Monday, 8 November 2010

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Empat ~ Plot Satu

                  Hari ini aku telah bersedia. Awal pagi, aku akan bertemu dengan seorang pengurus agensi permodelan. Tasnim akan memperkenalkan aku kepadanya.

                   Dalam perjalanan ke tempat kerja Tasnim, aku dapati darahku bergerak dengan pantas. Adakah aku gementar? Inilah perasaan yang aku alami ketika menghadiri temuduga beberapa bulan yang lepas. Aku akhirnya menolak tawaran kerja itu demi menunggu janji ayah.

                   Agensi permodelan. Itulah destinasi kami berdua. Hidupku akan berubah. Aku akan berdikari. Aku mengenakan baju dan seluar yang di hadiahkan kepadaku.

                   Seluar slack hitam itu di kenakan dengan baju berwarna putih. Aku tidak menyangka Rizmi akan membeli baju yang aku cuba tempoh hari. Tasnim tidak perlu mengetahui semua ini.

                   Akhirnya kami tiba di tempat yang bakal merubah diriku. Segalanya nampak hening. Aku berharapkan sedikit kekuatan untukku membuang rasa gementar ini. Biar aku mencuri hati pengurus Tasnim itu.

                   Mengadap muka pengurus Tasnim, Cik Norkiah membuatkan rasa gementarku hilang. Dia seorang yang peramah. Dia menyatakan kepadaku tentang tugasan yang perlu aku lakukan. Dia akan mengawasi segalanya sehinggalah aku dapat berdikari menguruskan tugasanku.

                   Dia membicarakan tentang gaji. Gaji permulaan itu agak rendah namun itu sudah mencukupi untukku. Aku harus bekerja. Aku akan membuktikan diriku ini layak berada di situ. Aku tidak boleh menghampakan Tasnim yang telah bersusah payah untuk memasukkan aku ke dalam arena permodelan itu.

                   Aku mengikut Norkiah, majikanku. Dia mahu aku tidak membahasakan diri dengannya sebagai majikan kerana semua orang memanggilnya Norkiah. Telatahnya itu menyenangkanku. Dia tidak lokek ilmu sebaliknya sentiasa berhemah dalam memajukan perniagaannya.

                   Norkiah membawa aku berjalan dari satu studio ke satu studio yang lain. Dia memberitahu kepadaku dengan terperinci akan perniagaannya. Dia akan menempatkan aku di satu bahagian. Dia mahu aku menumpukan perhatianku sepenuhnya kerana dia sebenarnya mahu aku menjadi pembantunya. Kami bergerak ke satu studio lain.Entah siapa yang di cari oleh majikanku itu. Akhirnya pencariannya menemukan jawapan kepadaku.

                   Aku telah di perkenalkan kepada seorang kordinator yang bertugas menguruskan para model. Aku terlihat akan Tasnim, dia berjalan di atas pentas itu. Di sinilah mereka semua berlatih dan meningkatkan rasa cinta mereka kepada dunia peragaan.

                   ‘Aldo.’ Ringkas kordinator itu memperkenalkan dirinya. Dia serius dengan kerjayanya. Aku dan Norkiah melihat perjalanan sesi raptai itu.

                   ‘Aldo baru sahaja menyertai agensi beberapa bulan yang lalu. Dia seorang yang rajin dan tegas.’ Norkiah menyatakan keperibadian kordinator yang aku temui itu. ‘Kasih akan bekerja di bawah kendaliannya. Ini untuk sementara waktu sahaja. Ok?’ Norkiah mahu aku membantu lelaki yang bernama Aldo itu. ‘Baiklah. Kasih tak kisah. Bila Kasih boleh memulakan tugasan ni?’ Aku mahukan kata putus Norkiah untuk membenarkan aku bekerja di sini.

                   ‘Sekarang. Boleh? Ada masalah? Nanti selepas pukul dua petang, datang jumpa Norkiah k?' Majikanku itu telah menyatakan persetujuannya. Aku akan mula bekerja di sisi Aldo. ‘Selamat bekerja.’ Norkiah menyambung bicaranya. Itulah kata semangat yang aku perlukan.

                   ‘Aldo. From this moment, Kasih will work beside you. Let her learnt every single thing.’ Norkiah mahu Aldo mengajarku. Adakah Norkiah mahu aku menjadi seorang kordinator di masa hadapan?

                   ‘Ok. What your name? Erm I want your opinion bout the scenery? Is it okay with green or blue? Aldo mahu aku memberikan pendapat aku mengenai warna backdrop pentas yang bakal di gunakan untuk projek terdekat.

