Saturday 30 October 2010

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Satu ~ Plot Tiga



                   Bunyi derum kereta Mercedez Benz  ayah menyedarkan aku dari lena. Aku berlari turun dan memeluk ayah sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke dalam rumah.

                   Aku menceritakan segala yang berlaku kepada ayah. Ayah selalunya prihatin terhadap permasalahanku namun kini aku bagaikan mencurah minyak ke atas bara api. Ayah menolak aku. Dia hampa dengan semua yang berlaku.

                   Norzie mendekatiku. Dia melemparkan beberapa keping gambar yang di milikinya. Aku membelek gambar itu. Itu semua gambar aku dengan Benjamin. ‘Ya Tuhanku, kenapa begitu kejam wanita yang bernama Norzie ini?’ Aku menyuarakan dari lubuk hatiku.

                   Norzie menyatakan bahawa ayahku telah mengupah seorang Penyiasat untuk meninjau pergerakanku. Dia hampa dengan gambar yang di rakamkan itu. ‘Tapi..’ Suaraku tersekat-sekat kerana apa yang mereka fikirkan itu semuanya tidak benar. Bukan Benjamin sebaliknya lelaki lain yang meragut maruahku.

                   Ayah mahu aku keluar dari rumah kerana aku telah memilih Benjamin. Dia mahu aku berkemas dan berambus dari hidupnya. Dia kesal mempunyai seorang anak yang tidak mengenang budi. Dia mahu aku segera keluar dari rumah yang telah lama aku diami itu. Kemana arah tujuanku?

                   Aku mengemas pakaianku. Aku memakai rantai yang di hadiahkan oleh arwah ibu. Rantai yang di hadiahkan oleh Benjamin itu aku tinggalkan di dalam bekas seramik di atas meja solekku. Aku akan pulang juga ke rumah itu apabila angin ayah pulih semula.

                   Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ayah. Ayah tidak mempedulikanku. Dia tidak berpaling ke arahku. Begitu keras hati seorang ayah. Di saat aku memintanya menyelesaikan permasalahanku, dia menolak aku jauh dari sisinya.

                   Siang yang mula melabuhkan tirainya itu menyaksikan kembaraku memulakan sebuah perjalanan kehidupan. Aku menyeka airmata. Hanya itu yang mampu aku lakukan.

                   Dalam mengatur langkah kaki ini, aku mula terbayang akan segalanya yang berlaku. Satu persatu peristiwa yang aku tempuhi hari ini mampu memberhentikan denyut jantungku. Sesak nafasku. Sakit hatiku ini mengenangkan hari yang paling malang buatku ini. Aku tidak akan menyambut hari lahirku lagi untuk tahun-tahun hadapan. Aku tidak mahu mengingati semua kepahitan ini.

                   Ayah. Begitu keras hatimu. Sudahlah kau tidak sedar betapa besarnya hari ini buatku. Kau lupa pada janji. Kau begitu asing bagiku kini.

                   Airmata ini mulai kekeringan. Aku tiba di sebuah perhentian bas. Aku menunggu di situ kerana aku buntu akan arah tujuanku. Pada siapa harus aku adukan kepiluan hatiku ini? Di mana aku akan bermalam? Dalam gelap dan sunyi sebegini, mampukah untukku melelapkan mata?

                   Hanya seorang sahaja yang bermain di fikiranku kini. Makcik Nadrah. Di mana dia berada? Aku tiada alamatnya. Sukar untukku meminta bantuannya. Makcik Nadrah tidak menyukaiku dari kecil lagi. Sebusuk-busuk pun, aku tetap anak saudaranya. Darah yang mengalir dalam darah kami serupa. Masalahnya di mana dia berada kini?

                   Dalam asyik aku mengelamun. Aku telah di hampiri oleh seorang lelaki. Aku tidak dapat melihat wajahnya kerana bias lampu yang terang itu menyukarkan penglihatanku.

                   Aku terus berlari menjauhi lelaki itu. Lelaki itu mengejarku. Dia berjaya merebahkanku. Baru dapat aku melihat wajahnya. Dia ialah lelaki yang sama yang menjamah tubuhku. Apa yang dia mahukan dariku? Tubuh Badanku?

                   Lelaki itu mencekik leherku. Aku meronta kelemasan. Aku terus meronta. Takdir telah menyelamatkan aku apabila dua orang lelaki telah tiba menghulurkan bantuan.

                   Jeritan dari dua lelaki itu memaksa lelaki yang mencekikku itu berlari meninggalkanku. Mereka tidak dapat melihat wajahnya.

                   Aku berterima kasih kepada dua lelaki itu. Mereka bertanyakan arah tujuanku. Aku mendiamkan diriku. Mereka mengajak aku bersama kerana takut lelaki itu akan kembali menggangguku.

                   Ya. Aku begitu takutkan lelaki itu. Aku mengikuti kedua lelaki itu. Sepanjang perjalanan aku mendiamkan diriku. Mereka berdua juga membisu.

                   Setelah tiba di destinasi yang hendak mereka tujui, mereka menyuarakan sesuatu kepadaku. ‘Kami akan mendapatkan sebuah tempat tinggal sementara untuk saudari. Saudari tunggu di sini ya.’ Salah seorang dari mereka menyuarakan pendapatnya.

                   ‘Terima kasih atas segalanya.’ Balas aku dengan spontan. Aku tidak menyangka masih ada orang yang berperikemanusiaan di zaman ini. Aku melihat mereka berbual dengan beberapa rakan untuk membantuku.

                   Mereka semua itu ialah penggemar kereta lumba. Aku terdengar akan perbualan tentang perlumbaan haram yang akan bermula malam ini. Nampaknya mereka akan berlumba. Aku tidak kisah dengan semua itu. Walaupun mereka gemar berlumba haram namun mereka tetap berhati perut. Mungkin itu cara untuk mereka bersosial. Ya. Semua itu ada benarnya.

                   Malam semakin gelap. Mereka semua telah bersedia untuk berlumba. Nampaknya aku akan dapat menyaksikan perlumbaan kereta itu. Mereka berlepas. Bunyi bising dan asap yang tebal itu seakan perkara biasa bagi mereka yang menyaksikan perlumbaan itu. Aku terpaksa menutup telingaku.

                   Setelah berapa lama perlumbaan berlangsung, sebuah kereta berwarna kuning tiba di garisan penamat. Dia ialah pemenang bagi malam itu. Namanya di laung-laungkan oleh kesemua penonton perlumbaan itu. ‘Rizmi..’ Berulang kali nama itu berlegar di tempat itu.

                   Lelaki yang menjuarai perlumbaan pada malam itu menghampiriku. Dia menyapaku. ‘Nama saya Khawarizmi.’  Adakah dia bernama Rizmi? ‘Nama saya kasih Safiyya. Panggil saya Kasih.’ Aku berkenalan dengannya.

                   Dua lelaki itu menghampiriku dan menyatakan bahawa Rizmi akan membawaku ke rumah baruku. Rizmi mengangguk kepalanya.

                   Nampaknya benarlah kata-kata mereka berdua. Mereka telah berjaya mencari orang yang dapat membantuku. Aku segera mengikut Rizmi. Dia nampak seperti seorang yang boleh di percayai. Kami meninggalkan tempat itu dengan segera.

2 Komentar:

Cik SCC said...

i don't think the two men are good persons.

adamzico said...

si-comot-comel: really..?

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!