Monday, 28 February 2011

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Enam ~ Plot Satu

Enam


                   Fajar menyinsing. Rizmi tiada di sisiku. Aku bangun lalu mengemas katil. Nampaknya hari ini seakan sepi. Wajah Rizmi itu menerjah ke akalku. Aku sedar akan kerinduan yang membukit terhadapnya.

                   Aku keluar dari kamar mandi dengan hanya bertuala. Tuala itu menutupi hampir keseluruhan badanku. Aku mencapai baju berlengan panjang dan seluar jeans biru muda.

                   Aku keluar dan mengemas ruang tamu, ruang makan, dapur dan juga balkoni. Udara pagi itu menyapaku. Terubat juga keletihanku ini dengannya.

                   Barang-barang dapur mencukupi untukku memasak sesuatu. Aku tidak hanya mementingkan diriku. Aku perlu melihat menu sihat untuk Tasnim. Ya. Dia harus pulih dengan segera.

                   Sup ayam berlada. Aku terpaksa memikirkan ramuannya. Dahulu aku pernah menyediakannya untuk ibu. Pada masa itu ibu tidak sihat. Aku menjaganya di rumah.

                   Aku juga perlu memikirkan menu lain untuk isi rumah yang lain. Rizmi dan Farish juga akan berada di sini hari ini. Biar kami berempat makan bersama. Biar jurang yang mula menjauh itu akan kembali bertemu.

                   Sup ayam berlada sudah aku sediakan. Aku menyediakan ulam salad dengan sambal belacan. Aku juga telah menyediakan gulai siam dengan udang. Kerabu kerang dengan taugeh melengkapkan hidanganku.

                   Aku menyediakan air bandung. Air bandung itu aku masukkan ke dalam peti sejuk. Aku perlu menjenguk Tasnim.

                   ‘Krak.’ Pintu apartment terbuka. Rizmi? Farish? Lelaki yang melangkah masuk ke dalam ruang tamu itu ialah Farish. Dia bersama dengan Merdad. Mereka melemparkan senyuman ke arahku.

                   Aku segera masuk ke dalam bilik Tasnim. Dia sudah lama bangun. Nampaknya dia telah menguruskan dirinya tanpa bantuanku. ‘Awal hari ni?’ Kataku kepada Tasnim yang sedang merehatkan dirinya di atas katilnya. Aku berlalu dan membuka jendela berdekatan dengannya.

                   Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu menyamankan udara di sekeliling kami. ‘Jom. Makanan telah Kasih sediakan.’ Aku mengajaknya. ‘Awal Kasih masak hari ni? Rizmi dah datang ke?’ Tasnim mengajukan persoalan itu kepadaku. Aku hanya melemparkan senyuman kepadanya.

                   Aku memapah Tasnim keluar ke ruang makan. Aku tahu dia masih belum sembuh. Dia perlukan rehat yang banyak. Dia hanya mengikut arahanku.

                   Tasnim memerhati ke arah Farish dan Merdad yang memerhati ke arahnya. Dia tidak mempedulikan mereka. ‘Ok?’ Kataku kepada Tasnim ketika melihat reaksinya yang mulai berubah.

                   ‘Kita makan beramai-ramai. Ok tak?’ Kataku kepada Tasnim. Aku berharap dia akan dapat makan semeja dengan Farish. ‘Buangkanlah yang keruh.’ Kataku menyambung perbualan antara kami berdua. ‘Erm.’ Hanya itu yang kedengaran dari mulutnya.

                   ‘Farish, Mer.. Mari makan bersama-sama.’ Pujukku kepada mereka berdua. ‘Tak apalah.’ Merdad menyatakannya kepadaku. Farish hanya mendiamkan dirinya.

                   ‘Krak.’ Pintu apartment terbuka. ‘Assalamualaikum.’ Rizmi menyapa kami yang berada di ruang makan. ‘Ada perjumpaan ke?’ Sambungnya.

                   ‘Jom. Mari makan bersama.’ Kataku. ‘Ajak mereka berdua sekali.’ Aku menyambung perbualanku. Nampaknya seperti yang aku duga, Rizmi akan hadir jua.

