Waldian mematikan radio. Dia bergembira dengan kejutan yang disediakan oleh Amylea. Walaupun pada mulanya, Waldian tidak senang dengan kehadiran Aimar, namun akhirnya dia dapat rasakan kemunculan Aimar itu sedikit sebanyak memberikan kesan kepada dirinya. ‘Saya perlukan seorang teman.. A best friend perhaps.. A guy as my best friend?’ Waldian berbicara sendirian.
Redbrick & co. Kini bakal berdepan dengan kehadiran Pengerusi dan Aimar. Nampaknya Redzuan, Sayuthi dan Waldian terpaksa memberikan penjelasan mengenai perjalanan perancangan mereka.
Pengerusi sengaja membawa Aimar sebagai ganti Yolanda. Dia berkehendakkan Aimar untuk menyiasat mengenai kesahihan akaun syarikat. Kedudukan tentang kewangan syarikat akan dapat diketahui melalui pengalamannya.
‘Athirah.. Call Redzuan and other to meet me at meeting room..’ Pengerusi memberikan arahan kepada penyambut tetamu. Nampaknya nada suara Pengerusi sedikit tegas.
Pelbagai persoalan bermain di minda Pengerusi. Dia yang berdepan dengan masalah di Redfly berharap Redbrick akan dapat memberikan sedikit sinar kepada Redwill Corporation. Kali ini Redzuan akan benar-benar teruji. Adakah dia layak untuk menggantikan Pengerusi dalam masa terdekat kelak.
‘Encik Redzuan.. Pengerusi here.. Urgent meeting..’ Athirah menghubungi Redzuan melalui talian peribadinya. Redzuan tergamam mendengar akan nama itu seawal pagi ini.
Kehadiran pengerusi ke Redbrick merupakan satu bencana untuk mereka. Apakah tujuan kedatangan mereka. ‘Athirah.. Sayuthi dah masuk kerja?’ Redzuan menyoal pekerja bawahannya itu. ‘Maafkan saya.. Saya tidak dapat menghubungi Encik sayuthi.. Saya tak nampak pun Kelibat Encik Sayuthi di pejabat.’ Redzuan resah. Apakah dia perlu berdepan dengan ayahnya seorang diri?
‘How bout Waldian?’ Soalnya ringkas. ‘Cik Waldian ada di pejabatnya.’ Redzuan perlu mendapatkan Waldian. Mungkin gadis itu akan dapat membantunya.
‘Ok. Terima kasih.’ Redzuan semakin tertekan. “Where’s Sayuthi?” Hati kecilnya berbisik hiba. Redzuan cuba menghubungi sahabatnya namun tiada jawapan dari lelaki itu. Apakah yang berlaku kepada Sayuthi? Dimanakah dia berada?
Redzuan mendapatkan Waldian dengan segera. Dia tidak boleh membiarkan ayahnya menunggu lama di dalam bilik mesyuarat. ‘Waldian.. Where is sayuthi.. We are in trouble.. pengerusi in meeting room..’ Redzuan resah. Pucat.
‘Dah hubungi dia?’ Waldian turut terpanggil dalam keresahan yang dibawa oleh Pengerusi. ‘Dah.. He’s not answering my call..’ Redzuan menarik nafas panjang.
‘Bagaimana dengan laporan kewangan dan juga kontrak syarikat-syarikat yang berjaya kita perolehi. Kita harus mengemukakan semuanya untuk perhatian Pengerusi.. Johan.. Please find sayuthi.. I need him here as soon as possible..’ Redzuan mengarahkan staf bawahannya untuk menjejaki Sayuthi dengan kadar segera.
‘Here all the thing that we need..’ Waldian menunjukkan beberapa dokumen yang bakal di bawanya ke meja mesyuarat. ‘Let go.. Apa yang nak jadi.. Jadi.. Let it be..’ Redzuan kini terpaksa menanggung segala kegagalan perancangannya. Dia benar-benar berharap ada sedikit harapan yang bakal di bawa oleh Sayuthi. Dia bimbangkan sahabatnya itu. “Sayuthi.. Don’t let me down..” Dia menghembus nafas panjang.
Daun pintu bilik mesyuarat terkuak. Redzuan melangkah penuh megah. Dia terpaksa berlagak sebegitu. Baginya, Pengerusi akan menilai dirinya dari saat pertama dia menjejakkan kaki ke situ.
Semua mata memandang ke arahnya. Pengerusi masih diam membisu. Aimar yang menemani Pengerusi menggantikan Yolanda kelihatan tenang. Pandangannya terarah kepada Waldian yang membontoti Redzuan.
Waldian melemparkan senyuman ke arah Aimar. Pengerusi terus mengamati wakil Redbrick itu tanpa sepatah kata terkeluar dari bibirnya. Suasana semakin hening.
p/s: Apakah kekerasan hati Waldian mulai cair..? Apakah penantiannya juga turut berubah? Apakah Aimar kini menjadi pilihannya..?
0 Komentar:
Post a Comment