Sunday, 31 October 2010

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Dua ~ Plot Dua



                   Aku mengemas rumah. Dari ruang tamu hinggalah ke dapur. Aku mahu mengubah kedudukan perabot di dalam rumah itu. Ya. Segalanya akan menyuntik inspirasi baru kepada kami kelak.

                   Sendiri. Tiada apa yang dapat aku gambarkan. Aku membaringkan tubuhku di atas sofa panjang. Tiada rancangan yang menarik untuk menjamu mata ini.


                   ‘Krak’ Bunyi derap daun pintu di buka. Aku membukakan mataku. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Farish berada di depan mataku.

                   ‘Tasnim keluar.’ Kataku lemah. Farish hanya tersenyum ke arahku. Dia memasuki sebuah bilik yang selama ini berkunci. Itu mungkin biliknya, agakku.

                   Farish keluar dengan jaket kulitnya. Dia menyatakan bahawa dia akan mengikuti Mer ke lokasi pengambaran.

                   Mer. Lokasi pengambaran? Adakah Mer itu seorang pelakon? Tiada pernah aku dengari namanya. Setahu aku Mer itu seorang model dari seberang. Apakah pekerjaan Farish? Perlukah aku mengambil tahu semua itu?

                   Aku menanak nasi. Aku hanya menggoreng telur untuk di buat masak sambal tumis. Aku tidak berselera untuk makan. Aku teringat akan kata nasihat doktor untuk aku mengurangkan pengambilan ubat tidur. Hanya ketika aku payah untuk tidur barulah aku di nasihatkan untuk mengambilnya.

                   Aku mengambil pil tidur seminggu selepas kematian ibu. Aku tidak dapat melelapkan mataku ini. Ayah menemaniku untuk mengambil ubat itu. Nyata kesan sampingan yang di nyatakan oleh doktor telah aku rasai kini. Aku hilang selera makan.

                   Ketika aku menjamah nasi. Tasnim pulang. Dia kelihatan letih. Dia meluru ke dapur untuk mengambil segelas air. Dia singgah duduk di sebelahku. Dia menatap hidangan yang aku sediakan.

                   Aku mempelawanya. Dia hanya diam membisu. Dia meninggalkanku dan menuju ke biliknya. Aku tahu dia keletihan. Aku perlu mematikan persoalan yang hampir aku ajukan kepadanya. Aku perlu memberikannya masa untuk merehatkan dirinya.

                   Sepanjang hari keadaanku tetap sama. Kesunyian hari membuatkan aku hampir gila. Rancangan televisyen pula tidak mampu membuatkan aku terlupa akan segala permasalahan yang menghimpitku.

                   Jam menunjukkan pukul sembilan malam. Tasnim keluar. Dia bertanyakan akan panggilan telefon dari Farish. 'Tak ada la pula..' Ujarku. Tasnim dengan selambanya duduk di atas sofa sambil merenung ke arah jarum jam di tangannya.

                   'Tasnim, petang tadi Farish ada pulang ke rumah.' Aku perlu menyatakan tentang kunjungan Farish ke sini pada sebelah petang. Tujuan Farish hanyalah untuk mengambil jaket kulitnya.

                   Tasnim meluru ke arah bilik tersebut. Dia mempunyai kunci bilik tersebut. Dia kelihatan cemas. Dia bertanyakan arah tujuan Farish.

                   ‘Lokasi pengambaran Mer.’ Jawabku ringkas. Aku tidak mahu mengeruhkan suasana. Tasnim kembali duduk di sebelahku.

                   Dia menghela nafasnya. Ada beban di raut wajahnya. ‘Farish selalu tidak mahu mendengar cakap orang. Dia selalu mengambil risiko nyawanya.’ Kata-kata Tasnim itu membuatkan aku menumpukan sepenuh perhatianku kepadanya.

                   Risiko. Apakah pekerjaan Farish? Aku takut untuk bertanyakan semua itu. Tasnim menyatakan bahawa sepucuk pistol yang di simpannya itu telah di ambil oleh lelaki itu. Ada kemungkinannya Farish mengambil upah dari lelaki berbangsa Cina yang di temuinya.

