Salam..
Siapa anda..?
Adakah anda LOBAK merah..?
Adakah anda sebiji Telor..?
Atau anda sebiji kopi..?
Persoalan:
Apakah sinonimnya tiga bahan-bahan di atas dengan siapa ANDA di muka bumi?
Jawapan:
Bila melihat akan keadaan anaknya yang murung..
Si ibu yang kelihatan sedikit risau..
Segera mendekati anaknya..
Bila ditanya kenapa..
Anaknya segera menjawab..
Dia dibebani masalah..
Lantas dengan tenang si ibu merangkul manja..
Si ibu mula berkongsi cerita..
Dinyalakan tiga tungku dapur..
Dengan api yang marak menjulang..
Si ibu meletakkan tiga periuk yang berisi air..
Apabila air itu mendidih..
Maka dengan pantas..
Si ibu memasukkan lobak merah ke dalam periuk yang pertama..
Si ibu memasukkan sebiji telor ke dalam periuk yang kedua..
dan akhir sekali memasukkan sebiji kopi ke dalam periuk ketiga..
Tidak lama selepas itu..
Si ibu mengeluarkan lobak merah..
Dengan tenang si ibu menyambung ceritanya..
Lihatlah anakku..
Lobak merah yang pada zahirnya keras..
Akhirnya lembut apabila di rebus..
Sinonimnya..
Manusia yang keras pendiriannya..
Bila diduga oleh cabaran dan masalah..
Akan layu dan murung..
Apakah kamu mahu menjadi seperti lobak merah?
Si anak terdiam..
Si anak terdiam..
Si ibu mengeluarkan telor yang direbus itu..
Anakku..
Lihatlah..
Betapa cairnya isi telor akhirnya menjadi keras..
Sinonimnya..
Manusia yang lahiriahnya lemah lembut..
Akan menjadi kasar dan tegas..
bila berhadapan dengan masalah..
Manusia itu akan mula memberontak..
Menunjukkan ketidakpuasan hatinya..
Apakah kamu ingin menjadi seperti itu?
Si anak terdiam lagi..
Si anak terdiam lagi..
Akhir sekali..
Biji kopi yang dimasukkan ke dalam periuk itu telah tiada..
Si ibu menuangkan air tersebut ke dalam gelas yang jernih..
Lihatlah anakku..
Biji kopi itu telah terlarut di dalam air rebusan ini..
Namun begitu..
Kamu masih dapat menghidu aroma kopi tersebut..
Sinonimnya..
Api yang marak menjulang di ketiga-tiga tungku tersebut ialah onak ranjau dan masalah..
Yang sentiasa marak..
Membakar hati dan perasaan manusia..
Air rebusan itu pula adalah faktor-faktor persekitaran..
Yang cuba mengubah kamu..
Lobak merah dan telor akhirnya berubah atas desakan air tersebut..
Namun..
Biji kopi itu telah mengubah air tersebut..
Lihatlah warna air ini..
Kamu seharusnya menjadi seperti biji kopi..
Ianya larut dalam permasalahan yang mendatang..
Ianya dapat menyesuaikan dirinya dengan keadaan persekitaran..
Malah ia belajar untuk mengadaptasi dirinya dengan permasalahan yang dihadapinya..
Si anak mula tersenyum..
Kini dia sedar..
Bahawa permasalahan yang mendatang itu tidak akan mengubah siapa dirinya..
Hanya dia yang dapat mengubah dirinya sendiri..
p/s: siapakah kamu..
tepuk dada tanya diri sendiri..!
wink!
4 Komentar:
wow...adam..tuko header bru eh?..tak prasan lor..hihi..nice.
hawiz: tenkiu.. header biasa2 ja.. huhu..
biasa org order carrot susu..
pasni ni nk order carrot kopi
herry: carrot kopi? nanti berbinau bijik mata kang.. hehe..
Post a Comment