Monday, 7 March 2011

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Enam ~ Plot Tiga


                   Aku meninggalkan Rizmi. Aku menuju ke dapur. Kesemua barang dapur yang aku beli itu aku letakkan ke dalam sinki. Hati ini mulai berkaca. Aku menyekanya. Kegembiraan Rizmi itu perlu aku hormati.

                   Dia mendekatiku. Dia menarik tanganku. Dia mengajakku ke dalam bilik. Farish mengejutkan kami. Rizmi tidak mengendahkannya. Dia seakan mahu Farish mengetahui akan perhubungan ini.

                   Farish merenungku. Dia hanya melihat kami berdua masuk ke dalam bilik. Rizmi mencium leherku. Dia memelukku dari hadapan. Rangkulannya itu begitu erat. Dia mula mencium kedua pipiku. Bibirnya yang basah itu bergerak menuju ke dahiku.

                   Nafasnya itu begitu kuat kedengaran. Dia merenungku. Tajam sekali renungannya. Adakah ianya satu isyarat bahawa kami akan bersama selamanya? Dia meletakkan bibirnya itu ke bibirku. Dia mengaturkan segalanya.

                   Kedua tangannya itu kini berada di leherku. Nafas kami telah bersatu. Badanku lemah. Aku tidak berdaya menolaknya lagi. Rizmi memelukku. Dia akhirnya mengalah kerana melihat aku yang tidak lagi melawan.

                   Dia duduk di atas katil. Membuka bajunya. Membaringkan tubuhnya itu ke atas katil. Aku hanya terus mengamati tubuh badannya itu. Aku duduk di sebelahnya.

                   ‘Kenapa kita perlu berahsia?’ Persoalan itu keluar juga dari mulutku. Rizmi terkejut. Dia menatap wajah sugulku. ‘Jika benar ini cinta sejati, kita perlu menempuhi segala dugaan.’ Aku meneruskan kata-kataku. Dia terus membisu. ‘Adakah Rizmi mempunyai pilihan lain? Umairah?’ Aku mahukan jawapan Rizmi.

                   ‘Umairah? Dia cantik, menarik namun dia bukan gadis yang Rizmi dambakan.’ Bicara Rizmi itu membuatkan aku terdiam. ‘Bagaimana ciri-ciri gadis yang Rizmi cari?’ Tanyaku. ‘Dia seharusnya berjaya mencuri hati Rizmi, keluarga Rizmi dan juga seorang yang tidak mementingkan kerjaya bila dia menjadi isteri Rizmi.’ Nyata sekali aku boleh menjadi gadis dambaannya namun bagaimana caranya untukku mencuri hati keluarganya? Pertemuanku dengan Khairani nyata begitu tegang. Aku mendiamkan diriku.

                   ‘Apa yang Rizmi lihat pada Kasih? Cinta?’ Aku perlu mengetahui kedudukanku. ‘Kasih. Seorang yang tabah dan kuat semangat. Ada sesuatu yang membuatkan Rizmi gembira berada di sisi Kasih.’ Rizmi menyatakan pandangannya. ‘Itu saja?’ Aku membidasnya.

                   ‘Ketabahan Kasih bukan sebarangan. Melalui semangat Kasih yang kental itu, Rizmi dapat pedoman dan kekuatan menghadapi hari-hari mendatang.’ Rizmi menyatakan pendapatnya.

                   Aku bangun dan meninggalkannya. Aku menyendiri di ruang tamu. Airmata ini mengalir panas. Aku terpaksa menyembunyikannya. Farish duduk berdekatan denganku.

                   ‘Terlanjur Farish ada, Kasih nak tanya berapa sewa yang perlu Kasih berikan? Aku mahu membayar sewa rumah ini. ‘Tak perlu. Kasih simpan sahaja duit yang ada.’ Farish menyatakan pandangannya kepadaku. Adakah Rizmi telah membayarnya untukku?

