Sunday 31 October 2010

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Dua ~ Plot Satu


                  Aku berbaring di atas katil. Tiada apa yang dapat aku lakukan selain dari mencoret sesuatu di dalam diari yang setia menemaniku.

                   Aku mimpikan lelaki yang telah merosakkan diriku. Dia mahu membunuhku. Rizmi telah tampil untuk membelaku. Rizmi bergelut dengan lelaki itu. Dia bersenjatakan pisau lipat. Aku takut Rizmi menjadi mangsanya.

                   Aku tersedar dari mimpiku. Apakah ini petanda bahawa malang itu tidak akan berlalu dari hidupku? Aku takut untuk keluar. Aku takut akan segala yang bakal berlaku.

                     Aku mengambil pil tidur yang aku bawa bersama. Aku mahu tidur nyenyak. Aku tidak mahu bermimpi lagi.

                   Aku tersedar dari tidurku. Jam menunjukkan pukul satu setengah petang. Matahari telah lama meninggi. Aku terkejut melihat Rizmi yang tertidur di sebelahku. Bilakah lelaki itu memasuki bilik ini?

                   Rizmi terkejut apabila melihat aku merenungnya. Dia menyatakan bahawa sudah lama dia menunggu. Dia mahu aku menjelaskan segalanya. Dia akan menunggu aku di ruang makan.

                   Aku segera ke kamar mandi. Apakah semua ini? Kenapa aku tidak dapat memarahinya? Kenapa dia tidur di sebelahku?

                   Aku keluar ke ruang makan. Rizmi telah menyediakan sarapan untukku. Dia telah memanaskan kembali mi goreng itu. Hanya itu yang sempat di belinya.

                   ‘Rizmi. Kasih taknak menyusahkan sesiapapun. Kasih akan keluar dari rumah ini. Kita mungkin tidak perlu bertemu lagi. Cukuplah setakat ini jasa baik Rizmi kepada kasih.’ Aku terpaksa memulakan bicara kerana Rizmi tidak kisah dengan situasi yang aku alami.

                   ‘Kasih. Rizmi melakukan semua ini kerana Rizmi pernah berbuat silap pada Kasih. Rizmi sedar hidup ini tidak adil kepada Kasih. Itu sahaja okay? Jangan tanya lagi pasal semua ini.’ Rizmi mahu aku mempercayainya. Adakah percaya itu akan bertapak semula di hatiku?

                   Tasnim keluar. Dia menyapa Rizmi. Dia berlalu meninggalkan kami berdua. Dia seakan mahu mempermainkan perasaan Rizmi dengan jelingan tajamnya.

                   Rizmi mendiamkan dirinya. Dia meninggalkan aku kerana dia perlu berbual dengan Tasnim. Aku tahu ada sesuatu yang Rizmi mahu bualkan. Adakah kerana diriku? Ini menampakkan aku sebagai perempuan simpanan Rizmi. Sedih kembali bertapak di dalam hidupku.

                   ‘Tasnim. Kenapa kau bersikap sebegini. Kau seharusnya berkawan dengannya. Dia bukannya saingan kau. Pasal Amani, itu bukan urusan kau. Apa salah Kasih terhadap kau? Dia hanya cuba berbaik-baik dengan kau.’ Rizmi meluahkan pandangannya.

                   ‘Rizmi. Jangan berlakon sebagai hero. Kau jangan lupa, ini bukan rumah kau. Ini bukan hotel. Kau harus bertanggungjawab kepada Amani, tunang kau bukannya kepada gadis yang entah apa asal usulnya itu.’ Tasnim menyuarakan apa yang terlintas di fikirannya.

                   ‘Benar Amani itu tunang aku tetapi selagi aku tidak mengambilnya sebagai isteri, aku berhak memilih haluan hidupku. Kasih bukan seperti yang kau fikirkan.’ Rizmi menyambung hujahnya. ‘Kau tidak akan tersedar akan semua ini. Bila hidup kau susah dulu, siapa yang kau cari? Kini bila dunia berada di genggaman, kau mendabik dada.’ Rizmi mengeluh.

                   ‘Tinggi benarkah darjat kau? Berat sangatkah untuk menjadi seorang sahabat?’ Rizmi mengakhiri perbualannya bila aku memerhatinya.

                   ‘Cukup. Kasih tak minta semua ini. Kasih akan tinggalkan tempat ini. Biar semuanya kembali seperti sedia kala.’ Aku memasuki bilikku.

                   ‘Erm..’ Tasnim mengetap bibirnya. Kini dia tersedar akan segalanya. Dia telah memeras otaknya. Akhirnya, dia membuat satu kata putus iaitu menerima kehadiranku.

                   Rizmi mengukir senyuman ke arah Tasnim. Akhirnya Tasnim tersedar akan kesilapannya. Dia berharap Tasnim akan menjadi teman baik Kasih.

                   Rizmi memasuki bilik. Dia menyatakan bahawa segalanya telah berakhir. Tasnim telah mengaku kesilapannya. Benarkah begitu? Aku terpaksa mengakuinya walaupun terdapat keraguan mengenainya. Rizmi perlu ke tempat kerjanya. Dia meninggalkan duit untuk perbelanjaanku.

