Dia memanggilku sayang? Atau dia hanya memandang belas kepadaku. Aku menarik tanganku. Aku berlari ke arah apartment milik Farish itu. Airmata ini mulai berderai. Tiada dapat aku seka lagi.
Aku segera masuk ke bilik. Aku tidak mempedulikan Farish yang berada di ruang tamu. Aku merebahkan diriku di atas katil.
‘Krak.’ Pintu bilik terbuka. Aku tahu Rizmi duduk di sebelahku. Aku tidak mengendahkannya. Aku tidak mahu dia memandang kasihan terhadap nasibku ini.
‘Kasih. Kenapa ni? Rizmi membelai rambutku. ‘Rizmi. Kasih nak tanya untuk akhir kalinya. Rizmi buat semua ini kerana belas kasihan?’ Aku meninggikan suaraku. ‘Apa maksud Kasih?’ Rizmi mahukan penjelasanku. ‘Rizmi mungkin sedia maklum dengan perasaan Kasih. Kasih tahu Rizmi serba salah. Jika tidak dapat mencintai Kasih, beritahu sahaja. Jangan mempermainkan perasaan Kasih sebegini.’ Aku segera menghamburkan segalanya. ‘Kasih akan menerima kata putus Rizmi. Ya. Kasih akan berduka untuk seketika kerana Rizmi tidak mencintai Kasih. Jangan buat Kasih sebegini.’ Aku menyeka airmataku yang mengalir panas.
‘Kasih.’ Rizmi cuba mendekatiku. Aku segera menjauh. Airmataku ini berderaian. Aku terduduk menahan sebak.
‘Kasih. Rizmi tak memandang Kasih dengan belas simpati. Rizmi ikhlas nak bantu Kasih.’ Rizmi meluahkan segalanya.
‘Ok. Kasih dah dengar kata putus Rizmi. Kasih akan berlalu dari hidup Rizmi. Kasih tak nak menyusahkan Rizmi mahupun rakan-rakan Rizmi yang lain. Kasih akan keluar dari sini.’ Aku mencapai beg pakaian. Aku mula menyusun baju ke dalamnya.
‘Apa yang Kasih merepek ni? Kasih hanya memaksa Rizmi untuk menerima Kasih. Rizmi tak boleh membuat keputusan sebegini.’ Rizmi menyatakan rasa sedihnya kerana aku cuba memaksanya.
‘Jangan bimbang. Selepas ni tak ada orang yang akan memaksa Rizmi. K?’ Aku segera mencapai beg pakaian. Aku melangkah keluar.
‘Kasih?’ Farish agak kehairanan melihat aku keluar dengan beg pakaianku. ‘Terima kasih Farish di atas kemudahan tempat tinggal ni.’ Aku segera keluar dari apartment itu.
‘Rizmi?’ Farish seakan mahu lelaki itu membuat keputusannya. Aku keluar dari apartment itu menuju ke perhentian bas. Hari Ahad ini akan aku kenang selamanya.
Melihat akan Rizmi yang cuba mengejarku. Aku segera menaiki bas yang telah berhenti di hadapanku. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapapun. Aku tidak menghiraukan jeritan Rizmi. Tiada gunanya lagi.
Bas bergerak meninggalkan tempat itu. Aku tidak menghiraukan apa yang telah aku tinggalkan. Aku tetap membawa cinta luka ini di dalam hatiku ke mana jua kaki ini melangkah.
Bas berhenti ekoran sebuah kereta melintang di hadapannya. Kereta Evo VII berwarna kuning itu aku kenali. Rizmi naik ke atas bas itu. Dia melemparkan sekeping wang kertas lima puluh ringgit ke arah pemandu bas.
Dia tidak menghiraukan kutukan penumpang bas yang lain. Dia menarik tanganku. Aku menolaknya. ‘Tiada gunanya lagi.’ Aku menyentak tanganku. ‘Rizmi cintakan Kasih.’ Kata-katanya itu menusuk ke dalam hatiku. ‘Sudah terlambat.’ Balasku dengan segera.
‘Apa ni?’ Salah seorang penumpang menegur kami berdua. ‘Ni isteri saya. Kamu jangan mencampuri urusan rumah tangga kami.’ Rizmi menegaskan kepada lelaki itu. Dia tetap menarik tanganku.
Demi mengelakkan Rizmi bergaduh dengan penumpang di dalam bas itu, aku mengikutinya. ‘Sudah. Apa yang Rizmi mahukan? Tak cukup lagikah semua ini?’ Aku membuka langkah meninggalkannya.
‘Kasih. Apa yang harus Rizmi lakukan? Apakah cinta Kasih itu hanya sekadar satu paksaan semata?’ Rizmi mula meninggikan suaranya. Aku terhenti mendengarnya.
‘Kasih. Rizmi sukakan Kasih namun semua ini tidak masuk akal. Biar masa menetukan segalanya. Rizmi lelah dengan semuanya. Kerja. Rumah. Kasih. Semuanya seakan memaksa Rizmi membuat keputusan dengan segera.’ Rizmi mendekatiku. Nada suaranya menurun. Dia memelukku.
Aku berpaling dan memeluknya. ‘Maafkan Kasih. Kasih hanya menambahkan permasalahan Rizmi. Biar Kasih pergi supaya permasalahan Rizmi berkurangan. K?’ Aku tidak mahu menjadi bebanan kepadanya.
‘Sudah. Rizmi tetap nak jaga Kasih. Janji jangan buat cam ni lagi k? Rizmi mahu aku berjanji kepadanya. Aku hanya mengangguk lemah. Entah kenapa aku menurut kata-katanya. Kami berangkat pulang.
Nota Kaki: Apakah wujud perhubungan sebegini..? Masing-masing punya rencana yang tersendiri..? Apakah yang cuba diselindung oleh Rizmi..? Apakah perasaannya terhadap Kasih itu hanya belas kasihan ataupun ada cinta yang berputik khas untuk gadis itu?
0 Komentar:
Post a Comment