                   ‘Pistol?’ Aku terkejut mendengarnya. Tasnim mendiamkan dirinya. Dia mengalihkan perhatiannya ke kaca televisyen. Dia menggigit jarinya.

                   Aku dapat merasakan tekanan tersebut. Apakah semua ini? Farish dan sepucuk pistol? Semua ini membuatkan aku semakin takut untuk berada di sini.

                   Tasnim menyuarakan sesuatu kepadaku. Ianya berkenaan dengan kerjaku. Dia telah bertanyakan akan jawatan kosong dari majikannya. Hanya masa akan menentukannya.

                   Aku faham dengan apa yang di nyatakannya. Persaingan sengit antara pemohon-pemohon untuk mendapatkan satu peluang pekerjaan. Hanya nasib yang akan menentukan semuanya. Aku berharap nasib menyebelahiku.

                   ‘Terima kasih.’ Kataku ringkas dan membuatkan Tasnim berpaling ke arahku. Dia menyatakan bahawa dia telah berjanji kepada Rizmi. Dia menunaikan janjinya. Senyumannya itu sedikit tawar namun ianya sesuatu yang baik untukku di saat ini. Terasa seakan pertalian kami semakin dekat.

                   Aku melangkah ke dapur. Aku mahu menyediakan air untuk kami berdua. Mungkin air milo panas akan merawat segala kesedihan di hati.

                   ‘Kring….kring.’ Bunyi telefon kedengaran memecahkan kesunyian malam. Tasnim memanggilku. Ianya dari Rizmi.

                   Aku meletakkan dua gelas air milo ke atas meja di hadapan Tasnim. Aku menjawab panggilan itu dengan segera.

                   ‘Kasih. Ini Rizmi ni. So cam mana ari ni? Rizmi mungkin tak dapat menjenguk Kasih dalam beberapa hari ni. Kerja banyak la.’ Suara Rizmi itu mengubat kerinduanku. Aku tidak mahu menyusahkannya. Cukup setakat dia mengambil berat akan diriku.

                   ‘Rizmi. Thank for everything. Everything is undercontrol. Pasal keja, Tasnim telah bertanyakan kepada majikannya. Atleast, satu minggu kena tunggu.’ Aku menyuarakan isihatiku. Segala budi baik semua orang yang membantuku akan aku kenang. Saat ini aku susah namun masa hadapan kelak siapa tahu.

                   Rizmi meletakkan gagangnya. Aku mendekati Tasnim dan mengambil segelas air milo yang masih berasap itu. Aku menghirup air panas itu dengan terbayangkan kata-katanya. ‘Rizmi nak ajak Kasih keluar. Dah berapa hari Kasih terperap di dalam rumah. Amacam? Setuju tak?’ Semua ini tidak masuk akal. Aku hanya menjawab ya.

                   Adakah ini permulaan sebuah perhubungan? Aku tidak tahu apakah aku akan berdaya untuk jatuh cinta. Warna merah cinta lalu masih belum pudar. Benjamin. Segalanya mula ketara berbeza kini.

                   Aku meninggalkan Tasnim kerana kelopak mataku ini terasa berat sekali. Aku mahu mengambil pil tidur namun aku bimbang akan kesan sampingannya. Aku terpaksa tidur tanpa sokongan sedatif.

                   Rizmi. Wajahnya terbayang di mataku. Adakah dia lelaki yang aku cari selama ini? Adakah dia lelaki yang membuatkan aku berfikir dua kali ketika menerima Benjamin dahulu? Aku masih tidak mengenalinya. Siapakah Rizmi? Khawarizmi. Masih banyak yang perlu aku ketahui untuk mengakui perasaanku padanya.

                   Entah berapa lama aku memikirkan tentangnya. Aku tersedar dari tidurku setelah bunyi bising sekawan burung yang mula berterbangan mencari rezeki.

                   Aku mengemas bilikku. Aku mencoretkan sesuatu di dalam diariku. Ianya berkenaan masa hadapan yang mulai berubah. Aku mula mengimpikan satu kerjaya sepertimana kerjaya yang dijanjikan oleh ayah kepadaku suatu masa dahulu.

