamu jemputan. Tema kali ini ialah ‘backpacker’. Aku berbincang dengan Pak Sani tentang apa yang perlu kami lakukan.

                   ‘Eh. Kasih masih bekerja di sini?’ Norkiah mahukan jawapanku. ‘Aldo tak tahu akan perpindahan Kasih.’ Kataku kepadanya. ‘Nanti saya beritahunya. Nanti Kasih jumpa saya di pejabat saya ok?’ Norkiah mahu aku bertemunya sebelum dia meletakkan aku di bawah Richard selama tiga minggu.

                   ‘Baiklah.’ Kataku spontan. ‘Kasih nak pindah ke mana?’ Tanya Pak Sani kepadaku. ‘Norkiah nak Kasih mempelajari selok belok dunia fotografik.’ Aku memaklumkan akan segalanya. ‘Jadi Kasih akan bekerja di bawah Richard?’ Aku mengangguk lemah.

                   Pak Sani memahami situasiku. Dia yakin aku akan berjaya di mana sahaja aku di letakkan. ‘Benarkah Kasih akan berpindah ke studio Richard?’ Soalan itu keluar dari mulut Aldo yang tiba-tiba muncul di hadapanku.

                   ‘Ya. Itu kehendak Norkiah.’ Kataku. ‘Kasih boleh menolaknya jika tidak mahu.’ Aldo menyambung bicaranya. ‘Atau Kasih terasa hati dengan perubahan Aldo minggu lepas?’ Aldo mahukan penjelasan dariku.

                   ‘Tak. Kasih tak simpan dalam hati lagipun semua orang telah tersalah anggap tentang Farish, sepupu Kasih.’ Kataku untuk membuatkan Aldo tenang semula. ‘Kasih cuma nak merasa pengalaman bekerja di bawah Richard. Ok?’ Aldo tertunduk mendengar jawapanku.

                   Aku bergerak ke pejabat Norkiah. Entah apa yang ingin di sampaikan oleh majikanku itu. Adakah kerana penukaran bahagian? Aku perlu bertemunya.

                   Keadaan telah berubah. Aldo telah tersedar akan kesilapannya. Don’t judge the book by it’s cover. Pepatah itu mengingatkan aku kepada Rizmi. Adakah aku juga telah tersalah anggap kepadanya? Bagaimana cintaku ini akan menjadi kenyataan?

                   Aku mengetuk pintu pejabat Norkiah. Norkiah nyata tidak seperti kebanyakan orang berada. Pejabatnya itu tidaklah sebesar manapun. Kesederhanaannya itu menambat hati semua yang mengenalinya.

                   ‘Kasih. Masuklah.’ Kedengaran suara Norkiah memanggilku masuk. Aku membuka langkah memasuki ke dalam pejabatnya. ‘Apa halnya?’ Tanyaku sebaik sahaja menghampiri mejanya.

                   Aku tersedar akan sesuatu. Norkiah mempunyai tetamu. Lelaki itu memandang ke arahku. Dia cukup manis orangnya. Adakah dia ingin memohon kerja di agensi ini?

                   ‘Kasih. Norkiah nak tanya untuk kali terakhir. Transfer or not.’ Majikanku itu mengajukan persoalan itu kepadaku. Aku mendiamkan diriku. Bagiku segalanya terletak di tangan Norkiah.

                   ‘Kasih dah beritahu Aldo akan perpindahan Kasih ke studio Richard.’ Kataku untuk mengingatkan Norkiah akan keputusan yang telah aku ambil. ‘Oklah kalau macam tu. You will be with Richard.’ Norkiah mengemukakan keputusannya.

                   Aku bergerak ke studio Aldo. Aku perlu berkemas. Siapakah lelaki itu? Aku tidak mempedulikan akan gerangan pemuda itu. Aku mendekati Pak Sani. Dia merenung ke arahku. ‘Kasih nak jauhkan diri dari kami kan?’ Kata-kata Pak Sani itu membuatkan aku tercengang. ‘Kami?’ Aku mahu mengetahui apakah yang cuba di sampaikan oleh Pak Sani.

                   ‘Pak Sani dan Aldo.’ Katanya selamba. ‘Tak adalah, nanti Pak Sani akan dapat teman berbual. Aku terbayangkan lelaki yang berada di dalam pejabat Norkiah.

                   ‘Kasih. You still here?’ Norkiah mengejutkan aku. Pemuda itu terus memakukan matanya kepadaku. ‘Where is Aldo?’ Norkiah bertanyakan Aldo. ‘Dia ada di belakang.’ Pak Sani membalasnya.

Wednesday, 9 March 2011

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Enam ~ Plot Empat


                   ‘Kasih. mari bangun. Rizmi telah sediakan spaghetti.’ Mendengar akan spaghetti, terbangkit selera aku untuk merasanya. ‘Rizmi masak?’ Tanyaku. ‘Erm, Rizmi belajar memasak semua ni masa di luar negara.’ Ternyata dia telah memasak semua ini. ‘Sedap.’ Kataku kepada Rizmi. ‘Ni resepi member baik Rizmi. Namanya Patrick Bougaric.’ Rizmi menyatakan segalanya. Aku tidak mempedulikannya. Aku menjamu seleraku.

