Aku tersedar tengah malam. Perutku seakan berkeroncong. Aku mengambil biskut dan meletakkannya di atas meja ruang makan. Aku menyediakan air milo.
Sendirian di ruang tamu. Menjamu selera yang semakin kecil itu. Kesunyian mula terasa. Aku terfikir akan kata-kata Norkiah. Model. Itu bukan duniaku. Mana taknya, ianya akan membawa aku dekat dengan lelaki yang mahu membunuhku. Aku tidak gemar memperagakan pakaian di atas pentas. Aku tidak mahu ayah mendapat tahu akan kehidupanku itu. Biar aku bekerja di belakang tabir. Itu sudah memuaskanku. Kekayaan bukan segalanya. Apa yang aku harapkan cuma kasih sayang sejati.
Aku terkenangkan Rizmi. Dia seakan hilang tiada khabar berita. Adakah dia merajuk kerana peristiwa malam itu?
Farish meluru masuk ke dalam rumah. Dia mengejutkan aku. Farish masuk ke dalam biliknya. Dia keluar sejurus selepas itu. ‘Tak tidur lagi?’ Farish memulakan perbualannya. Dia duduk di sebelahku.
‘Tak. Nak Kasih buatkan air? Tanyaku ringkas. ‘Boleh juga.’ Farish menjawab pertanyaanku. ‘Tunggu k?’ Aku beredar ke dapur.
Air kopi itu aku letakkan di hadapannya. ‘Nak biskut?’ aku menghulurkan bungkusan biskut yang aku beli itu kepadanya. Farish mengambil sekeping biskut. ‘Kasih dah start kerja?’ Tanyanya memecah kesunyian malam. Aku hanya mengangguk. ‘cam mana kerja? Susah?’ Farish terus bertanyakan tentang kerjaku itu. ‘Ok jer.’ Ringkas jawapanku itu.
‘Kasih pergi kerja dengan Tasnim?’ Farish meneruskan pertanyaannya. ‘Tak. Kasih naik bas.’ Jawapku ringkas.
‘Kasih, kalau Farish tanya, jangan marah tau.’ Farish merenungku. Adakah kerana Tasnim? Adakah Farish mahu mengetahui perhubunganku dengan Rizmi? ‘Kasih sukakan Rizmi?’ Persoalan itu mengejutkan aku. ‘Kenapa?’ Aku menjadi bingung. Ada sesuatu yang tidak aku ketahui?
‘Farish nampak Kasih merenung Rizmi dengan penuh perasaan. Farish juga sedar akan sikap tanggungjawab Rizmi terhadap Kasih.’ Farish menjelaskan segalanya. Itu sahaja. Ianya melagakan hatiku.
‘Boleh Farish tahu asal usul Kasih?’ Farish mengajukan persoalan kepadaku. ‘Kasih taknak membincangkan perkara itu.’ Aku menjawab pertanyaannya. Apakah semua ini. Apa yang bermain di kepala Farish?
‘Jika Kasih perlukan apa-apa, carilah Farish k? Farish akan sedia membantu.’ Farish bingkas bangun dan beredar ke biliknya. Pelik. Itu yang mampu aku andaikan. Aku boleh tersilap membuat andaian tentang Farish ini. Manakan tidak, dia berbeza dari apa yang di nyatakan oleh Tasnim. Siapa yang boleh aku percayai?
Aku masuk ke dalam bilik setelah puas mengemas rumah. Aku memejamkan mataku ini. Banyak persoalan telah aku buangkan jauh. Esok aku kena bekerja.
Sekali lagi aku termimpikan Rizmi. Dia seakan menjauh dariku. Ini adalah kerana rasa cemburunya terhadap Aldo.
Entah kenapa aku seakan telah jatuh hati terhadap dua lelaki itu. Mereka berdua bergaduh kerana mahu mendekatiku. Tiada mereka mendengar rayu hatiku. Aku tidak mahu mereka berdua bergaduh apatah lagi pergaduhan itu hanyalah untuk merebutku. Kedua-duanya aku tinggalkan.
Aku meminta bantuan dari Farish. Dia membawa aku jauh dari mereka berdua. Aku senang dengan semua itu. Biar mereka berdua bergasak.
Farish menempatkan aku di sebuah pondok buruk. Pemandangan laut yang terhampar indah itu merawat hatiku.
