Salam SEMUA.. wink!
Perut berkeroncong sakan..
Lapar rasanya..
Mujur ada sekeping dua biskut..
Mengisi perut yang mula terisi angin..
Berbicara tentang lapar ni..
Teringat eden akan iklan tahun 80an ke 90an (tak spesifik)
Iklan seekor monyet yang sedang kelaparan..
Tiba ke sebuah taman yang penuh dengan buah-buahan..
Taman itu milik sang kura-kura dan si kancil..
Ekoran lapar..
Sang Monyet meminta ihsan..
Sang kura-kura dan si kancil yang baik hati pun memberikan kebenaran..
Sang monyet yang betul-betul kelaparan itu lantas melihat ke segenap inci taman tersebut..
Namun pandangannya terhenti melihat betapa merahnya buah yang berada tak jauh daripadanya..
Buah yang berjaya mencuri hatinya ialah CILI..
Maka tanpa berfikir panjang.. sang monyet lantas mendapatkannya..
Sang Kura-kura/Si kancil : Jangan monyet.. Kita tak boleh makan buah itu..!
Monyet : Aku tak kira.. aku nak jugak..
Sang kura-kura/Si kancil : Jangan monyet..Jangan!!!
Monyet : Aku tak kira.. Aku nak itu.. Aku nak itu..
Monyet pun makan dengan lahapnya. Oleh kerana nasihat sang kura-kura dan si kancil tidak di endahkan.. Monyet menerima balasannya. Kepedasan yang mula terasa itu tidak dapat digambarkan lagi.. Kasihan monyet.. Tu la.. Tak nak dengar cakap orang lain..
Nota Kaki: Bercerita ni pun eden makin lapar.. huhu.. Ada siapa nak belanja?
0 Komentar:
Post a Comment