                   ‘Tak apa. Hari ini Rizmi nak tebus kesilapan Rizmi dengan mengemas semua ni. Kasih pergi berehat.’ Aku memerhati ke arah Rizmi ketika lelaki itu menyatakan perkara itu.

                   Aku mencedok sup ayam berlada yang hanya tinggal sedikit itu untuk Tasnim. Pintu biliknya aku buka. Aku terkejut melihat Farish berada di sisi Tasnim. Farish terus melompat dari katil.

                   ‘Maafkan Kasih. Tasnim kena makan ubat kan? Nah hirup sup ni dahulu.’ Aku meletakkan semangkuk sup ayam  dan segelas air suam ke meja sisi katil Tasnim.

                   Farish yang hanya berseluar pendek itu terus memerhatiku. Aku berlalu meninggalkan mereka berdua. Entah bila mereka berdua berbaik semula.

                   Aku masuk ke dalam bilik. Aku mencapai tuala dan terus bergerak ke kamar mandi. Aku menjadi lemah. Lemah kerana masih bertepuk sebelah tangan. Rizmi mahu mencapai komitmennya. Ya. Aku akan menjauh darinya.

                   Aku mengenakan pyjamas. Duduk di meja solek dan menulis sesuatu di dalam diariku. 

                   Aku memejamkan mataku. Aku tidak mahu memikirkan tentang perhubunganku dengan Rizmi. Biar masa menentukannya.

                   Aku tersedar dari tidurku. Jam menunjukkan pukul lima pagi. Aku mengalihkan tangan Rizmi yang memelukku. Dia hanya berseluar pendek. Aku mencium pipinya. Mungkin aku tidak akan mempunyai peluang itu lagi.

                   Di saat dia terlelap sebegini, aku dapat merasakan dia milikku sepenuhnya. Aku berjalan ke arah bilik air. Aku keluar dan mengenakan pakaian untuk ke tempat kerja.

                   Aku menyediakan air milo untukku. Aku meneguk air panas itu dengan seribu khayalan. Aku terus memikirkan tentang perhubunganku dengan Rizmi. Nampaknya takdir mahu aku sedar akan sesuatu. Wujudkah penantian jika diriku bukannya komitmennya? Aku harus lebih terbuka. Mungkin ada insan lain yang tertakdir untukku.

                   Aku mengejutkan Rizmi. Dia perlu ke pejabat. Aku keluar meninggalkan Rizmi yang terduduk di tepi katil.

                   ‘Kasih nak ke tempat kerja? Biar Farish hantar.’ Farish mahu menghantar aku ke tempat kerja. ‘Lagipun Farish nak menemui seseorang.’ Aku hanya mengekorinya.

                   Angin dingin membuatkan aku kegigilan. Aku memeluk Farish. Dingin benar angin yang menusuk ke tulang sum-sumku itu. Pagi yang berkabus itu nyata begitu dingin sekali.

                   Akhirnya aku tiba ke destinasiku. Farish membuka helmetku. Entah apa moodnya hari ini. Aku melemparkan senyuman ke arahnya. Dia terus berlalu selepas menatap wajahku.

                   Entah kemana arah tujuannya? Aku meneruskan langkahku. Kereta land Rover Norkiah tiada di situ. Selalunya dialah orang yang awal tiba ke tempat kerja.

                   Aku singgah ke kantin untuk menjamu selera. Kuih muih menjadi pilihanku di awal pagi ini. Aku menjamah karipap gulung. ‘Awal hari ni?’ Pak Sani mengejutkan aku.

                   ‘Makan.’ Balasku yang agak terkejut dengan kehadiran lelaki separuh umur itu. ‘Sila. Pak Sani sudah nampak pakwe Kasih tadi.’ Ujarnya ketika punggungnya itu singgah di atas kerusi panjang kantin. ‘Pakwe. Tadi tu bukan pakwe tapi abang sepupu.’ Kataku kepada Pak Sani agar dia sedar Farish itu bukannya kekasih hatiku.

                   ‘Habis kenapa pakwe Kasih tak hantar?’ Pak Sani mahukan jawapanku. ‘Kasih baru putus cinta.’ Kataku sambil mengelamun tentang Rizmi. Nampaknya aku harus memberi peluang kepada orang lain. Aku harus membuka mindaku terhadap orang lain. ‘Pak Sani kan ada.’ Katanya memecahkan keheningan pagi.

                   ‘Ada-ada saja.’ Balasku. Aku bangun dan berjalan meninggalkan kantin. Hari ini aku akan bekerja di bawah Richard. Entah bagaimana rasanya bekerja di bawahnya?

                   Aku berjalan ke studio. Kereta Norkiah masih belum tiba. Adakah dia mempunyai masalah dengan anak saudaranya? Umur berapa anak saudaranya itu?

Monday, 7 March 2011

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Enam ~ Plot Tiga


                   Aku meninggalkan Rizmi. Aku menuju ke dapur. Kesemua barang dapur yang aku beli itu aku letakkan ke dalam sinki. Hati ini mulai berkaca. Aku menyekanya. Kegembiraan Rizmi itu perlu aku hormati.

