Monday, 28 February 2011

BCR headline: BCR tercemar Radioaktif - Akhir


'Mirul.. Maafkan aku..!' Fariq mengorak langkah mendekati Lurim. 
Dia yakin dengan berbuat sebegitu, akan ada yang tampil untuk menyelamat. 
'Fariq.. Syaitan apa yang dah merasuk kau?' Mirul terpinga dengan apa yang terjadi.
'Aku.. Aku perlukan kuasa MUTLAK..!' Fariq berang. 
'Kuasa MUTLAK? Itu yang kau inginkan? Mana pergi kewarasan? Mana hilangnya keimanan?' Lurim memberikan sepatah dua kata. Meskipun dadanya begitu sakit, dia yakin apa yang disampaikannya itu akan menyedarkan sahabatnya itu.

'Fariq!' Julia tampil untuk memberikan bantuan. 
'Tunggu!' Mr. Kerro datang bersama Ridz, Paan dan HantuHitam.
'Baguslah.. Lebih ramai lebih meriah.. More is merrier..!' Fariq tersenyum sumbing.
'Fariq.. Ya Allah.. Mirul!' Paan menerpa untuk memberikan bantuan.
'Budak mentah.. ketepi!' Fariq menolak Paan kesamping.
'Farhan!' Mr.Kerro seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
'Kamu semua baik ketepi.. Fariq bukan seperti apa yang kamu semua lihat..' HantuHitam meminta Ridz utnuk tidak tampil untuk berdepan dengan Fariq.
'Apa nak jadi dengan ko ni Fariq.. Terpengaruh sangat!' Ridz masih belum faham dengan apa yang terjadi.

'Inilah masa yang terbaek!' Fariq memulakan langkahnya.
Dia mendapatkan Ridz.
'Eh apehal ni!' Ridz terpinga-pinga.
'Kalau kamu tak mahu dia mati.. Lebih baik serahkan kuasa kamu kepada aku!' Fariq merenung tajam.
'Julia.. Kamu yang pertama!' Sambungnya.
'Saya!' Julia sedikit gementar.
Apakah dia perlu mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan Ridz..?
'Lepaskan aku!' Ridz meronta mahu dilepaskan.
'Julia.. Cepat! Aku dah hilang sabar ni!' Fariq bertambah berang.

'Zico.. Macam mana?' Soal Julia.
Adamzico memejamkan matanya. 
Dia perlu berfikir. Adakah dia perlu menggunakan kuasanya untuk mencari jalan keluar?
'Julia.. Tunggu!' AdamZico menggunakan kuasa GENIUS yang dimilikinya.
'Wawa.. Julia.. Kucenggedix.. Kesini!' Seru AdamZico.
'Begini.. Julia akan menggunakan kuasa lariannya.. Dia perlu memesong perhatian Fariq..!' Jelas AdamZico.
'Wawa boleh lakukan apa? Kucenggedix pula?' Sambung Adamzico lagi.
'Wawa boleh hilang..' Che Wawa memberikan penjelasannya.
'Kuceng tak tahu apakah kuasa Kuceng!' Ujar Kucenggedix dalam nada ketakutan.
'Kalau begitu, apakata Julia memesongkan perhatian Fariq.. Wawa pula membantu saya menghilangkan diri..' AdamZico membuat perancangannya. 
Kedua gadis itu bersetuju. 
Julia lantas berlari ke arah Mr. Kerro seperti yang dirancangkan.
Wawa memegang tangan AdamZico. Mereka perlu menyelamatkan Mirul dan lain-lain.

'Julia.. Jangan kau nak main akal dengan aku!' Ujar Fariq dalam nada marah.
'Fariq.. Kalau kau nakkan aku.. Mari dapatkan aku..!' Julia memecut dengan kelajuan 120km/j. 
Itu juga bukan kelajuan maksimanya.
'Baiklah.. Kau yang mahukannya begitu!' Fariq melepaskan Ridz dan menumpukan perhatiannya kepada Julia. 
Julia yang terus memecut laju seakan membeli masa yang secukupnya kepada Che Wawa untuk menjayakan perancangan mereka bertiga.

'Cukup!!!' Fariq melemparkan seketul batu kepada Julia. Dia yakin Julia akan mengelak dan ini akan memberikannya kelebihan untuk memerangkap Julia. 
Julia cuba mengelak batu berkenaan namun dia sendiri terperangkap. Fariq kini berada di depannya. 
'Kau tak dapat lari lagi..' Fariq melangkah dengan penuh gaya. 

'Berhenti!' JT tampil di belakang Fariq.
'JT.. Lama tak jumpa!' Fariq merenung ke arah lelaki dibelakangnya. 
'Fariq.. Aku dah lihat kesemuanya.. Kau jangan nak berlagak baik di depan aku' JT bermain dengan api di kedua belah telapak tangan. 
Api berwarna merah itu mula menjadi kebiruan. 
Suhu disekitar mulai berubah.
Bahang kepanasan itu membuatkan Fariq sedikit keresahan. 