                   ‘Jom. Rugi tak merasa air tangan Kasih.’ Kata Rizmi kepada mereka berdua. Mereka berdua membontoti Rizmi. Mereka duduk di ruang makan.

                   Aku menyediakan semuanya di atas meja. Aku mengeluarkan air bandung yang aku sediakan tadi. Aku menyedokkan nasi ke dalam pinggan. Mereka berempat terkejut dengan menu yang aku sediakan hari ini.

                   Aku bergerak ke dapur untuk mengambil mangkuk kecil. Sup ayam berlada itu aku cedok ke dalam lima mangkuk. Aku meletakkan mangkuk sup itu berdekatan dengan mereka.

                   Tiada suara kedengaran. Mereka hanya diam membisu. Aroma sup ayam berlada itu mula membuka selera mereka. Kerabu kerang dan gulai siam dengan udang itu juga menaikkan selera.

                   Sunyi. Bukan itu yang aku mahukan. Kemesraan itulah yang akan menambahkan selera. ‘Mer. Dengar kata Mer ni pelakon? Betulke?’ Aku memulakan perbicaraan. Rizmi memerhati ke arahku.

                   ‘Erm. Macam mana Kasih tahu?’ Balasnya. ‘Drama bersiri untuk rancangan televisyen Indonesia di bawah Indosiar.’ Sambungnya. Nampaknya bukan kepalang Merdad ini. ‘Tak takut ke pihak media Malaysia mengejar Mer hingga ke sini?’ Tanyaku. ‘Tak. Mer baru mula bertapak dalam dunia lakonan.’ Merdad menyambung bicaranya.

                   ‘Sedap betul kerabu ni.’ Rizmi mengutarakan pendapatnya. ‘Gulai ni lagi terangkat. Pedas.’ Farish menyatakannya pendapatnya. ‘Ya.’ Merdad mencelah.

 
Tasnim hanya mendiamkan dirinya. Aku tahu dia tentunya terasa akan segalanya ini. Dia tidak pernah memasak sesuatu apapun kepada Farish sebelum ini. Dia terus menghirup sup ayam berlada itu.

                   ‘Makanlah sikit Tasnim. Isi perut tu.’ Aku mahu Tasnim kembali bertenaga. Pucat di wajahnya itu masih ketara. ‘Makan kerabu kerang untuk menambahkan darah.’ Aku mahu mendapatkan mangkuk kerabu namun Farish telah mengambilnya. Dia mencedok sedikit kerabu ke dalam pinggan Tasnim. Tasnim hanya memerhatinya.

                   ‘Kenapa pucat ni?’ Rizmi bertanyakan kepada Tasnim tanpa mengetahui cerita sebenarnya. Merdad juga baru perasan akan hal itu. ‘Demam ke?’ Tanya Merdad kepada Tasnim.

                   ‘Tambah nasi.’ Aku mahu Rizmi menambah nasi kerana begitu berselera dia menjamah makanan yang aku sediakan. ‘Erm.’ Rizmi bersuara. Aku hanya merenungnya. Oleh kerana Mer berada di situ, aku perlu bersikap formal terhadap Rizmi.

                   Rizmi, Farish dan Merdad bergerak ke ruang tamu. Entah apakah yang di bualkan oleh mereka bertiga. ‘Meh, Kasih tolong Tasnim k?’ Aku memapah Tasnim. Dia tidak mengharapkan bantuanku. Dia sebenarnya tidak mahu Rizmi mahupun Merdad tahu akan pengguguran yang telah di alaminya.

                   ‘Jaga diri.’ Kataku kepadanya sambil memerhati Tasnim masuk ke dalam biliknya. Aku bergerak ke dapur. Banyak pinggan mangkuk yang menantiku.

                   Aku terus beredar ke bilik. Kesemua mata memandang ke arahku. Entah apa mereka bualkan. Aku memberikan isyarat kepada Rizmi. Dia tidak mengendahkan isyarat yang aku alunkan kepadanya.

                   Aku menekupkan telingaku ke pintu. Ingin sekali aku mendengar apa yang mereka bincangkan. Ya.

0 Komentar:

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!