‘Erm.’ Aldo segera meninggalkan tempat itu. Pandangan matanya masih melekat ke arahku. Aku membersihkan mekap yang di kenakan kepadaku. ‘Darling. Why you do that?’ Taufik hampa melihat aku membersihkan mekap yang di kenakan ke atas wajahku itu.
‘Taufik. Thank for the tips k? Kasih bukannya model.’ Aku meninggalkan Taufik sambil memegang kertas yang di serahkan oleh Aldo. Dia mahu aku menyerahkan baju mandi kepada model mengikut apa yang tercatat pada kertas itu.
Aku senang berbual dengan Taufik. Dia menceritakan tentang gosip dan juga perwatakan semua model yang dikenalinya. Dia menyatakan bahawa Amani itu berlagak kerana dia dilahirkan di dalam keluarga yang kaya raya.
Daripada perbualan itu barulah aku sedar bahawa Tasnim dan Amani bermusuhan. Ini ekoran kata-kata Amani yang menaikkan darah Tasnim. ‘Well, we know who’s Amani was? Taufik menyatakan kepadaku segalanya. Dia hanya mahu melihat dua wanita itu bergaduh. ‘That will be more interesting thing to watch.’ Taufik menyambung perbicaraannya.
‘Takkan begitu serius Taufik?’ Tanyaku untuk mengetahui perkara yang di bincangkan oleh Taufik. ‘Worst.’ Balasnya. Taufik menaiki keretanya. Proton Satria GTi berwarna perak itu sesuai dengan gayanya. ‘So Kasih, where’s your car?’ Taufik mengajukan persoalan itu kepadaku.
‘Kasih naik bas jer.’ Jawapan itu membuatkan Taufik ternganga. ‘How comes. Kereta syarikat?’ Taufik mengajukan persoalan itu kepadaku. Aku hanya menggelengkan kepalaku.
‘Erm. Taufik have to go somewhere else. Kalau tak, Taufik take you home.’ Taufik menyatakan perjalanannya. ‘Tak payah Taufik. Nice to know you. See you in future.’ Aku membuka langkah ke perhentian bas.
Taufik membunyikan hon keretanya sekali kepadaku. Dia berlalu meninggalkanku. Tasnim masih belum kelihatan. Mungkin dia ada agendanya tersendiri. Sebuah parti kecil untuk meraikan kejayaan. Itulah yang aku dengari.
‘Kasih, come. Aldo send you home.’ Aldo menyuarakan pendapatnya. ‘Thank.’ Aku menggelengkan kepalaku. ‘Kasih, can I ask you one question? Important for me to know your answer.’ Aldo meneruskan pertanyaannya. ‘Sure.’ Kataku ringkas.
‘If you have one chance to be model. You want or not?’ Soalan itu terkeluar dari mulutnya. ‘No.’ Aku tidak mahu semua itu. Aku tidak perlu menjelaskan sebab penolakanku itu.
‘Aldo, sini perhentian bas bukan studio.’ Tasnim mendekati kami berdua. ‘Erm, bye.’ Ringkas sekali jawapan yang di berikan oleh ketua aku itu. Aldo berlalu memecah kesunyian malam.
‘Come, follow me. Kami semua nak celebrate. Jom.’ Tasnim mengajakku. ‘Sorry bukan malam ni. Kasih letih k?’ Aku terpaksa mencari jalan untuk tidak mengikut Tasnim. ‘It’s up to you. Ok then. Bye.’ Tasnim tahu aku tidak mahu menyertai mereka. Dia pun beredar meninggalkan tempat itu menuju ke arah sekumpulan model.
Aku tidak dapat melihat kelibat Amani. ‘Where’s her?’ Bisik hati kecilku mencari Amani, wanita yang tidak pernah memiliki kekurangan dalam semua kemahuannya. Aku bersyukur kerana keadaanku benar berubah. Jika tidak aku pun akan menjadi seperti Amani. Tuhan telah meletakkan semuanya berada di tempat yang betul.
Aku pulang menaiki shuttle bus. Susah juga untukku mencari jalan pulang. Aku terpaksa menukar dua kali bas untuk kembali ke rumah. Mujurlah pemandu bas telah membantuku.
Aku berjaya menaiki bas terakhir menuju ke rumahku. Aku tersua dengan lelaki yang bernama Amin itu. ‘Hi, lewat malam ni baru pulang kerja?’ Sapaannya itu tidak aku layani. ‘Saudari ni nama apa? Kerja dekat agensi permodelan ke?’ Pertanyaannya itu membuatkan aku memalingkan mukaku ke luar jendela.
‘Tak apalah kalau saudari tak nak berbual dengan saya.’ Dia beredar meninggalkan aku yang masih lagi memerhati pemandangan luar.
Bas berhenti sebelum aku menekan loceng. Nampaknya aku terpaksa menapak jauh sedikit dari biasa. ‘Tunggu dulu. Saya ikhlas nak kenal dengan saudari. Salahkah?’ Pinta Amin ketika aku mahu turun dari bas.
‘Fiya. Ya kerja di sana. Puas hati?’ Kataku kepadanya. Aku turun dari bas itu. ‘Boleh kita bertemu lagi nanti? Fiya, boleh saya jadi sahabat kamu?’ Kata-kata itu tidak aku endahkan.
Aku mempercepatkan langkah kakiku. ‘Kasih.’ Aku terdengar ada suara yang memanggilku. ‘Siapa?’ Pintaku dengan penuh kerisauan.
‘Farish. Kenapa ni? Apa yang berlaku? Kenapa ni Kasih?’ Farish resah melihat keadaanku. Memang aku begitu cemas. Aku takutkan gelap malam yang nyata mencerminkan kenangan lalu.
