Saturday 30 October 2010

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Satu ~ Plot Lima

                   Aku menghabiskan masa dengan mengemas rumah. Aku tidak mahu duduk sahaja di dalam rumah itu tanpa melakukan sesuatu. Aku memeriksa barang dapur. Nampaknya aku perlu membeli sesuatu.

                   ‘ Di mana Kasih boleh membeli barang dapur?’ Tanyaku kepada Tasnim yang sedang menonton rancangan kegemarannya di televisyen. ‘Dekat simpang sebelah kanan apartment ni.’ Jawabnya dengan selamba. Aku mengukirkan senyuman di wajahku. Aku keluar dengan penuh berhati-hati.

                   Akhirnya kedai runcit itu aku temui. Aku membeli barang dapur untuk keperluan seminggu ini. Untuk petang ini, nasi lemak yang di beli oleh Rizmi itu masih ada lagi. Aku akan memanaskannya semula. Sebelah malam pula akan aku masakkan untuk kami berdua.

                   Rizmi tidak akan bertandang dalam beberapa hari ini. Aku akan terperuk di dalam rumah sahaja nampaknya. Bagus juga kerana aku tidak akan bertemu dengan lelaki yang cuba membunuhku. Rasa kebosanan itu dapat aku atasi dengan mengemas rumah. Sudah agak lama rumah ini tidak dikemaskan. Apakah Tasnim tidak mempunyai masa untuk mengemas rumah kekasihnya ini?

                   Aku memanaskan nasi lemak. Aku menjamu seleraku. Tasnim mengurung dirinya di dalam bilik. Aku bosan kerana tiada teman berbual. Aku mengunci diriku di dalam bilik dan melelapkan mataku.

                   Segalanya berlaku dengan cepat. Aku tidak menyangka aku akan berada di apartment ini. Aku perlu membina hidupku. Aku tidak boleh mengharapkan bantuan orang lain. Aku perlu membuktikan kepada ayah tentang betapa kuatnya diriku meneruskan hidup tanpa bimbingannya.

                   Ya. Aku juga perlu membayar sewa rumah ini. Aku tidak boleh meminta Rizmi membayarnya. Bagaimana aku hendak bekerja jika aku takut untuk bertemu dengan lelaki yang memusnahkan segalanya itu. Wajahnya masih terbayang di kelopak mataku. Aku akan memastikan lelaki itu menerima pembalasan di atas segala perbuatannya.

                   Entah berapa lama aku melelapkan mataku. Aku tersedar kerana kicauan burung yang mahu pulang ke sarangnya. Sudah hampir pukul tujuh. Aku segera bangun dan bergerak ke bilik air.

                   Aku segera ke dapur. Aku perlu menyediakan makan malam. Aku hendak menawan hati Tasnim. Biar kami menjadi kenalan baik dengannya nanti. Aku teringat akan saat lalu dimana ibu mengajarku memasak. Kini aku dapat mendabik dada dengan ilmu yang di curahkan oleh arwah ibu kepadaku.

                   Aku masak kari ikan kering dengan nanas dan sayur campur. Aku telah menanak nasi. Segalanya telah aku hidangkan di atas meja.

                   Belum sempat aku memanggil Tasnim. Dia telah keluar dan membuka peti sejuk. Aku mengajaknya makan bersamaku. Aku telah memasak untuk kami berdua.

                   Pintu apartment kami telah di ketuk. Farish hadir untuk menjemput Tasnim. Tasnim meminta Farish menunggunya. Dia perlu menyalin pakaiannya.

                   Farish mengajak sahabatnya masuk ke dalam rumahnya. Aku mempelawa kedua mereka menjamu selera.

                   Farish mendekati meja makan. Dia tertarik dengan bau kari yang meningkatkan seleranya. Dia mengajak sahabatnya menjamu selera. ‘Mer, mari kita jamu selera dulu sebelum bertolak ke parti itu.’ Pujuk Farish.

                   ‘Taknaklah. Mer seganlah.’ Merdad menyatakan pendapatnya. ‘Alah kita rasa jer kari ni. Meh lekas.’ Farish menyuarakan hasratnya.

                   Mereka duduk di ruang makan. Aku menghidangkan mereka nasi. Aku menuangkan air masak kepada mereka berdua.

                   Aku tidak menyertai mereka kerana aku perlu menghormati tetamu Farish. Aku duduk di ruang tamu.

                   ‘Sedaplah kuah kari ni’ Merdad menambah kuah kari itu ke dalam pinggannya. ‘Erm. Betul. Kalau cam ni boleh buka restoren tau Kasih.’ Kata-kata Farish itu tidak aku endahkan.

                   Tasnim keluar dari biliknya. Dia mengajak Farish kerana mereka telah terlambat. ‘Sayang, marilah makan dulu. Sedap ni.’ Balas Farish kepada Tasnim.

                   Tasnim mendekatiku. Dia melemparkan renungannya kepadaku. ‘Kasih, janganlah kau cuba menjadi kawan aku. Kau tu hanyalah perempuan simpanan. Hari ini mungkin Rizmi. Esok lusa orang lain pula yang akan membawa kau ke sana sini.’ Ujar Tasnim kepadaku. Nada yang di gunakannya itu telah menyentuh hatiku.

