Thursday, 24 February 2011

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Lima ~ Plot Sebelas


                  Pagi isnin. Aku tidak kerja hari ini. Aku menghabiskan masa berehat di rumah. Tasnim masih belum memunculkan dirinya. Apa yang telah berlaku kepadanya? Persoalan itu terus menghantui aku dan Farish. Sesal dahulu pendapatan, sesat kemudian tiada berguna. Itu yang terjadi kepada Farish.

                   Hari terus berlalu. Manusia tetap meneruskan rutin harian mereka. Kerja adalah satu-satunya perkara yang dapat mereka lakukan untuk meneruskan kehidupan mereka. Wang adalah anak kuncinya. Bahagiakah manusia dengan wang yang berlimpah ruah itu andai kebahagiaan tidak boleh di miliki?

                   Aldo masih enggan berbicara denganku. Semuanya semakin ketara apabila semua orang bertanyakan sebabnya dariku. Aku perlu menjarakkan diriku darinya. Aldo seorang yang baik namun aku telah bertemu dengan seorang lelaki yang aku dambakan selama ini.

                   Tasnim akhirnya pulang ke rumah petang Jumaat. Kembalinya ke rumah itu menyaksikan pertengkaran kecil antara Tasnim dan Farish.

                   Kini sudah masuk minggu ketiga aku bekerja. Norkiah bertanyakan aku tentang perjalanan kerjaku. Dia sedar akan perhubungan aku dengan Aldo yang mula berjarak. Aku tidak mahu memberikan komen terhadap reaksi Aldo itu.

                   Norkiah mahu aku membantu Richard Yen. Oleh kerana pembantunya, David Tsang terpaksa menghadiri kursus selama sebulan, dia memerlukan bantuan. Aku hanya mengikut perancangan majikanku itu.

                   Isnin ini aku akan mula bekerja dengan Richard di studionya. Selamat tinggal Aldo. Tiada gunanya dia bermasam muka kerana aku menumpang Farish, sepupuku. Dia tidak perlukan penjelasanku. Aku akan melayan bicaranya jika dia mahukan sebegitu.

                   Sekembalinya aku dari tempat kerja. Jam sudah menunjukkan pukul tujuh setengah. Aku melihat Farish sedang bermasam muka. ‘Kasih. Boleh tak Pujuk Tasnim. Dia ada di dalam bilik.’ Farish mahu aku membantunya.

                   Aku mengetuk pintu bilik itu. ‘Tasnim. Ni Kasih. Boleh Kasih masuk.’ Pintaku. ‘Erm.’ Kedengaran suara itu seakan membenarkanku.

                   Aku menutup pintu bilik Tasnim itu. Aku berjalan menuju ke arah katil. Aku duduk di bucu katil. ‘Kenapa pucat sahaja muka Tasnim? Tak sihat ke?’ Tanyaku. ‘Kasih. Tasnim dah menjalani proses pengguguran.’ Katanya ringkas. ‘Mengandung salah menggugurkannya pun salah.’ Dia meneruskan kata-katanya. ‘Kenapa Tasnim kata begitu?’ Aku mahu dia menceritakan keperitan yang di alaminya agar dia akan dapat merasakan ketenangan selepas itu.

                   ‘Tasnim tidak menyangka Farish akan berubah fikiran. Dia mahu menerima anak itu. Malangnya dia sudah terlambat.’ Tasnim menitiskan airmatanya. Aku memeluknya. Aku turut menitiskan airmata kerana amat payah apa yang di harungi oleh Tasnim itu. ‘Semuanya sudah suratan. Mungkin tiada ikatan yang kuat antara Tasnim dan Farish. Maksud Kasih, Tasnim dan Farish harus berumahtangga dahulu kan?’ Entah apa yang aku utarakan kepada Tasnim. Bila difikirkan semula seharusnya mereka berumahtangga. Tak begitu?

                   Tasnim kembali tenang. ‘Kasih, terima kasih atas segalanya. Tasnim menghargai budi Kasih.’ Tasnim membaringkan tubuh badannya. Aku mahu Tasnim merehatkan dirinya.

                   Aku keluar. Farish bergerak mendapatkanku. ‘Sudah terlambat Farish. Anak itu sudah tiada lagi.’ Farish tergamam. Aku beredar meninggalkannya. Aku melihat Farish yang agak tertekan dengan apa yang aku katakan. Dia bersandar di hadapan pintu bilik Tasnim.

                   Aku segera ke kamar mandi. Aku keluar dan merehatkan diri. Aku melihat sebakul baju dan seluar yang tidak berlipat. Sudah seminggu aku tidak membuat kerja rumah ekoran keletihan.

                   Aku mengambil diari. Aku menatap gambar Rizmi. Kerinduan ini dapat aku bendung. Aku tahu dia juga merinduiku. Aku mencoret sesuatu di lembaran putih diariku. 

p/s: satu memori yang indah.. terpahat dalam kotak minda Kasih Safiyya.. Takdir menemukan seseorang dengan bersebab..

0 Komentar:

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!