Monday 28 December 2009

Counting days to face 2010..!

Menghitung hari detik demi detik..
Masaku nanti apa yang ada..
Yang aku minta..
Tulus hatimu..
Bukan puitis..

Nampaknya perjalanan 2009 semakin mula tiba ke destinasinya..
Apakah tercapai segala hasrat yang di pangkin selama ini?
Jika ditanyakan azam tahun 2009.. mesti ramai yang telah mencapai sasaran kan?
Sepertimana kalian.. Azam tahun 2009 aku ada yang tercapai dan ada yang tergendala..
Bak kata pepatah lama.. Suka duka silih berganti.. Itulah asam garam kehidupan..

Ramai yang mula mengira, mencongak dan menghitung apakah azam mereka tercapai..
Ramai yang mula memerah otak memikirkan apakah azam untuk tahun 2010..
Ramai yang hanya membiarkan nasib membawa mereka yang hanyut ke tepian semula..
Masih ramai yang tidak meletakkan sebarang sasaran dalam hidup..
Dahulu aku juga seperti mereka.. Yang hanya membiarkan diri teroleng-oleng di bawa arus..
Tanpa matlamat yang jelas.. Sehinggalah aku sedar bahawa aku telah membazirkan hampir 5 tahun tanpa mengejar cita-cita hanya kerana aku berkeras, aku membutakan mata hati kerana mahu menyambung pengajianku.. Itulah satu-satunya impian yang masih belum tercapai sehingga ke hari ini..

Noktah. Kini, aku mula membina sepantas yang mungkin, mengejar masa yang telah aku sia-siakan.. Memang penat namun aku tak mudah putus asa.. Sekarang sedikit kelegaan terpampar di wajahku kerana berjaya mengejarnya dalam satu jangkamasa yang agak singkat.. Hanya berbekalkan segulung diploma dengan mengenepikan malah menyimpan segulung sijil penghargaan sebagai Pelajar Terbaik yang tidak pernah memberikan aku kelebihan baik dalam menyambung pelajaranku ataupun mendapatkan pekerjaan yang baik. Ironi betul tapi inilah rentetan kehidupan. Aku pasrah dan redha..

2010 akan tiba.. Apakah impianku untuk 2010? Aku mula mencongak dan melakar satu perancangan dan berharap Yang Maha Esa menentukan perancangan itu berjalan dengan lancarnya..

0 Komentar:

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!