Wednesday 12 January 2011

Bila berkuasa.. Bodoh Sombong..!

Bodoh Sombong..!

Korang pernah tak berlagak BODOH SOMBONG?
Kalau tak..
Korang bukan orang yang mempunyai kuasa..
Hehe.. 
Lawak jer..
Jangan amik hati..
Amik jantung pisang cicah sambal belacan..
Wallaa!

Persoalan:
Wujudkah perkaitan antara Bodoh Sombong dengan Kuasa seseorang individu?

Jawapan:
Ada dalam diri semua individu..
Namun terpulang kepada individu tersebut..
Untuk menunjuk kuasanya ataupun tidak..
Jika dia seorang yang suka menunjukkan kekuasaannya..
Maka perkataan Bodoh Sombong akan melekat di dahinya..
Tu pun kalau dia wat silap lah..
Kalau Perfect..
It's GOOD for him/her..
Jika dia seorang yang tidak suka menunjukkan kekuasaannya..
Maka perkataan Bodoh Sombong itu tak akan pernah hinggap..
Apatah lagi sentuh jasad individu tersebut..

Apa yang ingin saya kongsikan disini..
Bukannya apa..
Sesetengah manusia suka bermain dengan kuasa..
Kalau berani.. Pergi main dengan kuasa elektrik 100 kilowatt..
Leh mati ke kalau 100kilowatt ja???
Bila dah berkuasa..
Atau kuasa berada di tangan mereka..
Mereka akan memperlakukan sesuka hati..

Kes 1: 
Bahagian Kewangan..
Akan memperlihatkan kuasanya..
Bila melibatkan kewangan/logistik..
Dalam hal ni..
Derang mendabik dada..
Kononnya..
Suka hati aku la nak buat apapun..
Kalau aku nak BOOK tiket flight untuk korang lambat..
Korang leh wat apa..?

Dalam kes yang baru saja terjadi sepuluh minit yang lalu ni..
Aku sedikit bengang..
Apatahnya..
Siapa yang perlu diutamakan..?
Urusetia yang menganjurkan persidangan..
Atau..
Peserta yang bakal menghadiri persidangan..

Sudah tentunya URUSETIA kan!
Cuba bayangkan..
Urusetia dapat tiket lewat..
Peserta dapat tiket awal..
Siapa yang nak 'handle' persidangan tu..?
Siapa yang nak 'handle' transportation untuk peserta..?
Siapa yang nak 'handle' penginapan untuk peserta..?
Kan menyusahkan semua orang..
Dasar BODOH SOMBONG..!!!

Kes 2:
Dokumen Kewangan..
Yang dihantar ke Bahagian Kewangan..
Adalah dari semua bahagian..
Part yang bestnya..
Bahagian Kewangan semestinya akan meluluskan..
Dokumen Kewangan milik mereka sendiri..
Itu sudah pasti..
Oleh kerana mereka berkuasa ke atas semua yang melibatkan kewangan/logistik..
Mereka mempergunakan kedudukan tersebut untuk..
Kepentingan sendiri..

Cuba bayangkan..
Bahagian yang lain..
Terpaksa menunggu..
Lebih dari seminggu..
Baru nak diluluskan..
Alasan..
Banyak Dokumen Kewangan yang perlu diluluskan..
Tunggu..
Take your TURN..!

Part yang paling BEST..!
Dokumen Kewangan yang kita hantar tu..
Hilang semasa berada di dalam tangan mereka..
Wallaa..!
Derang kata tak pernah terima..
Derang leh lepas tangan..
Siap suruh buat semula..
Terpaksa tunggu giliran semula..
Bukankah itu membebankan bahagian lain..?

p/s: Bila berkuasa tu.. Coba lah ingat tentang ini..
Yang berkuasa cumalah SATU sahaja..
Hanya DIA..
Bila DIA berkehendakkan sesuatu..
Maka 'Kun Fa Ya Kun..!'

Korang yang duduk di ATAS tu..
Ingat ya..
Hidup umpama RODA..
Kejap di ATAS..
Kejap akan duduk di BAWAH..
Understood..?!!

Kan BEST..
Siapa yang BODOH SOMBONG akan kena PETIR..!
 Tentu semua taknak BODOH SOMBONG lagi lepas ni.. hehe..
Wink!

3 Komentar:

apezs shah said...

wah gilerh... tak eloklah nak buat macamtu.. tapi yes mmg ada pon yg bahagian wat mcmtu.. samalaa kat sini..

tapi sya tidak bodoh smbong.. saya pandai wawaw xmau..:p

adamzico said...

apezs: tu la.. minta sambil tadah tangan (berdoa) agar saya dan anda2 semua tidak bodoh sombong.. Amin! wink!

herry said...

senyum :)
xperlu kata apa2...

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!