Wednesday 26 January 2011

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Lima ~ Plot Satu

Lima

                  

Aku mengambil ubat tidur. Aku mahu melupakan semua yang berlaku. Kerisauan di hatiku itu membuatkan aku tidak dapat melelapkan mataku ini.

                   Resah. Aku gelisah. Semua itu hanya menambahkan beban pada kotak pemikiranku. Farish dan Tasnim. Aku resah menantikan esok hari. Tidak sabar rasanya untukku menemui buah hatiku.

                   Ini hanya membuatkan aku semakin tertekan. Jalan penyelesaian sudah berada di tanganku. Pil itu ku telan. Kesannya mula terasa.

                   Dalam kanvas putih pemikiran itu, aku terlihat akan Rizmi. Dia berada jauh dariku. Dia hanya melemparkan senyumannya. Aku berlari mendapatkan Rizmi.

                   Pelukan Rizmi itu telah lama aku tunggu. Hampir seminggu aku tidak bersua dengannya. Dia mengucup dahiku. Aku mendongak dan membalas ciuman itu. Bibir kami bertemu. Aku hanyut dalam belaiannya.

                   Kesan ubat tidur itu telah berakhir. Aku terasa panas berada di dalam bilik itu. Aku bangun dan memikirkan tentang mimpiku itu. Sudah dua kali aku terasa akan ciuman yang nyata itu.

                   Aku bangun dan membuka jendela. Aku segera membuka pintu kamar mandi. Hari ini hari Jumaat. Aku tidak ada agenda. Aku mengisi perutku kerana aku mahu menghabiskan masa di dalam bilikku. Aku tahu masa berjalan lambat ketika aku mahu ianya bergerak pantas.

                   Aku duduk di ruang makan. Hanya air milo yang aku dapat hirup. Kosong perutku itu tidak membebankanku.

                   ‘Kasih, baru bangun?’ Farish keluar dari biliknya. Dia kelihatan kacak mengenakan baju melayu berwarna biru muda itu.

                   ‘Erm.’ Balasku ringkas. Malas untukku bertekak dengannya. Peristiwa semalam kembali menerjah ke kotak pemikiranku. Aku tidak mempedulikannya.

                   ‘Kasih. Farish sedar Kasih mahu Farish bertanggungjawab. Semuanya bukan seperti apa yang bermain di minda Kasih.’ Farish menyuarakan sesuatu. Aku tetap tidak mahu memalingkan wajahku ke arahnya. ‘Suatu masa nanti, Kasih akan sedar jua semuanya tak memberi Farish ruang untuk bertanggungjawab.’ Dia menyambung bicaranya.

                   ‘Farish. Kalau rasa tanggungjawab itu sesuatu yang sukar, just let it go.’ Aku mula meninggikan suaraku.

                   ‘Sampai kini Tasnim belum pulang. Entah di mana dia berada.’ Farish menyuarakan kekecewaannya. ‘Emosi Tasnim terganggu ekoran semua ini. Dia buntu. Kalau Kasih di tempatnya pun, akan jadi sebegitu.’ Aku bangun dan menuju ke dapur.

                   Aku berlalu tanpa mengalihkan perhatianku kepada Farish yang masih tercegat di situ. Biar dia berasa bersalah. Mungkin itu pengajaran yang terbaik.

                   Aku terkejut melihat Tasnim membuka pintu rumah. Dia kelihatan begitu tidak terurus. Bau yang begitu kuat itu membuatkan aku meloya. Perutku yang kosong itu mula melawan aroma itu. Tasnim minum lagi? Bentakku meninggalkannya di situ. ‘Farish.’ Panggilku untuk meminta bantuannya.

                   Aku segera berlalu ketika Farish memimpin Tasnim ke arah biliknya. Farish melemparkan sebuah pandangan kepadaku. Aku mengerti apa maksud pandangan itu. Farish mahu aku sedar ini bukan kali pertama Tasnim berbuat semua itu.

                   Aku bengang dengan Tasnim. Dia hanya merosakkan perhubungannya dengan Farish. Dia tidak menghormati kandungannya itu. Aku bermatian mahu Farish bertanggungjawab, dia memusnahkannya sebegitu sahaja.

                   Aku mengambil pil tidur. Aku mahu melupakan semua yang berlaku. Aku tidak mahu memikirkan semua itu lagi. Biar mereka cuba menyelesaikan semua yang mereka mulakan.

                   ‘Rizmi? Rizmikah itu? Kenapa menjauh? Kenapa berada di dalam kegelapan?’ Sapaku kepada bayang lelaki yang tidak dapat aku kenalpasti identitinya.

                   Dia segera menjauh dan meninggalkan aku. Adakah Rizmi mahu menjauhkan dirinya dariku?

                   Aku membuka mataku. Perasaanku melonjak keriangan kerana Rizmi berada di sisiku. Aku membuka selimut yang menutup mukanya. ‘Ah?’ Aku menjerit kerana tidak percaya akan apa yang aku lihat. ‘Farish?’ Aku melompat ke sisi katil. Aku keliru dengan apa yang berlaku. Apakah semua ini?

                   Aku tersedar dari tidurku. Rupa-rupanya aku bermimpi. Tiada siapa di sisiku. Adakah Rizmi keluar membeli sarapan untuk kami berdua? Aku segera ke bilik air.

                   Aku keluar dari bilikku. Aku bergerak ke dapur. Air kopi. Itulah yang akan aku hidangkan kepada Rizmi nanti.

                   Segalanya telah aku sediakan di atas meja di ruang makan. Aku membuka langkah ke balkoni. Aku memandang ke arah langit yang mula di bias cahaya merah mentari pagi. Hari ini hari sabtu. Genap dua minggu aku berada di apartment itu.

Nota Kaki: Boleh percayakah air dicincang takkan putus..? Nasib Kasih Safiyya adalah sebaliknya.. Dibuang dari keluarga yang suatu masa dulunya berasaskan kasih sayang..

2 Komentar:

me.. said...

ape hubgn rizmi ngan farish??n aper plk hbgn farish n kasih??cousin??
*mls nk klik older post bnyk kali..wink2..

adamzico said...

~~aKoO~~: huhu.. leh lak malas nak click..!!!
$ ur information.. Rizmi n Farish ialah best friend.. Kasih kenal Farish melalui Rizmi.. Tenkiu!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!