JT memberikan isyarat mata kepada Julia untuk beredar.
Julia memahaminya.
'Nampaknya semua orang sudah masuk ke dalam.. Baguslah!' Fariq terkejut melihat kesemua bakal mangsanya sudah tiada disitu. 
'Kini hanya tinggal kita berdua JT' Sambungnya.
'Fariq.. Aku tak bermaksud untuk melakukan semua ini..' JT melemparkan bebola api yang dibentukkannya. 
Fariq cuba mengelak namun salah satu darinya tepat mengenai hujung lengan bajunya. 
'Tunjuk ajar ku sifu!' Fariq segera memadamkan api tersebut.
'Aku akan belajar dari yang terbaik.. Jejaka Terhangat blogger picisan..!' Fariq melangkah ke hadapan. Dia tidak takutkan api tersebut. 
Baginya, mendapatkan kuasa api milik JT adalah tujuannya.
Dia perlu meningkatkan kuasanya.

'Apa? Kau kebal daripada api aku ni?' JT sedikit hairan.
'Bukan api yang aku inginkan.. Aku inginkan kuasa mutlak! Itu semua tak menakutkan aku!' Fariq lantas memeluk JT. Dia akan menyedut setiap inci kuasa yang ada pada lelaki itu.
'Lepaskan aku!!!' JT menjerit. 
Api yang pada mulanya terbentuk di telapak tangan JT mula merebak pantas ke seluruh anggota badan JT.
Ini membuatkan Fariq sedikit terkejut. Dia segera melepaskan pelukannya.

'Bagaimana sekarang?' JT melangkah ke hadapan Fariq.
'Adakah kau merasa sakitnya?' Sambungnya.
'Bagus.. Ini yang aku mahukan!' Fariq segera bangun dan menggenggam kepala JT dengan tangan kirinya. 
Jari telunjuk di tangan kanannya diletakkan ke dahi JT. Mungkin ini caranya untuk Fariq mendapatkan kuasa dari lawannya.
JT menjerit kesakitan. Api yang terbentuk diseluruh anggota badan JT mulai menyusut.
'Akhirnya.. JT bertahanlah.. Sedikit masa lagi.. Bebanan dan rasa sakit itu akan hilang..!' Fariq mula merasakan bahang yang bergelora di dalam badannya. 
Dia yakin kuasa api JT itu akan memberikannya kelebihan kelak.

'Tumpang tanya!' Fariq terkejut dengan sapaan seseorang dari belakangnya.
'Manusia batu?' Fariq hilang tumpuan.
JT mengambil kesempatan tersebut untuk meloloskan diri.
'Fariq.. Thanks God! Ini aku.. Batu^Nisan..' Batu^Nisan memperkenalkan dirinya.
'Batu^Nisan? Kau menjadi batu?' Soal Fariq.
"Baguslah.. Yang bulat datang bergolek..!" Fikir Fariq.
'Berikan aku kuasa kau!' Fariq segera memeluk Batu^Nisan. Dia akan menyedut kuasa Batu^Nisan itu dengan segera.
'Aku dah menjadi batu.. Kau nak jadi batu ke Fariq?' soal Batu^Nisan.
'Apa salahnya..?' Fariq terbayang akan kemampuannya nanti. 
Dia akan dapat menahan kepanasan api JT itu dan seterusnya akan menyedutnya.

'Fariq.. Jangan lupakan aku!' JT segera tampil untuk membantu Batu^Nisan.
Dia yakin akan dapat menewaskan Fariq dengan kuasa apinya.
'JT.. Biarkan dia.. Dia nak jadi batu..!' Batu^Nisan menghalang serangan JT dengan memusingkan badannya dan membiarkan serangan itu terkena tulang belakangnya.
'Batu^Nisan.. Jangan serahkan kuasa kau kepadanya!' JT memberhentikan serangannya.

Masa terhenti. 
Muncul satu cahaya dari langit. Ianya amat terang sehingga menyilaukan mata.
'Berhenti. kami POLIS dari masa hadapan.. Jangan bergerak!' 
Muncul enam kelibat dari dalam cahaya terang tersebut.
Masa bergerak amat perlahan.
Ianya dimanipulasi oleh seseorang.
Orang itu ialah AdamXis. 
Dia yang telah mengembara ke masa hadapan telah membawa lima orang polis masa hadapan untuk membantunya.

