Monday, 24 January 2011

Teka-Teki-Tekuk..!

Bosan amat sih..!
Otak dah nak 'JAMMED'..
Baru selesai satu kerja..!
(Jadi pembaca berita ni payah jugak.. kan!)

Tik tok tik tok..!
Masa terus bergulir..
Nadi terus berdetak..
Sepi sering menggigit..
Minta berteman..
Main 'TEKA-TEKI' nak tak?

Teka teki:
1. 3 langkah untuk memasukkan ZIRAFAH ke dalam 'PETI AIS'..?
Alah kacang sangat kan..!
Kalau senang.. jawab lah..!
Tunggu apa lagi..

2. 4 langkah untuk memasukkan GAJAH ke dalam 'PETI AIS'..?
It's SO easy kan..!
Apa jawapannya..?

3. Kalau KAMBING naik motorsikal berkuasa 250cc.. MANUSIA naik apa..?
Sonang kan..!
Torai la kalau ekau berani..!

4. Seorang PILOT helikopter yang baru tamat kursus penerbangan utama, telah diberikan sebuah helikopter untuk dipandu uji. Pada ketinggian 10,000 km dari aras laut, helikopter tersebut telah jatuh terhempas. Kenapa boleh jadi sebegitu..?
Korang kan 'GENIUS'..
Apa jawapannya..?

5. Seorang JUTAWAN ingin berpindah ke satu kawasan yang baru. Beliau teramatlah sayangkan harta benda yang dimilikinya dan berhasrat untuk membawa kesemua asetnya ke rumah agam yang baru di milikinya di HOLLYWOOD. Sebuah kapal KARGO muat di isi dengan kesemua aset pun berlepas. Dipertengahan jalan, PILOT meminta JUTAWAN tersebut membuang satu dari aset kesayangannya kerana KARGO berkenaan tidak dapat menampung bebanan yang agak berat. Pada hemat anda lah.. Barang apakah yang JUTAWAN tersebut nak buang ke luar KARGO tersebut..?
Wallaa..!
Barang apa ya?
Hehe..

6. Litar SEPANG bukan sahaja dipenuhi dengan peminat perlumbaan MOTOGP.. Satu pertunjukan juga dijalankan dimana ianya mengutip lebih banyak keuntungan dari perlumbaan MOTOGP tersebut. Pertunjukan apakah itu?
Apa ya..?
Rasa-rasa korang..?

7. Sebuah KAPAL perang yang dibuat khas, dikatakan tidak akan tenggelam walau apapun yang terjadi.. Namun sebaik sahaja berlayar sejauh satu batu NAUTIKA, kapal tersebut tenggelam.. Kenapa ya?
Erm.. apa ya?

p/s: Bila BOSAN.. Cam ni lah EDEN..
Meroyan..!
wink!

0 Komentar:

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!