Hari sabtu. Hari ini aku terpaksa mengikut majikanku. Norkiah meminta aku menemaninya. Entah agenda apakah yang sedang di rancangnya. Norkiah meminta aku menunggunya di perhentian bas berdekatan dengan blok apartment.
Sudah lima belas minit aku menunggunya di situ. Akhirnya Norkiah tiba jua. Dia membawa aku ke satu tempat. Dia menyatakan tentang penelitiannya tentang identitiku. Adakah kerana itu dia meminta aku mengikutinya?
‘Saya sudah selidiki tentang apa yang Kasih katakan dahulu. Benar. Dato Nadzrin mempunyai seorang anak perempuan namun dia telah mengusirnya.’ Kata-kata Norkiah itu mula membibitkan airmata di kelopak mataku. ‘Kenapa Kasih keluar dari rumah?’ Norkiah meminta aku memberikan penjelasan. ‘Norkiah. Kasih sedih. Ayah telah berubah setelah kematian ibu. Dia telah berkahwin dengan seorang gadis yang seusia dengan Kasih. Dia telah menghalau Kasih kerana..’ Suaraku tersekat-sekat. ‘Sudahlah Norkiah tidak sangka nasib Kasih sebegini. Norkiah akan tetap percaya kepada Kasih. Kasih mesti percayakan Norkiah k?’ Aku mengangguk lemah. Aku tahu Norkiah perlukan jawapan setelah aku menyatakan identitiku. Mungkin dia telah mengetahui apakah sebabnya Dato Nadzrin menghalau anak gadisnya keluar dari rumah.
‘Sebenarnya itu bukan tujuan Norkiah. Nah. Ambil ni.’ Aku tergamam. Norkiah menghulurkan sampul surat kepadaku. Ianya berisi duit. ‘Kasih tidak memberikan nombor akaun kepada Norkiah jadi untuk bulan ni.. gaji Kasih, Norkiah bayar tunai.’ Kata-katanya itu membuatkan aku melonjak kegembiraan. ‘Terima kasih.’ Aku menyimpan duit itu di dalam beg galasku.
‘Oklah. Norkiah ada hal.’ Norkiah memecut meninggalkan kawasan berbukit itu. Dia menghantar aku ke perhentian bas tadi.
‘Oh ya. Kasih tunggu sekejap. Ambil bungkusan di belakang.’ Apa lagi kerenah majikanku ini. Terdapat satu bungkusan plastik di ruangan belakang kereta majikanku. ‘Ha. Itu untuk Kasih.’ Aku mengambilnya dan berlalu meninggalkan Norkiah.
Norkiah mempunyai hal yang perlu di selesaikannya. Ianya berkenaan anak saudaranya. Dia terpaksa mengawasi pergerakan anak saudaranya. Berapa umur anak saudaranya itu?
Aku duduk di atas katilku. Aku membuka bungkusan yang di berikan oleh Norkiah. ‘Baju.’ Norkiah telah memberikan tiga helai baju dan dua helai jaket. Baju berlengan panjang itu agak trendy untukku. Sehelai jaket pendek itu menepati citarasaku. Nampaknya hari isnin ini aku akan lebih anggun mengenakan pakaian yang di berikan oleh Norkiah.
Rizmi. Lelaki itu mungkin tidak akan hadir di sisiku hari ini. Aku memasak sup ikan untuk Tasnim. Dia memerlukan makanan yang seimbang untuk memulihkan kesihatan tubuh badannya itu.
Aku tidak dapat melihat Farish. Entah kemana dia membawa hati yang sedih itu. Kini baru dia sedari akan rasa sebuah kehilangan.
0 Komentar:
Post a Comment