Monday 1 November 2010

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Dua ~ Plot Empat



                   Aku masuk ke dalam bilik untuk mengajak Rizmi keluar makan bersama. Aku terkejut melihat sesusuk tubuh yang tiada bertutup itu di hadapanku.

                   Aku segera berpaling. Rizmi menarik kain tuala dan menyelimuti tubuhnya. Dia tidak menyangka akan semua itu.

                   Aku berjalan keluar. Macam tidak percaya. Bukan apa. Aku telah melihat susuk tubuhnya manakala di saat aku dahulu, dia sanggup menutup mukanya dari melihat tubuh badanku dengan bantal.

                   Rizmi keluar. Aku tidak merenung ke arahnya. Dia tahu aku masih malu kerana perkara itu. Dia memalingkan mukaku untuk mengadapnya.

                   Dia tersenyum melihat mukaku yang merah padam itu. Dia mengucup dahiku. Dia sengaja berbuat semua itu untuk menghilangkan rasa malu antara kami berdua.

                   Aku menatap wajahnya. Dia terus tersenyum. Aku di kejutkan dengan pintanya. ‘Hulurkan Rizmi gelas itu.’ Aku segera menuangkan air teh dan menghulurkannya kepada Rizmi. Kami menjamu selera.

                   ‘Bila Rizmi sampai? Kasih tak sedar pun.’ Aku cuba menyoalnya. ‘Rizmi datang awal pagi. Rizmi nak lari dari bebelan ayah. Lagi bagus bersama dengan Kasih.’ Rizmi meluahkan bicaranya kepadaku. ‘Erm ye la, kenapa tak kejutkan Kasih?’ Aku menyoalnya. ‘Saja. Rizmi nak tidur dengan Kasih.’ Rizmi berseloroh denganku. Aku selesa dengan bicaranya itu.

                   Kata orang cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Dinding konkrit mempunyai deria pendengaran yang baik. ‘Krak.’ Aku tersedar apabila daun pintu bilik Tasnim bertutup. Adakah dia mencuri dengar perbualan kami?

                   Sepanjang petang itu aku dan Rizmi duduk bersama menonton televisyen. Rizmi asyik melihat perlumbaan kereta formula satu. Aku hanya duduk menemaninya sahaja.

                   Farish pulang. Dia segera menuju ke biliknya sambil melemparkan renungannya ke kaca televisyen. Dia tidak mengendahkan Rizmi. Sejurus selepas itu barulah dia duduk di sebelah Rizmi. Mereka berbual tentang rancangan televisyen itu.

                   Aku beredar ke dapur untuk menyediakan air kopi kepada mereka berdua. Tasnim keluar kerana dia terdengar suara Farish. Dia memanggil Farish. Lelaki itu beredar ke dalam biliknya. Pintu bilik itu di tutup oleh Farish.

                   Aku meletakkan dua cawan kopi di atas meja ruang tamu. Aku mengalihkan pandanganku ke arah Rizmi. Dia seakan tidak mahu melepaskan pandangan di kaca televisyen itu. ‘Rizmi. Kasih akan mula bekerja isnin depan.’ Kataku untuk mencuri pandangannya.

                   Aku meninggalkannya keseorangan mengadap rancangan kegemarannya itu. Aku menuju ke bilik. Aku tidak mahu mengganggunya. Biar aku mencoret sesuatu untuk mengisi diari hatiku ini.

                   Rizmi memasuki ke dalam bilik. Dia melepaskan badannya ke atas katil. Dia merenung ke arahku. Dia bertanyakan tentang kerjaku itu. Dia mendengar apa yang aku katakan kepadanya. Dia mengambil berat apa yang aku cakapkan. Bagaikan tidak percaya. Aku menumpukan pandanganku ke arahnya.

                   Dia mahu merebahkan badannya sekejap kerana malam ini merupakan agenda yang di nanti-nantikannya selama beberapa hari ini.