                   Percikan air membasahi tubuhku itu menyegarkanku. Aku keluar dan melakukan aktiviti harianku. Aku tidak kisah tentang semua itu. Aku melihat Tasnim keluar dari biliknya. Dia mengenakan seluar legging berwarna hitam yang menampakkan sedikit kemontokan susuk badannya. Dia tidak bersuara padaku. Penglihatannya tertumpu kepada telefon bimbitnya. Dia terus meluru keluar dalam keadaan tergesa-gesa.

                   Mungkin dia telah terlewat untuk ke tempat kerja. Aku masih tersangkar dalam apartment itu. Aku terlihat bilik yang terkunci itu terbuka. Aku masuk untuk mengemasnya. 

                   Aku mengemas almari baju Farish. Baju-baju Farish berselerak. Aku melipatkan kesemua baju itu. Album gambar? Aku menatapnya. Aku terlihat akan gambar-gambar lama simpanan Farish. ‘Ya tuhanku.’ Aku menutup album gambar itu. Itu ialah gambar Tasnim. Kenapa gambar itu di ambil?

                   Tiada aktiviti untukku hari ini. Aku menjenguk ke luar melalui balkoni. Kereta bersimpang siur di atas jalan raya. Aku tersedar akan sesuatu.

                   Ibu kota yang tidak pernah tidur itu penuh dengan cerita. Suka duka yang silih berganti. Maruah terletak pada perhitungan diri. Ianya kadangkala bernilai namun kesuciannya sering tercemar. Begitu jua dengan nasibku. Ya. Semuanya tidak akan kembali lagi.

                   Tiada jalan kembali. Ya. Aku terpaksa mencorakkan sendiri perjalanan hidupku. Tiada lagi orang yang dapat melukakan hatiku ini.

                   Sepanjang hari ini aku bersendirian. Tasnim tidak pulang. Entah di mana dia berada. Aku di kejutkan oleh ketukan di pintu.

                   Farish muncul. Dia meluru ke dalam biliknya. Jaketnya itu mempunyai kesan darah. Adakah ianya seperti apa yang Tasnim terangkan kepadaku?

                   Aku menyapa Farish. Aku meminta kebenaran dari Farish untuk membersihkan kesan darah pada jaket kulit itu. Dia hanya tersenyum kepadaku. Dia menyerahkan jaketnya kepadaku. Aku memerlukan penjelasan yang sebenarnya dari lelaki itu.

                   Farish duduk di ruang tamu. Dia mengeluarkan sepuntung rokok dan menyalakannya. Lagaknya seperti ada sesuatu yang mengganggu pemikirannya. Aku menyediakan air kopi panas kepadanya.

                   Farish menatap wajahku. Dia tidak meminta aku berbuat semua itu. Dia tidak pernah di layan sebegitu oleh Tasnim.

                   ‘Kasih. Bagaimana dengan hidup di sini?’ Ujarnya dengan selamba. Aku tahu dia cuba menyembunyikan keresahannya.

                   ‘Ok. Macam mana dengan pengambaran Mer? Cerita apa?’ Tanyaku untuk memintanya menyatakan segalanya kepadaku.

                   ‘Entah. Tapi Mer telah membantu Farish untuk memegang satu watak kecil. Farish mendapat kecederaan kerana satu adegan stunt yang agak lasak.’ Katanya. Dia seakan tulus menceritakan segalanya. Siapa yang harus aku percayai?

                   Farish meneguk air kopi yang aku sediakan. Dia bertanyakan tentang kehidupan silamku. Entah dari mana hendak aku mulakan.

                   ‘Farish. Tiada perkara gembira yang hendak di sampaikan. Kasih tak ingin kembali ke saat getir itu.’ Aku tertunduk menahan pilu.

                   ‘Percayalah. Semua dugaan akan terbalas dengan kebahagiaan. Farish pun pernah hidup dalam derita juga. Semua ini adalah hasil dari kesengsaraan lalu.’ Farish meluahkan segalanya untuk mengambil hatiku.

                   ‘Farish anak bongsu. Ibu meninggal dunia ketika Farish darjah enam. Farish tak pernah kenal siapa ayah Farish. Abang menyara Farish selepas kematian ibu.’ Farish membawaku kembali ke masa silamnya.