‘Tak. Kasih takutkan konduktor bas itu. Dia..’ Aku mematikan bicaraku itu. Aku telah menipu Farish. ‘Konduktor bas?’ Farish masih bingung dengan apa yang aku katakan sebentar tadi. ‘Lupakanlah sahaja. Farish tak nak masuk?’ Aku mematikan apa yang ingin aku sampaikan. Aku takut Farish membunuh lelaki itu.
‘Mana Tasnim? Kenapa tak balik dengan Tasnim?’ Farish seakan mahu aku menjawabnya. ‘Ada parti selepas show, Kasih tak nak pergi.’ Aku menipu lagi. Farish mengikut aku masuk ke dalam rumah.
Aku berjalan masuk ke dalam bilikku. Letih benar hari ni. ‘Esok cuti.’ Aku gembira mendengar kata-kata Norkiah kepada kami semua. Biasanya selepas pertunjukkan, semua orang akan mendapat cuti satu hari.
Aku keluar setelah berendam lama di dalam bilik air. Badanku terasa segar. Aku keluar dari bilik untuk menyediakan air kopi untukku. Aku mahu berjaga untuk mencoret sesuatu kelak.
Farish mengejutkan aku. Dia duduk di ruang tamu dengan hanya berseluar pendek. Aku seperti biasa, bergerak ke dapur untuk menyediakan air kopi kepada Farish.
Aku meletakkan air kopi itu di hadapannya. Aku mahu masuk ke dalam bilik. ‘Duduklah dulu.’ Farish meminta aku menemaninya menonton televisyen.
Aku duduk berdekatan dengan pintu rumah. ‘Kenapa duduk jauh. Marilah duduk sini.’ Farish meneruskan hujahnya. Aku hanya menurut kata-katanya. Suasana menjadi sunyi sepi.
‘Inilah yang membezakan Kasih dari Tasnim.’ Tiba-tiba sahaja kata-kata itu terhambur dari mulutnya. ‘Kasih tidak mahu menghadiri mana-mana parti sebaliknya Tasnim gemar berkunjung ke tempat sebegitu.’ Farish menyatakan apa yang bermain di kepalanya. ‘Kasih. Bagaimana seorang perempuan yang mengandung boleh menyertai parti yang nyata di lengkapi dengan arak.’ Farish meluahkan apa yang terpendam di hatinya selama ini. Aku hanya diam mendengar apa yang di nyatakannya.
‘Farish banyak berubah untuknya namun apa yang di lakukannya untuk Farish?’ Farish nyata kecewa. ‘Kenapa Farish tidak cuba memahaminya?’ Aku mahukan jawapannya.
‘Tasnim menyatakan sebegitu?’ Pintanya kepadaku tegas. ‘Tak. Kenapa Farish tak nak bertanggungjawab ke atas bayi itu?’ Aku meneruskan soal siasat. Mungkin malam ini aku akan dapat mengetahui siapa yang boleh aku percayai.
‘Anak. Anak itu tidak boleh dilahirkan. Ianya akan penuh dengan penderitaan. Kami tiada ikatan perkahwinan. Farish tidak dapat menerima semua ini.’ Farish menyatakan segalanya kepadaku.
‘Kenapa begitu kejam Farish ni. Tasnim sedia berundur dari dunia permodelan kerana mahu melahirkan zuriat untuk Farish. Mungkin dengan kelahiran itu, perhubungan Farish dan Tasnim akan menjadi lebih terurus.’ Aku menyatakan pandanganku terhadap permasalahan Farish.
Farish terdiam. Dia tidak sangka semua itu begitu rumit. ‘Tasnim menyatakan semua itu?’ Farish mahukan jawapanku. ‘Ya. Jika keadaan Kasih sebegitu, Kasih akan mengharapkan semua itu juga. Bukannya orang lain, kekasih Kasih juga. Sama-sama melayari saat bahagia kenapa tidak boleh menerima semua ini?’ Aku menjadi marah. Entah kenapa aku mahu memarahi Farish kerana memikirkan nasib anak itu.
Aku segera meninggalkan Farish. Aku tidak mahu bermusuhan dengannya. Biar dia memikirkan apa yang aku nyatakan tadi. Aku juga percaya kata-kata Farish ada benarnya. Kenapa Tasnim begitu kejam. Kalau dia mengambil arak juga malam ini, maka dia bukan seorang ibu yang baik. Anak bukan alasan untuk mengikat perkahwinan.
Aku mencoretkan sesuatu pada diariku. Aku masih terbayang akan semua yang berlaku. Farish harus sedar. Semua itu bukan lagi satu pilihan yang terpaksa diambilnya sebaliknya itulah tanggungjawab atas kepincangan yang dibawanya. Diari itu aku tatapi semula. Segalanya sama sahaja.
Nota Kaki: Siapa yang harus Kasih percaya..? Farish ataupun Tasnim..? Dua versi cerita yang didengarinya itu sedikit menambahkan gusar dihati Kasih..Apakah yang akan terjadi selanjutnya?
2 Komentar:
Adam..
I want to read the story but i don't know where should i start. I'm lost in your entries !
huhuhu...
please give me the link of the starting of the story, ok?
si-comot-comel: i see.. mudah saja.. apa kata pergi ke AdamZico's Label.. Cari Memorabilia Kasih Safiyya kat situ.. Semua episod ade kat situ.. wink!
salah satu sebab saya wat segmen ni.. adalah utk membuat meng'UPGRADE' memorabilia supaya lebih senang untuk di akses di masa akan datang.. selain membuat cover baru..
Post a Comment