                   Dia mendekatiku. Dia menarik tanganku. Dia mengajakku ke dalam bilik. Farish mengejutkan kami. Rizmi tidak mengendahkannya. Dia seakan mahu Farish mengetahui akan perhubungan ini.

                   Farish merenungku. Dia hanya melihat kami berdua masuk ke dalam bilik. Rizmi mencium leherku. Dia memelukku dari hadapan. Rangkulannya itu begitu erat. Dia mula mencium kedua pipiku. Bibirnya yang basah itu bergerak menuju ke dahiku.

                   Nafasnya itu begitu kuat kedengaran. Dia merenungku. Tajam sekali renungannya. Adakah ianya satu isyarat bahawa kami akan bersama selamanya? Dia meletakkan bibirnya itu ke bibirku. Dia mengaturkan segalanya.

                   Kedua tangannya itu kini berada di leherku. Nafas kami telah bersatu. Badanku lemah. Aku tidak berdaya menolaknya lagi. Rizmi memelukku. Dia akhirnya mengalah kerana melihat aku yang tidak lagi melawan.

                   Dia duduk di atas katil. Membuka bajunya. Membaringkan tubuhnya itu ke atas katil. Aku hanya terus mengamati tubuh badannya itu. Aku duduk di sebelahnya.

                   ‘Kenapa kita perlu berahsia?’ Persoalan itu keluar juga dari mulutku. Rizmi terkejut. Dia menatap wajah sugulku. ‘Jika benar ini cinta sejati, kita perlu menempuhi segala dugaan.’ Aku meneruskan kata-kataku. Dia terus membisu. ‘Adakah Rizmi mempunyai pilihan lain? Umairah?’ Aku mahukan jawapan Rizmi.

                   ‘Umairah? Dia cantik, menarik namun dia bukan gadis yang Rizmi dambakan.’ Bicara Rizmi itu membuatkan aku terdiam. ‘Bagaimana ciri-ciri gadis yang Rizmi cari?’ Tanyaku. ‘Dia seharusnya berjaya mencuri hati Rizmi, keluarga Rizmi dan juga seorang yang tidak mementingkan kerjaya bila dia menjadi isteri Rizmi.’ Nyata sekali aku boleh menjadi gadis dambaannya namun bagaimana caranya untukku mencuri hati keluarganya? Pertemuanku dengan Khairani nyata begitu tegang. Aku mendiamkan diriku.

                   ‘Apa yang Rizmi lihat pada Kasih? Cinta?’ Aku perlu mengetahui kedudukanku. ‘Kasih. Seorang yang tabah dan kuat semangat. Ada sesuatu yang membuatkan Rizmi gembira berada di sisi Kasih.’ Rizmi menyatakan pandangannya. ‘Itu saja?’ Aku membidasnya.

                   ‘Ketabahan Kasih bukan sebarangan. Melalui semangat Kasih yang kental itu, Rizmi dapat pedoman dan kekuatan menghadapi hari-hari mendatang.’ Rizmi menyatakan pendapatnya.

                   Aku bangun dan meninggalkannya. Aku menyendiri di ruang tamu. Airmata ini mengalir panas. Aku terpaksa menyembunyikannya. Farish duduk berdekatan denganku.

                   ‘Terlanjur Farish ada, Kasih nak tanya berapa sewa yang perlu Kasih berikan? Aku mahu membayar sewa rumah ini. ‘Tak perlu. Kasih simpan sahaja duit yang ada.’ Farish menyatakan pandangannya kepadaku. Adakah Rizmi telah membayarnya untukku?

                   ‘Rizmi telah membayarnya?’ Aku perlu mengetahui perkara sebenar. ‘Tak. Farish senang Kasih berada di sini. Kasih telah menjaga rumah ini dengan baik. Lagipun Kasih telah menjaga Tasnim. Budi baik Kasih melebihi segalanya.’ Farish mengutarakan segalanya. ‘Kasih lakukan semua ini kerana didikan dari arwah ibu. Kasih taknak tinggal di rumah ini tanpa membayar sewa.’ Rayu aku kepada Farish.

                   ‘Baiklah. Sewa rumah ini hanya dua ratus. Kasih gunakan duit itu untuk membeli barangan dapur. Farish nak Kasih memasak makan tengah hari dengan duit itu.’ Farish menyatakan pendapatnya. Dia mahu aku menggunakan duit itu untuk keperluan dapur. Aku terdiam. ‘Baiklah.’ Aku bersetuju dnegan syarat yang dikemukakannya. Ianya satu perjanjian yang baik padaku.

                   Rizmi keluar dari bilik. Dia melihat aku berduaan dengan Farish. Dia duduk di sebelahku. Aku tahu dia rasa tercabar dengan apa yang di lihatnya. Dia menggenggam tanganku. Farish mengalihkan pandangannya ke arah kaca televisyen.

                   Aku beredar ke dapur. Aku malas dengan apa yang Rizmi lakukan. Aku mencedok sup ayam berlada itu ke dalam mangkuk dan menghirupnya. Aku kini semakin berselera. Adakah permasalahanku ini membuatkan aku begitu berselera menghirup sup yang aku reneh itu?

