Sunday, 6 February 2011

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Lima ~ Plot Enam


                   Hari berganti hari. Tasnim semakin kerap menghabiskan masanya menghadiri parti-parti yang di adakan. Aku tidak boleh berbuat apa-apa untuk menegahnya. Farish dan Tasnim tetap tidak mahu menyelesaikan permasalahan mereka.

                   Aku telah berjaya menyediakan lakaran bersama dengan Pak Sani. Nampaknya sekali lagi kami akan menerima pujian di atas usaha yang begitu memberansangkan.

                   Norkiah dan Aldo yakin kejayaan kami menyediakan pentas yang menaikkan seri malam pertunjukan fesyen tanah air yang akan berlangsung pada malam ahad ini.

                   Kami hanya menunggu esok menjelma. Malam ini aku pulang awal ke rumah. Aku perlu menyiapkan diri kerana esok merupakan hari yang panjang padaku.

                   Adakah Rizmi akan menemaniku esok? Tidak sabar rasanya untukku menemuinya. Esok merupakan hari sabtu. Inilah peluang untukku mengubat kerinduanku ini.

                   Hanya gambar pengganti diri Rizmi di malam ini. Aku masih terkenangkan saat kami berdua jatuh cinta pada pandangan yang menyatukan kami. Saat itu benar menyentuh perasaanku. Degup jantungku kuat berolak. Adakah ini dinamakan cinta? Aku tidak pernah merasakan sebegitu ketika bersama dengan Benjamin dahulu.

                   Aku terperangkap di dalam mimpi yang indah. Mimpi yang mengiringi tidurku itu membuatkan aku selesa.

                   Awal pagi. Aku mendapati Rizmi tiada di sisiku. Aku terpaksa bangun awal kerana aku perlu ke tempat kerja. Nampaknya esok barulah aku berpeluang melapangkan diriku bersama dengan Rizmi. Hari isnin depan aku cuti ekoran pertunjukan malam ini.

                   ‘Kasih.’ Panggilan itu mengejutkan aku. Rupa-rupanya Farish. Dia mahu menghantar aku ke tempat kerja. ‘Tak payahlah. Najwa bertanyakan tentang perhubungan Farish dengan Tasnim.’ Kataku untuk mematikan niatnya. ‘Kasih boleh kata Farish ini sepupu Kasih.’ Farish tetap berkeras mahu menghantarku. ‘Baiklah kalau Farish menyatakan sebegitu.’ Aku bersetuju kerana itulah yang terbaik.

                   Ketika tiba di agensi. Aku turun dari motorsikal Farish. Aldo berlalu di hadapanku sambil merenungku. Aku tidak kisah dengan semua itu. Apa yang meresahkan aku ialah Farish bertanyakan tentang Tasnim yang sudah dua malam tidak pulang.

                   ‘Tak pulang? Kenapa sampai jadi begini?’ Tanyaku kepada Farish yang agak tertekan sekarang. ‘Kalau Kasih jumpa Tasnim, tolong pujuk dia pulang.’ Farish mengutarakan kepadaku. Aku faham keadaannya. ‘Farish telah membuat keputusan.’ Farish berlalu setelah menyatakan niatnya. Apa yang di putuskan olehnya?

                   Aku segera berjalan ke tempat letak kereta. Aku terlihat akan Najwa sedang memasukkan pakaian ke ruang belakang Land Rover milik Norkiah. ‘Najwa, nak tanya sikit boleh tak?’ Pintaku kepada Najwa.

                   ‘Ada nampak Tasnim tak? Kasih nak cari dia la.’ Rayu aku kepada Najwa. Aku mengharapkan maklumat darinya. ‘Tak. Najwa tak nampak pun.’ Najwa menyatakannya kepadaku.

                   ‘Cari Tasnim ke?’ Norkiah menghampiriku. ‘Ya, Tasnim tak pulang ke rumah. Dia ada beritahu Norkiah tak?’ Rayuku untuk mencari sedikit maklumat darinya. ‘Ada. Tasnim minta cuti beberapa hari. Dia tak ada di rumah?’ Norkiah juga bingung dengan kehilangan Tasnim.

                   ‘Apa dah jadi kepada Tasnim?’ Bisik hati kecilku. Adakah ekoran pergaduhannya dengan Farish, dia membawa diri. Di mana harus aku mencarinya? Apa yang harus aku katakan kepada Farish? Buntu.

                   Pertunjukan bermula. Aku berada di sisi Najwa sepanjang masa. Amani menjelikkan. Aku bencikan gadis itu. Ketiadaan Tasnim membuatkan dia lebig egois. Mujur Taufik ada pada malam itu. Kami bertiga berbual tentang diri masing-masing.

                   ‘Mari Taufik mekapkan kamu berdua.’ Taufik dengan idea gilanya itu. Najwa bersetuju. Aku tidak mahu peristiwa lalu berulang kembali.

                   Aldo tak semesra dahulu. Adakah ini kerana peristiwa awal pagi tadi? Dia nyata tidak mahukan penjelasan dariku. Perlukah aku memberikan penjelasan kepadanya? Kami bukannya pasangan kekasih.

                   Setiap saat aku mendambakan Rizmi. Aku rindukan masa terluang bersamanya. Aku hanya melihat Najwa yang kelihatan begitu anggun dengan mekap yang dikenakan kepadanya.

p/s: Apa terjadi dengan Aldo?

0 Komentar:

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!