                   Jika hendak di bandingkan nasib Farish lebih teruk dariku namun dugaan bertali arus yang aku terima meletakkan aku di hadapannya. ‘Ayah.’ Aku bencikan lelaki itu.

                   Farish meninggalkanku. Dia masuk ke dalam biliknya. Dia menguncikan pintu itu dari dalam. Aku tahu dia tidak mahu di ganggu.

                   Aku membawa cawan air yang aku hidangkan kepadanya itu ke dapur. Aku tidak takut akan Farish kerana nasib kami hampir serupa. Aku meniarap di atas katil. Diari yang setia menemaniku itu aku buka. Pena yang berada di tangan kiriku itu aku tarikan. Sesungguhnya aku rindukan Rizmi. Tiada perkara yang perlu aku coretkan.

                   Aku tersedar awal pagi apabila deringan telefon kedengaran. Tiada siapa yang menjawab panggilan itu. Aku menjawabnya. Ianya dari Mer.

                   ‘Farish ada di sana?’ Mer mengajukan persoalan itu kepadaku. ‘Ya.’ Jawabku selamba. Mer mematikan panggilannya. Entah apa yang berlaku sehingga Mer mencari Farish. Adakah pasal perkara semalam?

                   Aku kembali ke bilikku. Aku mengambil tuala dan bergerak ke bilik air. Aku terdengar akan panggilan yang kuat.

                   Aku membukakan pintu. Mer yang sedang memapah Tasnim itu kelihatan tegang. Dia mahu bertemu dengan Farish. Dia bertemu dengan Tasnim di sebuah kelab. Dia membawa gadis itu kembali ke apartment.

                   Aku memapah Tasnim. Bau arak yang busuk itu membuatkan aku mual. Apa yang telah terjadi. Mer mahu aku membawa Tasnim ke bilik air. Tasnim perlu di mandikan.

                   Mer segera mengetuk pintu bilik Farish. Farish keluar dan terkejut dengan panggilan Mer. ‘Apa yang terjadi?’ Tanya Farish ringkas.

                   ‘Tasnim mabuk. Aku bawa dia balik ke rumah.’ Mer menyatakan segalanya. Mer menyatakan tentang pengambaran yang bakal di laluinya. Dia mahu Farish menguruskan segalanya.

                   Farish masuk ke dalam bilik air dan menyuruh aku menyediakan air kopi untuk Tasnim. Aku meninggalkan mereka berdua kerana Farish sudah biasa mengendalikan perkara itu.

                   Aku segera memasuki ke kamar peraduan Tasnim. Aku melihat Farish telah menukar pakaian Tasnim. Dia segera mengambil air kopi itu dan menyuruh Tasnim yang masih di dalam pengaruh air syaitan itu menghirupnya.

                   Aku keluar. Nampaknya semua ini terpaksa aku tempuhi jika aku terus tinggal di sini. Pelbagai perkara yang tidak pernah aku fikirkan berlaku di sekitarku. Farish dan sepucuk pistol. Tasnim dan air syaitan. Semuanya bagai tidak masuk akal.

                   Aku mengurung diriku di dalam bilik. Biar Farish menjaga kekasihnya itu. Aku cuba melelapkan mataku. Aku mengambil sekeping gambar dari diariku.

                   Gambar aku bersama dengan kedua orang tuaku. Ya. Gambar itu tidak meninggalkan apa-apa lagi kesan di hatiku. Segalanya telah berubah. Ya. Ibu telah lama meninggal dunia. Ayah pula telah menjadi seorang lelaki yang tidak aku kenali.

2 Komentar:

sicomot-comel said...

err..gambar apa dalam album tuh??
hihi

p/s: ada kesilapan ayat kat perenggan sembilan.

"Ketika aku menjamah nasi. Tasnim pulang. Dia kehilangan letih. Dia meluru ke dapur untuk mengambil segelas air. Dia singgah duduk di sebelahku. Dia menatap hidangan yang aku sediakan."

sepatutnya ayat ketiga tu 'Dia kelihatan letih'

=D moga diperbaiki

adamzico said...

si-comot-comel: ye ke? tenkiu 4 ur info..!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!