                   Duduk di sebelahnya membuatkan dadaku semakin berolak kencang. Peristiwa malam itu terbayang jelas di ruangan mataku. Adakah ini di namakan cinta?

                   Aku menghabiskan masa dengan menatap wajahnya itu. Kekacakannya itu menyentuh hatiku ini. Adakah dia lelaki yang akan hidup bersamaku sepanjang usiaku? Dia lengkap segalanya. Harta, rupa, dan baik hati. Siapa yang menjadi isterinya akan bahagia sepanjang masa bersamanya.

                   Rizmi berpaling. Tangannya itu memaut pinggangku. Kepanasan yang aku rasakan itu membuatkan aku menjadi keharuan. Aku bermain dengan jari jemarinya itu. Adakah semua ini harus berlaku? Aku segera bergerak ke meja solek.

                   Melihat wajahku di cermin bagaikan mencerminkan diriku menyeluruh. Adakah aku sesuai dengannya? Kami berbeza walaupun ada persefahaman.

                   Jam menunjukkan pukul tujuh. Aku mengejutkan Rizmi dari tidurnya. Dia tahu akan niatku. Dia segera ke bilik air. Sudah tiba masanya dia menyiapkan dirinya. Aku segera keluar untuk meneguk air sejuk. Aku tidak mahu menatap susuk tubuhnya untuk kedua kali.

                   Farish keluar dari biliknya dan berjalan ke arahku. Dia menemaniku di ruang makan. Aku bertanyakan tentang Tasnim. Dia mendiamkan diri. ‘Farish nak minum ke?’ Tanyaku kepadanya. ‘Tak. Farish nak tanya di mana jaket yang Kasih basuh dulu?’ Dia mengingatkan aku tentang jaketnya itu.

                   Aku segera mendapatkan jaketnya. Aku menyerahkan jaket itu kepadanya. Farish berlalu. Dia menyatakan bahawa dia ada janji temu dengan Mer dan krew pengambaran. Aku mengangguk lemah. Benarkah kata-kata Farish itu? Aku mempunyai dua versi yang berbeza.

                   Rizmi keluar dari bilik. Dia kelihatan segak dengan pakaian kasualnya. Dia mahu aku bersiap segera kerana kami akan keluar makan malam.

                   Aku memintanya menungguku. Aku perlu memastikan segalanya berjalan dengan baik. Aku membasahkan diriku. Aku membelek baju yang di hadiahkan oleh Rizmi.

Aku mengenakannya. Aku mengeluarkan selendang hitam, selendang kesayangan ibu untuk menutup bahuku. Mekap yang aku kenakan adalah ringkas. Segalanya menampakkan aku bagaikan orang lain.

Aku mengeluarkan kasut tinggi dari kotak yang sama. Aku mengenakannya. Ianya begitu padan denganku. Bagaimana Rizmi boleh tahu akan saiz aku. Semua ini bagaikan tidak masuk akal.

                   Aku melihat diriku di depan cermin. Adakah aku berbuat semua ini untuk memancing Rizmi? Tidak. Aku hanya mahu mengambil hati orang yang bersusah payah untukku.


2 Komentar:

Cik SCC said...

cuba tengok perenggan ni.

'Rizmi memasuki ke dalam bilik. Dia melepaskan badannya ke atas katil. Dia merenung ke arahku. Dia bertanyakan tenatng kerjaku itu. Dia mendengar apa yang aku katakan kepadanya. Dia mengambil berat apa yang aku cakapkan. Bagaikan tidak percaya. Aku menumpukan pandanganku ke arahnya.'

perkataan tentang salah eja.

dalam perenggan ni pulak,

'Duduk di sebelahnya membuatkan Dadaku semakin berolak kencang. Peristiwa malam itu terbayang jelas di ruangan mataku. Adakah ini di namakan cinta?'

perkataan 'Dadaku' should be in small letter 'd'

adamzico said...

si-comot-comel: action taken.. tenkiu!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!