                   ‘Rizmi, boleh tak dapatkan kerja untuk Kasih. Kasih mahu berdikari. Kasih tidak mahu mengharapkan bantuan Rizmi selamanya. Di tempat kerja Rizmi tak ada jawatan kosong?’ Aku menyuarakan hasratku. Aku tidak mahu terkurung di dalam rumah ini sahaja. Aku mahu berubah.

                   Rizmi menyatakan bahawa tiada jawatan kosong di tempat kerjanya. Dia akan berbincang dengan Tasnim. Mungkin Tasnim akan dapat mencari kerja yang sesuai untuk aku.

                   Benarkah keadaan telah berubah? Adakah aku akan dapat berbaik dengan Tasnim? Semuanya ini bagaikan satu mimpi. Dalam sekelip mata Tasnim telah berubah? Keliru, benar keliru.

                   Rizmi telah lama meninggalkan aku. Berat untukku melangkah keluar dari bilik ini kerana aku masih keliru dengan kata-kata Rizmi itu.

                   Aku harus berdepan dengan pelbagai kemungkinan. Jika benar Tasnim akan berbaik denganku maka aku harus memberikannya peluang itu. Tabah, aku perlu tabah.

                   Aku melangkah ke balkoni untuk menghirup udara segar. Tasnim hanya melemparkan pandangannya ke arahku. Tasnim mendekatiku. Dia meminta maaf kerana telah tersalah anggap akan diriku. Dia akan meninjau peluang pekerjaan di tempat kerjanya. Tasnim bergerak ke arah biliknya.

                   ‘Tasnim. Terima kasih atas segalanya. Maafkan Kasih jika Kasih ini mendatangkan masalah kepada semua.’ Aku berharap Tasnim akan menerimaku. Dia hanya berpaling dan melemparkan senyuman yang menguntum ke arahku.

                   Ini adalah perubahan yang positif. Memang benar kata Rizmi. Tasnim memang tegas di luaran namun lembut hati orangnya.

                    Senja semakin berlalu. Angin sepoi bahasa menyapa tubuhku. Pemandangan yang indah itu membuatkan aku tertanya. Kenapa sampai ke saat ini ayah masih belum mencariku? Dia boleh mengupah seorang penyiasat untuk menyiasat pergerakanku selama ini manakan dia tidak boleh berbuat demikian saat ini.

                   Kenapa begitu baik pandanganku terhadap lelaki yang telah mengusir aku keluar dari rumah itu. Dia bukan ayahku. Dia hanya bertopengkan ayahku.

                   Airmata mula bertakung di kelopak mataku. Aku terbayangkan peristiwa sedih yang bertapak di dalam hidupku. Satu persatu kenangan mengguris hatiku.

                   Benjamin. Ya aku hampir terlupa kepadanya. Aku harus menghubunginya. Aku menggunakan telefon rumah untuk menghubunginya. Talian itu sibuk. Aku terus mendail semula nombor itu.

                   Ada suara yang menjawab panggilanku itu. Aku meminta untuk bercakap dengan Benjamin. Lelaki itu menegaskan bahawa Benjamin telah ke luar negara. Aku tahu siapa yang menjawab panggilan itu. Aku meletakkan gagang telefon. Itu ialah pakcik Badarisman.

                   ‘Ben telah berangkat ke luar negara.’ Kata-kata ayah Benjamin itu masih jelas kedengaran. Benjamin telah jauh meninggalkanku. ‘Maafkan aku Ben. Aku bukan gadis itu lagi. Kesucianku telah ternoda.’ Rintih hati kecilku. Ya. Segalanya telah berubah. Benjamin telah menjalani kehidupannya.

                   Aku masuk ke kamar peraduan. Aku merebahkan diriku ke atas katil. Aku takut untuk tidur. Aku takut akan bayang lelaki durjana itu. Aku mengambil pil tidur untuk menenangkan diriku.

                   Aku mencoret diariku. Segalanya berubah. Aku juga telah berubah. Perubahan ini terlalu drastik buatku. Walau bagaimana pantas aku berubah, perubahan itu sebenarnya tidak dapat mengikis kisah silamku.

                        Tasnim. Perlukan aku mencatatkan perubahan drastiknya itu? Itu terlalu awal bagiku. Aku tidak boleh mempercayainya hanya kerana perubahannya itu.

                   Tanganku memegang loket rantai pemberian ibu. Aku perlukan perlindungan dan sokongan ibu. Saat terasing sebegini aku terlalu rindukan belaian ibu.

                   ‘Ibu. Kasih sengsara ibu. Kasih rindukan ibu. Bawalah Kasih bersama dengan ibu.’ Kesan ubat tidur mula teransang kini. Aku terlelap setelah merintihi perjalanan hidupku.

                   Aku bangun dari tidurku. Hari sudah lama meninggi. Aku masuk ke kamar mandi. Sunyi. Kesunyian ini menusuk hatiku. Sunyi ini sudah sebati denganku.

                   Aku keluar ke ruang tamu. Majalah berserakan di atas lantai. Senyap sunyi. Tasnim tiada di rumah. Mungkin dia telah keluar ke tempat kerjanya. Aku berharap Tasnim tidak melupakan hasratku untuk bekerja.

2 Komentar:

Cik SCC said...

harapnya tasnim berubah totally..

adamzico said...

si-comot-comel: Adakah Tasnim orangnya sebegitu..?

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!