Monday, 1 November 2010

Tangis Kasmaran (Prolog)



     ‘Apakah yang kamu tahu tentang cinta?’ Soalan itu di tujukan kepada Nur Waldian. Bibirnya mengukir manis seakan membisikkan sesuatu yang lahir dari dalam hatinya. Cahaya dari ekor matanya seakan mengiyakan bahagianya sebuah perasaan yang tersemat di sanubari.

     ‘Cinta..? Dia.. Ada dalam diri.. Sahabat baikku..’ Gadis itu seakan terbawa ke alam khayalan. Tentunya dia terkenangkan seseorang. Ya, besar sekali perubahannya itu. Pipinya yang mula kemerahan itu menjawab segalanya.

     ‘Siapa dia?’ Soalan itu kedengaran lagi. ‘Siapa sahabat baik kamu?’ Nur Waldian terdiam. Agak payah untuk di jelaskan olehnya. Ya. Sudah hampir belasan tahun dia tidak menemui sahabat baiknya itu.

     ‘Dia.. Akan muncul.. Itu sudah pasti.. Saya yakin dengan pertemuan itu..’ Jawapan itu penuh dengan misteri. Apakah takdir akan menemukan mereka semula? Benarkah begitu? Apakah perasaan yang pernah terlahir dahulu itu adalah cinta? Gadis itu nampaknya sedang bermain dengan risiko.

     ‘Siapakah nama lelaki itu?’ Ya. Siapakah lelaki yang dinanti-nantikan kemunculannya itu? Gadis itu seakan terpanggil. Sekali lagi kuntuman ceria mekar di raut wajah lembutnya itu.

     ‘Hatta..’Dadanya berombak tatkala nama itu diluahkan olehnya. Nur Waldian ternyata menyukai lelaki itu namun apakah perasaannya itu benar-benar cinta?

     ‘Andainya kamu tidak bertemu dengannya?’ Nur Waldian terpaku. Dia memejamkan matanya. Dia termenung seketika. Kelu. Senyuman mula terukir di bibir yang mekar bak delima itu.

     ‘Pasti ketemu..’ keteguhan terpapar di wajahnya.

2 Komentar:

sicomot-comel said...

erk..citer baru ke ni??

baca nnt lah. nak habiskan baca Memorabilia Kasih Safiyya dlu. hehe

adamzico said...

si-comot-comel: yupp..!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!