Monday 1 November 2010

Tangis Kasmaran ~ Bab Satu ~ Plot Tiga




         ‘Waldian..’ Sapaan itu berjaya mencuri pandangan Waldian. Sesusuk tubuh yang dikenalinya duduk di sebelahnya. Sayuthi merenung ke dalam mata Waldian. ‘Waldian.. Kenapa ni?’ Dia dapat merasakan sayu di mata Waldian. ‘Letih..’ Ujar Waldian ringkas. ‘Letih? Baiklah.. Mari saya hantar Waldian pulang..’ Sayuthi bingkas bangun dan berjalan ke arah Pengerusi. Dia ingin meminta diri keluar dari parti itu.

          Dari jauh, Pengerusi memerhati ke arah Waldian. Lambaian tangan dari Pengerusi itu seakan isyarat bahawa dia membenarkan Waldian pulang.

          Waldian dan Sayuthi berjalan seiringan. Dia menghitung kembali apakah dia tidak mahu mengenali lelaki di sebelahnya itu? Sayuthi seorang yang baik namun Soalnya hati ini sukar untuk dimengertikan.

          ‘Waldian.. kamu sudah ada teman lelaki?’ Soalan itu membuatkan Waldian tergamam. ‘Ada.. Tapi belum bertemu..’ Ujar Waldian selamba. ‘Belum bertemu? Maksudnya masih belum berpunya kan? Saya masih berpeluang bukan?’ Sayuthi pandai mengatur kata-kata. Andainya Waldian tiada sandaran hati, Tentunya Sayuthi akan berpeluang untuk memiliki hati gadis di sebelahnya itu.

          ‘Maafkan saya.. Hati saya telah dimiliki.. Malangnya lelaki itu masih belum menjelma..’ Waldian juga tidak faham akan apa yang di ucapkannya. ‘Menjelma? Saya sudah menjelma.. Dengan cinta di tangan saya..’ Sayuthi mengukir senyuman. Ini kali pertama Waldian melihat senyuman yang begitu manis dari seorang lelaki yang selalunya pendiam dan tiada berperasaan.

          Apa yang difikirkan oleh Waldian di kala ini? Dia sering mengharapkan kemunculan seorang lelaki yang dikatakan pemilik cintanya. Apakah lelaki itu akan mencintainya sepertimana dia mencintai lelaki itu? Apakah yang akan terjadi andainya wujudnya pertemuan namun tiada ikatan percintaan antara mereka berdua? Waldian Tentunya akan terluka kerana begitu besar pengharapan yang dipertaruhkannya.

          ‘Thank You..’ Waldian melemparkan pandangan ke arah Sayuthi. ‘Good Nite..’ Jelasnya ringkas. ‘See you tomorrow..’ Sayuthi terus tenggelam dalam renungannya. Gadis itu berlalu meninggalkannya. Dia pasti, jika ada usaha, Waldian pasti akan menjadi miliknya.

          “Hatta.. Aku sendiri tidak tahu.. Kenapa aku mencintaimu.. Apakah kita akan bertemu?” Bisik hati Waldian. ‘Hatta..’ Nama itu kembali meniti di bibir Waldian. Dia begitu mengingati lelaki yang pernah suatu masa dahulu menyelamatkan Nyawanya. Hutang nyawa itu berubah menjadi cinta termanis dalam hidup Waldian.

          Lelaki itu didambakannya siang dan malam dengan harapan dapat bersua muka. Kesamaran Hatta itu membuatkan sedikit demi sedikit impian Waldian terhakis kerana apakah wujudnya pertemuan di antara mereka berdua?

          Malam itu, Waldian terus berharap walaupun Kadangkala dia sudah hampir putus harapan. Persoalan demi persoalan muncul di saat dia ingin merungkai identiti Hatta selepas belasan tahun mereka terpisah. Waldian cuba mencantumkan kepingin-kepingan memori agar dia bisa menemukan wajah kekasih yang di idam-idamkannya itu. Bagaimanakah rupa paras lelaki yang bernama Hatta itu?

0 Komentar:

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!