‘Amylea.. Go ahead.. I’ll wait you here.. Okay..’ Waldian meletakkan punggungnya di atas sofa panjang sambil tangannya mencapai sebuah majalah di meja kopi di hadapannya. Dia sengaja tidak mengendahkan jelingan tajam Amylea.
‘Waldian..’ Amylea faham benar dengan pendirian sahabat baiknya itu. “What ever.. Sooner or later she will turn into beautiful young lady..” Amylea tidak dapat membayangkan Bagaimanakah penampilan Waldian andai dia ingin berubah.
Waldian terus menumpukan perhatiannya kepada majalah yang dipegangnya. Majalah fesyen itu sememangnya jarang ditatapnya. Dia melihat betapa besar perkembangan fesyen sambil membayangkan dirinya sebagai salah seorang model. Agak kekok. Dia menggaru kepalanya. Begitu sukar untuk menggayakan pakaian-pakaian sedemikian.
Mata Waldian terarah kepada Amylea. “How she survive acting cute like that..” Detik hatinya tatkala memandang ke arah sahabatnya itu. “Am I pretty if I become totally lady?” Waldian terus memikirkan akan kata-kata Amylea. Ada benarnya. Apakah Hatta akan menerima dirinya sebegini? “It’s sound crazy but it’s true..” Waldian sendiri bingung.
Waldian meletakkan majalah itu kembali ke tempatnya. Dia menarik senaskhah surat khabar. Sudah Tentunya dia akan membelek ruangan ekonomi. Dia perlu menganalisa tentang keadaan pasaran semasa. Ianya begitu penting dalam menyelamatkan Redbrick dan juga dirinya dari masalah penipuan yang bakal dihadapnya itu.
‘Hey..’ Amylea tercegat di hadapannya. Waldian terkejut dengan sapaan itu. ‘It’s leisure time.. Working time is over..’ Amylea menarik tangan Waldian. Mahu tak mahu, Waldian terpaksa membontoti sahabatnya itu.
Amylea meneruskan hobi masa lapangnya. Dia seorang gadis yang gemar berbelanja. “She up to date” Bisik hati Waldian. Amylea tidak faham akan erti penat. Dia akan memastikan apa yang dicitakannya itu menjadi miliknya. Waldian terpaksa keluar masuk dari satu butik ke satu butik yang lain.
Amylea sebenarnya telah meninggalkan kesan kepada sahabatnya. Waldian tergerak hati untuk mencubanya walaupun dia cuba menyembunyikannya dari pengetahuan Amylea. Apakah ini pencetus kepada perubahan pada penampilan Waldian?
‘Amylea.. It’s too much.. You such a big spender..’ Waldian tidak menyangka bahawa Amylea seorang yang boros dalam berbelanja. ‘Big spender? Apa salahnya.. Saya perlu kelihatan Cantik.. Beside that.. Redzuan give me this card..’ Amylea menunjukkan kad kredit milik kekasih hatinya kepada Waldian.
‘What ever.. Amylea.. I’m starving.. Lapar sangat ni.. Perut ni dah berkeroncong..’ Waldian menekan-nekan perutnya.
‘Okay..’ Amylea berjalan meninggalkan Waldian. Waldian dapat melihat betapa elitnya sahabatnya itu. “Bagaiamanakah hidup Amylea jika kemewahan itu ditarik balik?” Waldian tidak dapat membayangkan betapa sukar untuk sahabatnya itu meneruskan hidup dalam serba kekurangan.
‘Not this place again..’ Waldian tidak menduga bahawa Amylea merupakan pelanggan tetap di restoren yang pernah dikunjunginya dahulu. ‘Yupp.. This is my favourite place.. So.. Kita pekena sup ayam berempah.. Okay tak?’ Waldian hanya mengangguk lemah.
Waldian terbayangkan saat pertama dia menjejakkan kaki ke restoren berkenaan. Dia juga terbayangkan Aimar. Dia benar berharap agar lelaki yang bernama Aimar itu tidak Terlintas untuk menjamu selera di sini hari ini. “He’s pretending gentlemen but.. Who knew that he’s too rough.. Evil born inside..” Bentak hati kecil Waldian.
Nota Kaki: Perasaan seseorang akan berubah mengikut mood.. Apakah Waldian terlalu memperbesarkan perkara yang dirasakannya itu? Adakah Aimar benar-benar bersalah..?
Nota Kaki: Perasaan seseorang akan berubah mengikut mood.. Apakah Waldian terlalu memperbesarkan perkara yang dirasakannya itu? Adakah Aimar benar-benar bersalah..?
0 Komentar:
Post a Comment