                   Rizmi duduk di sebelahku setelah mengambil segelas air sejuk dari peti sejuk. ‘Masih marah?’ Aku mendiamkan diriku. ‘Nanti gemuk sayang abang ni.’ Rizmi berseloroh denganku. Aku hanya merenung ke arah matanya itu. ‘Rizmi. Kasih nak tahu apa kedudukan Kasih di sisi Rizmi? Teman serumah? Teman di waktu lapang?’ Aku mengemukakan soalan itu kepadanya.

                   ‘Apa?’ Rizmi tidak menyangka aku akan menyatakan sebegitu. ‘Rizmi sukakan Kasih. Rizmi nak mengenali Kasih seadanya. Persoalannya di sini, Kasih terlalu memaksa.’ Kata-kata Rizmi itu menyedarkan aku akan kedudukanku. ‘Pemaksa?’ Aku menuturkan madah itu kepada Rizmi.

                   ‘Kasih. Cinta itu komitmen. Rizmi tak boleh beri komitmen kepada Kasih. Komitmen utama Rizmi ialah mengambil alih syarikat ayah.’ Rizmi berbicara tentang komitmen. Jika itu pilihannya, aku dapat membuka ruang kepada orang luar untuk mengenaliku. Rizmi. Kau telah melukakan hatiku dengan kata-katamu itu. Aku sedar kau masih mahu berhibur.

                   ‘Baiklah. Rizmi capai komitmen Rizmi terlebih dahulu. Jika di saat itu, Rizmi sedar akan kehilangan Kasih, maka sudah terlambat.’ Aku beredar keluar dari apartment itu. Tujuanku hanyalah untuk membeli sesuatu di kedai.

                   Rasa meloya semakin kuat aku rasakan. Aku terpaksa mencari jeruk asam. Adakah kerana sup ayam itu? Aku tidak mengendahkannya. Aku sedih dengan semuanya.

                   Sekembalinya aku ke apartment, aku segera masuk ke dalam bilik. Aku menghidu minyak kayu putih kerana rasa loya itu seakan tidak mahu berakhir. Aku membaringkan diriku di atas katil. Aku melelapkan mataku.

Wednesday, 2 March 2011

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Enam ~ Plot Dua


                  ‘Rizmi. Kau dengan Kasih ada apa-apa ke?’ Tanya Farish untuk mengetahui akan perhubungan kami. ‘Ada apa?’ Tanya Rizmi kepada Farish. ‘Siapa yang dapat Kasih tentunya bahagia.’ Merdad mengutarakan pendapatnya. Mereka mendiamkan diri.

                   ‘Oklah, aku ada kerja.’ Merdad menyatakan tujuannya. ‘Jom.’ Merdad berlalu. Sunyi saja ruang tamu. Aku beredar ke katil. Aku duduk di atasnya. Aku berharap Rizmi akan masuk ke dalam bilik. Aku rindu belaiannya.

                   Rizmi masuk seperti mana aku duga. Dia menutup pintu bilik. Dia berjalan ke arahku. Dia duduk di sebelahku. Dia mula merapatiku. Tangannya mula memegang bahuku. Aku merenung ke arahnya.

                   ‘Kasih belajar mana masakan sebegitu?’ Rizmi mahukan jawapan dariku. ‘Kasih belajar dari ibu.’ Jawabku kepadanya. ‘Erm, sebab itulah masakan Kasih sedap.’ Balasnya. ‘Masakan ibu Rizmi sedap tak?’ Aku sengaja mahu mengetahui tentang keluarga Rizmi. Dia tidak pernah bercerita kepadaku tentang latar belakangnya. Aku hanya mengenali adik perempuannya.

                   ‘Ibu Rizmi tak memasak. Mak Jarah sahaja yang memasak untuk kami.’ Nampaknya Rizmi tidak pernah merasai masakan ibunya. ‘Tak apalah. Kasih akan memasak untuk Rizmi. Janji Rizmi cintakan Kasih seorang. Boleh?’ Aku menunggu jawapan darinya.

                   ‘Janji.’ Rizmi menyatakannya. Aku bahagia dengan apa yang di ucapkannya. ‘Busuk bau perfume Rizmi ni.’ Aku bangun dan beredar menjauhinya. ‘Busuk? Meh sini Rizmi nak tengok sapa lagi busuk.’ Rizmi mula mendekatiku.

                   Rizmi memelukku. Dia mencium leherku. ‘Busuknya.’ Balasnya seakan mahu mengenakanku. ‘Tak tahanlah. Please tukar baju Rizmi tu.’ Aku tidak dapat menahan rasa mual yang teramat sangat bila menghidu bau perfume yang digunakannya.

                   ‘Ketara sangat ke?’ Rizmi baru mahu mempercayaiku. Dia agak kehairanan. Perfume yang di belinya dengan harga ratusan ringgit itu dikatakan busuk.

                   Dia berlalu dan menukar bajunya di hadapanku. ‘Eh? Kasih dah basuh baju ni?’ Rizmi agak kehairanan melihat apa yang aku lakukan. Dia memelukku. Baru kini aku rasa selesa. Bau aroma itu telah tiada lagi.

