Saturday, 30 October 2010

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Satu ~ Plot Satu


                    Namaku Kasih Safiyya. Nama ini pemberian ibuku. Aku bangga dengan namaku ini. Nama ini menggambarkan kasih sayang antara ayah dan ibu. Kasih sayang yang kuat itu berlegar dalam ingatanku kini kerana hakikatnya kasih sayang itu telah lama terkubur bersama dengan pemergian ibuku.

                   Aku pasrah dengan ketetapan takdir. Ayah pula hanya mendiamkan dirinya. Pada mulanya ayah menyibukkan diri dengan tugasannya di pejabat. Alasannya hanya satu iaitu tidak dapat melupakan kenangannya bersama dengan ibu.

                   Segalanya nyata berubah. Sedikit demi sedikit ayah telah berubah. Kini dia telah mengambil seorang gadis yang seusia denganku sebagai isterinya.

                   Norzie. Gadis yang pendiam itu penuh dengan misterinya. Aku tidak dapat menerima hakikat penggantian ibu di hati ayah. Aku menelan jua kepahitan itu kerana mungkin ayah perlukan seseorang yang dapat menguruskan kehidupannya. Mungkin dengan perkahwinan ini ayah akan lebih tenang.

                   Sangkaanku nyata meleset. Entah kenapa ayah berubah seratus peratus. Dia bukan lelaki yang berhemah dan penuh dengan kasih sayang seperti dahulu. Aku di ibaratkan anak tirinya. Tiada lagi gurau senda antara kami.

                   Norzie semakin menjelikkan. Perilakunya yang bagaikan puan besar di dalam rumah itu membuatkan aku bagaikan bertandang di rumah orang. Semuanya tidak kena pada matanya.

                   Aku mendiamkan sahaja semua itu sehinggalah segala aktivitiku di pantaunya. Katanya, dia tidak mahu aku terjebak di dalam aktiviti kurang sihat. Dia mempergunakan kedudukannya untuk menjarakkan aku dari ayah. Segalanya menampakkan aku bersalah.

                   Apa yang menyakitkan hatiku ialah Norzie tidak mahu aku bertemu dengan Benjamin, satu-satunya alasan ialah mengenai ayah Benjamin. Aku tidak tahu akan hal itu. Apa yang berlaku?

                   Ayah menyatakan tentang pengkhianatan Badarisman. Dia tidak mahu aku berhubungan dengan Benjamin walaupun Benjamin tidak ada kena mengena dengan semua ini.

                   Ayah telah memecat kawan baiknya sendiri yang pernah bersama dengannya membangunkan perniagaan hartanah itu. Ada sesuatu yang tidak aku ketahui. Ya. Mungkin semua ini satu perangkap untuk menjatuhkan ayah.

                   Demi ayah aku terpaksa berpisah dengan Benjamin. Aku berjanji akan bertemu dengannya esok. Esok merupakan hari paling bersejarah bagiku. Walaupun pahit, aku terpaksa berpisah dengan lelaki yang banyak menceriakan hatiku itu.

                   Malam ini aku mengalirkan airmata. Aku rindukan ibu. Aku rindukan hidupku yang dahulu. Apakah tiada lagi bahagia setelah kematian ibu? Esok genaplah umurku dua puluh satu tahun.

                   Aku masih mengingati bagaimana sambutan hari lahirku yang ke dua puluh di adakan secara sederhana. Hanya kami bertiga menyambutnya dengan penuh kegembiraan. Ayah pernah berjanji kepadaku apabila tamat pengajianku, dia akan mengambilku bekerja di dalam syarikatnya. Kedudukanku di syarikatnya itu nanti adalah berbaloi dengan kelayakanku. Adakah ayah masih teringat akan kata-katanya itu?

                   Aku merebahkan diri di atas tilamku yang empuk. Udara malam itu sangat dingin. Aku membelek hadiah yang pernah di berikan ibu kepadaku. Seutas rantai yang bertatahkan sebutir batu berlian itu adalah rantai kesayangannya. Menurutnya rantai itu ialah hadiah yang diterimanya ketika hari lahirnya yang ke dua puluh satu. Dia mahu aku menjaganya dengan baik.

                   Aku menyimpan dua keping gambar yang begitu bermakna buatku. Salah satu darinya ialah gambar ibu ketika zaman mudanya. Dia bergambar dengan dua orang sahabatnya. Nampaknya ibu sangat cantik di dalam gambar itu. Aku akan menyimpan gambar itu dengan baik.

                    Aku lelah mendambakan ibu. Aku di buai mimpi yang indah. Mimpi bertemu dengan ibu. Terubat rindu di hatiku untuk berbicara dengannya.

                   Aku terjaga dari tidurku. Jam menunjukkan pukul tujuh pagi. Hari ini hari sabtu. Ayah tidak ke pejabat. Aku mahu bertemu dengan ayah. Harap-harap ayah tidak melupakan hari ini.

                   Aku bersiap dengan pakaian yang ringkas tetapi menarik. Aku akan keluar untuk memutuskan perhubunganku dengan Benjamin. Entah apa alasan yang perlu aku utarakan kepadanya. Biar semua itu berlaku dengan sendirinya. Apa yang pasti, adakah aku akan mula bekerja di dalam syarikat ayah?

4 Komentar:

sicomot-comel said...

baru baca awal dah sedih..

Tak ptut ayah dia mcm tu.
Norzie jahat!

adamzico said...

si-comot-comel: Kan.. Biasalah kalau mak tiri sebaya dengan anak tiri.. kebanyakan kes cam tu kan.. hehe..wink!

amoreDhatiku said...

y do i luv to read ur blog...? bcoz it's GREEN....really luv green

adamzico said...

amoreDhatiku: eden really appreciate it.. do read more..ok? ThinkGreen..! wink!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!