                   Aku menyeka airmataku kerana aku tidak mahu Farish ataupun kenalannya itu menyedarinya. Baru aku sedar darjatku. Aku tidak memarahinya kerana aku hanya menumpang di dalam rumahnya.

                   Tasnim keluar dahulu. Farish dan Merdad telah selesai mengadap makanan yang terhidang itu. Mereka segera meninggalkan tempat itu kerana telah terlewat.

                   Merdad melemparkan senyuman ke arahku. Farish berharap dapat merasa air tanganku di masa akan datang. Mereka meninggalkan apartment itu. Tasnim sempat menjeling tajam ke arahku.

                   Aku mengalirkan airmata setelah pemergian mereka semua. Kata-kata Tasnim terngiang-ngiang di kepalaku. Apakah aku ini perempuan simpanan Rizmi? Adakah Rizmi menyatakan begitu? Apakah mereka semua menganggap aku sebegitu?

                   Aku menjamah makanan yang aku sediakan. Hilang selera. Semua permasalahan datang bertandang kepadaku. Kenapa hanya aku selalu menjadi pilihannya? Pergilah kepada orang lain. Permasalahan yang lalu pun tidak dapat aku selesaikan. Aku buntu. Hinanya aku pada pandangan mata semua. Airmata berderaian lagi namun kali ini ia tumpah ke atas nasi yang terhidang didepanku.

                   Aku mahu meninggalkan tempat ini. Aku mengemas semua pakaianku. Tiada gunanya aku berada di sini. Berat hati untuk berangkat pergi namun apakan daya tiada kepercayaan yang tinggal untuk menghalangku berbuat sebegitu.

                   Sebaik sahaja aku membuka pintu rumah, deringan telefon kedengaran. Aku menjawab panggilan itu. Ianya dari Rizmi.

                   Dia bertanyakan keadaanku. Siapa dia untuk mengambil berat tentangku? Aku menyatakan selamat tinggal kepadanya.

                   ‘Kasih, kenapa ni. Kenapa perlu pergi. Rizmi akan berusaha mencari tempat tinggal baru jika Tasnim mendatangkan masalah kepada Kasih.’ Rizmi terus memujuk. ‘Kasih. Percayalah Rizmi akan menebus semua kesilapan Rizmi.’ Rizmi meneruskan bicaranya. Aku mendiamkan diriku.

                   Rasa percaya itu sudah tiada lagi. Apakah benar aku ini perempuan simpanannya? Siapakah aku untuk membebankan Rizmi? ‘Dengar Rizmi. Kasih akan pergi. Terima kasih atas semuanya. Kasih bukan perempuan simpanan Rizmi. Cukuplah derita ini. Harap Rizmi memaafkan Kasih atas segalanya.’ Aku meletakkan telefon sejurus mengucapkan selamat tinggal.

                   Aku berjalan lemah meninggalkan apartment itu. Perjalanan hidupku kini semakin penuh liku. Aku kini bergelar perempuan simpanan setelah menjadi mangsa nafsu rakus insan bergelar lelaki. Di mana keadilan di saat aku memerlukannya?

                   Aku hanya berserah kepada kakiku untuk membawaku ke satu destinasi yang baru. Aku takut dengan bayang-bayang kerana perasaan itu sering menggangguku.

                   Sebuah kereta berhenti di persimpangan jalan. Aku mempercepatkan langkahku. Ada suara yang memanggil namaku. Aku mengalihkan pandanganku. Farish?

                   Farish mendekatiku. Dia mendapat tahu tentang aku melalui Rizmi. Dia berharap aku tidak akan keluar di tengah malam sebegini. Farish memanggil Tasnim. Dia berharap Tasnim sedar akan segalanya. Dia pernah melalui semua itu dulu.

                   ‘Farish. Jangan mengeruhkan keadaan yang sedia keruh. Kasih adalah orang luar. Biarlah Kasih pergi. Terima kasih atas segalanya.’ Aku berlalu meninggalkan tempat itu kerana tidak mahu Tasnim dan Farish bertekak keranaku.

                   Tasnim memanggil namaku. Dia berjalan ke arahku. ‘Maafkan Tasnim. Mungkin Tasnim tersilap tentang siapa Kasih namun semua ini tidak masuk akal.’ Tasnim meluahkan isihatinya. ‘Sudahlah. Kita berbaik semula okay?’ Farish mencelah.

                   ‘Jom.’ Ringkas kata-kata Farish mengakhiri perbualan kami. Aku mengikut mereka berdua memasuki kereta itu. Aku terpaksa menurut kerana aku sedar tiada tempat yang paling selamat untukku selain dari tempat yang berisiko untukku.

                   Apartment itu tetap menerimaku. Farish telah lama meninggalkan rumah itu. Tasnim telah mengunci dirinya di dalam biliknya. Aku tahu dia marahkan tindakan Farish menjatuhkan maruahnya untuk berbaik semula denganku.

                   Aku tidak faham akan kata-kata Tasnim. Kenapa semua ini tidak masuk akal? Mungkinkah kehadiran aku sesuatu yang tidak di duganya?

2 Komentar:

Cik SCC said...

Can't wait to read more;D

adamzico said...

si-comot-comel: :)

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!