Farish melutut di hadapanku. Dia melamarku. Aku menjadi serba salah. Hatiku tetap untuk Rizmi. Dia lelaki yang aku tunggu.
Farish sedih mendengar penjelasanku. Dia berharap aku akan memberikannya sedikit ruang kerana baik Rizmi mahupun Aldo, mereka tidak ikhlas dalam menghargai cintaku.
Aku tersedar dari lenaku. Mujurlah ini hanya mimpi. Aku tahu mimpi itu hanyalah mainan tidur. Jam menunjukkan pukul enam pagi. Aku bangun seperti biasa. Segalanya berjalan seperti biasa.
Hari berganti hari. Kini tibalah ke hari pertunjukan itu berlangsung. Mujur segala persiapan berjalan dengan baik semalam. Aldo memberikan kata dua kepada para model. Malam ini mereka perlu menjayakan pertunjukan yang bertemakan “Beachwear”.
Para tetamu undangan mula berpusu-pusu memenuhi dewan. Mereka kagum dengan set pentas yang kami sediakan. Ianya bagaikan membawa mereka semua berada di tepi sebuah pantai dengan bunyi ombak memecah pantai.
‘Kasih. I’m proud of you. Hari ni Kasih hanya kena selia pakaian di belakang pentas. Ok with that? Najwa tak datang hari ni.’ Aldo menyatakan tugasanku pada malam ini. Hari ini aku akan pulang lewat malam. Kerja lebih masa.
Norkiah sering menemaniku di belakang tabir. Dia terpaksa berada di depan untuk menyambut para tetamu jemputan. Dia begitu anggun dengan pakaian yang menyerlahkan kejelitaannya.
Aku menyerahkan pakaian yang harus di pakai oleh para model. ‘Thank you.’ Kebanyakan model mempunyai keperibadian yang baik terhadap kerjaku, hanya Amani sahaja yang membuatkan aku meradang.
“Sesekali kau kena melawan.’ Tasnim mahu aku mengajar Amani yang sombong itu. Dia mengambil pakaiannya.
Para model telah bersiap sedia untuk menjayakan malam ini dengan cemerlang. Mereka kelihatan begitu cantik kerana mekap yang di kenakan kepada mereka menonjolkan seri wajah.
Aku berkenalan dengan Taufik Odak. Dia seorang juru mekap yang professional. Dia seorang yang tidak lokek ilmu. Kami berbual di belakang pentas. Dia mengajarku teknik mekap yang sesuai dengan rona kulitku.
‘Natural beauty,’ Taufik menyatakan pandangannya setelah dia memperlakukan sesuatu kepada wajahku. Mekap yang di kenakannya itu membuatkan aku berbeza.
‘Kasih. Take this list. What?’ Aldo mematikan perbualannya. Dia memakukan pandangannya ke arahku. Taufik mendekatinya. Taufik tahu apa yang membuatkan lelaki itu terpaku di situ. Dia menepuk bahu Aldo.
2 Komentar:
salam..adam..can i call u adam??uhu..
k2..based on novel(sy pgil novel ek..ke ni cerpen bersiri..ermm..klu rjin gtau ler ni novel ke cerpen)..isi pnceritaan best..blh mmbuatkn sy truskn pmbacaan..
soaln:mcm mne sy nk bce cerita nih yg lme2 dlu??ader link yg sy x nmpk or mmg xder letk lgsg??
seterusnyer..
sy bukn lh seorg yg bgus utk menilai tp sy rse cerita nih trsusun..bgus2..hehe..
sterusnya lg..
klu blh..if la kn..blh x tinjau msuk blog nih..cbe nilai n tgk camner dia susun dia pnyer novel bersiri.."pertma yg trakhir" dgn "sblum trlewat" ianya agk kems n seng sy nk bce dr smse ke smse..ni link blog dia..http://aidyshahiezad.blogspot.com/...
slmt brkarya utk mse2 akn dtg..
^_^..V
~~aKoO~~ call me adam.. wink!
akan eden tinjau blog tersebut..OK?
By the way.. eden dah wat label untuk 2 cerita tersebut pada label.. Boleh ikuti melalui AdamZico's Label.. JUST click 'Memorabilia Kasih Safiyya' atau 'Tangis Kasmaran' cerita tu dah tersusun kat situ..
Sebarang pandangan dan pendapat dari SEMUA akan eden pertimbangkan.. Eden alu-alukan kalian semua.. wink!
Post a Comment