Saturday 30 October 2010

Fly..!

Angin tiba. Menerbangkan kertas-kertas yang tercarik di lantai. Bukan kerana ribut kencang bakal menjelma sebaliknya bermulalah untuk aku menggapai segaris impian dengan sayap yang aku kepakkan. Mungkin terlalu lama aku meninggalkan laman ni namun tak bererti jari jemariku kaku untuk mencoret sesuatu.

Kini, tiada apa yang mampu menghalang aku. Aku melangkah, berjalan dan berlari mengusung sekeping harapan dan impian yang masih jauh dihadapanku. Sambil di iringi dendangan lagu FLY oleh Hillary Duff seakan menyuntik semangat aku untuk menulis semula. Semoga ianya tidak hangat-hangat tahi ayam.

Debaran dalam mencapai impian tetap akan ada namun tak sama dengan debaran penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan di mana saat ini status kejuaraan itu milik siapa? Siapa yang bakal FLY dengan piala yang menjadi idaman semua tu nanti? Leh teka?

1 Komentar:

adamzico said...

kelantan menang 2-0.. N9 coba lagik k? wink!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!