Terabai. Tiada kasih sayang. Tiada orang yang mempercayai. Tiada orang yang dapat di percayai. Tiada kasih sayang yang tulus tanpa warna kertas yang digilai semua manusia. Wang adalah segalanya namun bernilaikah kertas itu andai nyawa menjadi pertaruhan?
Rindu. Aku rindukan rumahku yang dahulu. Rumah yang penuh dengan kenangan indah. Ibu. Kenapa takdir menjauhkanmu dariku. Aku rindu. Aku rindukan belaianmu. Aku rindukan perlindunganmu.
Prihatin. Itulah sikap ayah yang telah lama terkikis dari hatinya. Entah apa sebabnya dia telah berubah. Adakah lantaran kematian ibu? Adakah kerana cinta baru di hatimu? Aku rindukan ayah yang dahulu. Ayah yang sering memanjakanku. Ayah yang sering menasihatkan aku tentang hidup. Hidup yang penuh dengan warnanya. Warna hidup itu kini berlegar di dalam hidupku kini. Warna hitam itu terpalit dalam kembaraku kini.
2 Komentar:
well,i will start my reading now :D
si-comot-comel: wink! welcome to Kasih Safiyya's LIFE Story..!
Post a Comment