                   Aku melepaskan diriku dari rangkulannya. Aku mendapatkan seluar kecilnya yang telah aku basuh. Mukanya kemerahan. Dia bergerak mendapatkanku. Kali ini pelukannya itu kemas.

                   Aku bahagia dengan apa yang berlaku. Aku senang berada di sisinya. Lelaki itu banyak mengajar aku untuk senyum semula. Dia ibarat cahaya di dalam gelita kembaraku ini. Semoga kami akan terus bersama meniti denai kehidupan. Aku teringin untuk menjadi isterinya. Ya. Isteri kepada Rizmi.

‘Jom keluar.’ Rizmi mengajakku. Aku merenung mukanya. Serius. Nyata dia mahu menghabiskan masa bersamaku di luar.

                   Aku mengenakan jaket pendek yang diberi oleh Norkiah. Kami keluar bersama. ‘Farish ikut Mer ke?’ Tanyaku kepada Rizmi. ‘Tak. Dia ada di dalam biliknya.’ Rizmi membukakan pintu kepadaku.

                   Lagak gentlemennya itu menawan hatiku. Kami keluar ke sebuah pasaraya. Entah apa yang di fikirkan olehnya. ‘Malam ni Rizmi mahu rasa masakan lain pula. Boleh?’ Rizmi mahu menguji kehandalanku. ‘Kita masak spaghetti.’ Rizmi mengutarakan pilihannya. ‘Kasih tak pandai masak spaghetti, kalau Rizmi ajarkan tak apa la.’ Aku mahu mengetahui akan kepakarannya.

                   Dia menggenggam tanganku. Kami berdua bergerak ke hypermarket. Dia memilih bahan-bahan yang di kehendakinya. Aku pula mengambil kesempatan untuk membeli beberapa barangan untuk keperluan dapur. Tasnim. Ya. Aku perlu mereneh sup untuknya. Sup cendawan? Aku juga menggemarinya.

                   Kami berpisah arah. Kami perlu mendapatkan bahan yang kami cari. Aku cuba mencari Rizmi kerana apa yang aku perlukan telah aku temui. Di balik rak tinggi itu, aku melihat Rizmi sedang berbual dengan seorang perempuan. ‘Siapakah gadis itu?’ Bisik hatiku. Aku tidak perlu mendekati Rizmi.

                   Rizmi meninggalkan gadis itu. Dia meminta aku berpura-pura tidak mengenalinya dengan jelingan matanya. Entah berapa lama, baru Rizmi mendekatiku. Dia menyatakan kepadaku bahawa gadis itu ialah sahabat adiknya. Dia tidak mahu gadis yang bernama Umairah itu menghidu akan pergerakannya.

                   Kami bergerak pulang. Dalam perjalanan, Rizmi mendiamkan dirinya. Kami bergerak berasingan. Sampai bila aku harus berlakon sebegini. Jika aku gadis yang di cintainya, kenapa dia perlu merahsiakan perhubungan ini?

                   Rizmi menarikku. Dia memelukku dari belakang. Aku hanya berdiri membelakanginya. Semua ini menghantui diriku. Adakah kerana aku ternoda? Adakah lantaran itu aku perlu menjalani cinta rahsia sebegini? Semua ini menghantuiku.

                   Rizmi menciumku leherku. Rambutku di belainya. Dia mengusap lembut kedua-dua lenganku. Aku tetap mendiamkan diriku. Aku perlukan jawapan. Jawapan yang dapat meletakkan aku kembali ke jalan bahagia.

p/s: Cinta rahsia.. Pernahkah kamu terperangkap dalam cinta sebegini..? Jika YA. Apakah jalan terbaik untuk Kasih.. Tolong nasihatkan dia yang kini berada dalam keharuan..

Monday, 28 February 2011

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Enam ~ Plot Satu

Enam


                   Fajar menyinsing. Rizmi tiada di sisiku. Aku bangun lalu mengemas katil. Nampaknya hari ini seakan sepi. Wajah Rizmi itu menerjah ke akalku. Aku sedar akan kerinduan yang membukit terhadapnya.

                   Aku keluar dari kamar mandi dengan hanya bertuala. Tuala itu menutupi hampir keseluruhan badanku. Aku mencapai baju berlengan panjang dan seluar jeans biru muda.

                   Aku keluar dan mengemas ruang tamu, ruang makan, dapur dan juga balkoni. Udara pagi itu menyapaku. Terubat juga keletihanku ini dengannya.

                   Barang-barang dapur mencukupi untukku memasak sesuatu. Aku tidak hanya mementingkan diriku. Aku perlu melihat menu sihat untuk Tasnim. Ya. Dia harus pulih dengan segera.

                   Sup ayam berlada. Aku terpaksa memikirkan ramuannya. Dahulu aku pernah menyediakannya untuk ibu. Pada masa itu ibu tidak sihat. Aku menjaganya di rumah.

                   Aku juga perlu memikirkan menu lain untuk isi rumah yang lain. Rizmi dan Farish juga akan berada di sini hari ini. Biar kami berempat makan bersama. Biar jurang yang mula menjauh itu akan kembali bertemu.

                   Sup ayam berlada sudah aku sediakan. Aku menyediakan ulam salad dengan sambal belacan. Aku juga telah menyediakan gulai siam dengan udang. Kerabu kerang dengan taugeh melengkapkan hidanganku.

