Monday 1 November 2010

Ahlaan Wasahlaan..!



Salam.. Ahlaan Wasahlaan..!


Dikesempatan yang ada ini saya ingin merakamkan RIBUAN terima kasih kepada SEMUA yang tak habis-habis menziarahi BLOG ini. Teruskanlah membaca. Semoga dengan kedatangan saudara saudari sekalian akan tersambut dengan juadah-juadah yang saya SAJIkan.

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Digarap pada pertengahan tahun 2006. Pada mulanya saya karang sekadar untuk mengisi masa lapang. Atas sokongan SEMUA, saya memberanikan diri untuk mengenengahkan KARYA saya ini untuk tatapan UMUM sebegini. Diharap KALIAN memberikan komen, kritikan serta pandangan agar saya dapat menggarap dengan lebih baik lagi.

Tangis Kasmaran ~ Digarap pada tahun akhir 2008. Idea ini bermula selepas kemurungan yang melanda ekoran satu peristiwa paling hitam dalam sejarah hidup saya. Demi mengurangkan kesedihan yang terlampau makanya saya memulakan NUKILAN ini.

Semua watak adalah REKAAN semata-mata. Tiada melibatkan yang HIDUP atau yang telah MATI. Semoga kesegaran jalan cerita yang saya ketengahkan ini akan menjadi HALWA yang manis bak gula kapas hendaknya.

Yang BAIK itu datang dariNya.. Yang BURUK itu kelemahan saya sendiri.. wink!

1 Komentar:

apezs shah said...

Insyallah saya akan bertandang seberapa yang mampu utk menerjah blog ini..;)

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!