Tasnim sudah sembuh. Dia mahu menyertai pertunjukan yang bakal di jalankan minggu hadapan. Dia mahu mengejar masa yang di tinggalkannya. Bagiku Tasnim masih perlu berehat.
Awal pagi sabtu. Rizmi berada di sisiku. Seperti biasa, dia tidur di sebelahku. Aku tersedar akan kehadirannya melalui bau perfume yang di pakainya. Aku bangun dan beredar ke arah kamar mandi. Meloya. Itulah perasaan yang aku rasai. Aroma apakah yang di pilihnya?
Aku keluar dan bergerak menuju ke ruang tamu. Aku duduk di ruang tamu. Aku tertidur di atas sofa panjang kerana keletihan.
Farish datang dan memaksaku. Dia mahukan tubuh badanku. Aku cuba meronta namun dalam kelelahan sebegini mana mampu aku menolaknya.
Rizmi keluar dan melihat akan perlakuan Farish itu. Dia menyerang Farish. Mereka berdua saling bertumbukan. Aku berlari ke arah pintu. Tasnim keluar dan melihat semua yang berlaku. ‘Apa yang terjadi?’ Jeritnya.
‘ Ini mesti kerja kau kan? Kau cuba memerangkap Farish ya?’Tasnim menampar aku kerana menjerat Farish. ‘Memerangkap Farish?’ Bisik hatiku. ‘Perempuan murahan, keluar kau dari sini.’ Tasnim meninggikan suaranya.
Aku terkejut. Rupa-rupanya aku bermimpi. Mimpi ngeri itu telah membuatkan aku berpeluh dingin. Aku di kejutkan lagi dengan kehadiran Farish di sebelahku. Entah bila Farish berada di ruang tamu itu.
‘Kasih? Kenapa ni?’ Farish terkejut melihat aku yang masih di hantui mimpi ngeri yang berkaitan dengannya. ‘Tak ada apa-apa.’ Aku bangun dan melangkah ke bilik.
Rizmi tersedar dari lenanya. ‘Dah bangun?’ Rizmi mengemukakan soalannya. Aku memeluknya. Ketakutan itu seakan nyata. Apakah semua ini gambaran di masa akan datang?
Rizmi memelukku. Aku menjauhkan diriku dari Rizmi. Tiada gunanya aku berbuat begitu. Aku tidak mahu memaksa lelaki itu mencintaiku. Rizmi tidak sukakan paksaan.
Aku mengambil tuala dan berjalan ke kamar mandi. Banyak yang bermain di pemikiranku. Aku membiarkan sahaja air yang sejuk itu menghilangkan noda-noda mimpi ngeri itu dari mindaku.
‘Kasih. Kasih tak sihat?’ Rizmi mengetuk pintu dan bertanyakan keadaanku. Adakah aku menjadi sebegini kerana penolakan Rizmi? Mimpi-mimpi ini sering berulang-ulang. Kadangkala bahagia kadangkala derita.
Aku keluar. Aku mengenakan pakaianku. Rizmi masuk ke kamar mandi sebaik sahaja aku keluar dari tempat itu. Deruman air kedengaran memecahkan keheningan pagi.
Aku masih terpaku di atas katil. Aku hanyut di bawa mimpi yang mendatang. Apakah ini petanda buruk? Alamat apakah yang di bawanya?
Pintu bilik air terbuka. Di belakang pintu itu, Rizmi memerhatiku. ‘Kasih. berikan tuala itu kepada Rizmi.’ Aku terus memakukan perhatianku kepada permasalahan yang mengganggu mindaku ini. ‘Kasih?’ Suara Rizmi yang mula meninggi itu mengejutkan aku dari khayalku. ‘Apa?’ Tanyaku kepada Rizmi. Dia hanya menggelengkan kepalanya. ‘Rizmi minta tuala.’ Barulah aku sedar apa yang di nyatakan oleh Rizmi. Aku menyerahkannya tuala dan bergerak keluar dari bilik tersebut.
0 Komentar:
Post a Comment