                   Aku menyediakan air bandung. Air bandung itu aku masukkan ke dalam peti sejuk. Aku perlu menjenguk Tasnim.

                   ‘Krak.’ Pintu apartment terbuka. Rizmi? Farish? Lelaki yang melangkah masuk ke dalam ruang tamu itu ialah Farish. Dia bersama dengan Merdad. Mereka melemparkan senyuman ke arahku.

                   Aku segera masuk ke dalam bilik Tasnim. Dia sudah lama bangun. Nampaknya dia telah menguruskan dirinya tanpa bantuanku. ‘Awal hari ni?’ Kataku kepada Tasnim yang sedang merehatkan dirinya di atas katilnya. Aku berlalu dan membuka jendela berdekatan dengannya.

                   Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu menyamankan udara di sekeliling kami. ‘Jom. Makanan telah Kasih sediakan.’ Aku mengajaknya. ‘Awal Kasih masak hari ni? Rizmi dah datang ke?’ Tasnim mengajukan persoalan itu kepadaku. Aku hanya melemparkan senyuman kepadanya.

                   Aku memapah Tasnim keluar ke ruang makan. Aku tahu dia masih belum sembuh. Dia perlukan rehat yang banyak. Dia hanya mengikut arahanku.

                   Tasnim memerhati ke arah Farish dan Merdad yang memerhati ke arahnya. Dia tidak mempedulikan mereka. ‘Ok?’ Kataku kepada Tasnim ketika melihat reaksinya yang mulai berubah.

                   ‘Kita makan beramai-ramai. Ok tak?’ Kataku kepada Tasnim. Aku berharap dia akan dapat makan semeja dengan Farish. ‘Buangkanlah yang keruh.’ Kataku menyambung perbualan antara kami berdua. ‘Erm.’ Hanya itu yang kedengaran dari mulutnya.

                   ‘Farish, Mer.. Mari makan bersama-sama.’ Pujukku kepada mereka berdua. ‘Tak apalah.’ Merdad menyatakannya kepadaku. Farish hanya mendiamkan dirinya.

                   ‘Krak.’ Pintu apartment terbuka. ‘Assalamualaikum.’ Rizmi menyapa kami yang berada di ruang makan. ‘Ada perjumpaan ke?’ Sambungnya.

                   ‘Jom. Mari makan bersama.’ Kataku. ‘Ajak mereka berdua sekali.’ Aku menyambung perbualanku. Nampaknya seperti yang aku duga, Rizmi akan hadir jua.

                   ‘Jom. Rugi tak merasa air tangan Kasih.’ Kata Rizmi kepada mereka berdua. Mereka berdua membontoti Rizmi. Mereka duduk di ruang makan.

                   Aku menyediakan semuanya di atas meja. Aku mengeluarkan air bandung yang aku sediakan tadi. Aku menyedokkan nasi ke dalam pinggan. Mereka berempat terkejut dengan menu yang aku sediakan hari ini.

                   Aku bergerak ke dapur untuk mengambil mangkuk kecil. Sup ayam berlada itu aku cedok ke dalam lima mangkuk. Aku meletakkan mangkuk sup itu berdekatan dengan mereka.

                   Tiada suara kedengaran. Mereka hanya diam membisu. Aroma sup ayam berlada itu mula membuka selera mereka. Kerabu kerang dan gulai siam dengan udang itu juga menaikkan selera.

                   Sunyi. Bukan itu yang aku mahukan. Kemesraan itulah yang akan menambahkan selera. ‘Mer. Dengar kata Mer ni pelakon? Betulke?’ Aku memulakan perbicaraan. Rizmi memerhati ke arahku.

                   ‘Erm. Macam mana Kasih tahu?’ Balasnya. ‘Drama bersiri untuk rancangan televisyen Indonesia di bawah Indosiar.’ Sambungnya. Nampaknya bukan kepalang Merdad ini. ‘Tak takut ke pihak media Malaysia mengejar Mer hingga ke sini?’ Tanyaku. ‘Tak. Mer baru mula bertapak dalam dunia lakonan.’ Merdad menyambung bicaranya.

                   ‘Sedap betul kerabu ni.’ Rizmi mengutarakan pendapatnya. ‘Gulai ni lagi terangkat. Pedas.’ Farish menyatakannya pendapatnya. ‘Ya.’ Merdad mencelah.

 
Tasnim hanya mendiamkan dirinya. Aku tahu dia tentunya terasa akan segalanya ini. Dia tidak pernah memasak sesuatu apapun kepada Farish sebelum ini. Dia terus menghirup sup ayam berlada itu.

                   ‘Makanlah sikit Tasnim. Isi perut tu.’ Aku mahu Tasnim kembali bertenaga. Pucat di wajahnya itu masih ketara. ‘Makan kerabu kerang untuk menambahkan darah.’ Aku mahu mendapatkan mangkuk kerabu namun Farish telah mengambilnya. Dia mencedok sedikit kerabu ke dalam pinggan Tasnim. Tasnim hanya memerhatinya.

