Saturday 30 October 2010

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Satu ~ Plot Empat



                   Aku hanya memerhati Rizmi bersalaman dengan seorang lelaki di hadapan sebuah blok apartment mewah. Dia menuding jari ke arahku. Dia memanggilku. Aku berkenalan dengan lelaki itu. Namanya Farish. Dia ialah sahabat baik Rizmi.

                   Farish menyerahkan kunci apartmentnya kepada Rizmi. Rizmi meninggalkan sahabatnya. Aku hanya mengikutnya dari belakang. Sesekali aku menoleh ke belakang. Lelaki yang bernama Farish itu menghembuskan asap rokok sambil bersandar pada dinding. "Dingin sekali orangnya Farish itu" Bisik hatiku.

                   Rizmi menunjukkan bilikku. Dia membawa aku melihat bilik itu. Aku lantas duduk di atas katil yang sedikit berhabuk. Rizmi menyatakan kepadaku bahawa dia mahu mengambil barang di dalam keretanya. 'Beg pakaian saya?' Ujarku. Rizmi tidak mengendahkannya.

                   Aku mengeluarkan diariku. Aku mencatatkan sesuatu. Ianya akan mengingatkan aku tentang peritnya hari yang terpaksa aku lalui itu. 14 februari akan menjadi sejarah buatku. Aku berpisah dengan Benjamin pada hari lahirku ini. Hari yang merupakan hari memperingati kekasih itu membawa bencana kepadaku. Satu persatu menyakitkan hatiku ini.

                   Rizmi memasuki ke dalam bilik dengan beg pakaianku. Dia duduk di atas katil dan meneguk air syaitan dengan rakusnya. Dia tetap mendiamkan dirinya. Dia bangun semula. Aku hanya memerhati gelagatnya.

                   Dia bangun dan segera menutup pintu bilik. Dia lantas menarik aku ke atas katil. Aku cuba meronta namun segalanya sudah terlambat bagiku. 'Please! jangan perlakukan saya sebegini!' Jeritku. Aku tidak mempunyai daya untuk melawan setelah apa yang berlaku ke atasku sepanjang hari ini. Sekali lagi tubuhku telah di jamah oleh insan bergelar lelaki.

                   Aku bencikan lelaki. Aku bencikan ayah. Aku bencikan diriku yang tidak berdaya ini. Aku terus di peluk oleh Rizmi. Dia tidak memberikan ruang kepadaku untuk melarikan diri.'Lepaskan!' Jeritanku semakin lemah. Aku lelah dengan apa yang berlaku. "Ya tuhanku, hinanya diriku ini..!" Rintih hati kecilku.

                   Aku tersedar dari tidurku. Aku melihat Rizmi sedang membelek diariku. Dia memalingkan wajahnya kepadaku. Dia mendekatiku. Dia meminta maaf kepadaku kerana apa yang berlaku semalam. 'Maafkan saya!' Itu yang diucapkannya berulang kali. Adakah dia menyesali semua akan tindakannya itu?

                   Aku menjadi bingung. Adakah ini satu lagi lakonan hebat insan bernama lelaki? Rizmi memelukku. Dia berjanji tidak akan menyentuh diriku lagi. Dia mengucup tanganku.

                   ‘Maafkan Rizmi. Rizmi hilang pertimbangan semalam. Rizmi tidak tahu akan penderitaan Kasih. Rizmi minta maaf.’ Rizmi menitiskan airmatanya tanda penyesalan.

                   ‘Rizmi.. Kasih tidak menyalahkan sesiapa.. Hidup Kasih memang malang.’ Ujarku dengan tersekat-sekat. ‘Kasih maafkan semuanya. Rizmi tidak bersalah atas apa yang berlaku kepada Kasih.’ Aku cuba menjernihkan keadaan yang sedia keruh itu.

                   ‘Rizmi, boleh Kasih terus tinggal di sini. Kasih takut untuk keluar. Kasih tiada siapa lagi di dalam dunia ini.’ Aku cuba memujuk Rizmi membenarkan aku tinggal di sini.