                   ‘What you want? A fresh green wildforest or ocean breeze blue? Apakah tema untuk peragaan ni?’ Aldo terkejut dengan apa yang aku lontarkan.

                   ‘Erm.’ Aldo mengangguk kecil. Dia kemudiannya memanggil seorang lelaki untuk membuat dua backdrop. Dia mahu melihat sejauh mana keberkesanan dua warna itu. ‘Fresh green wildforest and ocean breeze blue. Good choices.’ Aldo berlalu. Dia menumpukan perhatiannya kepada para model yang masih lagi berjalan di atas pentas. Aku harus mengikutnya.

                   Aku harus mempelajari segalanya. Aldo tidaklah memberikan aku tekanan yang berat. Sepanjang setengah hari bekerja dengannya, banyak sudah aku pelajari.

                   Aku bertemu dengan Norkiah, majikanku. Dia mahu menandatangani satu dokumen. Ianya kontrak kerja. Norkiah mahu aku bertemu dengan Richard Yen, jurugambar agensi, ianya berkaitan dengan pas kerja untukku.

                   ‘Kasih datang kerja dengan apa? Norkiah mahu mengetahui akan pengangkutan yang aku gunakan. ‘Hari ni, Kasih datang dengan Tasnim. Ada tak pengangkutan awam di sekitar ni? Aku mahukan pandangan Norkiah.

                   ‘Bas atau teksi? Norkiah menumpukan pandangannya ke arahku. ‘Bas.’ Kataku lemah. ‘Erm naik shuttle bas kat depan ni. Kasih tinggal bersama dengan Tasnim kan?’ Aku mengangguk lemah. ‘Ya. It’s take setengah jam from here to your place.’ Norkiah menyatakan semuanya kepadaku.

                   ‘Terima kasih. Buat sementara waktu ni, Kasih kena naik bas. Nanti bila Kasih dah cukup wang, Kasih naik teksi.’ Aku menyuarakan pendapatku.

                   ‘I don’t cares about it, apa yang penting Kasih kena tiba tepat pada masanya. Agree with that?’ Norkiah mengemukakan pendapatnya.

                   ‘Erm.’ Anggukku perlahan. Norkiah mahu aku meneruskan kerjaku. Aku harus kembali ke sisi Aldo. Aku mengorak langkah ke studio menjejaki Aldo, ketuaku itu.

                   ‘So dah tangkap gambar?’ Aldo menyuarakan pandangannya. ‘Tak lagi. Don’t have clue where could I find Riged Yen.’ Aku menyatakan kegusaranku itu.

                   ‘Richard not Riged. Ok. Follow me. I’ll take you there.’ Aldo memulakan langkahnya meninggalkanku. ‘Student. Please behave while I’m gone. That clear to all of you?’ Aldo menegaskan para model agar meneruskan kareografi yang mereka lakukan. Aku mengejar Aldo untuk mengikutnya.

Tasnim melemparkan pandangannya kepadaku. Aku tidak mempedulikan semua itu. Aku harus bertemu dengan Richard Yen.


Nota Kaki:  Kasih mula bekerja di salah sebuah agensi permodelan di bawah seliaan Norkiah. Meskipun ditempatkan di bawah Ko-ordinator yang bernama Aldo, seorang lelaki kacak yang gemar membotakkan kepalanya. Aldo sememangnya lelaki impian ramai gadis malah ada di antara model-model yang baru menempah nama cuba mendekatinya. Apakah pertemuan dengan Aldo ini akan melakar satu kisah yang baru dalam hidup Kasih? Who know?

Men's Cashmere Lined Goatskin Leather Gloves - Black XL

Men's Cashmere Lined Goatskin Leather Gloves - Black XL

BALD EAGLE FINGERLESS LEATHER BIKER CHOPPER GLOVES * Extra Large

BALD EAGLE FINGERLESS LEATHER BIKER CHOPPER GLOVES * Extra Large

Aldo tentunya memerlukan sarung tangan sebegini kerana dia menunggang motorsikal berkuasa tinggi.. wink!!!

3 Komentar:

My Little Diary said...

saya dtg singgah & salam perkenalan
nice blog...

entry terbaru "diam bukannya tak sayang"

sicomot-comel said...

Wah,,
SCC mcm dah jatuh hati je kat Aldo !
hahaha

adamzico said...

my Little Diary: tenkiu!

sicomot-comel: erm.. Aldo? Teruskan membaca ya..! wink!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!