Thursday 24 February 2011

Mari berpuasa SUNAT..!

Puasa SUNAT..
Seperti yang kita sedia maklum..
Puasa yang diSUNATkan ialah pada hari ISNIN dan KHAMIS..
Namun Puasa pada hari JUMAAT juga adalah sesuatu yang digalakkan..
Namun..
Ada sesetengah menyatakan bahawa berpuasa pada hari JUMAAT..
Perlu dikembarkan..
Maksudnya..
Anda boleh berpuasa pada hari KHAMIS dan JUMAAT..
Anda boleh berpuasa pada hari JUMAAT dan SABTU..
Ianya perlukan peneman untuk hari JUMAAT..

p/s: PUASA tu memanglah bagus untuk kesihatan..
Tambah pula untuk mengekang NAFSU..
Namun anda tidak dibenarkan berpuasa pada hari Tasyrik..
 Iaitu hari-hari yang diharamkan anda berpuasa..

Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:
  1. Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). 
  2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. 
  3. Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. 
  4. Hari Haid dan Nifas.
  5. Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban
  6. Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut
         (Sumber Soal Jawab JAIS)

Harap kalian faham..
Selamat beramal..
wink!

0 Komentar:

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!