Thursday 3 February 2011

Tangis Kasmaran ~ Bab Empat ~ Plot Tiga


           Waldian terus menjamah makanan di hadapannya. Dia terus sahaja melihat kemesraan dua tetamu itu. Dia membiarkan sahaja mereka berdua berbual tentangminat masing-masing.

          ‘Well.. Waldian.. Awak minat apa?’ Aimar mengalihkan perbualan itu kepada Waldian. ‘Saya? Don’t have one..’ Waldian menggelengkan kepalanya. ‘Waldian minat menunggang kuda..’ Waldian mendongak. Dia tidak menyangka Amylea akan memberitahu minatnya kepada Aimar.

          ‘Wow.. Interesting.. We should have a race..’ Aimar seakan mahu mencabar Waldian secara terbuka. ‘Not interested.. Menunggang kuda ialah hobi masa lapang saja.. Not getting serious in that field..’ Waldian meneguk air di hadapannya.

          ‘Waldian ni pemalu sikit.. Dia tidak suka hal peribadi dia diperbualkan..’ Amylea dapat merasa sedikit perubahan pada raut wajah Waldian.

          ‘Waldian.. Let me clean all this.. You have a chat with Aimar.. Okay?’ Waldian mengorak langkah ke ruang tamu untuk menemani Aimar. Hening. Waldian tidak tahu apa yang harus dibualkan.

          Radio dihidupkan. Lagu dendangan Shiela Abdul berkumandang di udara. Waldian terpaku mendengar lagu tersebut. Bait-bait lagu itu seakan berkisar tentang persoalan yang sering bermain di mindanya.

          “Seperti ada yang tak kena
           Di saat melihat ke arahmu
           Saat kau berpaling dan tersenyum
           Dunia jadi luar biasa

           Maafkan andainya ku mengganggu
           Ku bukan membaca fikiranmu
           Ku hanya ingin mengenalimu
           Dan tahu ku menyukai kamu

           Mungkinkah ku teman biasa
           Seawalnya kita berjumpa
           Mungkinkah kau tidak merasa perbezaannya..

           Mungkin bila tiba saatnya
           Kita akan tetap bersama
           Mungkin kita kan jatuh cinta
           Mungkinkah
         
           Mungkinkah kita akan bersama
           Mungkinkah”

          Waldian mengalihkan perhatiannya kepada Aimar. “Alangkah bahagianya jika Aimar ialah Hatta. Tentu bahagia..” Bisik hati kecil Waldian.

          Aimar juga melemparkan pandangannya ke arah Waldian. Matanya yang redup itu seakan berbicara. Mereka saling berpandangan.

          Waldian mengalihkan pandangannya. Dia tahu lelaki di hadapannya itu bukan Hatta. Selagi lelaki yang bernama Hatta tidak muncul. Dia tidak akan memberi peluang kepada lelaki-lelaki yang lain untuk mendampinginya.

          “Waldian.. You are too rough outside.. But your inner side is smooth..” Aimar memberikan komennya. Apakah dia telah jatuh hati terhadap gadis seperti Waldian?

          ‘Let have a drink..’ Amylea menceriakan keadaan. Dia tahu Waldian mahupun Aimar akan kelu untuk berbicara. ‘Waldian.. Come sit here..’ Waldian hanya menurut segala permintaan sahabat baiknya itu.

          Suasana hening seketika. Mereka tidak punya idea untuk memulakan perbualan. Hanya dendangan lagu kedengaran menerusi corong radio.

          ‘Erm.. dah lewat nih.. Waldian need a rest..’ Aimar memulakan bicaranya. Jam menunjukkan pukul sepuluh malam. ‘Yupp.. Saya pun perlu beredar.. I ride you home..’ Amylea juga mahu beredar pulang. Waldian menghantar tetamu-tetamunya itu di hadapan pintu apartment. ‘Bye.. Thank you.. Take care..’ Waldian melambai di muka pintu.

          Dia bersandar di belakang pintu. Sendirian. “Andainya Aimar itu Hatta.. Apakah dia akan menerima cinta dari insan sepertiku ini?” Rintih Waldian dalam kebersendirian. 

p/s: Apakah keajaiban telah berlaku..? Apakah pandangan Waldian terhadap lelaki yang bernama Aimar itu telah berubah..?

2 Komentar:

Afzainizam said...

… ....Gong Xi Fat Coi……..
┏〓〓┓┏〓〓┓┏〓〓┓
Wish you healthy always
┗〓〓┛┗〓〓┛┗〓〓┛
....lllllll........ lllllll .......lllllll....
Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

aku ingin jadi burung
terbang bebas di awan
tapi sayapku cedera ditusuk duri
lantas aku hanya boleh memandang ke awan
sdg hatiku melonjak ingin terbang ke sana lagi.....

aku ingin jadi ikan
meneroka indahnya lautan dalam
tapi aku cedera dipukul gelombang
lantas aku hanya memandang ke laut
sdg hatiku melonjak ingin ke sana lagi....

lalu...
aku jadi pengembara
di satu sudut alam
dari sudut hati
...... kau dihatiku
.......selamanya

adamzico said...

afzainizam: aku ingin jadi angkasawan..
mengimbangi badan di permukaan rembulan..
ingin melihat betapa birunya bumi..
bak guli di angkasaraya nan luas..
Namun aku terkapai dan lemas tanpa nafasmu..
Aku hanya melihat dari sudut dongakku..
Sedangkan hati ingin ke sana lagi..

wink!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!