Monday 6 September 2010

Setahun berlalu.. Nazam menjelma lagi..

Syawal 1431H semakin mendekati..
Ramadhan semakin mengorak pergi..
Apakah amalan tahun ini sekadar menahan lapar dan dahaga lagi..?

Ku panjatkan syukur kehadrat Ilahi..
Kerana memberikan aku satu peluang lagi..
Akan ku cuba mengikis nafsunya hati..
Moga nan suci sebening lebaran tahun ini..

Berbezanya tahun ini dari yang lepas-lepas ialah..
Tahun ini aku mempu pulang ke desa tercinta dengan menaiki kereta sendiri..
Meskipun bukan kereta baru.. Ianya cukup selesa buatku..
Alhamdulillah.. Atas ketentuan rezekiMu Ya Rabbi..

Dikesempatan yang ada..
Ku himpun sepuluh jari..
Andai terkasar bahasa..
Andai ter'back hand' dengan sengaja..
Dimaafkan hendaknya..

Persiapan yang dibuat ala kadar..
Baju melayu yang sepatutnya sepasang hanya ditempah bajunya sahaja..
Ekoran my beloved father tak nak satu suit.. Aku ikut sahaja..
Tema tahun ini biru kelabu.. Erm.. Aku sponsor jua..

Kepada teman-teman..
Serta sanak saudara..
Yang berkunjung di Laman ini..
Ku berharap sudilah mengikuti perkembangan..
Jika ada yang terbaru.. Akan ku coret jua..

Perancangan telah dibuat..
Untuk memasukkan karangan serta puisi yang tercipta..
Sekian lamanya tersemadi di dalam FB..
Untuk di arkibkan di sini..
Kepada yang suka.. tataplah ia sepenuh raga..
Moga yang baik di absorb ke dunia nyata..
Moga yang buruk dijauhi sebatu dua darinya..

Salam dari Pengarang..
From Penang with LOVE..

Izad Azli Zico @ Adam Nathaniel

1 Komentar:

apezs shah said...

dah bertahun pon berlalu...hehe..:)

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!