                   ‘Rizmi telah membayarnya?’ Aku perlu mengetahui perkara sebenar. ‘Tak. Farish senang Kasih berada di sini. Kasih telah menjaga rumah ini dengan baik. Lagipun Kasih telah menjaga Tasnim. Budi baik Kasih melebihi segalanya.’ Farish mengutarakan segalanya. ‘Kasih lakukan semua ini kerana didikan dari arwah ibu. Kasih taknak tinggal di rumah ini tanpa membayar sewa.’ Rayu aku kepada Farish.

                   ‘Baiklah. Sewa rumah ini hanya dua ratus. Kasih gunakan duit itu untuk membeli barangan dapur. Farish nak Kasih memasak makan tengah hari dengan duit itu.’ Farish menyatakan pendapatnya. Dia mahu aku menggunakan duit itu untuk keperluan dapur. Aku terdiam. ‘Baiklah.’ Aku bersetuju dnegan syarat yang dikemukakannya. Ianya satu perjanjian yang baik padaku.

                   Rizmi keluar dari bilik. Dia melihat aku berduaan dengan Farish. Dia duduk di sebelahku. Aku tahu dia rasa tercabar dengan apa yang di lihatnya. Dia menggenggam tanganku. Farish mengalihkan pandangannya ke arah kaca televisyen.

                   Aku beredar ke dapur. Aku malas dengan apa yang Rizmi lakukan. Aku mencedok sup ayam berlada itu ke dalam mangkuk dan menghirupnya. Aku kini semakin berselera. Adakah permasalahanku ini membuatkan aku begitu berselera menghirup sup yang aku reneh itu?

                   Rizmi duduk di sebelahku setelah mengambil segelas air sejuk dari peti sejuk. ‘Masih marah?’ Aku mendiamkan diriku. ‘Nanti gemuk sayang abang ni.’ Rizmi berseloroh denganku. Aku hanya merenung ke arah matanya itu. ‘Rizmi. Kasih nak tahu apa kedudukan Kasih di sisi Rizmi? Teman serumah? Teman di waktu lapang?’ Aku mengemukakan soalan itu kepadanya.

                   ‘Apa?’ Rizmi tidak menyangka aku akan menyatakan sebegitu. ‘Rizmi sukakan Kasih. Rizmi nak mengenali Kasih seadanya. Persoalannya di sini, Kasih terlalu memaksa.’ Kata-kata Rizmi itu menyedarkan aku akan kedudukanku. ‘Pemaksa?’ Aku menuturkan madah itu kepada Rizmi.

                   ‘Kasih. Cinta itu komitmen. Rizmi tak boleh beri komitmen kepada Kasih. Komitmen utama Rizmi ialah mengambil alih syarikat ayah.’ Rizmi berbicara tentang komitmen. Jika itu pilihannya, aku dapat membuka ruang kepada orang luar untuk mengenaliku. Rizmi. Kau telah melukakan hatiku dengan kata-katamu itu. Aku sedar kau masih mahu berhibur.

                   ‘Baiklah. Rizmi capai komitmen Rizmi terlebih dahulu. Jika di saat itu, Rizmi sedar akan kehilangan Kasih, maka sudah terlambat.’ Aku beredar keluar dari apartment itu. Tujuanku hanyalah untuk membeli sesuatu di kedai.

                   Rasa meloya semakin kuat aku rasakan. Aku terpaksa mencari jeruk asam. Adakah kerana sup ayam itu? Aku tidak mengendahkannya. Aku sedih dengan semuanya.

                   Sekembalinya aku ke apartment, aku segera masuk ke dalam bilik. Aku menghidu minyak kayu putih kerana rasa loya itu seakan tidak mahu berakhir. Aku membaringkan diriku di atas katil. Aku melelapkan mataku.

2 Komentar:

toyolkiut said...

emm..
takut TK mmbacanya..

adamzico said...

toyolkiut: takut? nape?

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!