Salam..
Eden tak pasti..
Sama ada ianya Hikayat atau Lagenda..
Sama ada ianya Benar atau sekadar Cerita Dongeng Rakyat..
Tapi eden dah letak sebagai Hikayat..
Telani & Telanai..
Pasangan yang hidup dengan Bahagia..
(Eden nak Bahagia cam diorang berdua nie)
Menjalani hidup cam biasa..
Sehinggalah Telani didapati mengandung..
Betapa gembiranya Telanai..
Mahu dikhabarkannya kepada seluruh buana..
(Tapi dia bukan bak ayam.. Bertelor sebiji riuh sekampung)
Ditatangnya Telani bagai menatang minyak yang penuh..
Apa kemahuannya diturut..
(Punya la tak mahu anak yang lahir itu meleleh air liur sepanjang masa)
Kepercayaan Karut ke Benar ek?
Bayi akan meleleh air liur sepanjang masa tu simptomnya ke?
Kalau YA..
Maka diteruskan cerita..
Sebulan dua berlalu..
Telani dijaga bagai Puteri..
Tiga empat berlalu..
Mahu sahaja Telanai Muntah bagi pihak isterinya..
(Eden pun nak rasa alah cam tu.. kalau eden dah berkahwinlah!)
Lima enam bulan..
Perut Telani mula menampakkan hasilnya..
(Bak kata orang lama dalam segi bergurau senda..
Makan pandai.. Bila dah kenyang.. Tak tahu mana nak sembunyi!)
Tujuh lapan bulan..
Telani mula berasa berdebar..
Perasaannya ni cam ada geruh nak berlaku..
Telanai membelai isterinya..
(Begini dialognya: Takde darling.. I kan ade!.. Wink!)
Sembilan bulan tiba..
Telani mula sakit nak bersalin..
Telanai cuba mendapatkan Mak Bidan..
Malangnya dikhabarkan Mak Bidan di pulau seberang..
Nak tambah suspended..
Dikatakan Raja Sang Kelembai tengah berang..
Maka Telani tunggulah suaminya di pinggir laut yang sedikit berombak..
Telanai mendayung sampan ke seberang untuk menjemput Mak Bidan..
Saat mendayung sampan tu..
Raja Sang Kelembai pun menyapanya..
Lantas Telanai berubah menjadi sebuah pulau..
Melihat akan keadaan suaminya..
Telani pun terbersalin..
Raja Sang Kelembai pun menyapa Telani..
Pooofs..
Jadilah Telani sebagai sebuah pulau berdekatan dengan pulau yang didiaminya..
Anak yang bau lahir itu pun terkena TEGORAN Raja Sang Kelembai..
Maka berubahlah sang bayi itu menjadi seekor Buaya Putih..
Dari perkhabaran penduduk setempat..
Kelihatan Buaya Putih berulang alik dari dua buah pulau tersebut..
Buaya itu bagaikan menjaga kedua orang tuanya..
Yang berubah selama-lamanya menjadi pulau..
Akan hal berkenaan..
Penduduk setempat menamakan DUA pulau itu Pulau Telanai dan Pulau Telani..
p/s: Ini adalah apa yang EDEN baca..
Dan ade yang EDEN tokok tambah..
Tapi yang seBENARnya..
Pulau Telanai & Pulau Telani itu wujud di gugusan Pulau Langkawi..
Itulah kesahnya..
Eden hanya mahu berkongsi apa yang EDEN tahu..
Kalau nak tau betoi ke tak..
Kita tanya Orang Langkawi akan kesah ini..ya?
4 Komentar:
kat lamgkawi memang banyak lagenda kan.sonok je bila dengar..
FaizalSulaiman: yupp.. kalau nk lawat semua.. g lagenda dlm taman.. hehe.. wink!
dengar boleh percaya jangan...
nilai orang tempatan
warisan budaya
perlu dipelihara
tapi ingat,
dengar boleh percaya jangan
hanya untuk penglipur lara
dikala sedih duka
menjadi pengajaran
dikala kebuntuan
terlebih sudah...haha
asyrafNAKjadiLEBIHbaik: ye ke? So eden baca mende ni masa eden setadi 'Kolej Lagenda'.. Lawatan ke Lagenda Dalam Taman.. hehe
Post a Comment