Tuesday, 1 February 2011

Tangis Kasmaran ~ Bab Empat ~ Plot Dua


          Sayuthi dan Waldian memandang satu sama lain. Mereka tahu harapan yang ada amat tipis namun selagi ada sinar, mereka tidak akan menyerah kalah.

          ‘Waldian.. Awak tak perlu tunggu, saya boleh siapkan perbandingan laporan kewangan ni seorang diri.. Just leave your financial report to me..’ Sayuthi yakin dia dapat menyiapkan perbandingan maklumat agar dapat mengetahui akan kedudukan pelaburan di bawah nama Waldian itu.

          ‘Betul.. Thank..’ Waldian menyerahkan laporan yang disediakan olehnya kepada lelaki yang sibuk menumpukan perhatian kepada komputer ribanya itu. ‘This is real report.. Hope that you will find the solution.. Bye..’ Waldian membelakangi Sayuthi.

          ‘You can handle it by yourself?’ Waldian tetap berdiri membelakangi lelaki itu. ‘Yupp.. Waldian balik berehat kat rumah ya?’ Sayuthi tidak memperlihatkan sebarang reaksi. ‘Okay than.. Bye.’ Waldian mengorak langkah meninggalkan bilik berkenaan.

          “Hampir-hampir terlupa pada Amylea.. She’s coming tonight..” Teringat Waldian akan kunjungan Amylea ke rumahnya malam ni.

          ‘Hello dear.. Pukul berapa nak datang ke rumah?’ Waldian menghubungi sahabat baiknya. ‘Hi.. Around eight.. No need preparation.. okay?’ Amylea sudah lama tidak bertandang ke rumah Waldian apatah lagi untuk bermalam di situ. Dia merancang untuk bermalam di rumah sahabat baiknya itu.

          ‘Ok.. See you tonight..’ Fikiran Waldian masih sibuk memikirkan tentang Sayuthi. Apakah dia perlu membatalkan pertemuannya dengan Amylea semata-mata kerana ingin menyelesaikan permasalahan kerja yang masih belum menemui jalan keluar?

          “Ting Tong!” Loceng berbunyi. “She’s here..” Waldian mengorak langkah menuju ke pintu. ‘At last..’ Waldian menyapa sebaik sahaja melihat Amylea tercegat di hadapan apartmentnya.

          ‘Sekarang masih pukul lapan bukan.. Lewat sikit.. Traffic problem..’ Amylea melangkah ke hadapan sambil memeluk sahabat baiknya itu. ‘Happy birthday my dearest friend..’ Waldian tergamam. Dia sendiri terlupa akan hari yang penuh bermakna buat dirinya itu.

          ‘Oh my dear.. I’m forgot bout my own birthday? Thank..’ Waldian tidak menyangka bahawa tujuan kedatangan Amylea ke rumahnya adalah semata-mata kerana ingin meraikan hari yang penuh bermakna dalam hidupnya.

          “Aimar?” Waldian terpandang akan satu susuk badan yang dikenalinya. ‘Amylea..’ Sebelum sempat Waldian menghabiskan bicaranya, Amylea mencelah. ‘Waldian.. I’m so sorry.. I terserempak dengan this guy.. Actually I bought so much thing and he lend his arm to me.. Can he join us tonight?’ Waldian memakukan matanya ke arah Aimar.

          ‘Please come in..’ Waldian memberikan kebenaran kepada lelaki itu untuk bersama-sama menyambut hari lahirnya. ‘Thank you.. Waldian.. happy birthday..’ Senyuman terukir di bibir Aimar. Dia menghulurkan hadiah hari lahir kepada Waldian.

          Waldian teragak-agak untuk menerimanya. ‘Thank..’ Apakah takdir mahu lelaki itu meraikan hari penuh makna ini bersama dengannya? Waldian terus bergerak ke dapur. Kotak kecil pemberian Aimar itu diletakkannya di atas meja sisi.

          ‘Amylea.. let me help you..’ Amylea sedang menyediakan meja untuk makan malam. ‘Waldian.. Jangan marah ya? Inilah peluang untuk awak berubah.. Try to get to know others.. maybe ada di antara mereka itu jodoh paling sesuai untuk dijadikan suami..’ Waldian memeluk sahabatnya itu.

          ‘Thank.. Saya tak marah.. But jangan buat lagi.. Saya tak suka lelaki datang ke rumah..’ Itulah pendirian Waldian. Walaupun dia berkelakuan seperti lelaki, namun dia tidak pernah membenarkan mana-mana lelaki untuk menjejakkan kaki ke dalam apartment miliknya.

          ‘Waldian.. Call Aimar..’ Amylea mengenyitkan matanya ke arah Waldian. Amylea sebenarnya cuba mengetahui apakah Waldian itu akan terus berpegang pada janjinya ataupun sahabatnya itu bisa berubah dengan hanya bertemu dengan lelaki yang sesuai dengannya.

          ‘Ok..’ Berat. Berat sekali langkah yang di atur oleh Waldian. Kekok. Dia berjalan ke arah Aimar yang sedang memerhati ke satu sudut dinding.

          ‘Waldian.. Nice. This painting is nice.. Where did you get this piece..’ Aimar kagum dengan sebuah lukisan dihadapannya.

          ‘Ini karya ayah saya.. He likes to paint.. Perhaps he’s too good in painting..’ Pujian melangit itu ada benarnya kerana ayahnya sememangnya seorang pelukis yang hebat.

          ‘I wishes to see him.. Perhaps you too have this kind of skills.. Right?’ Aimar memalingkan mukanya ke arah Waldian. ‘Erm.. Saya tak berbakat seperti ayah.. sebaliknya saya ikut arwah ibu..’ Waldian memberikan penjelasannya.

          ‘I’m sorry.. Saya benar berharap dapat bertemu dengan ayah Waldian.’ Aimar sememangnya seorang yang gemar pada seni. Dia selalu mengunjungi galeri seni lukisan untuk meninjau perkembangan dunia seni dan juga untuk mendapatkan lukisan-lukisan yang diminatinya. Aimar gemar mengumpul lukisan bahkan rumahnya penuh dengan lukisan bermutu tinggi.

          ‘Waldian..’ Sapaan dari Amylea itu mengejutkan Waldian. ‘Oh.. I almost forget bout something.. The meals is ready.. Jom!’ Waldian berjalan menuju ke ruang makan. Aimar membontotinya.

          Inilah kali pertama Waldian senang berbual dengan lelaki yang bernama Aimar itu. Nampaknya segala salah faham telah berlalu. Adakah dia telah memaafkan lelaki itu?

          Amylea telah menghidangkan makanan yang di belinya. ‘Aimar.. You like juice or water?’ Ujarnya. ‘Water please..’ Aimar menjeling ke arah Amylea. Waldian memandang ke arah dua tetamu yang bertandang di rumahnya itu. Mereka kelihatan amat serasi.

p/s: Apakah ini sikap Aimar yang sebenarnya..? Atau lelaki itu ternyata pandai berlakon dan punya niat yang tersendiri..? Dimanakah Hatta berada..?

0 Komentar:

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!