                   ‘Kenapa pucat ni?’ Rizmi bertanyakan kepada Tasnim tanpa mengetahui cerita sebenarnya. Merdad juga baru perasan akan hal itu. ‘Demam ke?’ Tanya Merdad kepada Tasnim.

                   ‘Tambah nasi.’ Aku mahu Rizmi menambah nasi kerana begitu berselera dia menjamah makanan yang aku sediakan. ‘Erm.’ Rizmi bersuara. Aku hanya merenungnya. Oleh kerana Mer berada di situ, aku perlu bersikap formal terhadap Rizmi.

                   Rizmi, Farish dan Merdad bergerak ke ruang tamu. Entah apakah yang di bualkan oleh mereka bertiga. ‘Meh, Kasih tolong Tasnim k?’ Aku memapah Tasnim. Dia tidak mengharapkan bantuanku. Dia sebenarnya tidak mahu Rizmi mahupun Merdad tahu akan pengguguran yang telah di alaminya.

                   ‘Jaga diri.’ Kataku kepadanya sambil memerhati Tasnim masuk ke dalam biliknya. Aku bergerak ke dapur. Banyak pinggan mangkuk yang menantiku.

                   Aku terus beredar ke bilik. Kesemua mata memandang ke arahku. Entah apa mereka bualkan. Aku memberikan isyarat kepada Rizmi. Dia tidak mengendahkan isyarat yang aku alunkan kepadanya.

                   Aku menekupkan telingaku ke pintu. Ingin sekali aku mendengar apa yang mereka bincangkan. Ya.

Saturday, 26 February 2011

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Lima ~ Plot Dua Belas


                   Hari sabtu. Hari ini aku terpaksa mengikut majikanku. Norkiah meminta aku menemaninya. Entah agenda apakah yang sedang di rancangnya. Norkiah meminta aku menunggunya di perhentian bas berdekatan dengan blok apartment.

                   Sudah lima belas minit aku menunggunya di situ. Akhirnya Norkiah tiba jua. Dia membawa aku ke satu tempat. Dia menyatakan tentang penelitiannya tentang identitiku. Adakah kerana itu dia meminta aku mengikutinya?

                   ‘Saya sudah selidiki tentang apa yang Kasih katakan dahulu. Benar. Dato Nadzrin mempunyai seorang anak perempuan namun dia telah mengusirnya.’ Kata-kata Norkiah itu mula membibitkan airmata di kelopak mataku. ‘Kenapa Kasih keluar dari rumah?’ Norkiah meminta aku memberikan penjelasan. ‘Norkiah. Kasih sedih. Ayah telah berubah setelah kematian ibu. Dia telah berkahwin dengan seorang gadis yang seusia dengan Kasih. Dia telah menghalau Kasih kerana..’ Suaraku tersekat-sekat. ‘Sudahlah Norkiah tidak sangka nasib Kasih sebegini. Norkiah akan tetap percaya kepada Kasih. Kasih mesti percayakan Norkiah k?’ Aku mengangguk lemah. Aku tahu Norkiah perlukan jawapan setelah aku menyatakan identitiku. Mungkin dia telah mengetahui apakah sebabnya Dato Nadzrin menghalau anak gadisnya keluar dari rumah.

                   ‘Sebenarnya itu bukan tujuan Norkiah. Nah. Ambil ni.’ Aku tergamam. Norkiah menghulurkan sampul surat kepadaku. Ianya berisi duit. ‘Kasih tidak memberikan nombor akaun kepada Norkiah jadi untuk bulan ni.. gaji Kasih, Norkiah bayar tunai.’ Kata-katanya itu membuatkan aku melonjak kegembiraan. ‘Terima kasih.’ Aku menyimpan duit itu di dalam beg galasku.

                   ‘Oklah. Norkiah ada hal.’ Norkiah memecut meninggalkan kawasan berbukit itu. Dia menghantar aku ke perhentian bas tadi.

                   ‘Oh ya. Kasih tunggu sekejap. Ambil bungkusan di belakang.’ Apa lagi kerenah majikanku ini. Terdapat satu bungkusan plastik di ruangan belakang kereta majikanku. ‘Ha. Itu untuk Kasih.’ Aku mengambilnya dan berlalu meninggalkan Norkiah.

                   Norkiah mempunyai hal yang perlu di selesaikannya. Ianya berkenaan anak saudaranya. Dia terpaksa mengawasi pergerakan anak saudaranya. Berapa umur anak saudaranya itu?

                   Aku duduk di atas katilku. Aku membuka bungkusan yang di berikan oleh Norkiah. ‘Baju.’ Norkiah telah memberikan tiga helai baju dan dua helai jaket. Baju berlengan panjang itu agak trendy untukku. Sehelai jaket pendek itu menepati citarasaku. Nampaknya hari isnin ini aku akan lebih anggun mengenakan pakaian yang di berikan oleh Norkiah.

                   Rizmi. Lelaki itu mungkin tidak akan hadir di sisiku hari ini. Aku memasak sup ikan untuk Tasnim. Dia memerlukan makanan yang seimbang untuk memulihkan kesihatan tubuh badannya itu.

                   Aku tidak dapat melihat Farish. Entah kemana dia membawa hati yang sedih itu. Kini baru dia sedari akan rasa sebuah kehilangan.