                   Rizmi hanya mengangguk. Dia akan mencari ikhtiar untuk memujuk sahabatnya itu. Dia menyatakan bahawa rumah itu milik sahabatnya, Farish. Farish tinggal di rumah ini bersama dengan teman wanitanya.

                   Rizmi meninggalkan aku. Dia mahu membeli sarapan pagi untuk kami berdua. Aku keharuan. Apakah aku perlu terus mempercayai lelaki yang baru aku kenali itu? Adakah peristiwa semalam itu tidak akan berulang sekali lagi?  Aku perlu menyegarkan tubuhku. Aku perlu menyucikan diriku yang berulang kali ternoda oleh kerakusan nafsu serakah lelaki.

                   Air sejuk menyirami setiap inci tubuh badanku. Dalam kesejukan itu aku terbayang akan peristiwa semalam. Aku harus melupakan semua itu. Aku sedih kerana ayah tidak menyedari akan hari lahirku. Aku perlu melupakan lelaki yang bergelar ayah itu. Dia telah mengusir aku dari hidupnya.

                   Aku mengemas bilik. Aku menempatkan pakaianku di dalam almari yang tersedia di dalamnya. Aku keluar dan mengemas ruang tamu dan dapur. Pinggan mangkuk dan gelas yang tertinggal di dalam sinki tidak berbasuh itu aku bersihkan.

                   Aku dikejutkan oleh sapaan seorang gadis. Aku berkenalan dengannya. ‘Nama saya Kasih. Saya sahabat kepada Rizmi.’ Ujarku untuk memulakan perhubungan yang baik dengannya. ‘Saya Tasnim.’ Gadis itu memperkenalkan namanya.

                   Tasnim hanya memerhatiku. Dia menyatakan bahawa dia tahu akan segalanya. Dia tidak mengendahkanku. Aku tahu aku hanya menumpang di rumahnya. Aku perlu mengambil hatinya.

                   Rizmi menyapa Tasnim. Gadis itu memerhati gelagat Rizmi dengan sarapan pagi yang di belinya itu. Aku membantu menyediakan meja. Aku mengajak Tasnim menjamu selera bersama kami.

                   Tasnim terus membelek majalah di ruang tamu, dia tidak mengendahkan panggilan aku. Aku melemparkan pandanganku ke arah Rizmi. Dia tidak memperdulikan pandanganku sebaliknya menjamu selera dengan lahapnya.

                   Aku tidak mempedulikan nafsu makan Rizmi yang menggila itu. Aku segera menuangkan air teh kepadanya. Aku membawa secawan air teh kepada Tasnim untuk mengambil hatinya. 

                    Tasnim melihatku. Dia juga dingin seperti Farish. Dia tidak berterima kasih atas layananku itu. Dia terus membelek majalah tentang dunia fesyen itu tanpa mempedulikanku. Aku segera kembali ke ruang makan untuk menjamu selera.

                   Rizmi makan dengan lahapnya. Aku hanya mengisi perutku dengan sedikit nasi lemak kerana aku tidak berselera kerana tekanan emosiku.

                   Aku mengikut Rizmi ke dalam bilik. Dia menyatakan kepadaku bahawa dia akan menjengukku lagi dalam masa beberapa hari. Dia telah menghubungi Farish untuk meminta kebenaran agar aku dapat tinggal di sini buat sementara waktu. Dia menyatakan tentang Tasnim. Dia seorang yang tegas pada luarannya namun dalamannya dia seorang yang baik.

                   ‘Apakah pekerjaan Tasnim?’ Persoalan itu terkeluar dari mulutku. ‘Model.’ Ringkas sekali jawapan yang aku terima dari Rizmi. Aku mengangguk kepalaku tanda faham. Dia meninggalkan duit kepadaku. Duit itu untuk perbelanjaanku. Aku menolaknya. Cukuplah ihsannya itu dengan mencari tempat berteduh untukku.

2 Komentar:

Cik SCC said...

huhu... nak tidur dah ni tp tak puas bila bace.
huhu

<<continue reading

adamzico said...

si-comot-comel: continue reading..! wink!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!