Wednesday, 9 March 2011

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Enam ~ Plot Empat


                   ‘Kasih. mari bangun. Rizmi telah sediakan spaghetti.’ Mendengar akan spaghetti, terbangkit selera aku untuk merasanya. ‘Rizmi masak?’ Tanyaku. ‘Erm, Rizmi belajar memasak semua ni masa di luar negara.’ Ternyata dia telah memasak semua ini. ‘Sedap.’ Kataku kepada Rizmi. ‘Ni resepi member baik Rizmi. Namanya Patrick Bougaric.’ Rizmi menyatakan segalanya. Aku tidak mempedulikannya. Aku menjamu seleraku.

                   ‘Tak apa. Hari ini Rizmi nak tebus kesilapan Rizmi dengan mengemas semua ni. Kasih pergi berehat.’ Aku memerhati ke arah Rizmi ketika lelaki itu menyatakan perkara itu.

                   Aku mencedok sup ayam berlada yang hanya tinggal sedikit itu untuk Tasnim. Pintu biliknya aku buka. Aku terkejut melihat Farish berada di sisi Tasnim. Farish terus melompat dari katil.

                   ‘Maafkan Kasih. Tasnim kena makan ubat kan? Nah hirup sup ni dahulu.’ Aku meletakkan semangkuk sup ayam  dan segelas air suam ke meja sisi katil Tasnim.

                   Farish yang hanya berseluar pendek itu terus memerhatiku. Aku berlalu meninggalkan mereka berdua. Entah bila mereka berdua berbaik semula.

                   Aku masuk ke dalam bilik. Aku mencapai tuala dan terus bergerak ke kamar mandi. Aku menjadi lemah. Lemah kerana masih bertepuk sebelah tangan. Rizmi mahu mencapai komitmennya. Ya. Aku akan menjauh darinya.

                   Aku mengenakan pyjamas. Duduk di meja solek dan menulis sesuatu di dalam diariku. 

                   Aku memejamkan mataku. Aku tidak mahu memikirkan tentang perhubunganku dengan Rizmi. Biar masa menentukannya.

                   Aku tersedar dari tidurku. Jam menunjukkan pukul lima pagi. Aku mengalihkan tangan Rizmi yang memelukku. Dia hanya berseluar pendek. Aku mencium pipinya. Mungkin aku tidak akan mempunyai peluang itu lagi.

                   Di saat dia terlelap sebegini, aku dapat merasakan dia milikku sepenuhnya. Aku berjalan ke arah bilik air. Aku keluar dan mengenakan pakaian untuk ke tempat kerja.

                   Aku menyediakan air milo untukku. Aku meneguk air panas itu dengan seribu khayalan. Aku terus memikirkan tentang perhubunganku dengan Rizmi. Nampaknya takdir mahu aku sedar akan sesuatu. Wujudkah penantian jika diriku bukannya komitmennya? Aku harus lebih terbuka. Mungkin ada insan lain yang tertakdir untukku.

                   Aku mengejutkan Rizmi. Dia perlu ke pejabat. Aku keluar meninggalkan Rizmi yang terduduk di tepi katil.

                   ‘Kasih nak ke tempat kerja? Biar Farish hantar.’ Farish mahu menghantar aku ke tempat kerja. ‘Lagipun Farish nak menemui seseorang.’ Aku hanya mengekorinya.

                   Angin dingin membuatkan aku kegigilan. Aku memeluk Farish. Dingin benar angin yang menusuk ke tulang sum-sumku itu. Pagi yang berkabus itu nyata begitu dingin sekali.

                   Akhirnya aku tiba ke destinasiku. Farish membuka helmetku. Entah apa moodnya hari ini. Aku melemparkan senyuman ke arahnya. Dia terus berlalu selepas menatap wajahku.

                   Entah kemana arah tujuannya? Aku meneruskan langkahku. Kereta land Rover Norkiah tiada di situ. Selalunya dialah orang yang awal tiba ke tempat kerja.

                   Aku singgah ke kantin untuk menjamu selera. Kuih muih menjadi pilihanku di awal pagi ini. Aku menjamah karipap gulung. ‘Awal hari ni?’ Pak Sani mengejutkan aku.

                   ‘Makan.’ Balasku yang agak terkejut dengan kehadiran lelaki separuh umur itu. ‘Sila. Pak Sani sudah nampak pakwe Kasih tadi.’ Ujarnya ketika punggungnya itu singgah di atas kerusi panjang kantin. ‘Pakwe. Tadi tu bukan pakwe tapi abang sepupu.’ Kataku kepada Pak Sani agar dia sedar Farish itu bukannya kekasih hatiku.

                   ‘Habis kenapa pakwe Kasih tak hantar?’ Pak Sani mahukan jawapanku. ‘Kasih baru putus cinta.’ Kataku sambil mengelamun tentang Rizmi. Nampaknya aku harus memberi peluang kepada orang lain. Aku harus membuka mindaku terhadap orang lain. ‘Pak Sani kan ada.’ Katanya memecahkan keheningan pagi.

                   ‘Ada-ada saja.’ Balasku. Aku bangun dan berjalan meninggalkan kantin. Hari ini aku akan bekerja di bawah Richard. Entah bagaimana rasanya bekerja di bawahnya?

                   Aku berjalan ke studio. Kereta Norkiah masih belum tiba. Adakah dia mempunyai masalah dengan anak saudaranya? Umur berapa anak saudaranya itu?

0 Komentar:

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!