                   Aku merehatkan diriku. Aku mencoretkan sesuatu di diari hatiku.

Thursday, 24 February 2011

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Lima ~ Plot Sebelas


                  Pagi isnin. Aku tidak kerja hari ini. Aku menghabiskan masa berehat di rumah. Tasnim masih belum memunculkan dirinya. Apa yang telah berlaku kepadanya? Persoalan itu terus menghantui aku dan Farish. Sesal dahulu pendapatan, sesat kemudian tiada berguna. Itu yang terjadi kepada Farish.

                   Hari terus berlalu. Manusia tetap meneruskan rutin harian mereka. Kerja adalah satu-satunya perkara yang dapat mereka lakukan untuk meneruskan kehidupan mereka. Wang adalah anak kuncinya. Bahagiakah manusia dengan wang yang berlimpah ruah itu andai kebahagiaan tidak boleh di miliki?

                   Aldo masih enggan berbicara denganku. Semuanya semakin ketara apabila semua orang bertanyakan sebabnya dariku. Aku perlu menjarakkan diriku darinya. Aldo seorang yang baik namun aku telah bertemu dengan seorang lelaki yang aku dambakan selama ini.

                   Tasnim akhirnya pulang ke rumah petang Jumaat. Kembalinya ke rumah itu menyaksikan pertengkaran kecil antara Tasnim dan Farish.

                   Kini sudah masuk minggu ketiga aku bekerja. Norkiah bertanyakan aku tentang perjalanan kerjaku. Dia sedar akan perhubungan aku dengan Aldo yang mula berjarak. Aku tidak mahu memberikan komen terhadap reaksi Aldo itu.

                   Norkiah mahu aku membantu Richard Yen. Oleh kerana pembantunya, David Tsang terpaksa menghadiri kursus selama sebulan, dia memerlukan bantuan. Aku hanya mengikut perancangan majikanku itu.

                   Isnin ini aku akan mula bekerja dengan Richard di studionya. Selamat tinggal Aldo. Tiada gunanya dia bermasam muka kerana aku menumpang Farish, sepupuku. Dia tidak perlukan penjelasanku. Aku akan melayan bicaranya jika dia mahukan sebegitu.

                   Sekembalinya aku dari tempat kerja. Jam sudah menunjukkan pukul tujuh setengah. Aku melihat Farish sedang bermasam muka. ‘Kasih. Boleh tak Pujuk Tasnim. Dia ada di dalam bilik.’ Farish mahu aku membantunya.

                   Aku mengetuk pintu bilik itu. ‘Tasnim. Ni Kasih. Boleh Kasih masuk.’ Pintaku. ‘Erm.’ Kedengaran suara itu seakan membenarkanku.

                   Aku menutup pintu bilik Tasnim itu. Aku berjalan menuju ke arah katil. Aku duduk di bucu katil. ‘Kenapa pucat sahaja muka Tasnim? Tak sihat ke?’ Tanyaku. ‘Kasih. Tasnim dah menjalani proses pengguguran.’ Katanya ringkas. ‘Mengandung salah menggugurkannya pun salah.’ Dia meneruskan kata-katanya. ‘Kenapa Tasnim kata begitu?’ Aku mahu dia menceritakan keperitan yang di alaminya agar dia akan dapat merasakan ketenangan selepas itu.

                   ‘Tasnim tidak menyangka Farish akan berubah fikiran. Dia mahu menerima anak itu. Malangnya dia sudah terlambat.’ Tasnim menitiskan airmatanya. Aku memeluknya. Aku turut menitiskan airmata kerana amat payah apa yang di harungi oleh Tasnim itu. ‘Semuanya sudah suratan. Mungkin tiada ikatan yang kuat antara Tasnim dan Farish. Maksud Kasih, Tasnim dan Farish harus berumahtangga dahulu kan?’ Entah apa yang aku utarakan kepada Tasnim. Bila difikirkan semula seharusnya mereka berumahtangga. Tak begitu?

                   Tasnim kembali tenang. ‘Kasih, terima kasih atas segalanya. Tasnim menghargai budi Kasih.’ Tasnim membaringkan tubuh badannya. Aku mahu Tasnim merehatkan dirinya.

                   Aku keluar. Farish bergerak mendapatkanku. ‘Sudah terlambat Farish. Anak itu sudah tiada lagi.’ Farish tergamam. Aku beredar meninggalkannya. Aku melihat Farish yang agak tertekan dengan apa yang aku katakan. Dia bersandar di hadapan pintu bilik Tasnim.

                   Aku segera ke kamar mandi. Aku keluar dan merehatkan diri. Aku melihat sebakul baju dan seluar yang tidak berlipat. Sudah seminggu aku tidak membuat kerja rumah ekoran keletihan.

                   Aku mengambil diari. Aku menatap gambar Rizmi. Kerinduan ini dapat aku bendung. Aku tahu dia juga merinduiku. Aku mencoret sesuatu di lembaran putih diariku. 

p/s: satu memori yang indah.. terpahat dalam kotak minda Kasih Safiyya.. Takdir menemukan seseorang dengan bersebab..

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!

AdamZico's Labels