'AdamXis.. Bagus.. Kuasa kau tu terbaek! Serahkan kepada aku!' Fariq bersuara.
Dia melepaskan Batu^Nisan kerana dia mahu mendapatkan kuasa AdamXis yang disangkakannya paling hebat. 
Lima polis masa hadapan itu segera membuka helmet mereka. 
Mereka ialah CL, CG, SS dan Ainina. 
Ketua operasi ialah SyedGraphix.
'Kalian semua.. Sila serahkan diri. Kami ada bebuli penyembuhan yang dapat memulihkan kamu..' SyedGraphix segera mengarahkan semua yang ada untuk menerima suntikan pemulihan.
'Suntik saya dahulu..' Kucenggedix berlari ke arah CL. 
CL segera menyuntik Kucenggedix dengan ubat yang dibawa dari masa hadapan.
'Saya tak rasa apa-apa pun.. Tak sakit pun.. Wawa ko kena cuba ni..' Jerit Kucenggedix kepada Che Wawa.
'Benarkah begitu?'
Che Wawa muncul bersama yang lain dihadapan JT.
'Apa? pemulihan? Kamu hanya menyusahkan aku.. Aku perlukan kuasa mutlak itu..!' Fariq terpaksa berdepan dengan polis-polis berkenaan.
'One OK.. More to follow!' ujar CL.
CG, SS dan Ainina juga segera mendapatkan yang lain-lain.
Fariq berdepan dengan SyedGraphix. 
'Kau patut kembali ke masa hadapan!' jerit Fariq.
'Enough is enough!' AdamXis menggunakan kuasa masanya untuk memberhentikan waktu disekitar Fariq.
'Lepaskan aku!' Fariq menjerit sekuat hatinya.

Julia dan Che Wawa telah menerima suntikan berkenaan.
Kini tibalah masa JT pula.
SS meminta JT untuk bertenang. 
Dia khuatir api yang terhasil daripada amarah JT itu akan meluap-luap dan membakarnya.
Akhirnya kuasa api JT telah dihapuskan.
Batu^Nisan mendapatkan CG.
Sebelum kesan ubat berkenaan meneutralkan kesan radioaktif di dalam badannya, Batu^Nisan sempat menyumpah Fariq menjadi batu.
Kedua belah kaki Fariq mula bertukar menjadi batu. Ini menyukarkannya untuk bergerak.
Melihat akan perkara tersebut, AdamXis segera melepaskan Fariq. 
Dia juga perlu mendapatkan rawatan pemulihan tersebut.

Kuasa MUTLAK yang diharapkan oleh Fariq itu musnah bersama musnahnya sisa Radioaktif dek penangan ubat-ubatan yang dibawa khusus dari masa hadapan.
Seorang demi seorang blogger yang merupakan chatters setia BCR menerima rawatan.
Paling akhir ialah Fariq.

Ruangan BCR kembali rancak dengan kunjungan bloggers baru..
Berita tentang BCR tersebar meluas.
Hafiz bertindak selaku journalist tersohor telah membukukan BCR dalam hasil karangan terbarunya.
Professor QQ pula telah menjalankan ujikaji ke atas bebuli ubat-ubatan yang dibawa dari masa hadapan yang dikatakan sebagai usahanya oleh SyedGraphix.

Ruangan BCR
Beberapa orang Bloggers sedang rancak berceloteh.

CikTim: Pe cite? Ce cite.. Ce cite..
Syahmi Fikri: BCR dah OK ke?
Kakkoii: Lupakan sal radioaktif tu.. Kita corak BCR baru..
JT: Ikuti blog picisan untuk mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku.
Ridz: Blog sape ade katak ni?
Mr.Kerro: Ade nampak SS tak?
AdamZico: <--- Budak Amatur
FariqScorpio: Knock! Knock! Boleh saya masuk?
Lurim: Assalamualaikum..

The END

12 Komentar:

CIK GADIS said...

hakhak!adam,sirius den terharu ada nma den dlm entry neyh..sob3! *nanges sat 3 saat* =P

LATEST : KORANG KUTUK ALLAH DALAM TIDAK SEDAR

adamzico said...

Cik Gadis: Anda semua kan teman2 BCR eden.. mestilah dimentionkan di BCR Headline..

With Julia said...

Apa yg penting eden teman pertama windk3x...Adam...u r genius lah wat story mcm nih...best! :) tq really enjoyed it baca entry nih...muchas gracias! :D

witLURVE said...

Terasa diri ku tidak wujud d BCR... =(( .. nk larik jauh2 bwk drik laaa..

adamzico said...

Julia: gracias.. do follow eden ye.. wink! (tertunggu bila la akan ditag macaroonies kaler orange tu)

adamzico said...

witLURVE: sape kate anda x wujud.. anda wujud.. do remember that! wink!

BaTu^NiSaN said...

haha.. ley wat novel nie...

apezs shah said...

huhuhuu.. dah jadi cerita skrg.

adamzico said...

Batu^Nisan: eden karang ni JUST utk teman2 BCR kesayangan eden.. wink!

Sorry jadikan Batu^Nisan as ROCKYperson.. wink!

adamzico said...

apezs: hehe.. citer ttg BCR je.. wink!

Fariq said...

adeh... sampai hati aku tamak sampai nak jadi batu.. :p awat mcm aku nak kipas2 jt dlm ni.. wakakak

latest -
-DoFollow Kan Blogspot Anda Sekarang...

adamzico said...

Fariq: bak kata pepatah: Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.. Cam tu la watak Fariq dlm ni.. Kipas JT? Erm? Ye ke? Bukan nak overshadow ke? wink!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!